Home

Јυѕτ οηε dαφ
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung dan Seohee merebahkan tubuh mereka di atas sofa. Seohee mencapai remote tv dan menekan butang 'on'.  Sebaik sahaja tv dibuka, Seohee dan Taehyung terkejut. 

 

"Ah... ahhahahahhaha .. aku tukar channel lain ek?" Seohee memandang Taehyung. Seohee melihat Taehyung memandang tv dengan senyuman. Seohee berasa malu lalu dia menukar siaran yang lain. 

 

"Yah,, asal kau tukar?" Taehyung memandang Seohee. Seohee mengambil satu bantal di sebelahnya dan baling ke arah Taehyung. 

 

"Byuntae betul lah kau ni, Taehyung!!!" Taehyung tidak sempat mengelak serangan baling yang diberikan oleh Seohee. Seohee menyambung menonton tv. Taehyung merenung Seohee. 

 

Seohee tiba-tiba sahaja meremang. 'Ish... asal aku meremang je ni??'

 

Seohee melihat Taehyung. ZUPPPP!

 

Seohee memandang ke dalam anak mata Taehyung. 

 

"Tae-Taehyung-ah....... asal kau pandang aku macam tu?" Taehyung menunduk dan tersenyum.

 

"Tak ada apa-apa lah. Aku nak naik atas sekejap." Taehyung mula bangun. 

 

"Okey." Seohee kembali menumpukan perhatiannya pada tv. Taehyung yang baru sahaja mendaki satu anak tangga memandang ke belakang. Kemudian, dia tersenyum.

 

 

Seohee baru sahaja keluar selepas dia selesai mandi. Dia menutup pintu dan dia terdengar Taehyung juga keluar dari biliknya. Taehyung ternampak Seohee.

 

" Kau nak pergi mana?" Taehyung bertanya.

"Oh, aku nak pergi dapur nak sediakan makan malam kita." Seohee bergerak menuju ke tangga. Taehyung tersenyum. Dia menggosok-gosok belakang lehernya yang tidak gatal. Dia berasa agak kekok bila berjalan berdua dengan Seohee. Dah lah lama tak jalan berdua mcm ni. 

 

Seohee yang hendak menuruni satu anak tangga yang terakhir , tergelincir. Taehyung yang tersedar dari lamunan terus menangkap Seohee. Mereka berdua jatuh dan terbaring di atas lantai. Taehyung memeluk Seohee dan memegang kepala Seohee. Seohee memeluk tshirt Taehyung dengan erat. 

 

"It's okay now. Kau tak payah risau. Dan, sejak bila ada air dekat tangga ni?" Taehyung melihat banyak air di anak tangga terakhir. Seohee mula melepaskan pegangannya dan bangun. Dia membantu Taehyung bangun. 

 

"Entahlah. Tadi, tak ada pulak air banyak  macam ni." Seohee berjalan ke dapur untuk mengambil kain lap. Taehyung yang nampak Seohee memegang kain terus , merampas. Seohee terkejut.

 

"Yah ! Kenapa main ambik je kain tuh dari tangan aku?" Seohee bercekak pinggang. Taehyung mula membuat muka comelnya itu. 

 

"Aku nak tolong kau lap air yang banyak dekat situ. Boleh la~ eh? Kau masak , aku lap, okay kan? Baru adil!" Taehyung mendekati air yang melimpah di tempat tersebut. Seohee mula reda. Dia bergerak masuk ke dapur. 

 

Saat dia ingin melangkah ke peti sejuk, seseorang menarik tangannya dan masuk ke dalam bilik tetamu yang berdekatan dengan dapur. Seohee pelik, bingung campur pening. 

 

' Siapa ni? Masa kitaorang masuk tadi, takde sesiapa pun. Macam mana dia masuk ni? Kenapa dia tarik aku? Aku kena jerit panggil Taehyung!' 

 

"Tae--" Mulut Seohee ditekup dengan kain.  Seohee berasa pening dan dia memejamkan matanya.

 

 

SEOHEE POV

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kid_99
[JustOneDay] Huhuh T^T Dah the end!!!

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 18: okay sila ng sye tisu.. uwarghhh tidak!!!!
scyaheeda
#2
Chapter 8: oh em gee~ kookie ah~~ kesian kat Taehyung..
nurulizzahramanlee
#3
Chapter 22: Daebak ouo.....
naimie_O
#4
Chapter 22: Dae+bak = DAEBAK ! ^O^
Ayunie_98
#5
Chapter 22: wahhhhhhh~ D A E B A K ! ! saya suka cerita awak!!! ending yg sangat sweeeettt ..

*nak peluk* >.<
kimyunmi
#6
Chapter 22: OMG!! Happy ending~!! Finally complete.. :) But alaa sedih lah jugk cerita ni dh complete :(( Taehyung dgn seohee awww sweett angat!!!!~ haha comey je >.< btw Good job author- nim^^
starlight_miss
#7
Chapter 21: Apa yg akan berlaku? Kenapa taehyung nk kawen? *nangis*
kimyunmi
#8
Chapter 20: Awww~ sweet dn cute je diorg ni >.< akhirnya seohee bg thu yg dia suka taehyung! Yay!! Haih Teehyung kawen dgn siape ? TT___TT mohon update lg :D keep it up!!^^
naimie_O
#9
Chapter 20: Ommo~ Comelnya diorang .. Update soon !