Hang out ~!
Јυѕτ οηε dαφMereka berempat pergi sebuah restoran makanan barat untuk makan tengah hari. Selesai makan, mereka bergerak menuju ke tempat beli-belah.
" Dasom, kita pergi kedai sana jap !" Seohee menarik Dasom. Dasom melihat lutut Seohee.
" Lutut kau dah baik ke, Seohee ? Bersemangat je kau ni ! "
" Baik sket la. Dah jom !"
Jungkook dan Taehyung pelik. Apa hal tu ?
" Nak ke ikut diorang ?" Jungkook bertanya kepada Taehyung. Taehyung mengangkat bahu.
" Oh ~! Pasal tadi ~~~ " Jungkook sengaja mahu mengusik Taehyung. Taehyung malu.
" Dah, dah lah tuh !" Taehyung melajukan langkahnya ke arah sebuah kedai aiskrim. Jungkook tersengih.
Taehyung membeli aiskrim vanilla, chocolate,strawberry dengan blueberry. Jungkook yg berada di sebelah , dihulur aiskrim chocolate.
Jungkook mengambilnya. Dan senyum.
Taehyung mula makan aiskrim vanillanya. Lagi 2 aiskrim itu diletakkan dalam beg plastik. Taehyung dan Jungkook duduk di sebuah bangku yg terletak di depan kedai yg di masuki Dasom dan Seohee tadi.
" Jungkook ,........... " Jungkook menoleh memandang Taehyung di sebelah sambil menjilat aiskrim chocolate nya.
" Yup ? " Taehyung memandang Jungkook dgn pandangan serius.
" Aku nak kau jujur dgn aku. " Taehyung menjilat aiskrim nya. Kemudian, berpaling menghadap Jungkook semula.
" Okey. Aku akan jujur. "
" Apa ..... perasaan kau pada Seohee ?"
" Haa ? P-Perasaan ? " Jungkook gementar. Dia sudah dapat mengagak yg suatu hari nanti Taehyung akan bertanya tentang Seohee.
'Perasaan ? Takkan aku nak jujur pulak kot ! Aku tak nak sakitkan hati kawan baik aku sendiri kerana seorang perempuan. Aku terpaksa tipu... '
" Perasaan aku pada dia tak lebih sebagai kawan, Taehyung." Jungkook senyum. Dia cuba untuk menyakinkan Taehyung.
"Ye ke ? Aku tau kau tipu aku, Jungkook. Baik kau jujur cepat seb--"
" Weh korang !! Jom ~ " Seohee menegur mereka dengan tangannya yang memegang 2 beg plastik di kiri dan kanan.
Comments