Fuhh~
Јυѕτ οηε dαφSeohee dan Taehyung berjalan ke sekolah dengan suasana yang sunyi. Mereka masih berdiam diri. Seohee berasa agak kekok dengan suasana tersebut. Taehyung menggosok-gosok belakang lehernya banyak kali.
"Yah Tae--" "Taehyung !!! Seohee !!"
Seohee berasa marah pula dengan Dasom ni. Muncul tak kena tempat dan masa. Dasom berlari ke arah Taehyung dan Seohee. Seohee memeluk tubuh. Taehyung memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"Eik? Yah, kenapa korang berdua ni senyap aje? Selalunya bising aje kalau bersama." Dasom mengusap dagunya dan dia memandang Seohee dan Taehyung banyak kali.
"Ha? M-Mana ada. Kitaorang okey aje, kan Taehyung?" Taehyung hanya mengangguk.
"Seohee ni pulak jenis yang cepat terasa." Taehyung memandang ke arah lain. Seohee mengepal penumbuknya dan dia memandang Taehyung macam kecik besar kecik besar aje si Taehyung ni.
"Yah!! Berani kau kata aku macam tu?!!" Seohee buat-buat ingin menumbuk Taehyung manakala Taehyung pula menjelirkan lidahnya. Dasom hanya melihat mereka berdua dengan geli hati.
"Cukup-cukup lah tu korang ni. Jom, Seohee! Kita pergi dulu! Taehyung, kau jalan dengan Jungkook. Dia dekat belakang." Dasom menarik tangan Seohee. Seohee hanya mengikut sahaja.
"Yah, Dasom! Asal kau buat macam tu?" Seohee memandang Dasom dengan pelik. Dia menyuruh Dasom melepaskan tangannya. Dasom hanya mengangkat bahu.
"Jungkook yang nak. Dia nak cakap sesuatu dengan Taehyung." Seohee dan Dasom terus berjalan ke kelas masing-masing.
Manaka
Comments