Eight

My Best Friend Is My Husband

Esok aku dan Yeri mula masuk sekolah balik. Perempuan tu mesti nak rahsiakan perkahwinan ni. Macamlah aku tak kenal perangai dia tu. 

"Weh, aku nak kita rahsiakan perkahwinan ni daripada kawan-kawan kita yang lain." Yeri memesan kepadaku. Hah, kan aku dah cakap. Perangai dia tu aku boleh teliti betul-betul. Lainlah macam aku. Perangai yang tak boleh ditafsir.

"Yelah." balasku sambil menonton tv. 

"Kita sekolah pun dah tak lama. Nanti dah nak masuk universiti." Perempuan ni bisinglah. Aku tengah syok tengok Park Shin Hye berlakon ni. "Woi, kau dengar tak?!" jerit Yeri. 

"Aku belum pekak lagi okay! Kacau je orang nak tengok perempuan cantik tu." rungutku. 

"Lelaki semua sama je. Pantang nampak perempuan cantik. Tengoklah tv tu! Tengok sampai lebam. Jangan harap kau boleh masuk bilik kejap lagi." perempuan ni makin memekak pulak. Adoii~ 

"Merajuklah tu" gumamku. Haish, aku ingatkan sesi pujuk-memujuk ni dah habis rupanya ada lagi. Nasib kaulah, Taehyung. Sapa suruh cari pasal... 

"Yeri, omma kau mana?" tanyaku. Kat dapur rupanya perempuan ni. 

"Eh, kenapa tak tengok tv tu? Pergilah tengok Park Shin Hye tu. Menyemak je kat sini" Yeri memerli aku sambil potong epal. Kejap je perangai dia dah berubah balik. Yeri~ Yeri~

"Park Shin Hye tu tak secantik kau. Em, dia cantik je. Kau tu cantik sangat. Comel pulak tu, rasa macam nak gigit je... epal ni~ Hehe." aku sebenarnya nak gigit dia tapi lepas tengok muka dia dah macam ibu singa.. err.. eh sedap jugak epal ni.

"Tak payah nak bodek sangatlah." dia berlalu ke ruang tamu sambil membawa semangkuk epal yang sudah siap dipotong. 

"Yeri~ Aku nak epal tu.." aku mengikutnya dari belakang seolah-olah budak kecil yang mengikut ibunya. 

"Potonglah sendiri." katanya sambil menukar siaran tv.

"Kau tak sayang aku ke? Aku ni punya sayang dekat kau. Kau layan aku macam ni je kan?" kataku sambil membuat suara meraih simpati. Yeri yang sedang menonton tv tidak mengendahkan aku. Ish, tak ada perasaan betul. Baik aku naik atas. Dengar lagu lagi bagus. 


"Taehyung, kau marahkan aku ke?" Yeri dalam proses memujukku. Aku langsung tak hiraukan dia. Dia pulak tak putus asa pujuk aku. 

"Tak. Geram je." ujarku sambil menaip sesuatu di dalam handphoneku. 

"Sorrylah pasal tadi." 

"Hmm"

"Kau maafkan ke tak ni?" soal Yeri. 

"Entah." jawabku acuh tak acuh.

"Kau ni kan! Malaslah aku nak layan. Huh, buang masa je aku duduk kat sini." bentak Yeri. Dah give up


Keesokan harinya, aku masih layan Yeri acuh tak acuh. Kat sekolah pun sama. Cepat betul dia give up. Setakat nak pujuk aku pun tak boleh ke? Huh. Dekat sekolah, Si Jimin tu tak habis-habis menyakat dia. Jimin ni kenapa? Nak makan makanan ke nak makan penumbuk aku? Wait.. aku jealous? Apa salahnya kan..

"Weh, Jimin. Kau ni dah kenapa asyik kacau Yeri je daripada tadi? Dah tak ada perempuan lain ke kau nak kacau?" bentakku.

"Rileks lah. Aku gurau je dengan dia. Aku tahulah kau suka dia.. wow! Kau jealous eh?" Alamak! Kantoi sudah.

"Err.. kalau aku jealous pun kenapa? Kau tau kan aku suka dia?" jelasku. Fuhh..

"Hahaha.. Ye aku tahu. Lagipun kita dah nak habis sekolah menengah.. nanti aku mesti dah jarang jumpa korang." katanya. 

"Kau sambung belajar kat mana?" soalku. 

"Entah. Aku pun tak tahu. Tapi yang pasti appa aku nak aku sambung belajar kat oversea" ujar Jimin. "Kau pulak?" tanyanya lagi.

"Aku? Aku pun tak tahu universiti mana aku nak pilih dekat Seoul Korea ni." kataku. Jimin ketawa. Aku teringat kata-kata omma Yeri.. Huh, dah semestinya kami satu universiti nanti. Macam manalah nasib aku nanti kat sana...

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aliaizzatie
it's been a long time.. MBFIMH still ada readers. thank you for the comments, I appreciate it

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 32: Hebat hebat rasa ff ni cukup rasa.
Best lew citew niww authornim..daebak!!
izatizatixoxo88 #2
Chapter 32: Berehat bersama kerepek~
izatizatixoxo88 #3
Chapter 32: Sweetnyer!!!!!Daebak bebenor ceqita nih!Cehwah!Cakap Kedah plak!Nak wat camna orang Kedah katakan!Hahaha....citer ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah best!!Best giler sampai nak jadi gila aku dibuatnya nasib baik lah tak serius kalau tak konfem aku kena masuk wad gila dah!Merepek kerepek jap...hihihi....
GreenDecember #4
Chapter 32: Cerita nie sewit lah...xdalah drama2 cliche yg menyampah,,,,ヽ(^。^)ノ
pikahbajet #5
Chapter 32: Daebak!!!!! aku ambik masa dua hari nak hbskan cite ni tak rugi nak baca cite ni .hahahaha.
pikahbajet #6
Chapter 4: Wow lawak gilerr !!!!!Daebak!!!!!!!!!
soojingukmark #7
Chapter 32: Act start bace ff author dari ni pukul 5 pg td xD i cant sleep huh stress giler T.T ni msk kali kedua saye bace ff ni ! :) waaa mmg sweet giler ! xD and lawak ! xD good job author ;) time bace ff ni saye asyik teringat dkt TTM saye je haha T.T btw keep writing and fighting ! ;)
HunHaney
#8
Chapter 32: sekejap je aku baca. alia best gila lah fanfic kau. asyik buat aku fangirl je :33 hampir menjerit pun ada. anyway comel kay oc ngan taetae dalam fanfic ni~ fluffy bro. XD
bittersweet4u
#9
Chapter 2: haha senang betul dia confess..
jelez pulak.. T^T