Twenty five

My Best Friend Is My Husband

Yeri's POV

Selesai cuti semester, aku dan Taehyung pulang semula ke apartment. Malam sebelum Taehyung kembali masuk ke kelas pastinya sibuk. Dia sibuk kemas barang-barang dia. Aku cuma tolong seterika baju dia aje. Aku nak tolong benda lain tak bagi. Mengandung lah katakan~

Sedang aku iron baju Taehyung, tiba-tiba dia datang memelukku dari belakang. 

"Sayang, aku tak nak pergi kelaslah esok" rungut Taehyung sambil meletakkan dagunya di atas bahuku.

"Kenapa pulak? Dah tak ada. Kau kena pergi jugak"

"Tak nak" rungutnya lagi. Dia ni dah kenapa? Perangai macam budak-budak aje.

"Kenapa? Okay, now tell me" aku menutup suis seterika setelah habis menggosok baju Taehyung. 

"Aku nak jaga kau kat rumah. Risaulah aku, kau sorang-sorang kat rumah. Kau tu pregnant

"Heh? So, apa masalahnya? Ingat aku budak 3 tahun yang tak reti jaga diri sendiri? Taehyung mengangguk. Aku menolak pipinya. Mengada. Ada ke dia anggap aku budak 3 tahun? Tak patut betul!

"Lagipun aku bosan kat dalam kelas. Tak ada kau. Aku tak berapa semangat nak study. Asyik ingat kau je" 

"Ish, mengadanya kau. Tampar kang" 

"Berani ke nak tampar aku?" Taehyung menyuakan mukanya ke arahku. Eh, dia ingat aku penakut sangat ke setakat nak tampar pipi dia tu?

"Malaslah. Nanti tak pasal-pasal jiran dengar kau menangis. Aku pulak dicop sebagai pendera suami. Wuu, tak naklah aku" Taehyung ketawa. Lawak sangat eh?

"Apa gelak-gelak? Eh, kau ni. Aku tampar betul-betul sampai terkeluar anak tekak kau baru tahu" ujarku. 

"Takutnya!!" Taehyung separa menjerit bagaikan seorang pondan. Menyampah aku tengok. 


"Yeri! Mana baju aku?" Taehyung menjerit memanggilku. Tak boleh ke kalau tak memekak? Pekak telinga aku.

"Adalah. Dalam almari aku letak semalam. Kau cari dengan lutut ke dengan mata weh?" kataku dari ruang dapur. 

"Sedapnya kau bercakap.. Haish, nasib baik jumpa" suara dia masih menyapa telingaku. Kerja nak membebel aje. Aku kemudiannya masuk ke dalam bilik. Kelihatan dia sedang menyarung baju kemejanya itu. Aku merenungnya dengan penuh perhatian. Kenapa dia nampak handsome sangat pakai macam tu? 

"Woii. Kenapa usha aku macam tu? Aku nampak handsome eh hari ni?" Taehyung menegurku. Aku mengelip-ngelipkan mataku kemudian memandang ke arah lain. 

"Euw, appa aku lagi handsome okay" Aku cuba untuk cover balik apa yang aku dah buat. Sememangnya aku malu! Kenapalah aku pergi tenung dia tadi? Haish.

"Eleh. Saja je cakap macam tu kan? Padahal malu" kata Taehyung sambil menyembur perfume di badannya. Ahh~ Wanginya! Kenapa aku rasa macam nak peluk dia sekarang ni? Sabar Yeri, sabar. 

"Mana ada!" aku membentak. 

"Dah tu kenapa blushing?" Taehyung ketawa kecil. Blushing? Kyahh, aku pun rasa muka aku semakin menegang. Huaa, malunya. 

Taehyung keluar dari bilik lalu menuju ke ruang dapur. Aku cuma sediakan kopi susu panas untuk dia. Bukan aku malas. Tapi dia yang tak nak makan. Degil punya suami.

"Hmm, aku pergi dulu ye sayang?" 

"Nae" kataku sambil mengangguk. Taehyung memandangku. Kenapa dia pandang aku macam tu? Macam ada sesuatu aje.

"Tak nak bagi morning-kiss ke, hug ke?" Dah agak dah. Kalau sehari tak menggatal tak sah.

"Jangan mengada eh? Dah pergilah cepat nanti terlambat masuk kelas, kena bebel dengan lecturer pulak" ujarku. Saja tak nak bagi apa yang dia minta tu. Menggatal je tahu.

"Hmm.. please give me a hug. Pleaseeee" Aku memandang kosong ke arahnya. Di matanya cuma mengharapkan yang aku akan bagi dia pelukan. Nak tak nak, aku memeluknya juga. Taehyung membalas pelukanku dengan erat. Macam ada makna je disebalik pelukan tu. Macam.. tak nak lepaskan aku. 

"Taehyung, let me go. Nanti kau terlambat masuk kelas pulak" kataku yang masih berada di dalam pelukannya. Kedengaran Taehyung merungut seperti tidak mahu melepaskan pelukan. Terpaksalah aku tolak dia. 

"Dah jangan nak lebih-lebih" 

"Hmm, yelah. Okay, bye baby! Papa pergi dulu. Jangan buli mama tau? Hmm, Yeri aku dulu okay sayang? Take care" ujarnya sambil mencium dahiku. Kenapa dia jadi romantik semacam aje ni? Hmm..

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aliaizzatie
it's been a long time.. MBFIMH still ada readers. thank you for the comments, I appreciate it

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 32: Hebat hebat rasa ff ni cukup rasa.
Best lew citew niww authornim..daebak!!
izatizatixoxo88 #2
Chapter 32: Berehat bersama kerepek~
izatizatixoxo88 #3
Chapter 32: Sweetnyer!!!!!Daebak bebenor ceqita nih!Cehwah!Cakap Kedah plak!Nak wat camna orang Kedah katakan!Hahaha....citer ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah best!!Best giler sampai nak jadi gila aku dibuatnya nasib baik lah tak serius kalau tak konfem aku kena masuk wad gila dah!Merepek kerepek jap...hihihi....
GreenDecember #4
Chapter 32: Cerita nie sewit lah...xdalah drama2 cliche yg menyampah,,,,ヽ(^。^)ノ
pikahbajet #5
Chapter 32: Daebak!!!!! aku ambik masa dua hari nak hbskan cite ni tak rugi nak baca cite ni .hahahaha.
pikahbajet #6
Chapter 4: Wow lawak gilerr !!!!!Daebak!!!!!!!!!
soojingukmark #7
Chapter 32: Act start bace ff author dari ni pukul 5 pg td xD i cant sleep huh stress giler T.T ni msk kali kedua saye bace ff ni ! :) waaa mmg sweet giler ! xD and lawak ! xD good job author ;) time bace ff ni saye asyik teringat dkt TTM saye je haha T.T btw keep writing and fighting ! ;)
HunHaney
#8
Chapter 32: sekejap je aku baca. alia best gila lah fanfic kau. asyik buat aku fangirl je :33 hampir menjerit pun ada. anyway comel kay oc ngan taetae dalam fanfic ni~ fluffy bro. XD
bittersweet4u
#9
Chapter 2: haha senang betul dia confess..
jelez pulak.. T^T