Twenty eight

My Best Friend Is My Husband

Yeri's POV

"Baju ni y sangatlah! Kau gila ke apa? Dah lah aku tengah pantang. Huh!" bentakku. Baju tu tersangatlah y. Seumur hidup aku, aku tak pernah lagi pakai dress paras atas lutut. Baik bogel je terus. Menyampah. Ingat aku artis ke nak pakai macam tu?

"Alaa, baju ni cantik apa. Mesti cun bila kau pakai. Bolehlah, bolehlah" ujar Taehyung dengan gaya gediknya. Ergh, serius rasa macam nak tendang dia masuk longkang. Tapi nasib baik aku tengah pantang. Kalau tak, bermalamlah kau di hospital seorang diri.

"Cantik kepala kau. Aku cakap tak nak, tak naklah" 

"Kepala aku cantik lagi daripada dress ni ke? Oh, jadi kau nak merelakan diri kau kena kiss dengan aku depan orang ramai?" Tengkorak kau. Kenapa dia tiba-tiba jadi macam ni? Nak ugut-ugut orang pulak. Terpaksa aku guna cara lembut.

"Kim Taehyung, please. Don't force me. Aku tak nak" kataku perlahan sambil memegang pipinya. Tak pernah-pernah aku macam ni.

"Aww, so sweet baby. Betul tak nak ni? Jangan menyesal kalau aku buat ni" Taehyung memejamkan matanya lalu mendekatkan mukanya ke mukaku. Dengan sepantas kilat, aku menolak mukanya yang sedang terpejam itu. Kenapa dia nak sangat aku pakai dress y tu? Gatal.

"Baby, kenapa you buat I macam ni?" Gedik.

"Kalau kau nak sangat dress tu, better kau beli untuk kau. Senang"

"Well, kalau aku boleh pakai dah lama aku pakai" Sah gila. Gila ke apa? Dah macam pondan aku tengok.

"Whatever. Aku nak balik"

"Okay. Tapi kau betul tak nak beli sehelai baju pun?"

"Ah, kau ni. Macam aku miskin sangat tak ada baju" Taehyung ketawa kecil.

"Dah jom balik. Kesian Taeri rindukan papa dengan mama dia"

"Tahu pun kau. Sibuk sangat paksa aku beli dress tu" Taehyung tersengih.


"Yeri, kenapa Taeri asyik nangis je ni? Aku dah bagi susu tadi, dia nangis jugak" kata Taehyung. Sejujurnya, aku sendiri pun tak tahu kenapa Taeri menangis tak berhenti.

"Aku pun tak tahu" Aku dah makin gelisah ni. Taeri sayang, tolonglah berhenti menangis.

"Aku rasa kan.. dia nak susu badan tak?" Eh? Pandai-pandai je dia ni. Tapi, mana tahu betul.

"Kau keluar kejap" 

"Kenapa pulak?" 

"Keluar jelah. Aku nak susukan Taeri ni" aku mendukung Taeri yang masih menangis.

"Apa masalahnya kalau aku duduk sekali dalam bilik ni?" 

"Jangan nak mengada boleh tak? Keluarlah! Tak nampak ke anak kau tengah menangis ni?" kataku sambil menolak Taehyung keluar dari bilik dan aku menutup pintu. Aku menyusukan Taeri. Diam akhirnya! Betul jugak cakap Taehyung. Kesian pulak aku halau dia keluar tadi. Aku bukan apa. Malu. Macam tak tahu perangai dia tu. Gatal plus byuntae. 

Selepas beberapa minit kemudian, Taeri terlena di pangkuanku. Aku meletakkan Taeri di tempat tidurnya. Kemudian, aku membuka pintu bilik. Alangkah terkejutnya aku, Taehyung masih menunggu di depan pintu sambil bersila. Bertapa ke apa? Pft.

"Haha, kau tengah bertapa ke weh?" soalku.

"Bertapa apanya. Dah berjanggut aku tunggu kau kat depan pintu ni"

"Dah tumbuh janggut ke? Mana janggutnya?"

"Janggut kambing kau" Aku ketawa. Marahlah tu. 

"Taeri dah tidur? Wow, tak sangka tekaan aku tepat. You're the best babeh!" kata Taehyung sambil melihat Taeri tidur.

"Diamlah. Nanti dia terjaga, aku jugak yang kena"

"Eleh. Kau halau aku tadi kenapa? Malu?" Aku tersengih. Macam tahu-tahu je.

"Nak malu apanya. Aku bukan nak buat apa pun kat kau"

"Yelah tu! Kau tu kan byuntae!"

"Oh, byuntae?" Taehyung menolakku ke atas katil.

"Taehyung kau nak buat apa?!" aku separa menjerit. 

"Anything I want baby" Ahhh!! Aku takut. Kenapa dia jadi macam ni?

"Taehyung, aku tengah pantang ni. Kau lupa ke?" Serta merta pergerakannya terhenti. Aku menarik nafas lega. 

"TaeTae, kenapa kau jadi macam ni?" tanyaku. 

"Aku baru nak buli kau tadi. Tapi kau tengah pantang pulak. Haihh" Taehyung mengeluh. Buli? Macam nak rogol aku adalah.

"Oh. Aku ingat kau nak buat apa tadi. Buat aku takut je"

"Kau takut? Muka aku menakutkan ke?" Aku menggeleng.

"Pergerakan kau tu.. buat aku takut" Taehyung ketawa. 

"Tak apa. Sekarang ni nasib je kau tengah pantang. Kalau tak, memang penatlah kau kena buli dengan aku" Aku mencubit lengannya. 

"Ahhh!! Sakitlah! Hish, keturunan ketam!" Aku menjeling. Tak habis-habis dengan gelaran mengarut tu.

 


 

p/s: ff ni takde M sangat ok xD

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aliaizzatie
it's been a long time.. MBFIMH still ada readers. thank you for the comments, I appreciate it

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 32: Hebat hebat rasa ff ni cukup rasa.
Best lew citew niww authornim..daebak!!
izatizatixoxo88 #2
Chapter 32: Berehat bersama kerepek~
izatizatixoxo88 #3
Chapter 32: Sweetnyer!!!!!Daebak bebenor ceqita nih!Cehwah!Cakap Kedah plak!Nak wat camna orang Kedah katakan!Hahaha....citer ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah best!!Best giler sampai nak jadi gila aku dibuatnya nasib baik lah tak serius kalau tak konfem aku kena masuk wad gila dah!Merepek kerepek jap...hihihi....
GreenDecember #4
Chapter 32: Cerita nie sewit lah...xdalah drama2 cliche yg menyampah,,,,ヽ(^。^)ノ
pikahbajet #5
Chapter 32: Daebak!!!!! aku ambik masa dua hari nak hbskan cite ni tak rugi nak baca cite ni .hahahaha.
pikahbajet #6
Chapter 4: Wow lawak gilerr !!!!!Daebak!!!!!!!!!
soojingukmark #7
Chapter 32: Act start bace ff author dari ni pukul 5 pg td xD i cant sleep huh stress giler T.T ni msk kali kedua saye bace ff ni ! :) waaa mmg sweet giler ! xD and lawak ! xD good job author ;) time bace ff ni saye asyik teringat dkt TTM saye je haha T.T btw keep writing and fighting ! ;)
HunHaney
#8
Chapter 32: sekejap je aku baca. alia best gila lah fanfic kau. asyik buat aku fangirl je :33 hampir menjerit pun ada. anyway comel kay oc ngan taetae dalam fanfic ni~ fluffy bro. XD
bittersweet4u
#9
Chapter 2: haha senang betul dia confess..
jelez pulak.. T^T