Twenty

My Best Friend Is My Husband

Taehyung's POV

Ni semua salah aku! Kalau aku tak melutut sambil pegang bunga depan Jiyeon, mesti semua ni takkan jadi! Arghh!! Yeri, mana kau? Aku nak menangis ni Yeri..

Keesokkan harinya aku menelefon Yeri. Gagal. Yeri masih offkan handphonenya. Eunji. Dia mesti tahu Yeri kat mana. 

"Eunji!" panggilku apabila melihat Eunji keluar daripada kelas.

"Taehyung? Oh, ada apa?"

"Awak tahu tak Yeri kat mana?"

"Yeri kat mana? Emm, saya tak tahu. Kenapa Taehyung?"

"Awak tak tahu? Betul ke awak tak tahu?!" suara aku agak ditinggikan sedikit. Mustahil kawan baik Yeri sendiri tak tahu. 

"Iye, saya tak tahu!" Eunji turut meninggikan suaranya. Aku meraup mukaku. Mana lagi nak cari Yeri ni? 

"Tak apalah Eunji. Thanks. Sorry sebab tinggikan suara tadi" 

"Sama-sama. Tak apa. Kenapa dengan Yeri?"

"Dia lari dari saya. Panjang ceritanya. Tapi yang pasti dia dah salah faham" Eunji mengangguk. "Emm, Eunji.. saya minta diri dulu" kataku sebelum meninggalkan Eunji di situ.


Yeri's POV

Aku hanya berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen di ruang tamu rumah Eunji. Sekarang, aku cuma perlu tunggu Eunji pulang dari kelas. Handphoneku yang berada di atas meja kutenung. Kalau aku on kan handphone tu, mesti banyak missed call dari Taehyung. Kedengaran pintu rumah dibuka. Eunji muncul dari situ lalu duduk di sebelahku. 

"Yeri..tadi Taehyung datang jumpa saya. Dia cari awak" Aku tersentak. 

"Le..lepas tu awak cakap apa kat dia?"

"Dia tanya awak kat mana. Lepas tu saya cakap tak tahu. Muka dia nampak risau sangat, Yeri" Aku diam. Patut ke aku jumpa dia?

"Yeri, eloklah awak jumpa dia. Awak kan tengah pregnant sekarang ni. Dia patut tahu pasal anak korang" kata Eunji lagi. Aku menundukkan muka. Air mata yang ku tahan supaya tidak gugur, akhirnya gugur jua. Eunji memeluk bahuku. 

"Dia ada cakap, yang ni semua salah faham je" Salah faham? Salah faham ke kalau aku nampak dengan mata kepala aku sendiri? 

"Yeri, saya bawak awak balik ye?" Aku mengangguk. Aku jumpa Taehyung bukan sebab aku dah maafkan dia, tapi sebab anak yang dalam kandungan ni. Taehyung patut tahu pasal anak dia.


Aku dan Eunji sampai di apartment. Eunji mengetuk pintu. Beberapa minit kemudian pintu dibuka dari dalam. Taehyung yang melihat aku berada di depan pintu, segera memelukku. 

"Yeri, kau pergi mana? Puas aku cari kau" soal Taehyung yang dalam keadaan memelukku. Aku mendiamkan diri. Malas nak bercakap. Aku melepaskan pelukan. 

"Eunji, thanks" kataku. 

"Nae. Saya balik dulu" 

Melihat Eunji sudah menjauh, Taehyung menarik tanganku perlahan masuk ke dalam apartment. 

"Yeri, kau dah salah faham. Semua yang kau.."

"Shh.. aku tak nak dengar. Aku balik ni pun bukan sebab aku dah maafkan kau. Aku balik sebab.. aku mengandungkan anak kau" ujarku. 

"Kau mengandung Yeri? Kau mengandung?!" Taehyung memelukku sekali lagi.

"Aku dah mengandung 3 minggu" 

"Yeri, aku mintak maaf. Aku tak sepatutnya buat macam tu hari tu. Aku tahu aku salah" kata Taehyung sambil mengusap pipiku. 

"Tahu pun!" Aku menjeling. 

"Sorrylah sayang.." 

"Apa sayang-sayang? Pergilah bersayang-sayang dengan Jiyeon kau tu" Tiba-tiba je aku rasa nak marah-marah Taehyung bila nampak muka dia depan mata ni. Bukan setakat nak marah, nak jadikan kentang lenyek pun aku sanggup.

"Dah lah tu. Aku tak ada apa-apa hubunganlah dengan dia. Kau ni.. Haa.. kau cemburu sebab bawakkan budak ni.. Kan?" 

"Kalau ye pun kenapa? Orang pregnant memang ni. Kalau kau cari pasal lagi, alamatnya kena lenyeklah kau dengan omma kau tu"

"Alaa.. okay, okay. Janganlah marah-marah. Kesian baby dalam perut ni" Taehyung mengusap perutku. Aku menepis. Ish, geli aku. 

"Kau ni. Aku baru pregnant 3 minggu lah. Tak payah nak usap-usap bagai. Menggelikan tau tak?" Taehyung ketawa. Ish, dia ni. Ingat aku buat lawak ke?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aliaizzatie
it's been a long time.. MBFIMH still ada readers. thank you for the comments, I appreciate it

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 32: Hebat hebat rasa ff ni cukup rasa.
Best lew citew niww authornim..daebak!!
izatizatixoxo88 #2
Chapter 32: Berehat bersama kerepek~
izatizatixoxo88 #3
Chapter 32: Sweetnyer!!!!!Daebak bebenor ceqita nih!Cehwah!Cakap Kedah plak!Nak wat camna orang Kedah katakan!Hahaha....citer ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah best!!Best giler sampai nak jadi gila aku dibuatnya nasib baik lah tak serius kalau tak konfem aku kena masuk wad gila dah!Merepek kerepek jap...hihihi....
GreenDecember #4
Chapter 32: Cerita nie sewit lah...xdalah drama2 cliche yg menyampah,,,,ヽ(^。^)ノ
pikahbajet #5
Chapter 32: Daebak!!!!! aku ambik masa dua hari nak hbskan cite ni tak rugi nak baca cite ni .hahahaha.
pikahbajet #6
Chapter 4: Wow lawak gilerr !!!!!Daebak!!!!!!!!!
soojingukmark #7
Chapter 32: Act start bace ff author dari ni pukul 5 pg td xD i cant sleep huh stress giler T.T ni msk kali kedua saye bace ff ni ! :) waaa mmg sweet giler ! xD and lawak ! xD good job author ;) time bace ff ni saye asyik teringat dkt TTM saye je haha T.T btw keep writing and fighting ! ;)
HunHaney
#8
Chapter 32: sekejap je aku baca. alia best gila lah fanfic kau. asyik buat aku fangirl je :33 hampir menjerit pun ada. anyway comel kay oc ngan taetae dalam fanfic ni~ fluffy bro. XD
bittersweet4u
#9
Chapter 2: haha senang betul dia confess..
jelez pulak.. T^T