Eighteen

My Best Friend Is My Husband

"Author's POV

Hubungan Yeri dan Taehyung semakin baik. Yeri pula dah jarang marah-marah Taehyung. Sejak kebelakangan ini, Yeri menjadi semakin baik dan melayan Taehyung dengan baik sekali. Pendek kata, semuanya baik tentangnya. Mungkin kerana dia berkawan dengan Eunji. 

Bercakap tentang Eunji, dia seorang gadis yang sangat baik. Selalu menolong Yeri dalam kesusahan. Dan perkara penting sekali disini ialah.. Eunji telah mengetahui tentang perkahwinan Yeri dan Taehyung. Semuanya berlaku atas sebab...

FLASHBACK 

"Eunji, pegangkan buku ni kejap" kata Yeri sambil membuka beg tangannya untuk mengambil kunci pintu apartment. Eunji hanya menurut. 

Tiba-tiba pintu terbuka dari dalam. Taehyung! Eunji yang berada di sebelahku melopong melihat Taehyung. 

"Yeri, is this your apartment?"

Yeri terkaku. Tak mampu untuk mengungkapkan sepatah perkataan pun pada masa itu.


"Sebenarnya, dia suami saya" Yeri terpaksa mengaku. Kalau dia menipu pun, Eunji bukannya kanak-kanak. 

"Mwo? Jinjjayo? Bila korang kahwin? Korang kan couple lagi?" Eunji masih dalam keadaan terkejut itu bertanyakan bertubi-tubi soalan kepada Yeri. 

"Kami dah lama kahwin. Sebelum masuk U lagi.." jelas Yeri. "Eunji, saya harap awak dapat rahsiakan perkara ni daripada pelajar-pelajar kat U tu nanti." tambah Yeri. Sesungguhnya perasaannya kini bercampur-baur. Takut terkantoi. Kecewa. Marah. Marah disebabkan Taehyung muncul secara tiba-tiba di muka pintu. 

"Awak jangan risau. Saya boleh simpan rahsia" kata Eunji sambil tersenyum.

"Betul ni? Gomawo Eunji!" Yeri memeluk Eunji. Dia sangat beruntung kerana mempunyai kawan yang boleh dipercayai.

BACK TO AUTHOR'S POV 

Sejak itu Yeri mula mempercayai Eunji. Namun, bukanlah memberi kepercayaan sepenuhnya. Taehyung juga berasa lega kerana Eunji dapat menyimpan rahsia tentang perkahwinan mereka. 


Taehyung's POV

Seharian aku dan Yeri berada di rumah. Kami hanya menyiapkan assigment yang bertimbun itu. 

"Yeri, aku bosanlah. Jom keluar sayang" Aku mencuit pipi Yeri. Tekun gila dia mengadap laptop. Muka aku pun dia tak pandang. 

"Kau tak nampak ke aku buat apa ni?" 

"Alaa, malam nanti boleh siapkan. Malam nanti, aku janji aku akan tolong kau siapkan. Aku punya pun belum siap lagi" kataku. 

"Tak naklah. Kau nak keluar, keluarlah. Aku tak nak"

"Okay, fine. Tapi jangan marah kalau aku ajak Jiyeon keluar sekali.. aaahhhhh!!!!!" Yeri mencubit lenganku. Sakit! Aku menggosok lenganku yang dicubit oleh Yeri itu. Kalau hari-hari macam ni, lebam lengan aku. Nasib baiklah aku ni kuat. 

"Kau nak keluar, keluar ajelah sorang-sorang! Kau pun tahu kan aku tak suka dengan Jiyeon tu!" bentak Yeri. Nasiblah, siapa suruh cari pasal dengan dia.

"Dah aku ajak kau, kau tak nak. Jomlah~" 

"Ish, yelah. Aku pergi siap kejap" Yes! Akhirnya! 

"Pakai cantik-cantik ye sayang"


Kami bukan keluar jauh mana pun. Setakat jalan-jalan kat taman area apartment tu. Aku memegang tangan Yeri. Ala-ala couple tengah hangat bercinta. Ye tak? 

"TaeTae, kita nak pergi mana ni?" Yeri bertanya kepadaku.

"Ikut ajelah. Emm, Yeri kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi beli something untuk kau"

"Hmm, yelah"

Aku meninggalkan Yeri di situ. Aku berjalan menuju ke arah kedai bunga yang agak jauh dari tempat Yeri duduk. Kalau dia nampak, tak suprise lah.

Aku melihat bunga-bunga yang ada di situ. Banyak pilihan. Aku mana pernah beli bunga kat perempuan. Ni kali kedua aku masuk kedai bunga. Kali pertama, aku masuk dengan omma. Itu pun omma beli bunga hiasan untuk letak dalam rumah. Tanpa sedar, aku telah melanggar seseorang. Ah, cuai betul lah aku ni. 

"Mianhamnida" kataku. Oh, Jiyeon rupanya. 

"Gwenchana. Taehyung, awak buat apa kat sini? Beli bunga untuk Yeri ke?"

"Ha'ah. Boleh awak cadangkan tak bunga yang sesuai untuk dia?" 

"Yes. Of course"

Kami memilih bunga yang sesuai untuk Yeri. Jiyeon memilih salah satu bunga di situ. 

"Nice. Tapi sebelum tu saya kena berlakon dulu. Takut nanti tergagap pulak depan dia"

"Haha, apa-apa je lah awak ni" 

Aku melutut di depan Jiyeon sambil memegang bunga tersebut. Tiba-tiba Yeri muncul di depan pintu kedai. 

"Taehyung!" Alamak. Apa nak buat ni? 

"Yeri! Yeri! Tunggu Yeri!" aku mengejar Yeri yang sedang berlari meninggalkan kedai bunga itu. 

"Yeri, tunggu!!" 

 


 

p/s: start from tomorrow I'll make double chapter. sebab author akan balik kampung tak lama lagi. so, keep reading and don't forget to leave your comment ^^

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aliaizzatie
it's been a long time.. MBFIMH still ada readers. thank you for the comments, I appreciate it

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 32: Hebat hebat rasa ff ni cukup rasa.
Best lew citew niww authornim..daebak!!
izatizatixoxo88 #2
Chapter 32: Berehat bersama kerepek~
izatizatixoxo88 #3
Chapter 32: Sweetnyer!!!!!Daebak bebenor ceqita nih!Cehwah!Cakap Kedah plak!Nak wat camna orang Kedah katakan!Hahaha....citer ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat lah best!!Best giler sampai nak jadi gila aku dibuatnya nasib baik lah tak serius kalau tak konfem aku kena masuk wad gila dah!Merepek kerepek jap...hihihi....
GreenDecember #4
Chapter 32: Cerita nie sewit lah...xdalah drama2 cliche yg menyampah,,,,ヽ(^。^)ノ
pikahbajet #5
Chapter 32: Daebak!!!!! aku ambik masa dua hari nak hbskan cite ni tak rugi nak baca cite ni .hahahaha.
pikahbajet #6
Chapter 4: Wow lawak gilerr !!!!!Daebak!!!!!!!!!
soojingukmark #7
Chapter 32: Act start bace ff author dari ni pukul 5 pg td xD i cant sleep huh stress giler T.T ni msk kali kedua saye bace ff ni ! :) waaa mmg sweet giler ! xD and lawak ! xD good job author ;) time bace ff ni saye asyik teringat dkt TTM saye je haha T.T btw keep writing and fighting ! ;)
HunHaney
#8
Chapter 32: sekejap je aku baca. alia best gila lah fanfic kau. asyik buat aku fangirl je :33 hampir menjerit pun ada. anyway comel kay oc ngan taetae dalam fanfic ni~ fluffy bro. XD
bittersweet4u
#9
Chapter 2: haha senang betul dia confess..
jelez pulak.. T^T