002

My Name Is Mrs. Byun

 

BAB 002: KERANA SUSU, ROSAK NILA SEBELANGA

 

Yoobi mencapai tisu yang seterusnya lalu mengesat hidungnya yang berair. Sejak dia pulang di rumah, dia menguncikan diri di dalam bilik lalu menangis. Biliknya kelihatan seperti telah dilanda ribut taufan.

 

“Kita putus.”

Itu adalah dua perkataan paling kejam yang pernah Yoobi dengar sepanjang hidupnya, lebih-lebih lagi apabila dua perkataan itu keluar daripada mulut lelaki yang paling dia sayangi. Dia terpempam. Seluruh tubuhnya terasa kaku dan lidahnya terkelu untuk berkata-kata. Matanya bulat memerhatikan wajah Yixing yang kelihatan sangat serius. Yoobi terus menampar bahu Yixing lalu tersenyum.

“Pandai betul buat lawak!” kata Yoobi dengan ketawa yang masih bersisa. Dahi Yixing berkerut apabila melihat reaksi Yoobi itu. Dia serius ketika melafaskan dua perkataan itu jadi dia tidak mengerti mengapa Yoobi perlu ketawa.

 

Sayang. Yixing memang menyayangi Yoobi. Yixing mengurut batang hidungnya lalu mengeluh perlahan. Dia tahu Yoobi telah melawan keinginan keluarganya untuk meneruskan hubungan mereka jadi Yixing mahu menghentikan semua itu. Lelaki itu memegang kedua-dua belah bahu Yoobi, menyebabkan ketawa Yoobi terhenti. Mereka saling bertatapan. Dada Yoobi terasa sempit apabila Yixing memandangnya dengan pandangan dingin itu. Itu kali pertama Yixing melihatnya sebegitu kerana Yixing merupakan seorang yang periang dan berfikiran terbuka.

 

“Saya serius. Kita putus.” Tegas Yixing. Yoobi menolak tubuh Yixing agar menjauhinya lalu mencerlung memandang lelaki yang lebih tinggi itu.

 

“Kenapa pulak?!” tanya Yoobi, separa menjerit. Yixing hanya menggeleng dan tersenyum. Dia tidak mahu Yoobi tahu yang dia membuat keputusan sedemikian kerana dia tidak mahu Yoobi terus bergaduh dengan ahli keluarganya. Sebagai lelaki yang matang, itu keputusan terbaik yang dia mampu fikirkan.

 

“Saya tak boleh bawak awak balik China. Keluarga saya tak benarkan jadi lebih baik kita putus,” mudah sahaja penipuan itu meluncur keluar daripada bibir Yixing. Yoobi mengecilkan mata ke arah Yixing. Takkanlah...janganlah tinggalkan aku...

 

“ Kau nak tinggal aku sebab tu je? Fine! Kau ingat aku heran? Aku nak tengok perempuan mana yang sanggup terima lelaki nyanyuk macam kau selain aku!” jerit Yoobi sebelum memukul kepala Yixing dengan beg tangannya. Yixing menghadang kepalanya lalu memejamkan mata.

 

“Aku harap bila kau bangun pagi esok, kau bertukar jadi unicorn!” Yoobi ingin menyumpah Yixing menjadi beruk tetapi dia masih menyayangi lelaki itu jadi membuat pilihan yang lebih baik dan sopan. Yoobi memukul kepala untuk kali terakhir lalu meninggalkan Yixing di taman itu. Kanak-kanak yang sedang bermain di situ tercengang melihat babak yang berlaku di hadapan mereka.

 

“Lelaki gila. Kau ingat lesung pipit kau bagus sangat? Kau tak tahu ke orang terencat je ada lesung pipit? Yixing gila! Benci!” jerit Yoobi lalu menangis sambil berbaring di atas lantai. Dia membalingkan kotak tisu ke arah pintu apabila dia dapati tisu itu sudah habis.

 

“AKU BENCI YIXING! BENCI!!!”

 

***

 

“AKU BENCI YIXING! BENCI!!!”

 

“Aku benci noona kau.” kata Baekhyun selamba apabila mendengar jeritan Yoobi yang kedengaran seperti sedang diserang oleh perogol bersiri itu. Sehun memberi jelingan maut ke arah Baekhyun lalu menghempaskan pen birunya ke atas buku rujukan Biologi yang tebal. Dia sedang mengulangkaji subjek itu—Baekhyun sebagai tutornya. Suara jeritan kakaknya masih mencemari udara mereka.

 

“Noona kau tak tahu nak diam ke?” tanya Baekhyun sambil membelek-belek komik Detective Conan milik Sehun. Sehun menampar mejanya lalu berdiri. Dia melangkah keluar dari biliknya selepas menunjal kepala Baekhyun. Baekhyun hanya memandang kosong lalu kembali membaca komik yang tidak menarik baginya itu. Dia lebih suka membaca majalah, terutamanya majalah Playboy. Sehun berhenti di hadapan pintu bilik kakaknya lalu mengetuk pintu bilik itu.

 

“Noona, diamlah sikit. Nanti Baekhyun tak nak ajar aku,” kata Sehun sambil terus mengetuk pintu bilik kakaknya.

 

“Ada aku kisah dengan Baekhyun? Suruh dia balik!”

 

Sehun memegang belakang lehernya. Dia rasa dia berkemungkinan besar menghidap darah tinggi jika tinggal di dalam rumah yang sama dengan Yoobi dengan lebih lama. Dia menarik nafas lalu kembali mengetuk pintu bilik itu.

 

“Noona, aku nak study ni. Kau boleh diam sekejap tak?” Sehun memohon pengertian kakaknya.

 

“KAU DIAM!!!”

 

Sehun terdiam. Suara kakaknya membuatkan gegendang telinga bergegar. Dia memusingkan lalu kembali masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil tempat di mejanya lalu menyembamkan muka pada buku rujukan Biologi.

 

“Selagi noona kau tak diam, selagi tu aku takkan mula mengajar kau,” Baekhyun berbaring selesa di atas katil bujang milik Sehun tanpa rasa bersalah. Sehun menutup buku rujukannya lalu mengetuk kepalanya pada meja beberapa kali, tetapi tidaklah kuat sehingga mampu meretakkan tulang tengkoraknya.

 

“Kau datang esok jelah, Baek. Aku rasa selagi noona aku tak tidur, selagi tu dia akan menjerit macam orang gila,”

 

“Okay.” Baekhyun meletakkan komik itu di atas tilam lalu bangkit. Dia melihat pantulan wajahnya pada cermin meja solek lalu membetulkan rambutnya yang berserabut akibat berbaring sebentar tadi. Setelah dia selesai, dia mengenyitkan mata ke arah diri sendiri lalu melangkah keluar daripada bilik Sehun. Suara Yoobi yang terpekik-terlolong kedengaran sangat kuat sehingga Baekhyun terpaksa menekup telinga. Seriously...perempuan ni boleh kalahkan high note Mariah Carey..

 

“Baekhyun.” Kedengaran satu suara apabila kaki Baekhyun mencecah anak tangga terakhir.

 

“Yes?” Baekhyun memerhatikan Puan Oh yang sedang menghampiri sambil menatang dulang berisi segelas susu.

 

“Tolong bagi susu ni kat Yoobi. Omma letak ubat tidur dalam susu ni. Appa kamu tengah buat kerja kat pejabat dia. Suara Yoobi menganggu appa,” kata Puan Oh. Baekhyun selalu bertandang ke rumah keluarga Oh jadi dia memanggil ibubapa Sehun dengan panggilan ‘omma’ dan ‘appa’. Baekhyun mengambil dulang itu lalu berpusing untuk kembali naik ke atas. Aku patut rasa bangga atau menyampah sebab kena menghadap Mariah Carey Korea?

 

“Yah, Yoobi! Bukak pintu ni,” Baekhyun menampung dulang itu dengan tangan kanan manakala tangan kirinya giat mengetuk pintu bilik Yoobi. Selepas beberapa ketukan, pintu bilik dibuka dari dalam dan kelihatan wajah seorang gadis yang kelihatan seperti telah membunuh lapan orang manusia dengan hanya sebilah pisau tajam-begitulah ekspresi wajah Yoobi ketika itu. Menakutkan. Baekhyun menelan liur sebelum menyuakan dulang itu kepada Yoobi.

 

“APA NI?!” Wajah Baekhyun berkerut apabila suara lantang Yoobi menyapa telinganya.

 

“Cuka getah. Apa? Lepas putus cinta dah tak kenal susu?”

 

“MACAM MANA KAU TAHU AKU BARU PUTUS CINTA?!” wajah Baekhyun berkerut sekali lagi. Yoobi memandang wajah Baekhyun dengan reaksi masam mencuka. Mesti Sehun yang bagitau. Dasar mulut bocor! Aku cubit mulut dia nanti...

 

“Kau boleh cakap perlahan sikit tak? Kau ingat aku pekak ke apa?”

 

“AKU TANYA MACAM MANA KAU TAHU AKU BARU PUTUS CINTA?!!!”

 

“TEKAK KAU LEBIH KUAT DARIPADA SPEAKER DISKO!! AKU DENGAR SEMUA BENDA KAU CAKAP DARI A SAMPAI Z. KAU INGAT PENGHUNI RUMAH NI ADA MASALAH SOUND TROUBLE KE SAMPAI TAK BOLEH DENGAR BILA KAU TERPEKIK TERLOLONG MACAM PONTIANAK KENA KEJAR DENGAN TOK BOMOH?! Ei, aku pukul dengan dulang ni baru tahu. Ambik susu ni,” gesa Baekhyun lalu menyuakan dulang itu sekali lagi. Yoobi menggigit bibirnya lalu memandang Baekhyun dengan mata yang berair.

 

“Lelaki dalam dunia ni semua tak guna macam kau! Apa salah aku yang berjiwa lemah ni.” Rajuk Yoobi lalu mengambil gelas berisi susu itu. Baekhyun melepaskan keluhan lega kerana Yoobi akhirnya bercakap menggunakan nada manusia normal. Jika tidak, dia fikir akan terus berdiri di situ untuk beradu nada tinggi siapa paling hebat. Mata Baekhyun melirik wajah Yoobi yang sedang meneguk susu. Minumlah. Lepas ni penghuni rumah ni akan aman.

 

Baekhyun berpusing untuk menghantar dulang itu namun terhenti apabila Yoobi memanggil namanya. Baekhyun tersenyum sinis lalu kembali menghadap Yoobi. Dia  tidak menyangka hari itu akan tiba.

 

“Aku tahu kau nak ucapkan terima kasih sebab aku bawakan susu tapi—YAH!!” Baekhyun tidak pernah menyangka akan tiba masa wajah kacaknya akan disimbah dengan air susu hangat oleh kakak kepada sahabatnya. Itu merupakan satu penghinaan bagi Baekhyun. Matanya membuntang memandang Yoobi.

 

“Kau siapa nak cakap macam tu dengan aku? Aku ni lebih tua daripada kau tau. Oh, sama-sama untuk susu tu,” Yoobi memerhatikan air susu yang menitik jatuh daripada wajah Baekhyun. Rasakan. Siapa suruh kurang ajar sangat...

 

“Kau ni kan,” Baekhyun menolak Yoobi masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu. Yoobi terundur lalu membalingkan bantal ke arah Baekhyun. Apa dia nak buat ni?

 

“Mintak maaf sekarang jugak!” arah Baekhyun lalu menarik tangan Yoobi. Yoobi menampar lengan Baekhyun beberapa kali tetapi pegangan Baekhyun terlalu kuat. Yoobi dan Baekhyun memang tidak boleh bertemu. Jika mereka bertemu, akan terjadilah babak-babak menarik seperti simbah-menyimbah, sumpah-menyumpah dan maki-memaki.

 

“Kenapa pulak? Kau yang cari pasal dulu,” Yoobi sengaja membaringkan dirinya supaya Baekhyun tidak mampu menarik dirinya. Baekhyun bergelut untuk menarik Yoobi supaya berdiri. Yoobi berdegil.

 

“Baekhyun, lepaslah. Aku pening ni,” kepala Yoobi tiba-tiba terasa berputar. Wajah Baekhyun kelihatan seperti ada 3, 4 dan 5 kemudian kabur. Pegangan Baekhyun pada lengannya terasa longgar diikuti dengan badannya yang dihempap badan Baekhyun. Eh, kenapa dengan dia ni?

 

Pandangan Yoobi yang kabur berubah gelap.

 

Sehun yang berada di biliknya akhirnya mampu membuang kapas yang disumbatkan di telinganya. Dia memang tidak suka mendengar perbalahan antara Baekhyun dan kakaknya. Yehet... akhirnya aku boleh study dengan aman...

 

Encik Oh yang sedang berada di dalam pejabat mininya tersenyum apabila tidak lagi kedengaran suara anak gadisnya. Dia meneruskan kerjanya dengan hati yang lapang. Baekhyun memang selalu dapat mendiamkan Yoobi, Encik Oh tergerak untuk membelanja anak muda itu makan pada suatu hari nanti.

 

“Yoobi ni sepatutnya aku kahwinkan dengan Baekhyun, baru mulut dia diam. Betul tak, Sunny?” Puan Oh tersenyum lalu menyiram pokok-pokok bunga matahari di halaman rumahnya. Puan Oh hanya berkata-kata tanpa berfikir dengan mendalam. Tidak mungkinlah dia mengahwinkan anaknya dengan pelajar sekolah. Dia lebih berkenan untuk mengahwinkan anaknya dengan Myungsoo.

 

 

***

 

“OMMA!!!!!!!!” Yoobi menjerit sebaik sahaja dia terjaga. Tubuh Baekhyun yang sedang menindih tubuhnya sangat menakutkan. Dia menolak tubuh lelaki yang masih tidak sedarkan diri lalu berdiri. Apa yang dia dah buat kat aku??

 

“Noona, dah tengah malam ni.” Sehun muncul dengan pakaian tidurnya. Matanya tertutup dan dia menguap perlahan. Kakaknya memang tidak boleh membiarkan keluarganya hidup dengan aman. Kepala Baekhyun yang bertemu dengan lantai menyebabkan lelaki itu tersedar. Kepalanya terasa berat. Yoobi berlari ke arah Sehun lalu memeluk adiknya itu membuatkan Sehun tersentak dan matanya terbuka luas.

 

“Sehun..apa kawan kau dah buat kat aku?” Yoobi menangis di dada Sehun. Sehun terlopong apabila melihat Baekhyun yang sedang membetulkan pakaian. Dia menolak Yoobi perlahan lalu meluru ke arah Baekhyun. Kolar baju lelaki itu dicapai lalu buku limanya singgah di rahang Baekhyun. Baekhyun jatuh terduduk sambil memegang dagunya. Mata kuyunya terus segar akibat penangan Sehun itu. Aku kat mana ni? Kenapa bilik ni macam ni?

 

“Apa kau dah buat kat noona aku?!” Sehun menahan dirinya daripada memukul Baekhyun. Baekhyun memandang ke arah Yoobi yang sedang menangis. Kenapa aku ada dalam bilik ni? Dia menangis..bilik bersepah..takkanlah...

 

“Aku tidur dengan noona—“ Baekhyun tidak berjaya menyudahkan soalannya yang sepatutnya berbunyi, ‘Aku tidur dengan noona kau ke?” dan kata-kata kedengaran seperti satu pernyataan menyebabkan penumbuk Sehun singgah di tulang pipinya pula. Encik Oh dan Puan Oh yang baru tiba di bilik itu tercengang melihat Sehun yang sedang menumbuk Baekhyun dan Yoobi yang sedang menangis.

 

“Berani kau tidur dengan noona aku!”

 

Puan Oh hampir diserang serangan jantung. 

 


 

04 August 2014; 11.07 PM| 1762 patah perkataan.

Aku tulis bab ni tanpa fikir jadi sorry kalau chapter ni mengarut sikit. TQ untuk semua reader yang dah komen utk previous chapter. 

mis_hunTQ sbb excited terlebih sampai tinggalkan 3 komen. Nampak suka bebeno tu. :3

yukiyuyanaUwaa~ Nak baca novel unnie? Unnie pun nak baca novel unnie. HAHA. Manuskript unnie still dalam process. KALAU manuskript unnie diterima and dipublish, nanti unnie bagitau. :)

TQ korang~ 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
MNIMB | 001 | Sila abaikan typo!

Comments

You must be logged in to comment
Crystalnia #1
Chapter 1: Baekkie hilang ingatan!! Haha! Kalau belanja aku kenyang aku. Boleh simpan duit
Didie_BTS #2
Chapter 4: Update sis!!!!!!!!!! I'm beggggggingg youuuu uhuhhuuhuhu best giler kottt T-T ta gune punye org tua pergi mampuss kauu sanggup kau mencabul yoobi! Saya ni reader cinta monyett mmng ship gilerr ah baekubi update sis! Fighting!!
m_nanakim
#3
Chapter 4: oh mummy mummy!!! Baek!!!! giler punya Baekhyun dia sanggup kahwin dengan yoobi!! boleh ku bayangkan dengan sempurna kejadian itu... omg... *excited too much*giggles* xD
amalinnasuha07 #4
Chapter 4: Update soon
SitiNurSyahirah
#5
Chapter 4: kenapa lelaki tua miang berminyak tu tetiba masuk dlm cite ni eiii
irarara #6
Chapter 4: Baekubi couple again!! Nose bleed!! Gila daebak.. Palli sambung.. Dlm cita cinta monyet dorang sweet gila. Tolong la sambung T_T jebal..
jiumin #7
Chapter 4: Hati aku meletop sudaaa.. Tak nak ckp bnyak.. Yg psti best!!
aisyashuhada
#8
Chapter 4: kang melayang plak kaki aku kat muka orang tua miang tu. x sedar diri
Joha_Exo12 #9
Chapter 4: Dae to the bak lah!mmang geram gila dngan orng tua tu..xsedar diri btul!btw,palli update...
army_taekookie #10
Chapter 4: wahhh baekubi . walaupun saya tak ship baekhyun dan yoobi kat rl . ndjenudbdhd . cerita ni membuatkan saya rasa saya akan menghidap kencing manis . hahhaha . btw, update soon

p/s : rasa cam nak tumbuk org tua miang tu