003

My Name Is Mrs. Byun

 

 

BAB 003: SALAH FAHAM

 

Baekhyun menekup kedua-dua belah telinganya apabila pintu biliknya ditutup dengan kuat. Puan Byun kelihatan sangat berang apabila mengetahui anak lelakinya telah mengambil kesempatan pada Yoobi. Dia tidak menyangka anaknya akan bertindak sedemikian. Puan Byun telah berjanji pada keluarga Oh yang dia akan melakukan sesuatu tetapi memerlukan masa.

 

Baekhyun merebahkan diri ke atas katil lalu merenung ke arah siling. Dia cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi antara dia dan Yoobi. Aku ada sentuh dia ke?

 

“Baekhyun, lepaslah...”

 

Baekhyun mengigit bibirnya apabila suara Yoobi bagaikan terngiang-ngiang di telinganya. Gambaran apa yang berlaku tidak jelas tetapi dia yakin Yoobi telah mengucapkan ayat itu ketika dia menarik—kenapa aku tarik tangan dia? Tapi macam mana? Apa yang aku dah buat pada dia? Kenapa?

 

Baekhyun yakin jika mindanya dalam keadaan normal pasti dia tidak akan mengapa-apakan Yoobi. Mesti aku dah gila. Baekhyun menampar pipinya perlahan. Dia mengerah mindanya untuk mengingati lagi. Suara Yoobi memang mampu mengalahkan Mariah Carey tetapi tubuh gadis itu jauh panggang dari apa, Baekhyun lebih selesa untuk menyamakan tubuh Yoobi dengan papan lapis—jadi tidak mungkin dia berselera untuk menyentuh gadis itu.

 

“Omma letak ubat tidur dalam susu ni...”

 

Kejadian di mana Yoobi menyimbahkan segelas air susu ke mukanya bermain di fikiran Baekhyun. Sebiji mentol menyala di sisi kepala Baekhyun. Mungkin itu agak melebih-lebih tetapi itulah ayat yang sesuai untuk menunjukkan yang Baekhyun sudah mula memahami segala situasi yang telah berlaku.

 

“Omma suruh aku hantar susu...”

 

“Aku tahu kau nak ucapkan terima kasih sebab aku bawakan susu tapi—YAH!!” 

 

“Yoobi simbah susu kat muka aku lepas tu aku suruh dia mintak maaf...”

 

“Kenapa pulak? Kau yang cari pasal dulu,” 

 

“Dia degil so aku tarik tangan dia...”

 

“Baekhyun, lepaslah. Aku pening ni,”

 

“Dia cakap dia pening lepas tu aku terus pengsan.”

 

“YES! AKU MASIH DARA!” Baekhyun melompat bangun lalu meluru keluar daripada bilik. Dia perlu menjelaskan segala-galanya kepada ibunya. Dia sepatutnya berfikir dengan lebih cepat tetapi dia tidak berkesempatan untuk berfikir ketika di rumah Yoobi kerana asyik menerima penangan Sehun dan soalan yang tidak putus-putus dari ibubapa Sehun. Otaknya menjadi beku ketika itu.

 

“Berani kau tidur dengan noona aku!” jerit Sehun lalu menumbuk wajah Baekhyun untuk kesekian kalinya. Encik Oh mendapatkan Sehun lalu menghalang anak bongsunya daripada terus menyakiti Baekhyun. Baekhyun kelihatan seperti tidak akan melawan kembali, hakikatnya dia tidak mampu berfikir apa-apa kecuali kesakitan pada wajahnya.

 

Encik Oh tahu dia sepatutnya memanggang Baekhyun hidup-hidup ketika itu juga tetapi dia harus berfikiran matang dan mendengar penjelasan daripada Baekhyun terlebih dahulu.

 

“Betul ke apa yang omma dengar ni?” tanya Puan Oh kepada Baekhyun. Baekhyun hanya memandang Puan Oh tanpa berkata apa-apa. Yoobi menyapu air mata yang membasahi pipinya lalu melangkah ke bilik Sehun. Dia mengurungkan diri di dalam bilik itu lalu terus menangis.

 

“Jawab la wei!” marah Sehun. Encik Oh menjeling ke arah Sehun menyebabkan muka berang Sehun berubah lembut. Dia bimbang ayahnya akan marah padanya. Encik Oh mengarahkan Baekhyun supaya bangun. Luka pada hujung bibir Baekhyun dipandang sekilas.

 

“Betul ke kamu dah tidur dengan Yoobi?” tanya Puan Oh dengan dada yang turun naik menahan perasaan. Jika benar, habislah impiannya untuk bermenantukan Myungsoo. Kenapa mulut aku masin sangat...

 

“Saya..er..sebenarnya..” Mata Baekhyun membesar dua kali ganda apabila Puan Yoobi mencapai mangkuk kaca berisi Momo. Baekhyun yakin yang Puan Oh ingin menganugerahkan mangkuk itu ke arah kepalanya jadi dia bersembunyi di sebalik badan Encik Oh.

 

“Yah, kan saya dah cakap jangan baling barang kalau awak tengah ada masalah!” Encik Oh merampas mangkuk itu dan meletakkannya ke tempat asal.

 

“Baekhyun, kamu baliklah dulu. Pagi esok kita bincang benda ni,” putus Encik Oh. Dia tidak mahu anak tunggal Puan Byun itu tidak sempat matahari esok angkara amarah isterinya.

 

“Omma...” panggil Baekhyun perlahan apabila dia berada di hadapan pintu bilik ibunya. Malangnya, ibunya tidak mendengar kerana dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon.

 

“Anak awak ikut perangai awak! Menggatal tak kena tempat. Ini semua memang salah awak!” jerit Puan Byun. Baekhyun melekapkan telinganya pada pintu, sedar yang dia sedang menjadi bahan bualan. Puan Byun diam, menumpukan perhatian pada apa yang sedang dicakapkan oleh suaminya.

 

“Whatever...” kedengaran suara Puan Byun lagi. Baekhyun menggigit bibir. Dorang tengah cakap apa?

 

“Masalahnya sekarang ni, keluarga Oh nak kita bertanggungjawab kalau betul anak awak tu dah buat sesuatu pada Yoobi. Awak kan tahu saya kurang berkenan dengan anak dia tu. Okay, fine. Saya memang tak berkenan dengan satu keluarga Oh sebab Puan Oh tu ex-girlfriend awak. Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan kelurga dia. Period!”

 

Dahi Baekhyun berkerut. Hish orang tua ni, tak habis-habis dengan period dia tu.

 

“Awak sukalah kan kalau keluarga kita berbesan dengan keluarga dia. Bolehlah awak berkepit dengan dia, kan? Saya tak kira. Saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan keluarga Oh. Lagipun anak kita tu belum habis sekolah lagi. Kalau dia kena kahwin dengan Yoobi, maknanya kita kena batalkan rancangan kita untuk masukkan Baekhyun ke asrama.”

 

Mata Baekhyun bersinar dengan cahaya kegembiran yang bergemerlapan. Batalkan rancangan untuk masukkan aku ke asrama? For real? Like seriously? So..aku kena kahwin dengan Yoobi supaya aku tak masuk asrama tu dan dapat menghabiskan tahun terakhir persekolahan aku dengan Cotton Candy. Tapi..kahwin dengan Yoobi samalah macam aku kahwin dengan beruk. Kalau Yoobi ambik gambar dengan beruk, aku yakin aku takkan dapat bezakan muka dorang, apatah lagi perangai.

 

Baekhyun terkejut apabila pintu bilik ibunya tiba-tiba terbuka. Baekhyun terus tersengih kekok lalu menggaru kepalanya.

 

“Kenapa berdiri kat sini?” tanya Puan Byun, kemarahan masih bersisa dalam nada suaranya.

 

“Hah? Err...tak ada apalah.” Baekhyun menggelengkan kepala. Dia membatalkan niatnya untuk menjelaskan hal yang sebenar.

 

 

***

 

“Betul ke dia ada buat sesuatu kat aku?” Yoobi bercakap dengan pantulannya di dalam cermin bilik air. Rambutnya yang panjang masih basah kerana dia baru sahaja selesai mandi. Dia mencapai sehelai tuala lalu mengeringkan rambutnya perlahan-lahan. Selalunya dia akan mengeringkan rambutnya seperti model iklan syampu tetapi buat masa itu dia benar-benar tiada mood. Dia masih memikirkan tentang apa yang telah berlaku antara dia dan Baekhyun semalam.

 

“Aku benci Baekhyun!!!” Yoobi menjerit geram apabila muka lelaki lebih muda itu bagaikan bermain-main di matanya. Sudahlah dia ditinggalkan Yixing, Baekhyun pula mengambil kesempatan pada dirinya. Itulah yang dinamakan sudah jatuh bergolek pula, menurut Yoobi.

 

Selesai menyiapkan dirinya, Yoobi keluar ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Yoobi berpatah balik apabila melihat Baekhyun sedang berdiri di muka pintu. Baekhyun baru sahaja sampai, dia datang selepas menerima SMS daripada Sehun. Anak bongsu keluarga Oh itu ingin membincangkan sesuatu dengannya.

 

“Masuklah.” Pelawa Sehun sebaik sahaja muncul daripada dapur. Belakang tubuh kakaknya yang semakin menjauh dipandang sekilas sebelum mengalihkan pandangannya pada Baekhyun.

 

“Muka kau okay?” tanya Sehun, rasa bersalah pula kerana telah menumbuk wajah lelaki itu. Baekhyun tersenyum sambil menayangkan ibu jarinya.

 

“Aku okay. Noona kau macam mana?” soal Baekhyun pula, sedar yang Yoobi berlalu masuk ke dalam bilik sebaik sahaja melihat dirinya. Sehun mengeluh perlahan. Yoobi tidak berkata apa-apa sejak semalam.

 

“Entah...dia diam je dari semalam. Aku suruh datang ni sebab aku nak pastikan tentang semalam. Betul kau tak buat apa-apa kat noona aku?” kening Sehun berkerut.

 

“Sumpah aku tak buat apa-apa. Aku tak berselera pun tengok noona kau tu...” Baekhyun mula bercerita bagaimana dia terlelap di atas Yoobi selepas disimbah dengan susu yang mengandungi ubat tidur. Sehun mendengar dengan tekun. Yoobi adalah orang ketiga paling penting dalam hidupnya.

 

Pertama, ibu dan bapanya.

 

Kedua, bubble tea.

 

Ketiga, manusia bertopengkan ikan lumba-lumba a.k.a Oh Yoobi.

 

“Aku rasa kau kena terangkan dekat noona pasal ni. Dia dah salah faham.” Saran Sehun. Baekhyun mengangguk, bersetuju dengan saranan Sehun.

 

“Tapi bukan sekarang. Kalau aku cakap dengan dia sekarang nanti dia mengamuk pulak. Aku akan cakap dengan dia bila sampai masanya. Apapun, thanks sebab kau percaya dekat aku.” Baekhyun menepuk bahu Sehun perlahan, tanda perghargaan.

 

“Tak ada apalah. Kita kan kawan. Aku tahu kau takkan ambik kesempatan kat noona aku.” Sehun tersenyum, lega kerana semuanya hanya salah faham.

 

“Kita kawan tapi kau tumbuk aku semalam? Pfftt..” Baekhyun menunjal kepala Sehun, bergurau, sebelum berlalu ke arah pintu utama. Rasa lega kerana sekurang-kurangnya ada yang percaya yang dia tidak bersalah.

 

***

 

“Habis tu macam mana?” Puan Byun mengelakkan dirinya daripada bertembung mata  dengan Puan Oh. Suaminya dijeling, memastikan lelaki itu tidak menggatal dengan bekas teman wanitanya. Encik Byun hanya mendiamkan diri, membiarkan wanita berbicara. Begitu juga dengan Encik Oh. Yoobi dan Baekhyun tidak tahu yang ibubapa mereka telah bersetuju untuk bertemu.

 

“Saya rasa jalan terakhir adalah kahwinkan Yoobi dengan Baekhyun. Kita-“

 

“Saya tak setuju!” tegas Puan Byun. Pasangan Oh dan Encik Byun terlopong. Encik Byun mencuit bahu isterinya, mahu isterinya itu menjaga tingkah laku. “Sebab satu kesilapan kita kena kahwinkan anak-anak kita? Why? Saya mintak maaf bagi pihak anak saya tapi tak perlulah kita nak satukan keluarga kita.”

 

“Puan Byun, dalam kes ni anak saya perempuan. Senanglah awak cakap macam tu sebab anak awak lelaki. Awak-“

 

“In case awak terlupa, biar saya ingatkan. Anak saya masih bawah umur. Dia belum masuk 18 tahun. Lagipun, anak saya ada peperiksaan penting tahun ni. Saya tak nak semua ni menganggu pelajaran anak saya.” Puan Byun sama sekali tidak mahu berbesankan keluarga Oh. Dia sekali lagi menjeling suaminya yang hanya berdiam diri.

 

“Ini melibatkan maruah keluarga saya. Apa orang cakap kalau dapat tahu tentang ni?” Puan Oh tidak mampu memahami perangai Puan Byun.

 

“Kalau awak diamkan, orang takkan tahu.”

 

Dan dengan kadar segera, Puan Byun bermandikan air kosong. Puan Oh dan tangan pantasnya tidak dapat dipisahkan. Puan Byun terdiam, malu apabila diperlakukan sebegitu di dalam restoran itu. Lelaki-lelaki di samping mereka tidak terkata.

 

 

***

 

“Sorry.” Baekhyun menyembunyikan senyum lalu membongkok untuk mengambil buku-buku yang terlucut daripada orang yang sengaja dilaga bahunya tadi. Dia kembali meluruskan badannya lalu menghulurkan buku-buku itu kepada gadis di hadapannya. Cotton Candy...kenapa comel sangat?

 

“Terima kasih.” Gadis itu mengambil buku-bukunya kembali lalu tersenyum. Anak mata hitam Baekhyun membesar, bagaikan terpukau apabila melihat senyuman gadis itu. Baekhyun cepat-cepat menyedarkan dirinya.

 

“Nak pergi mana?” Baekhyun berpura-pura seperti sedang berbasa-basi sedangkan dia benar-benar ingin berbual dengan gadis itu. Itulah kali pertama dia betul-betul berani untuk menegur gadis itu.

 

“Library. Dengarnya pihak library tengah cari student-student yang nak kerja sebagai librarian. Saya nak pergi tengok kot-kot ada peluang.” Suara gadis itu kedengaran sungguh merdu sehinggakan Baekhyun terbayangkan yang dia sedang berhadapan dengan seorang bidadari. Suaranya yang halus, wajahnya yang cantik. Baekhyun memasang niat untuk menculik gadis itu jika dia tahu di mana gadis itu tinggal.

 

“Oh, yeke? Good luck!” kata Baekhyun dengan senyuman selebar mungkin. Gadis itu mengangguk perlahan sebelum menyambung langkahnya ke perpustakaan. Baekhyun memandang belakang gadis itu lalu melemparkan ‘flying kiss’ walaupun gadis itu tidak nampak. Bahagia sungguh hatinya saat itu.

 

“Sudah-sudah la wei.” Tegur Sehun daripada belakang. Menyampah pula dengan perangai Baekhyun yang akan berubah gedik setiap kali ternampak gadis pujaan hatinya. 3 buah baldi sekalipun tidak mampu menampung jumlah loya yang ditanggungnya.

 

“My fluffy Cotton Candy...” Baekhyun memeluk lengan Sehun, terbayangkan itu adalah lengan Cotton Candy kesayangannya.

 

“Yah! Jangan cium lengan aku!”

 

***

 

Yoobi merenung siling, fikirannya kosong. Dia masih lagi bersedih kerana ditinggalkan Yixing. Dia juga masih berduka tentang apa yang terjadi antara dia dan Baekhyun. Dia kemudian memejamkan mata, ingin berlalu ke alam mimpi. Malangnya, pintu biliknya tiba-tiba diketuk dan membatalkan niatnya untuk tidur.

 

“Noona, bukak pintu sekejap.” Suara Sehun kedengaran, perlahan. Sejak malam itu, Yoobi lebih diam daripada kebiasaannya. Dia masih keliru dengan keadaan dirinya jadi dia tidak banyak bercakap. Yoobi perlahan-lahan bangun lalu memulas tombol pintu.

 

“Apa?” soal Yoobi. Sehun memerhatikan wajah kosong kakaknya. Terasa tidak sempurna pula apabila tidak mendengar kakaknya menjerit seperti kebiasaannya. Sehun menjawab soalan Yoobi dengan menghulurkan telefon bimbitnya. Yoobi mengangkat keningnya, bingung. Kenapa bagi aku telefon dia pulak?

 

“Baekhyun nak cakap.” Sehun menyuakan telefon bimbitnya sekali lagi. Dia mahu Baekhyun menyelesaikan perkara itu dengan kakaknya secepat mungkin. Yoobi kaku. Sehun mencapai lengan kakaknya, meletakkan alat itu ke atas tapak tangan Yoobi. “Lepas habis cakap hantar kat bilik aku, tau. Aku tengah tengok Larva masa dia call tadi.” Pesan Sehun lalu berlalu ke biliknya. Yoobi sepatutnya mengejek dirinya kerana menonton kartun itu tetapi tidak. Dia hanya diam.

 

Yoobi memandang alat itu, tidak pasti sama ada dia mahu bercakap dengan Baekhyun atau tidak. Dia membuat keputusan untuk melekapkan gadjet itu pada telinganya.

 

“Hello? Hello? Hellooooooooooo??” suara Baekhyun kedengaran seperti dekat walaupun dia berada jauh.

 

“Kau boleh cakap perlahan sikit tak? Suara kau macam dari sebatu aku boleh dengar.” Kata Yoobi dingin.

 

“Aku ada kat luar tingkap kau, gila.”

 

“Hah?” Yoobi meluru ke arah tingkap lalu menarik langsir. Kelihatan Baekhyun yang sedang tersengih. Tiba-tiba Yoobi terfikir untuk menolak Baekhyun ke bawah dan membiarkan lelaki itu mati katak. Idea itu kedengaran seperti terlalu kejam jadi Yoobi mengubah fikiran. Baekhyun membuat isyarat supaya membuka tingkap itu dan membiarkan dia masuk.

 

“Finally. Aku rasa macam nak mati beku tunggu kat luar.” Kata Baekhyun sebaik sahaja menjejakkan kaki di dalam bilik itu.

 

“Dah tak nak jadi manusia, kau nak jadi beruk pulak. Kenapa kau panjat sampai bilik aku je? Kenapa tak pergi panjat menara Namsan terus?” ujar Yoobi, tidak menyenangi kehadiran Baekhyun.

 

“Sehun cakap kau diam tapi menurut penilaian aku sekarang ni, kau tak adalah diam sangat.” Balas Baekhyun sambil berpeluk tubuh. “Aku datang sini sebab aku tak nak la kau stress, murung dan lepas tu bunuh diri untuk sesuatu yang tak pernah terjadi.”

 

“Maksud kau?” dahi Yoobi berkerut.

 

“Malam tu, kau ingat tak apa yang terjadi sebelum kau tak sedarkan diri?”

 

“Kau hempap aku-“

 

“Yah! Maksud aku, sebelum tu!”

 

“Kau tutup pintu bilik-“

 

“Yah!” Baekhyun bercekak pinggang kerana apa yang Yoobi ingat seperti menyalahkan dia tentang apa yang berlaku.

 

Yoobi mengelipkan mata lalu menggigit bibir, “Aku simbah susu kat muka kau?”

 

“Yes, that’s it! Kau simbah air kat muka aku yang berharga ni.”

 

“So?”

 

“So, sebab tu aku dan kau tak sedarkan diri. FYI, omma letak ubat tidur dalam tu.”

 

“Ubat tidur?” Yoobi makin hairan. Dia langsung tidak tahu yang keluarganya menggunakan cara itu padanya.

 

“Oppss!” Baekhyun juga baru tersedar yang Yoobi tidak pernah tahu akan hal itu.

 

“Aku nak bakar kereta appa!” getus Yoobi lalu ingin melangkah ke arah pintu. Baekhyun dengan segera mencapai lengan Yoobi.

 

“Yah! Kau gila ke?”

 

“Baik kau lepas sebelum aku menggila.” Ugut Yoobi. Baekhyun tergelak kecil. Yoobi merentap lengannya, bengang apabila Baekhyun tiba-tiba ketawa.

 

“Baik kau diam sebelum aku lempang kau.” Ugut Yoobi lagi apabila ugutan pertamanya tidak berjaya menakutkan Baekhyun.

 

“Baik kau lempang aku sebelum aku diam-eh! Tak. Haha.” Baekhyun ketawa lagi.

 

“Kau ketawa ni kenapa?” Yoobi mula rasa menyampah. Jika lelaki itu ingin ketawa, dia rasa lebih elok jika lelaki itu ketawa di tengah jalan atau di mana-mana sahaja selain biliknya.

 

“Entah,” Baekhyun mengangkat bahu. “Aku rasa kelakar sebab kau boleh terfikir yang aku buat sesuatu kat kau. Kalau aku boleh buat sesuatu kat kau...” Baekhyun memerhatikan Yoobi daripada hujung kaki ke hujung kepala. Yoobi berundur setapak lalu menyilangkan lengannya pada dadanya.

 

“Sesuatu tu adalah menyumbatkan tekak kau dengan buku lima aku.” Baekhyun tersenyum mengejek. “Kau tahu, omma betul-betul nak kita kahwin.”

 

“Kahwin? Kita?” Yoobi terkejut kerana ibunya tidak pernah berkata apa-apa tentang perkara itu.

 

“Yup. Aku dapat tahu yang parent kita dah jumpa. Obviously, omma aku tak suka kau.”

 

“Good. Aku pun tak suka omma kau. Dan aku benci kau, obviously.” Yoobi menggunakan nada yang sama seperti Baekhyun tadi.

 

“Too bad. Kau kena belajar suka omma aku.” Baekhyun bergerak ke arah tingkap dan keluar sebagaimana dia masuk. “Sebab dia pun terpaksa belajar sukakan kau.”

 

“Maksud kau?”

 

“Bila Puan Oh cakap ya, maknanya?”

 

“Ya. So?”

 

“Bila Puan Oh suruh kita kahwin, maknanya?”

 

“Kita kahwin. Euw, no!!” Yoobi menggelengkan kepalanya. “Kita boleh terangkan kat omma aku pasal salah faham ni. Aku tak nak kahwin dengan beruk macam kau!”

 

“We’ll see about that later.”

 

Yoobi menyesal kerana tidak menolak Baekhyun supaya jatuh sejak mula-mula tadi. Lelaki itu perlu dihantar ke neraka secepat mungkin kerana dia sangat menyakitkan hati. Baekhyun semakin menghilang daripada pandangannya. Entah mengapa, Yoobi berasa lega. Lega kerana dia tidak melakukan apa-apa dengan Baekhyun pada malam itu. Yoobi ingin tersenyum gembira tetapi menjerit kecewa apabila melihat gambar Yixing yang tergantung pada dinding biliknya.

 

“Eii, lelaki memang binatang. Sekor beruk, sekor lagi unicorn. Kenapa aku jatuh cinta dengan unicorn cacat??!!” Yoobi terus membaling objek yang berada pada tangannya ke arah gambar Yixing yang sedang tersenyum menampakkan lesung pipit. Terlupa yang objek itu adalah telefon bimbit Sehun.

 

Terlupa yang Sehun sedang menunggu untuk menyambung menonton Larva sebelum tidur.

 


 

 31 October 2014; 1.10 AM | 2,681 patah perkataan

I am sorryyyyyyyyyy! Aku tahu lama gila aku tak update. Aku mintak maaf sangat-sangat.I will update next chap a.s.a.p~

Chapter seterusnya, korang akan tahu mcm mana Baekubi terpaksa kahwin jugak walaupun dorang (atau lebih tepat, Yoobi) mengelak utk kahwin dengan si Baek. Oh, well, keluarga dorang ada masalah sikit utk membantu perkembangan Baekubi. Muehehe

Just wait, okay :)

I miss Luhan. Luhan first bias aku dlm EXO. Sobss.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
MNIMB | 001 | Sila abaikan typo!

Comments

You must be logged in to comment
Crystalnia #1
Chapter 1: Baekkie hilang ingatan!! Haha! Kalau belanja aku kenyang aku. Boleh simpan duit
Didie_BTS #2
Chapter 4: Update sis!!!!!!!!!! I'm beggggggingg youuuu uhuhhuuhuhu best giler kottt T-T ta gune punye org tua pergi mampuss kauu sanggup kau mencabul yoobi! Saya ni reader cinta monyett mmng ship gilerr ah baekubi update sis! Fighting!!
m_nanakim
#3
Chapter 4: oh mummy mummy!!! Baek!!!! giler punya Baekhyun dia sanggup kahwin dengan yoobi!! boleh ku bayangkan dengan sempurna kejadian itu... omg... *excited too much*giggles* xD
amalinnasuha07 #4
Chapter 4: Update soon
SitiNurSyahirah
#5
Chapter 4: kenapa lelaki tua miang berminyak tu tetiba masuk dlm cite ni eiii
irarara #6
Chapter 4: Baekubi couple again!! Nose bleed!! Gila daebak.. Palli sambung.. Dlm cita cinta monyet dorang sweet gila. Tolong la sambung T_T jebal..
jiumin #7
Chapter 4: Hati aku meletop sudaaa.. Tak nak ckp bnyak.. Yg psti best!!
aisyashuhada
#8
Chapter 4: kang melayang plak kaki aku kat muka orang tua miang tu. x sedar diri
Joha_Exo12 #9
Chapter 4: Dae to the bak lah!mmang geram gila dngan orng tua tu..xsedar diri btul!btw,palli update...
army_taekookie #10
Chapter 4: wahhh baekubi . walaupun saya tak ship baekhyun dan yoobi kat rl . ndjenudbdhd . cerita ni membuatkan saya rasa saya akan menghidap kencing manis . hahhaha . btw, update soon

p/s : rasa cam nak tumbuk org tua miang tu