004

My Name Is Mrs. Byun

BAB 003: BIDAN TERJUN

 

 

“Noooo!!”

“Yes.”

“Noooonoonoooo!!!”

“Yes, Yoobi. Omma tak ada pilihan lain.” Puan Oh mengeluh lalu mengurut batang hidungnya. Dia tiada pilihan lain. Persatuan wanita yang disertainya sudah kecoh mengenai Yoobi. Khabar angin yang Yoobi mengandungkan anak seorang pemuda berbangsa Cina dan dia telah memaksa Baekhyun untuk bertanggungjawab kerana Baekhyun bersahabat baik dengan bongsunya, Sehun, telah merebak seperti penyakit berjangkit.

Yoobi memandang ibunya yang sedang duduk di hadapannya di ruang tamu itu dengan mata yang makin membulat. Kenapa aku kena kahwin dengan dia? Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa dia? Kenapa??!

Bulu roma Yoobi meremang apabila dia teringatkan wajah lelaki itu.

 

“Awak cantik...” Lelaki itu mengenyitkan mata sambil mengunyah french fries. Yoobi teringin untuk meluahkan sarapan pagi tadi ke dalam gelas berisi air soda yang berada di depannya tetapi cepat-cepat mengawal diri. Loya sungguh dia dengan cubaan menggatal lelaki itu. Dahi Yoobi berkerut. Kenapa omma suruh aku jumpa pak cik ni? Tak padan dengan kepala botak, buncit, gatal pulak tu!

“Saya dengar awak mengandung.”

Yoobi terasa seperti darah meluru ke arah kepalanya. Mengandung? Aku? “Mana ada!”

Lelaki yang Yoobi sudah lupa namanya itu hanya tersenyum miang. “Jangan risau. Saya sanggup kahwin dengan awak. Saya dah lama membujang,” lelaki itu sekali lagi menyerang Yoobi dengan kenyitan matanya.

“Tak. Awak salah faham! Saya tak mengandung!”

“Okay. Saya faham. Awak malu nak mengaku. Tak apa, saya boleh bertanggungjawab.”

Yoobi merengus geram. Aku cakap aku tak mengandung, aku tak mengandunglah, orang tua! Kenapa yang bebal sangat?

“Keluarga kita dah sepakat nak kahwinkan kita. 2 minggu dari sekarang. Tak sabar nak tunggu awak jadi milik saya.” Lelaki itu tersenyum miang buat sekian kalinya.

“Kahwin? Kita? Kahwin? Tapi awak baya appa saya!”

“Saya baru 38 tahun! Sesuailah dengan awak. Orang cakap kalau nak cari suami, kena cari yang lebih tua dalam sepuluh tahun. Baru banyak pengalaman!”

Yoobi tidak memerlukan sesiapa untuk menerangkan ‘pengalaman’ apa yang lelaki itu maksudkan. Yoobi memegang garfu yang digunakan untuk makan stik daging di restauran mewah itu dengan kemas, bimbang garfu itu menghadiahkan cakaran catwoman pada wajah berminyak lelaki itu. Dia tidak dapat mematikan suara hatinya yang menggesa dia untuk mencucuk tahi lalat hidup pada batang hidung lelaki itu dengan garfu itu. Sabar, Yoobi. Sabar.

 

“Yoobi tak nak kahwin dengan orang tua!!! Tak nak!!”

“Habis tu? Kamu nak omma buat apa?” Suara Puan Oh mula meninggi.

“Yoobi boleh kahwin dengan Yixing!”

“Yixing? Dia dah balik China, tinggalkan kamu. Kamu ingat dia nak kahwin dengan kamu? Omma dah cakap jangan percayakan lelaki macam dia. Kamu yang tak nak dengar!”

“Omma yang halang hubungan kami! Yoobi tak kira! Yoobi tak nak kahwin dengan orang tua!” Yoobi akan tetap mempertahankan pendiriannya.

“Beomso boleh jadi suami yang baik untuk kamu—“

“Tapi dia orang tuaaaaaa!”
“Sesuailah dengan kamu yang perangai macam budak-budak. Dia boleh jaga kamu, bimbing kamu. Dia dah ada pendapatan tetap. Apa lagi yang kamu nak?”
“Kalau omma nak sangat, omma pergilah kahwin dengan orang tua tu!!!” Yoobi menjerit sekuat hati. Dia lebih rela dipaksa kahwin dengan Myungsoo daripada berkahwin dengan orang tua miang itu.

“Budak bertuah!” Puan Oh bangun lalu menampar-nampar belakang Yoobi. Yoobi berdiri lalu menepis tangan ibunya.

“Apa ni?”

Perbalahan mereka terhenti apabila satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu muncul. Sehun kira dia dapat pulang berehat setelah menghabiskan masa hampir seharian di sekolah, namun ternyata hajatnya itu tidak akan termakbul.

“Sehun!” Yoobi meluru ke arah Sehun lalu bersembunyi di belakang tubuh maskulin milik Sehun.

“Kenapa ni?” Dahi Sehun berkerut. Dia memandang ke arah ibunya pula, meminta penjelasan.

“Cakap kat noona kamu tu, kalau dia tak nak dengar cakap omma, tak nak buat apa yang omma suruh, jangan berani panggil omma ‘omma’. Dia boleh pilih nak keluar daripada rumah ni atau omma yang keluar.” Puan Oh terus melangkah meninggalkan ruang tamu.

“Noona, omma cakap—ouch! Sakitlah!” Sehun menggosok belakang badannya yang terasa pijar. Berbisa sungguh tapak tangan kakaknya itu. Tanpa berkata apa-apa, Yoobi turut meluru ke arah bilik tidurnya. Nak sangat aku kahwin, kan? Fine!

 

***

Ingin sahaja Yoobi menangis air mata darah apabila terpaksa menghabiskan waktu seharian memilih pakaian pengantin bersama calon suaminya. Dia memilih gaun yang paling buruk, sebagai tanda protes. Dia menyangka dia dapat mengurangkan waktu yang diluangkan bersama tetapi tidak. Beomso mengambil masa yang lama kerana tiada pakaian yang muat untuk disarungkan pada tubuh buncitnya. Yoobi menggigit bibir tanda geram.

Jadi isteri Beomso? Aku tak sanggup. Yixing, tolong aku! Aku sanggup tarik balik kata-kata aku. Kau tak cacat. Lesung pipit kau menawan. Tolong akuuuu.. Myungsoo..kahwin dengan aku. Aku sanggup cuci seluar kau yang basah tu dengan tangan. Help!

“Jagiya, sut ni okay tak?” Beomso memerhatikan badannya pada cermin panjang yang ada di dalam butik itu. Yoobi sekadar mengangguk walaupun dalam hati dia ingin mengatakan yang lelaki itu kelihatan seperti memakai barut nangka. Cepatlah...aku nak balik!

Selesai memilih pakaian pengantin, Beomso membawa Yoobi ke sebuah hotel bertaraf lima bintang. Yoobi terpinga-pinga. Omma tak ada cakap pun yang majlis tu nak buat kat hotel?

“Nak check dewan perkahwinan ke?” Yoobi bertanya, memerhatikan Beomso yang sedang melonggarkan tali pinggang keledar. Beomso tersenyum, tangannya mendarat pada bahu Yoobi.

“Mesti awak penat. Jomlah kita berehat kat sini dulu.”

Yoobi menepis tangan lelaki itu,” tapi saya boleh berehat kat rumah. Hantar saya balik.” Yoobi mula takut. Orang tua ni nak buat apa?

“Jomlah.” Tangan lelaki itu mendarat pada paha Yoobi pula. Sekali lagi, Yoobi menepis tangan lelaki itu.

“Awak jangan nak buat pelik-pelik. Saya bagitahu appa.”

“Appa awak boleh buat apa? Saya kan tunang awak.”

“Saya bagitahu..Se..Sehun!” Yoobi cuba membuka pintu tetapi pintu itu  terkunci. Tidak melampau jika Yoobi katakan yang dia terasa seperti mahu terkencing di dalam seluar kerana ketakutan.

“Lepaslah!” Yoobi menjerit apabila lelaki itu cuba memaut pinggangnya. Yixing..tolong!!

Yoobi tahu tiada sesiapapun yang dapat membantunya. Beomso adalah tunangnya. Tiada sesiapapun dapat menghalang apa yang Beomso ingin lakukan. Yoobi menolak wajah Beomso yang makin hampir dengan wajahnya dengan sekuat mungkin. Malangnya, bibir Beomso mendarat pada leher Yoobi juga.

 

***

 

Suara hilai ketawa memenuhi ruang tamu rumah keluarga Oh. Baekhyun dan Sehun sedang tekun bermain playstation setelah habis Baekhyun mengajar Sehun beberapa topik matapelajaran Biologi yang tidak dia fahami. Gelak ketawa mereka mati apabila pintu rumah tiba-tiba terbuka dari luar. Kelihatan Yoobi dengan rambut yang tidak terurus seperti hantu kubur. Wajah Yoobi kelihatan merah dan seperti akan meletup bila-bila masa sahaja. Baekhyun, seperti biasa, tidak akan melepaskan peluang untuk mengusik Yoobi.

“Kau kenapa, Oh Yoobi? Macam baru lepas kena rogol je.” Baekhyun menanti Yoobi untuk menjerit dan memaki hamunnya. Namun begitu, gadis itu jatuh terduduk lalu menangis pula. Bibir Baekhyun mula melengkung ke bawah. Kenapa perempuan ni?

Sehun melemparkan joystick ke atas sofa lalu melutut di hadapan kakaknya,”kenapa ni, noona?” Yoobi memeluk pinggang Sehun lalu menangis semahu-mahunya. Kenapa hidupnya sungguh malang?

Sehun terpinga-pinga, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia menyisir rambut kakaknya menggunakan jari-jemarinya. Jantungnya kurang satu degupan apabila terlihat kesan merah pada leher kakaknya. Ini...ini...

“Love bite?” kedengaran suara Baekhyun yang entah bila sudah berdiri di sebelah mereka. Baekhyun menarik lengan Yoobi yang masih menangis, menyuruh perempuan itu berdiri. Memang. Memang Baekhyun suka mengenakan perempuan itu. Memang dia suka berbalah dengan Yoobi. Tetapi dia turut menyayangi Yoobi sebagaimana Sehun menyayangi perempuan itu.

Yoobi menunduk. Rambut panjangnya jatuh pada wajahnya, melindungi air mata yang sedang mengalir. Kakinya terasa lemah. Jika bukan kerana tangan Baekhyun yang memaut lengan kirinya, pasti dia sudah kembali terduduk.

“Siapa buat kau macam ni?”

Tiada jawapan daripada Yoobi. Air matanya sudah menitik ke atas lantai. Sehun memeluk kakaknya daripada belakang. Dia tahu jawapan bagi soalan sahabatnya itu tetapi dia juga tahu yang tiada apa yang dapat mereka lakukan. Yoobi merentap tangannya lalu berpusing untuk memeluk Sehun. Sehun mengusap kepala kakaknya.

“Kau tahu?” Kening Baekhyun terangkat. Baekhyun masih teringat penumbuk Sehun yang hinggap pada wajahnya pada malam mereka menyangka dia telah menodai Yoobi. Sepatutnya, bukan itu reaksi Sehun saat ini. Sehun mengeluh lalu mengangguk. Baekhyun masih memandang tajam ke arah Sehun. Permainan mereka terus dilupakan.

“Tunang noona.”

“Tunang?! Aku tak tahu pun kakak kau dah tunang?”

“Omma tak bagi bagitahu kau. Dia tak nak omma kau tahu.”

“Mesti omma paksa kau tunang kan?” Soalan itu ditujukan kepada Yoobi walaupun dia tahu Yoobi tidak akan memberikan sebarang jawapan. Perempuan itu sedang hanyut dalam emosinya.

“Kau tak buat apa-apa?” Soalan dilontarkan kepada Sehun pula.

“Tak buat apa-apa kau cakap? Aku hampir tumbuk dia masa makan malam hari tu. Kau tahu dia boleh raba noona masa keluarga kitaorang ada? Aku pulak yang kena marah lepas tu.”

“Kita kacau dorang.”

“Huh?”

“Lepas ni kalau dorang keluar, kita ikut.”

 

***

 

Seperti yang dirancang, Sehun dan Baekhyun turut memasuki kereta mewah milik Beomso saat lelaki itu datang untuk mengambil Yoobi. Mereka perlu menghadiri sesi fotografi untuk gambar perkahwinan mereka. Baekhyun ingin ketawa saat matanya mendarat pada Beomso. Orang tua mana omma kutip untuk kahwin dengan Yoobi ni? Kesian kau, Yoobi.

Beomso menoleh ke arah tempat duduk belakang, memerhatikan Sehun dan Baekhyun yang masuk ke dalam keretanya tanpa kebenaran. “Kenapa masuk dalam kereta ni?”

Baekhyun ingin berguling di dalam kereta itu dan mengetawakan tahi lalat hidup lelaki itu tetapi dia cepat-cepat mengigit bibir bawahnya. “Gadis bunga. Jjajan~” Dahi Beomso berkerut.

“Maksud saya, kitorang nak jadi jejaka bunga.” Baekhyun menayangkan gigi comelnya. Patutlah Yoobi tak berselera dengan kau ajusshi oi.

“Yoobi mana?” Saat Beomso mengutarakan soalan itu, saat itu juga Yoobi masuk ke dalam perut kereta. “Kenapa lambat sangat, Jagi?” Beomso cuba mencium pipi Yoobi namun gadis itu mengelak.

“Cepatlah, ajusshi. Kita dah lambat!” Baekhyun cuba menghentikan cubaan menggatal Beomso.

Sebaik sahaja sampai ke lokasi penggambaran, Sehun dan Baekhyun terus berdiri di kedua-dua belah Yoobi, mahu melindungi gadis itu. Beomso menjeling ke arah Baekhyun. Setiap kali dia cuba menyentuh Yoobi di dalam kereta tadi, pasti Baekhyun akan mengajaknya berbual.

Yoobi perasan apa yang Baekhyun lakukan dan tidak dapat tidak, dia mengucapkan terima kasih di dalam hati.

Beomso dan Yoobi berada di dalam bilik persalinan masing-masing. Baekhyun dan Sehun pula berada di dalam ruang yang sama dengan Yoobi. Saat jurugaya membuka baju Yoobi, Sehun terus menekup mata nakal Baekhyun. Baekhyun tertawa. Dia cuba menepis tangan Sehun tetapi tangan Sehun terlalu kuat. Baekhyun tertawa lagi.

“Bra kuning..hahahha.”

“Baek!” Sehun mencekik leher Baekhyun.

“Okay, okay. Aku tak tengok. Lepaslah, aku tak boleh nak bernafas.”

Yoobi hanya tersenyum. Yang berwarna kuning itu adalah singlet yang dipakai, bukannya bra seperti yang Baekhyun sangka.

 

 

Yoobi tersenyum kekok ke arah kamera apabila Beomso memeluk pinggangnya. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menghadap lelaki itu 24 jam sehari apabila dia tidak mampu berlama-lama bersama lelaki itu?

Mungkin ni balasan untuk dosa aku terhadap Yixing dan Myungsoo. Aku sepatutnya merayu supaya Yixing tak tinggalkan aku. Aku sepatutnya berbuat baik dengan Myungsoo supaya dia berkenan dengan aku. Kalau tak mesti aku tak dipaksa berkahwin dengan lelaki yang sedang memegang punggung aku—

Baekhyun tiba-tiba berjalan di hadapan mereka sambil menebarkan kelopak bunga mawar. Tangan Beomso terus berhenti menjalar. Baekhyun turut melemparkan kelopak bunga ke arah mereka, lebih banyak ke arah Beomso, seolah-olah ingin menyakitkan hati lelaki itu.

Suasana di situ berubah saat Beomso meluru ke arah Baekhyun dan mencekak kolar baju lelaki lebih muda itu. Dalam keadaan berjengket itu, Baekhyun masih mampu tersengih. Beomso yang tidak mampu menahan perasaan bengang yang dipendam sejak tadi terus menampar wajah kecil Baekhyun, menyebabkan tubuh Baekhyun terdorong ke belakang dengan kuat dan melanggar kamera dan pekerja-pekerja di situ.

Sehun yang tidak berbuat apa-apa turut ditarik oleh Beomso, menghadiahkan Sehun dengan pelempangnya. Baekhyun sempat menangkap tubuh Sehun daripada terlanggar props yang berada di sekeliling mereka. Sehun yakin pipinya turut merah seperti pipi Baekhyun.

“Kau suka atau tak suka, Yoobi akan tetap kahwin dengan aku!”

Baekhyun dan Sehun masing-masing menerkam ke arah Beomso. Yoobi yang tergamam dengan perkara yang berlaku secara tiba-tiba itu mula memperoleh keupayaan untuk bersuara.

“Sudah! Sudahh!!!”

Ketiga-tiga lelaki itu terus berhenti bergelut. Yoobi menghampiri mereka lalu menarik lengan Baekhyun dan Sehun. Sebaik sahaja mereka menjauhi tempat tadi, hati Yoobi jatuh simpati melihat kesan merah pada wajah Baekhyun dan Sehun.

“Aku tahu niat baik korang,” Yoobi mengeluh,”tapi korang tak boleh buat macam tu. Sampai bila korang boleh buat macam tu? Bila dah kahwin nanti, macam mana? Korang dah tak boleh tolong aku. “

“Noona..” Sehun mendakap bahu Yoobi, bersimpati dengan nasib kakaknya. Kesian noona..

“Siapa cakap kau akan kahwin dengan dia?”

Yoobi dan Sehun memandang pelik ke arah Baekhyun. ..

 

***

 

 

Hari itu merupakan hari perkahwinan Yoobi dan Beomso.

 

“Kau gila? Aku tak nak masuk campur.” Kyungsoo yang diminta untuk menyanyikan lagu sebagai tanda tahniah untuk perkahwinan mereka itu segera meninggalkan sahabat-sahabatnya. Chen yang melihat tindakan Kyungsoo itu, turut membuntuti langkah Kyungsoo. Dia juga tidak bersetuju dengan rancangan gila itu.

Sehun, Chanyeol dan Baekhyun hanya mampu memandang dua sahabat mereka yang semakin menjauh itu.

“Tak apa. Kita bertiga pun dah cukup. Korang tahu apa yang korang kena buat kan?”

Sehun dan Chanyeol pantas mengangguk.

 

***

 

Hati Yoobi terasa berat saat dia berdiri di hadapan pintu dewan perkahwinan bersama bapanya. Encik Oh memahami perasaan anak perempuannya itu tetapi pada masa yang sama dia tidak dapat menolak kemahuan isterinya.

“Pengantin perempuan boleh masuk.” Yoobi menoleh ke arah pemilik suara itu. Telinga bercapang dan tinggi orangnya. Macam aku kenal je dia ni.

Saat mereka melangkah masuk, muka Puan Oh terus berubah. Kenapa dah masuk? Pengantin lelaki belum sampai! Kedengaran orang mula berbisik sesama sendiri atas keanehan itu.

Encik Oh dan Yoobi yang masing-masing berdebar tidak menyedari keadaan ketika itu terus melangkah. Langkah Encik Oh terhenti saat dia tersedar, tiada pengantin lelaki yang mahu menyambut tangan anak gadisnya. Yoobi yang dapat mengesan sesuatu yang aneh, mendongakkan kepalanya yang ditundukkan selama melangkah tadi. Mana orang tua?

“Mana pengantin lelaki?” Encik Oh berbisik perlahan. Rasa lega mula menjentik hati Encik Oh apabila bahunya ditepuk daripada belakang. Dia menyerahkan Yoobi kepada lelaki itu tanpa berpaling.  Mulut Yoobi ternganga. Puan Oh mula memegang belakang lehernya, tertekan dengan apa yang sedang berlaku.

Anak perempuannya sedang dibawa ke altar dan akan dikahwinkan.

 

 

 

 

Dengan Byun Baekhyun.


 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
MNIMB | 001 | Sila abaikan typo!

Comments

You must be logged in to comment
Crystalnia #1
Chapter 1: Baekkie hilang ingatan!! Haha! Kalau belanja aku kenyang aku. Boleh simpan duit
Didie_BTS #2
Chapter 4: Update sis!!!!!!!!!! I'm beggggggingg youuuu uhuhhuuhuhu best giler kottt T-T ta gune punye org tua pergi mampuss kauu sanggup kau mencabul yoobi! Saya ni reader cinta monyett mmng ship gilerr ah baekubi update sis! Fighting!!
m_nanakim
#3
Chapter 4: oh mummy mummy!!! Baek!!!! giler punya Baekhyun dia sanggup kahwin dengan yoobi!! boleh ku bayangkan dengan sempurna kejadian itu... omg... *excited too much*giggles* xD
amalinnasuha07 #4
Chapter 4: Update soon
SitiNurSyahirah
#5
Chapter 4: kenapa lelaki tua miang berminyak tu tetiba masuk dlm cite ni eiii
irarara #6
Chapter 4: Baekubi couple again!! Nose bleed!! Gila daebak.. Palli sambung.. Dlm cita cinta monyet dorang sweet gila. Tolong la sambung T_T jebal..
jiumin #7
Chapter 4: Hati aku meletop sudaaa.. Tak nak ckp bnyak.. Yg psti best!!
aisyashuhada
#8
Chapter 4: kang melayang plak kaki aku kat muka orang tua miang tu. x sedar diri
Joha_Exo12 #9
Chapter 4: Dae to the bak lah!mmang geram gila dngan orng tua tu..xsedar diri btul!btw,palli update...
army_taekookie #10
Chapter 4: wahhh baekubi . walaupun saya tak ship baekhyun dan yoobi kat rl . ndjenudbdhd . cerita ni membuatkan saya rasa saya akan menghidap kencing manis . hahhaha . btw, update soon

p/s : rasa cam nak tumbuk org tua miang tu