001

My Name Is Mrs. Byun

 

BAB 001: PEREMPUAN

 

Jika Yoobi diajukan soalan mudah yang berbunyi, ‘Siapakah manusia yang paling dibenci oleh Oh Yoobi?’—Yoobi mampu menjawab soalan itu sambil memejam mata dan jawapannya akan berbunyi begini: ‘Siapa lagi kalau bukan Oh Stupid Sehun, adik kebanggaanku yang selalu membaca mesej Kakaotalkku tanpa kebenaran? Atau lebih tepat, adik lelakiku yang obses dengan bubble tea dan telah berjasa dalam membocorkan hubungan cinta terlarangku dengan Yixing kepada pengetahuan ibubapa kami?’—Itu adalah jawapan yang paling sopan yang Yoobi mampu berikan.

 

Kerana bantuan daripada adiknya yang terlampau mithali itu, Yoobi kini sedang berhadapan dengan ‘singa’—mungkin singa lebih kurang menakutkan daripada makhluk yang betul-betul sedang berdiri di hadapannya—yang kelihatan seperti akan menerkamnya pada bila-bila masa sahaja. Yoobi menunduk memandang jari-jemarinya yang berada di atas riba. Sehun memang nak kena dengan aku!

 

Puan Oh sangat terkejut apabila diberitahu yang anak perempuannya menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki. Dia bukanlah seorang yang menyokong racism tetapi dia tidak mampu menerima hakikat yang anaknya menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa asing. Encik Oh juga menyokong isterinya itu. Anak perempuannya tidak sepatutnya meneruskan hubungan itu.

 

Cuaca pada tengahari itu yang sebenarnya panas terasa dingin kerana suasana tegang di antara ahli keluarga itu. Sehun hanya memerhatikan kakaknya yang sedang dileteri oleh ibu dan ayah mereka. Dia tidak berniat jahat, dia hanya mahu melindungi kakaknya.

 

“Omma, Appa, mana boleh Yoobi buat macam tu!” Yoobi membangkang apabila dipaksa untuk berhenti berhubungan dengan Yixing.  Walaupun hubungannya dengan Yixing baru sahaja hendak mencecah setahun, Yoobi sangat menyukai Yixing. Yixing merupakan lelaki terbaik yang dia kenali walaupun lelaki itu kadang-kadang terlampau lurus bendul dan pelupa.

 

Dada Puan Oh seperti hendak meletup apabila mendengar jawapan anak gadisnya. Dia mencapai pasu bunga kecil di atas meja kopi untuk dilemparkan ke arah Yoobi namun Encik Oh segera menghalang. ‘Membaling’ dan suri rumah adalah padanan serasi, Encik Oh sangat arif tentang perkara itu. Isterinya memang jaguh melontar peluru ketika mereka masih bersekolah dahulu. Puan Oh mengurut dadanya lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. DIa kembali meletakkan pasu itu ke tempat asal.

 

“Yoobi, kamu kena dengar cakap omma. Appa pun tak suka kamu berkawan dengan lelaki cina tu,” tegur Encik Oh dengan nada yang tegas. Yoobi merengus geram lalu memandang tajam ke arah Sehun. Sehun berpaling ke arah lain, bimbangan pandangan Yoobi akan menembusi kepalanya.

 

“Kenapa kalau dia lelaki cina sekalipun? Dia baiklah, omma. Appa, dia baik.” Yoobi cuba untuk meyakinkan ibubapanya. Yoobi berjanji sebaik sahaja ibubapanya melepaskan dia untuk masuk ke bilik, dia akan membelasah Sehun secukup-cukupnya. Dia tahu yang Sehun cuba mengelak daripada memandangnya.

 

“Telefon kamu appa pegang. Selagi kamu tak putuskan hubungan dengan lelaki tu, appa takkan pulangkan.”  Putus Encik Oh. Yoobi tersenyum di dalam hati. Ambillah! Aku boleh beli telefon baru!

 

“Dan jangan fikir kamu boleh beli telefon baru. Appa akan bekukan akaun kamu,” kata Encik Oh seperti dia mampu membaca pemikiran anaknya. Yoobi sekali lagi merengus. Oh Sehun, kau memang nak kena!

 

“Pergi naik bilik kamu. Selagi kamu tak buat apa yang omma dan appa nak, jangan harap kamu boleh sentuh telefon kamu ni. Kamu tak dibenarkan keluar.” Kata Puan Oh pula. Hati Yoobi benar-benar berapi.

 

“Yoobi tak nak!” bentak Yoobi lalu berdiri. Dia menghormati ibubapanya tetapi bagi Yoobi, mereka juga perlu menghormati keputusannya. Apa salahnya kalau dia berhubungan dengan lelaki cina sekalipun? Yixing sudah menjadi pilihannya. Yoobi melangkah ke arah Sehun lalu menarik lengan adiknya yang jelas bergelut untuk menggelakkan diri daripadanya.

 

“Noona!” Sehun kembali menarik tangannya tetapi Yoobi pantas menunjukkan penumbuknya ke arah Sehun, melarang Sehun daripada melarikan diri. Yoobi mencapai kolar t-shirt Sehun lalu menarik adiknya untuk naik ke tingkat atas. Dia tidak mahu ibubapanya melihat anak lelaki merela dibelasah menjadi bebola-bebola kecil. Sehun sememangnya layak dijadikan bebola-bebola kecil sebelum disedekahkan kepada jiran sebelah untuk diberi makan kepada anjing-anjing mereka yang selalu lapar. Apabila sampai di tingkat atas, Yoobi terus menarik jambul adiknya.

 

“APA MASALAH KAU, HAH?! KENAPA KAU BAGITAU OMMA DENGAN APPA??" 

 

Tidak keterlaluan jika bagi Sehun, telinganya terasa seperti hendak berdarah. Nada suara Yoobi terlalu tinggi dan ikan lumba-lumba di lautan sekalipun tidak dapat menandingi suara kakaknya. Begitulah tingginya nada suara Yoobi ketika itu sehingga menyebabkan Sehun yang mendengar, mengerutkan muka.

 

“Aku tak nak kau terpedaya dengan lelaki tu,” jawab Sehun lalu menghadang kepalanya yang diketuk-ketuk oleh tangan kecil kakaknya. Perlakuan Yoobi terhenti dan dia terus memandang Sehun dengan mata yang membesar, seolah-olah Sehun telah mengatakan yang ikan akan mati lemas jika dimasukkan ke dalam air.

 

“Seriously, Oh Sehun! Dia lelaki paling baik aku pernah kenal—“

 

“Aku lelaki paling baik—aduh! Sakitlah!” Sehun mengaduh apabila Yoobi mencubit lengannya. Yoobi berhenti mendera adiknya lalu duduk di atas sofa di tingkat atas itu. Sehun memang selalu menyibuk dalam urusannya dan menyakitkan hati Yoobi sudah menjadi rutin hariannya walaupun Sehun tidak berniat sedemikian. Yoobi yang terlalu berkecil hati. Sehun hanya ingin menjadi adik mithali, katanya.

 

“Bagi telefon kau!” arah Yoobi dengan pandangan maut. Sehun menelan liur lalu memegang poket jeansnya.

 

“Mana boleh! Nanti omma marah aku.” Sehun menggelengkan kepalanya. Perempuan…memang menakutkan.

 

“Kau nak dapat gelaran ‘adik kesayangan Yoobi’ ke  ‘mendiang Oh Sehun’?”

 

Sehun mengeluh lalu menyerahkan telefonnya. Perempuan…lebih teruk daripada menakutkan.

 

***

 

“Okay, Baek faham. Omma nak cakap yang sekolah Baek tak bagus tapi ma, Baek tak nak pindah. Ni tahun last, biarlah Baek stay kat sekolah ni,” rayu Baekhyun. Ibubapanya tidak berhenti meyakinkannya  yang dia perlu berpindah ke sekolah yang lebih baik. Baekhyun sendiri sedar yang sekolahnya mempunyai yang teruk tetapi itu tidak pernah mempengaruhi keputusan ujiannya. Dia adalah pelajar Top 3 sekolahnya, jadi dia fikir tidak perlulah berpindah bagai.

 

Atau sejujurnya, dia memang tidak mahu berpindah. Dia sudah selesa di sekolah itu dan dia tidak sanggup meninggalkan sahabat-sahabatnya. Jika dia berpindah, dia perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Itu akan menyebabkan tumpuannya terhadap pelajaran terganggu.

 

Byun Baekhyun. Dia memang suka berdalih walaupun dengan menggunakan suara hati. ‘Tumpuannya terhadap pelajaran terganggu’? Sejak bila Baekhyun memberi tumpuan terhadap pelajaran? Dia hanya pergi ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawannya, tidur di dalam kelas, tidur di dalam perpustakaan dan tidur di mana-mana sahaja tempat rata yang mampu memuatkan tubuh seorang lelaki dewasa. Lelaki genius itu tidak perlu menumpukan perhatian, dia hanya menggunakan logik akalnya untuk menjawab soalan.

 

Sejujurnya lagi, berpindah ke sekolah berasrama penuh lelaki bermakna tiada perempuan (walaupun mak cik kantin juga adalah spesies perempuan—dia masih belum terbuka hati untuk menggoda wanita berumur yang berkemungkinan besar memakai gigi palsu) dan itu juga bermakna  dia tidak akan berkesempatan untuk mencuri lihat ke arah ‘Cotton Candy’nya seperti yang dia lakukan pada setiap hari.

 

“Baek, omma nak yang terbaik untuk kamu. Omma tak nak kamu terpengaruh, lebih-lebih lagi dengan perangai Chen,” kata Puan Byun. Dia memang sudah lama tidak berkenan dengan perangai Chen. Puan Byun tidak tahu, anaknya sepuluh kali ganda lebih teruk daripada Chen yang tidak berdosa.

 

“Tapi ma, Baek—“

 

“KALAU OMMA CAKAP A, OMMA TETAP CAKAP A! Period!” Tengking Puan Byun secara tiba-tiba menyebabkan badan Baekhyun tersentak.  Mata Baehyun besar memandang ibunya, terkejut. Terkejut beruk atau terkejut cipan tidak mampu mengalahkan rasa terkejutnya ketika itu.

 

“Bila masa pulak omma cakap A…” gumam Baekhyun perlahan, yakin Puan Byun tidak dapat mendengar suaranya. Mata Baekhyun terkelip-kelip memandang wajah ibunya yang merah akibat tengkingan sebentar tadi.  Perempuan…makhluk paling menakutkan di dalam sistem suria.

 

“Minggu depan kita pergi daftar kamu kat asrama tu,” putus Puan Byun lalu meninggalkan bilik anak lelakinya itu. Dia perlukan air sejuk untuk menurunkan darjah kemarahannya.

 

“Ish, omma ni. Dah la period pun bagitau aku…” Baekhyun menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tersalah faham tentang perkataan ‘period’ yang digunakan oleh Puan Byun sebentar tadi. Benarlah kata pepatah—walau segenius manapun otak Byun Baekhyun, kalau dah bangang tu bangang juga.

 

Baekhyun mencebik lalu melihat ke arah bingkai gambar besar yang tergantung pada dinding lalu tersenyum. Bingkai itu berisi gambar gula-gula kapas. Baekhyun akan memastikan suatu hari nanti bingkai itu akan terisi dengan gambarnya bersama ‘Cotton Candy’.  Baekhyun tersengih lebar, terus melupakan isu perpindahannya.

 

***

 

 

“Oh Yoobi! Apa masalah kamu sebenarnya ni?” tengking Encik Oh. Dia telah ternampak Yoobi keluar dengan seorang lelaki dan dia yakin lelaki itu adalah kekasih anaknya yang merupakan lelaki cina yang diberitahu oleh Sehun. Mereka kini berada di rumah mereka, keadaan yang sama seperti waktu mereka mengetahui Yoobi menjalinkan hubungan dengan Yixing.

 

“Appa, Yoobi taka da apa-apa masalah. Appa, omma dengan Sehun ni yang bermasalah,” Yoobi menjeling kea rah Sehun. Sehun yang tidak bersalah kali ini membalas dengan pandangan berani yang bermaksud  please-witch-i-am-fabulous-you-know

 

“Bertuah—“

 

Encik Oh sepatutnya dikurniakan anugerah khas kerana selalu pantas dalam menghalang Puan Oh daripada melakukan aksi baling-membaling-dibaling-terbaling di dalam rumahtangganya. Dia merampas pasu daripada tangan Puan Oh lalu diletakkan ke tempat asal.

 

“Appa tak ada pilihan lain. Jagi, kita kena kahwinkan Yoobi.” Putus Encik Oh sebagai seorang ketua keluarga. Puan Oh tercengang, “Apa?!”

 

“Terima kasih, appa.” Yoobi agak terkejut dengan keputusan bapanya tetapi tetap bersyukur. Dia tersenyum lebar. Dia sudah lama menantikan saat ini, saat ibubapanya mula menerima Yixing.

 

“Apa maksud awak ni?” Puan Oh memandang suaminya dengan pandangan mencerlung. Encik Oh menelan liur. Perempuan…ayu cuma sementara..

 

“Maksud saya, kita kena kahwinkan Yoobi dengan anak Datuk Kim. Awak ingat kan anak arkitek tu?”

 

“Appa, nama ayah dia Zhang. Appa dia belum dapat cucu—apa?! Datuk Kim?? TAK NAK!!!!!”

 

Sehun menekup kedua-dua belah telinganya. Seseorang perlu menghantar kakaknya ke laut untuk berkawan dengan ikan lumba-lumba, supaya dia boleh memperlahankan suaranya.

 

***

 

“Aku tension wei. Omma aku memang nak aku pindah daripada sekolah ni, koranglah ni perangai macam anak setan,” gurau Baekhyun sambil bersandar selesa pada bangku kayu di tepi padang sekolahnya. Mereka baru sahaja selesai bermain bola sepak untuk mengisi waktu P.E mereka. Chen menepuk tangannya, membuatkan Baekhyun mengangkat keningnya.

 

“Seronok dengar bapak setan cakap pasal anak-anak buah. Kau pelajar paling tak boleh nak buat contoh kat sekolah ni tau,”

 

“Oh, siapalah yang dapat A+ besar gedabak kat kertas exam dia setiap kali lepas ujian tu eh? Rasanya aku,” Baekhyun menggaru kepalanya yang gatal. Hujung bibir Chen terjongket ke atas. Perasan memang nombor satu.

 

“Cakap pasal A+, aku selalu dapat bintang besar-besar gedabak kat atas kertas exam aku. Lima biji bintang pulak tu. Bangga aku,” Chanyeol tersengih lalu meneguk air mineral milik Baekhyun.

 

“Itu kertas lukisan, bukan kertas exam. Subjek seni tak bagi effect pun pada result kita,” kata Baekhyun lalu menunjal kepala sahabatnya yang paling tinggi itu. Chanyeol tersengih, dia tahu itu. Dia sengaja bercakap yang bukan-bukan kerana kekasihnya suka. Menurut kekasih Chanyeol, Chanyeol kelihatan comel apabila bercakap yang bukan-bukan.

 

“Kau ni kenapa?” tanya Chen yang perasaan akan Sehun yang mendiamkan diri sejak tadi. Sehun merenung ke arah padang.

 

“Kenapa, wei? Ceritalah. Bagitahu oppa Baekhyeong~ Oppa Baekhyeong nak tolong ni~” Baekhyun memeluk bahu Sehun (Baekhyeong-Baekhyun terasa comel apabila memanggil dirinya dengan nama itu). Sehun menghadiahkan pandangan izinkan-aku-muntah-pelangi ke arah Baekhyun. Baekhyun hanya tersengih.

 

“Noona aku nak lari dari rumah dengan kekasih dia,” Sehun membuka mulut. Dia terdengar perbualan kakaknya semalam (Dia memang suka mengintip kakaknya) Semua terdiam sehinggalah Baekhyun bersuara.

 

“Ada ke orang nak kat noona kau??” tanya Baekhyun, tidak mampu percaya. Dia ingin berterima kasih kepada lelaki itu kerana mengurangkan kebarangkalian lelaki lain untuk bergelar lelaki malang.

 

“Aku serius ni!” Sehun menolak kepala Baekhyun dengan kuat. Marah.

 

“Woah, relax. Omma aku cakap lelaki bersahabat menggunakan buku lima.” Kata Chanyeol. Chen menunjal kepala Chanyeol.

 

“Apa kejadahnya kau ni?” tegur Chen. Chen memandang ke arah Sehun. Dia tahu Sehun sedang ‘berangin’.

 

“Noona aku nak lari ke China,” kata Sehun, dia risau. 

 

“Bagitau omma kau,” saran Baekhyun. Sehun tidak berkelip, memandang ke arah Baekhyun.

 

“Kenapa  aku tak terfikir macam tu dari awal?” Sehun tersengih. Baekhyun tersenyum bangga.

 

“Sebab kau tak pernah dapat A+ besar gedabak kat kertas exam, sebab tu kot,” Baekhyun  ketawa. Chen tiba-tiba menepuk paha Baekhyun dan menunjukkan kea rah sesuatu. Baekhyun terus berpaling ke arah itu. Omo… Cotton Candy..

 

Jantung Baekhyun terus berdetak laju. Dia tahu gadis itu akan melalui mereka jadi Baekhyun  terus bangkit daripada bangku itu lalu menggeliat dan menguap dengan kuat, sengaja menarik perhatian.

 

“KORANG!! AKU BANYAK DUIT NI.  APA KATA AKU BELANJA KORANG MAKAN? KORANG MAKANLAH SEBANYAK MANA YANG KORANG NAK. AKU BOLEH BAYAR. HISH, MEMANG UNTUNGLAH SIAPA YANG JADI GIRLFRIEND AKU. UNTUNG BETUL! AKU KALAU BOLEH NAK DATE DIRI AKU SENDIRI. AKU AVAILABLE LAGI. BUJANG TRANG TANG TANG!”

 

Chen sudah menekup wajahnya, menahan malu.  Baekhyun memang selalu memalukan sebegitu. Setiap kali nampak gadis kesukaannya, Baekhyun akan berubah menjadi lelaki yang memalukan, memalukan dan memalukan. Perkataan memalukan tidak cukup menggambarkan tahap kemalu- err.

 

Sebaik sahaja gadis itu melepasi mereka, Baekhyun terus memandang belakang gadis itu lalu tersenyum. Perempuan...aku suka kau...

 

 Selepas gadis itu hilang daripada pandangannya, dia kembali memandang kea rah sahabat-sahabatnya.

 

“Kau rasa dia dengar tak?” tanya Baekhyun, bimbang suaranya tidak cukup kuat.

 

“Orang pekak je tak dengar apa kau cakap tadi.” Jawab Chanyeol. Baekhyun tersenyum, berpuas hati.

 

“Lupa! Macam biasa, dalam ayat aku tadi, ayat ‘hish, memang untung siapa yang jadi girlfriend aku. Untung betul, aku kalau boleh nak date diri aku sendiri. Aku available lagi, bujang trang tang tang’ je yang korang boleh percaya.” Kata Baekhyun lalu kembali duduk.

 

“Aku dah agak.” Balas Chen. Jika seseorang berjumpa Baekhyun yang pemurah, bermakna Baekhyun itu Baekhyun yang sudah hilang ingatan. Byun Baekhyun yang waras seorang yang sangat berkira.

 

***

 

Yoobi merenung lelaki di hadapannya. Anak tunggal keluarga Kim itu sangat kacak, bahkan, lebih kacak daripada Yixing. Yoobi mengaku itu tetapi Yoobi tetap memilih Yixing. Restoran mewah itu kelihatan biasa di mata Yoobi. Berbeza jika dia bersama Yixing, restoran semurah manapun akan kelihatan ekslusif di matanya. Dalam kes Yoobi, cinta betul-betul telah membutakan matanya.

 

“Kenapa tak makan?” tanya lelaki di hadapannya. Keluarga mereka yang telah mengatur temu janji mereka itu.

 

“Saya tak ada sel—“ Yoobi tiba-tiba mendapat satu idea yang bernas. Dia memandang lelaki di hadapan lalu tersenyum. Lelaki itu membalas senyumannya.

 

“Saya makan,” kata Yoobi. Lelaki itu hanya mengangguk.

 

“Erm, Myungsoo, awark dhah lamer ker ambik alih syakat appa awark?” tanya Yoobi. Myungsoo tidak berkelip memandang Yoobi yang bercakap dengan mulut yang penuh itu. Nasib baiklah meja yang mereka duduk agak panjang jadi jarak antara mereka agak jauh. Kalau tidak, makanan daripada mulut Yoobi akan tersembur pada bajunya. Omma cakap anak uncle Oh sopan…

 

“Baru lagi,” Myungsoo mengunyah makanan dalam mulutnya dengan sopan.

 

“Hahahahahah.. ye ke? Saya ingatkan dah lama! Apalah saya ni! Hahahahahah.” Yoobi ketawa seperti apa yang dia katakan sangat lawak. Myungsoo memejamkan mata dan menahan nafas apabila ada sebutir nasi yang tersembur daripada mulut Yoobi melekat pada pipinya. Dia ni pernah pergi sekolah ke tak?

 

“Sorry, awak. Awak okay?” tanya Yoobi, berpura-pura prihatin. Myungsoo ingin mem bentak tetapi adab dalam dirinya memaksa dia untuk hanya mengangguk.  Dia kembali mengunyah makanan di dalam mulutnya perlahan-lahan. Dia mencapai napkin lalu menyapu pipinya. Sabar Myungsoo…

 

“Awak tak ada selera makan ke?” Yoobi sudah ketawa dalam hati. Maafkan aku, Myungsoo. Aku bukan nak kenakan kau. Aku terpaksa.

 

“Tak—“

 

“Biar saya yang habiskan!” Yoobi menarik pinggan Myungsoo, secara sengaja menyebabkan segelas air berisi air kosong terbalik dan airnya tumpah pada paha Myungsoo. Myungsoo terus berdiri lalu menyumpah di dalam hati. Dia sekali lagi menahan nafas, cuba bersabar.

 

“Myungsoo! Awak okay?”

 

“Saya,” Myungsoo menarik nafas dalam-dalam,”…okay.”

 

“Tak! Awak tak okay ! Waiter!!! Mari sini sekejap!” laung Yoobi kuat, menarik perhatian pelanggan-pelanggan lain di restoran itu.

 

“Tak apa. Yoobi, tak payah—“

 

“WAITER!!!!!! PEKAK KE??? SELUAR DIA BASAH NI?? CEPATLAH DATANG SINI NANTI ORANG DIA INGAT DIA KENCING DALAM SELUAR PULAK! WAITERRRR!!!”

 

“Yoobi…” Myungsoo memandang Yoobi dengan pandangan tajam. Yoobi berpura-pura tidak faham. Yoobi sedar yang semua orang memandang ke arah mereka.

 

“Awak jangan risau, orang takkan fikir awak kencing.” Kata Yoobi, cuba meyedapkan hati Myungsoo. Myungsoo memerhatikan semua orang yang sedang memandang kea rah mereka, seluarnya yang basah dan berakhir di wajah Yoobi yang kelihatan tidak bersalah. Perempuan…aku takkan pernah faham jiwa perempuan.

 

Yoobi memandang kasihan ke arah Myungsoo walaupun hatinya ketawa bahagia. Takkan ada sesiapa yang dapat memisahkan dia dan Yixing. Itu pasti.

 

 

 


 

20 July 2014; 7.43 PM| 2606 patah perkataan.

First of all, aku tahu aku cakap aku takkan update cerita ni selagi aku tak completekan cerita2 lain tapi aku jugak ada janji yang aku akan tulis one-shot Baekubi kalau aku dapat 80 upvotes untuk Cinta Monyet. Aku fikir instead of one-shot, baik aku update cerita ni. Kan? And.. 13 upvotes, 83 subcribers & 18 comments untuk FOREWORD? Korang daebak hebat Jjang jjang jjang! Baekubi power! Ngeheee~~

Secondly, Baekubi is too tempting! Aku tak boleh kawal diri. XD

Thirdly, omo! L sebagai cameo! Aku tahu ‘Sora’ suka. Muahahahaha. (jangan marah)Kalau aku jadi Yoobi, aku tinggal je Lay nyanyuk tu and pergi kat L. L hot gila kot.

Last but not least, aku tak tahulah kalau 2606 words ni korang akan balas dengan dua patah perkataan a.k.a update soon atau stay silent. Itu pilihan korang, aku tak paksa apa2. But at least, subscribe and upvote. Bila banyak upvote and subscribers ( dan komen ), orang lain akan tertarik utk baca cerita ni and tu seolah-olah korang bantu aku promote cerita ni. Korang promote dgn cara subscribe and upvote, aku reply dengan chapter panjang. Aci?

See ya~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
MNIMB | 001 | Sila abaikan typo!

Comments

You must be logged in to comment
Crystalnia #1
Chapter 1: Baekkie hilang ingatan!! Haha! Kalau belanja aku kenyang aku. Boleh simpan duit
Didie_BTS #2
Chapter 4: Update sis!!!!!!!!!! I'm beggggggingg youuuu uhuhhuuhuhu best giler kottt T-T ta gune punye org tua pergi mampuss kauu sanggup kau mencabul yoobi! Saya ni reader cinta monyett mmng ship gilerr ah baekubi update sis! Fighting!!
m_nanakim
#3
Chapter 4: oh mummy mummy!!! Baek!!!! giler punya Baekhyun dia sanggup kahwin dengan yoobi!! boleh ku bayangkan dengan sempurna kejadian itu... omg... *excited too much*giggles* xD
amalinnasuha07 #4
Chapter 4: Update soon
SitiNurSyahirah
#5
Chapter 4: kenapa lelaki tua miang berminyak tu tetiba masuk dlm cite ni eiii
irarara #6
Chapter 4: Baekubi couple again!! Nose bleed!! Gila daebak.. Palli sambung.. Dlm cita cinta monyet dorang sweet gila. Tolong la sambung T_T jebal..
jiumin #7
Chapter 4: Hati aku meletop sudaaa.. Tak nak ckp bnyak.. Yg psti best!!
aisyashuhada
#8
Chapter 4: kang melayang plak kaki aku kat muka orang tua miang tu. x sedar diri
Joha_Exo12 #9
Chapter 4: Dae to the bak lah!mmang geram gila dngan orng tua tu..xsedar diri btul!btw,palli update...
army_taekookie #10
Chapter 4: wahhh baekubi . walaupun saya tak ship baekhyun dan yoobi kat rl . ndjenudbdhd . cerita ni membuatkan saya rasa saya akan menghidap kencing manis . hahhaha . btw, update soon

p/s : rasa cam nak tumbuk org tua miang tu