chapter 3

Voodoo Doll
Please Subscribe to read the full chapter
B A L A S A N   Nana mengikut kemana sahaja mereka berdua pergi. Tiba - tiba dia terdengar rengekan Suzy.

 

"Oppa! Kita balik lewat sikitlah ye oppa? Saya nak tengok firework.. Boleh lah oppa," rengek Suzy manja.    Kris hanya mengangguk membuatkan Nana lebih marah. Patung voodoo dikeluarkan lalu dia memberi arahan kepada patung itu.   "Jangan menyesal nanti," ujar satu suara.   Nana terkejut melihat jahitan di mulut patung voodoo itu terbuka dan mula takut. Dia memandang sekeliling lalu melihat patung itu kembali. Aik? Dah terjahit balik?   Walaupun Nana berasa risau dan takut tetapi itu tidak menghalang Nana daripada merosakkan date Kris dan Suzy.     Kris telah terjumpa sebuah kawasan lapang yang membolehkan dia dan Suzy tengok bunga api tanpa apa-apa halangan pokok atau benda lain.Kawasan lapang itu terletak diatas bumbung.

 

"Bagusnya oppa jumpa tempat ni! Suzy rasa pemandangan kat sini masa nak tengok firework tu lagi cantik sebab takde benda yang nak halang pemandangan kita tu." ujar Suzy.   Kris hanya tersenyum.   "Saya main jalan je tadi," jawab Kris pula.   Tak sangka sampai tempat ni pulak, macam ada yang kawal kaki aku, desis hatinya. Namun perasaan peliknya diketepikan, dia terus melabuhkan punggungnya diatas tikar yang telah dibentang oleh Suzy.   Beberapa minit kemudian letupan bunga api pun kedengaran. Kerana terlalu asyik memerhatikan persembahan bunga api itu, Kris langsung tidak mempedulikan Suzy di sebelahnya.   "Oppa, cuba oppa pandang sini kejap," kata Suzy seraya tersenyum.    Kris memalingkan mukanya menghadap Suzy. Tiba - tiba.. CHUPP! Suzy mencium Kris.   "Saranghae oppa!" jerit Suzy lagi.   Kris kaku di situ. Kemudian dia bangun dan memeluk Suzy.   "Adakah maksudnya awak pun suka kat saya?" soal Suzy.   Tiba - tiba dia berasa sakit yang teramat di bahagian perut. Dia melihat perutnya sudah berdarah. Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada Kris yang sedang memegang pisau.   Suzy meleraikan pelukan Kris. Dia terkejut dengan tindakan Kris.   "Kenapa oppa buat Suzy macam ni?" soal Suzy lemah sambil memegang luka di perutnya yang semakin berbisa namun hampa, Kris tidak menjawab sebaliknya seorang perempuan menghampiri mereka dengan senyuman yang agak menakutkan.   "Siapa kau hah perempuan? Wait, aku pernah nampak kau ni. Kau satu sekolah dengan aku kan?" Nana mengangguk.   "Betul lah tu, cinta aku ditolak oleh Kris dan jangan harap ada perempuan lain yang boleh dapatkan dia selain aku," kata Nana lalu berdiri di sebelah Kris.   >>>Flashback sebelum Kris dan Suzy datang kat tempat tu<<<   Nana memegang patung voodoo dan sebilah pisau di tangannya. Tempat ni bukan sahaja sesuai nak tengok bunga api bukan sahaja sebab tak ada apa - apa menghalang. Lagi satu kalau ada orang mati pun mesti orang anggap tu kemalangan sebab tempat tu tak ada penghadang, desis hatinya. Kejam.   "Kris awak akan datang ke sini bila nak tengok bunga api. Pisau ni awak simpan dalam poket. Bila ada orang cium awak je, automatik awak akan hunus dia guna pisau ni," ujar Nana lalu ketawa seperti orang gila.   >>>End flashback<<<     "Apa yang saya dah buat kat awak hah perempuan gila?" marah Suzy sambil berkerut-kerut menahan sakit.   Nana tersenyum sinis.   "Kau nak rampas Kris dari aku, dengan patung ni aku boleh buat apa sahaja," kata Nana sambil menunjukkan patung voodoo di tangannya.   Suzy cuba untuk menerkam Nana tetapi Kris sempat menolak Suzy sehingga Suzy terjatuh.   Kan aku dah kata. Kalau aku tak dapat Kris, takde siapa yang akan dapat dia! Muahahahhahahahaha..   "Kris awak akan balik dan bakar baju awak yang penuh darah tu lepas tu pisau tu awak simpan kat rumah awak. Paling penting awak tak ingat langsung pasal hari ni."     Nana menonton televisyen menunggu siaran berita. Tidak sabar dia mahu melihat berita tentang Suzy.   Pemberita:Berita hari ni,pagi tadi seorang gadis di jumpai mati dalam keadaan yang ngeri disebuah taman tema yang cukup terkenal.   Pemberita:Gadis yang malang ini mati kerana terdapat kesan tikaman di perutnya.Malah semua tulang-tulangnya patah kerana disyaki jatuh dari tingkat 3 sebuah bangunan usang yang sudah lama tak digunakan oleh pihak taman tema.   Saksi 1:Saya pekerja kat sini.Pagi tadi masa saya nak mengambil sesuatu daripada bangunan itu saya telah terlanggar sesuatu.Pada mulanya saya ingat benda yang saya langgar hanyalah bongkah kayu atau akar kayu yang menjalar.Tapi apabila saya bangun saya ternampak mayat seorang gadi
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azara_Is20 #1
Chapter 3: Sangat menarik .. teruskn lagi dengan membuat cerita yg laen ..
NLessme #2
Chapter 3: OMG! Tragis2! Huhu..pgajarannya jgn terlalu dengki dgn org lain :)
NLessme #3
Chapter 2: cerita ni menarik:D selalunya org akan guna patung tu utk aniaya org lain..tapi Nana guna utk jauhkan Kris dari Suzy..keke
ExOTicS_ExoPlanet
#4
how to read it if it doesn't have any chapter
Lol.Hai:)..