chapter 2

Voodoo Doll
Please Subscribe to read the full chapter
  R A S A K A N

 

Nana membelek-belek patung ditangannya. Sekarang dia percaya patung kecil di hadapannya ini mampu melaksanakan dendam kesumatnya kepada Kris. Dia tersenyum jahat. “Esok aku nak kau buat Kris rasa sakit sangat bila ada orang langgar dia, walaupun hanya tersentuh sikit je,” ujar Nana lalu mencucuk jarum itu ke tangan patung itu. Nana terus turun ke bawah untuk menikmati makan malamnya.
Seperti biasa, pelajaran yang diajar oleh guru langsung tidak menarik minat Nana. Matanya tertumpu pada Kris. Sudah beberapa kali Nana ditegur oleh guru namun dia tidak mengendahkannya.
  “Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!” Jerit Kris. Tiba–tiba sahaja tangannya berasa sakit apabila terlanggar dengan Suzy yang sedang berjalan di sebelahnya. Suzy panik, alamak apa aku dah buat ni?
“Kris? Mianhae, awak tak apa–apa ke? Mianhae, saya tak sengaja langgar awak,” tingkah Suzy walhal dia sengaja mahu melanggar Kris agar Kris perasan akan kewujudannya tetapi tidak tahulah hingga mengakibatkan Kris sakit teruk begini. Suzy tersenyum. Dalam otaknya sudah terselit satu idea yang bernas.
“Tak apa.. Saya tak apa–apa,” jawab Kris sambil berkerut–kerut menahan kesakitan. Suzy disebelahnya langsung tidak dipandang. Kenapalah banyak kemalangan yang dia alami sejak dua menjak ini? Argh.. Dia runsing. Sudahlah semalam dia sudah kalah dalam pertandingan bola keranjang, hari ini tangannya sakit, esok apa lagi?
“Kris-ah.. Biar saya bantu awak ke bilik rawatan. Awak nampak sakit sangat,” ujar Suzy lalu menghulurkan tangannya bagi memudahkan Kris berdiri. Kris yang sudah tidak tahan dengan kesakitan itu tidak membantah, dia terus merelakan dirinya dipapah oleh perempuan yang tidak dikenalinya itu hingga ke bilik rawatan.Nana mendengus geram, lain yang dimahunya lain pula yang jadi.
“Ish mana guru bertugas ni?” keluh Suzy lalu kembali duduk di atas kerusi dalam bilik rawatan. Kris pula hanya duduk di atas katil yang tersedia menunggu guru bertugas.
“Erm, terima kasih sebab tolong saya tadi,” ujar Kris lalu tersenyum tidak ikhlas.
“Tak apa.. Hmm.. Sebagai balas budi, boleh tak awak jadi boyfriend saya?” soal Suzy. Kris tersedak.
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azara_Is20 #1
Chapter 3: Sangat menarik .. teruskn lagi dengan membuat cerita yg laen ..
NLessme #2
Chapter 3: OMG! Tragis2! Huhu..pgajarannya jgn terlalu dengki dgn org lain :)
NLessme #3
Chapter 2: cerita ni menarik:D selalunya org akan guna patung tu utk aniaya org lain..tapi Nana guna utk jauhkan Kris dari Suzy..keke
ExOTicS_ExoPlanet
#4
how to read it if it doesn't have any chapter
Lol.Hai:)..