Chapter 2

Behind the Close Door

 

 

“ Maafkan aku Sehun.” Kata Baekhyun sambil menangis teresak.

“ Maafkan aku, aku salah.” Kata Baekhyun lagi.

 

 

                                        ***********************************************

 

 

Disebabkan terlalu penat setelah seharian berkerja, terpaksalah Sehun datang awal ke sekolah hari ini

untuk menyiapkan tugasannya yang tertangguh. Semasa dia sampai di kelasnya, dia dapati sudah ada

segelintir rakannya yang datang lebih awal daripadanya.

 

Setelah lebih kurang 40 minit, akhirnya tugasannya yang menggunung itu siap juga. Tadinya yang sunyi

sepi kini agak riuh rendah kerana loceng akan berbunyi sebentar saja lagi.

 

Sehun pandang sekeliling kelas, dia mencari seseorang. Siapa orang yang dicari Sehun? Siapa lagi kalau

bukan teman baiknya, Baekhyun. Sehun hairan dengan Baekhyun, Seharusnya dia yang merajuk tapi

malah sebaliknya.

 

Setelah loceng berbunyi juga, Baekhyun masih tidak menunjukkan batang hidung. Sehun beranggapan Baekhyun tidak hadir hari ini. ‘ mungkin Baekhyun masih marah samaku’ Batin Sehun.

 

Semasa rehat………

 

Sehun bercadang untuk rehat di rooftop hari ini kerana udaranya lebih nyaman dan pemandangannya juga tidak kurang cantiknya.

 

Sesampai saja di rooftop, Sehun terus mencari ruang yang sesuai untuk dijadikan mungkin tempat rahsianya. Dan, bingo. Sehun menemukan suatu ruangan yang agak tersembunyi tapi pemandangannya cukup indah.

 

Dari tempat itu dapat dilihat dengan jelas sekali pemandangan bukit-bukau yang pastinya boleh menenangkan fikiran sesiapa pun yang datang ke situ. Sehun melabuhkan punggungnya setelah menemukan tempat yang sesuai untuk dia tempati.

 

Baru sahaja beberapa saat Sehun duduk, dia terdengar suara seseorang sedang menangis tidak jauh dari kedudukannya. Tanpa disedari, hatinya berkata, ‘ merdu sekali suaranya walaupun hanya tangisan yang aku dengari.’

 

‘ Eh, kejap. Apa? Merdu?’ Sehun yang tadinya memejamkan mata kerana keasyikan mendengar suara itu, kini membuka matanya dan terus berlari mencari dimana punca suara itu datang.

 

Akhirnya, Sehun menemui pemilik suara itu dan benar tekaannya. Sekarang Sehun berdiri betul-betul dihadapan orang itu.

 

“ Baekhyun?” Panggil Sehun sambil membongkokkan dirinya.

 

“ Awak okay tak ni? Dari semalam awak camni… Kenapa? Tanya Sehun lembut sambil mengusap belakang badan Baekhyun

 

“ Sehun, saya minta maaf….” Kata Baekhyun sambil teresak-esak.

 

“ Kenapa nak minta maaf pulak? Awak ada buat salah dengan saya ke?” Tanya Sehun kebingungan.

 

“ Sebenarnya, semalam Taeyeon tampar awak sebab saya. Ini semua salah saya. Saya rasa bersalah sangat sebab tu saya asyik menghindar je daripada awak.” Jelas Baekhyun kepada Sehun.

 

Flashback….

 

Seminggu setelah Sehun masuk ke sekolah……

 

Baekhyun berjalan santai menuju ke arah rooftop. Dia ada temu janji dengan seseorang di situ. Tapi dia bingung bagaimana cara untuk memberitahu orang itu.

 

Tanpa disedari, sekarang Baekhyun telah pun sampai di rooftop. Setelah dia melihat sekeliling, ternyata orang itu masih belum sampai.

 

Tiba-tiba Baekhyun merasakan ada seseorang sedang memeluknya dari belakang dengan erat. Dia tersenyum dan dia tahu itu pasti Taeyeon, orang yang dia ingin bertemu. Dengan perlahan Baekhyun melepaskan pelukan itu dan berpaling ke arah Taeyeon.

 

“ Oppa lama kita tak keluar bersama.” Kata Taeyeon dengan nada merengek.

 

Baekhyun terdiam. Setelah mengumpul semua kekuatan, Baekhyun pun bersuara.

 

“ Maafkan oppa. Tapi oppa nak kita membawa hala masing-masing.” Kata Baekhyun dengan muka serius.

 

“ Maksud oppa apa? Taeyeon tak faham la.” Kata Taeyeon dengan suara gediknya.

 

“ Maksud oppa, kita putus…” Kata Baekhyun sebelum berlalu pergi meninggalkan Taeyeon yang masih kebingungan.

 

Tapi sebelum sempat Baekhyun turun dari situ, Taeyeon memanggilnya. Dan automatik kaki pendek Baekhyun berhenti. Sambil tersenyum, Baekhyun berpusing untuk melihat Taeyeon.

 

“ Tapi kenapa oppa nak putus? Kita tak ada apa-apa masalah pun kan?” Tanya Taeyeon sambil air matanya mencurah-curah turun.

 

“ Sebab oppa dah ada yang lain. Lebih better dari Taeyeon. Maafkan oppa…” Kata Baekhyun selamba tanpa memikirkan bagaimana perasaan Taeyeon sekarang.

 

“ Siapa orang tu?” Tanya Taeyeon yang sudah mulai mengering air matanya.

 

“ Orang itu ialah kawan baru oppa, Oh Sehun…” Baekhyun berkata dengan muka yang tidak bersalah dan terus meninggalkan Taeyeon sendirian di situ.

 

Siapa tidak terpukul bila boyfriend nya sendiri minta putus hanya semta-mata untuk yeoja culun seperti Oh Sehun. Sudah pastinya Taeyeon akan membalas dendam kepada Sehun.

 

End of flashback…….

 

“ Maafkan saya Sehun sebab saya, awak kena pukul dengan Taeyeon semalam. Dan maaf juga sebab saya dah jatuh hati dengan awak.” Kata Baekhyun yang sekarang sudah lebih tenang daripada tadi.

 

Sehun bertanya kepada Baekhyun, apa yang ada pada dirinya sampai Baekhyun sanggup memutuskan hubungan dengan Taeyeon. Dan setelahnya Baekhyun menjawab kerana Sehun itu sangat polos dan pintar.

 

Setelah cukup lama berbual di rooftop, loceng pun berbunyi menandakan habisnya waktu rehat. Sehun mengajak Baekhyun untuk pergi ke kelas, tapi di tolak oleh Baekhyun dengan alasan dia masih mahu menenangkan dirinya yang sedang galau saat ini. Sehun berjanji akan datang ke rooftop semula setelah kelasnya selesai nanti.

 

                                      ***********************************************

 

Sehun berlari anak menuju ke rooftop tempat dimana ada teman baiknya. Akhirnya dia pun sampai di rooftop. Sehun melihat Baekhyun sedang tidur lena di situ. Dengan perlahan dan berhati-hati, Sehun datang mendekati Baekhyun.

 

Sehun terkikik mendengar igauan Baekhyun. Mana taknya Baekhyun berkata, “ Papa, mama, Baekhyun sayang korang sampai bila-bila. Please jangan tinggalkan Baekhyun lagi macam dulu..”

 

Tak lama lepas tu, Baekhyun pun terbangun dari tidurnya yang lena. Baekhyun menggosok kedua-dua belah matanya supaya penglihatannya jelas kembali. Dia agak terkejut mendapati Sehun kini berada disisinya. Dia berfikir bahwa waktu sekolah belum tamat, tapi sebenarnya sudah hampir satu jam Sehun berada di situ. Dan itu bermakna sudah satu jam waktu sekolah tamat.

 

Sehun yang tadinya memejam matanya rapat kini berkata sambil membuka matanya, “ Awak tak takut tertinggal pelajaran ke kalau hari ini awak tak masuk kelas?”

 

“ Kan saya ada awak untuk ajar saya? Jadi kenapa saya perlu takut?” Kata Baekhyun selamba.

 

“ Eeee, Siapa nak ajar awak?? Saya taknak..” Kata Sehun dengan nada mengajing.

 

“ Ala, tolong la ajarkan. Awak kan pandai, baik pulak tu..” Kata Baekhyun sambil membuat buing-buing khas untuk Sehun.

 

“ Hehe, boleh je tapi bila hah? Sebab saya ada masa lapang minggu ni je. Saya kan kerja part-time petang-petang camni. Minggu ni boss saya bagi cuti sebab next week dah nak exam.” Jelas Sehun panjang lebar.

 

“ Kalau camtu, hari ni je lah. Bolehkan?” Tanya Baekhyun mahukan kepastian.

 

Sehun mengangguk dan mereka pun berlalu pergi dari rooftop. Mereka bercadang untuk belajar di dalam kelas saja kerana menurut Sehun suasana dalam kelas berbeza berbanding di tempat lain. Mereka mengambil tempat di tepi tingkap supaya mendapat angin segar di petang hari.

 

Setelah belajar selama satu jam setengah, tiba-tiba Baekhyun meminta izin pergi ke toilet. Tinggallah Sehun sendirian di dalam kelas.

 

15 minit kemudian, Baekhyun masih saja tidak memunculkan diri. Ikutkan hati Sehun mahu saja dia pergi ke toilet untuk memastikan Baekhyun masih ada di sana atau tidak. Tapi pastinya Sehun malu, sebab dia itu kan perempuan sedangkan Baekhyun lelaki. Takkan la dia nak masuk tandas lelaki semata-mata untuk mencari teman baiknya itu.

 

Dia pun pandang keluar tingkap untuk menghirup udara segar. Sambil itu dia juga boleh menyaksikan segelintir pelajar lelaki sedang bermain basket ball di gelanggang. Dan tiba-tiba mata nya tertumpu pada seorang lelaki yang berbadan tinggi dan sasa di tengah gelanggang.

 

Kreekkkk…..

 

Baekhyun masuk semula ke dalam kelas dan mendapati teman baiknya sedang menatap keluar tingkap dengan sangat serius.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 5: Update soon ^_^
endless-sonata
#2
Chapter 4: Well, this is great sis! :))
Best sangat walaupun seramnya tak terasa lagi xD
fragile_heart
#3
Chapter 3: I am so sorry to all my subscribers..
It has been a year I haven't updated this story. I did't get the inspiration to continue this :((
And I've already forgotten about it. Hopefully I get to catch up with things! xD
Himlo_ko
#4
wow! great description!
waiting for the first update. so Good luck with this story!
hwaiting! ^^
baehwililly
#5
Woww baru bce skit rasa nk bce lagi !! Update soon xD