Chapter 3

Behind the Close Door

 

 

 

 

Baekhyun masuk semula ke dalam kelas dan mendapati teman baiknya sedang menatap keluar tingkap dengan sangat serius.

 

                                     *********************************************

 

“ Hoi. Tengok apa tu? Tengok boyfriend ke?” Tegur Baekhyun setelah masuk ke dalam kelas.

 

“ Eh, apa pulak? Saya, saya tengok sunset la. Cuba awak tengok, cantik.” Jawab Sehun dengan gugupnya.

 

‘ Nasib baik la sempat fikir nak jawab apa. Kalau tak, mesti dah kantoi aku tengok senior main basketball ’ Batin Sehun sambil melepaskan nafas tanda lega.

 

                                       *********************************************

 

Hari ni berjalan seperti biasa. Membosankan, memenatkan dan melelahkan bagi seorang Baekhyun. Tapi, apa yang membuatkan Baekhyun tetap bersemangat untuk terus pergi ke sekolah setiap hari? Jawabannya mestilah kerana Oh Sehun.Baekhyun memang tak boleh kalau sehari tidak jumpa temannya itu.

 

“ Baek, hari ini saya nak belajar kat sekolah sampai pukul 5. Awak nak ikut tak?” Tanya Sehun setelah tamat pelajaran terakhir mereka hari ini.

 

“ Mesti la nak!” Jawab Baekhyun dengan pantasnya.

 

Sehun hanya tersenyum melihat gelagat Baekhyun yang lucu itu.

 

                                ********************************************************

 

‘ Ish, bila Baekhyun nak pergi toilet ni? Diaorang dah nak mula main dah tu…’ Batin Sehun sambil menatap Baekhyun.

 

“ Kenapa awak pandang saya macam tu? Ke awak dah jatuh hati ngan saya?” Sakat Baekhyun.

 

“ Tolong la, sikit pun tak la.” Kata Sehun sambil mengalihkan pandangan keluar tingkap.

 

“ Haha… Saya saja je sakat awak, takkan la awak suka saya pulak kan?” Jawab Baekhyun dengan ketawa terbahak-bahak.

 

5 minit kemudian…..

Sehun masih memandang keluar tingkap dengan pandangan yang membawa seribu satu erti. Baekhyun memandang Sehun. ‘ Apa yang Sehun tengok tu? Dari tadi lagi, dia tak henti-henti pandang keluar tingkap.’ Batin Baekhyun.

 

Baekhyun pun turut melihat keluar tingkap untuk mencari objek yang telah mencuri perhatian teman baiknya itu.Dan akhirnya, Baekhyun jumpa juga ‘ objek’ itu.

 

“ Nama dia Wu Yi Fan. Tahun 5 kelas B (5-B). Dia berdarah China-Kanada, sebab tu lah muka dia ada mirip mat saleh sikit. Dan paling penting dia tu playboy, berlagak macam semua orang tergila-gilakan dia!” Terang Baekhyun panjang lebar.

 

“ Owwhhh….” Jawab Sehun sambil terangguk-angguk.

 

“ Nampaknya ada orang baru jatuh cinta pandang pertama laaa…” Baekhyun berkata dengan nada mengejek.

 

“ Ehh, mana ada la. Saya cumm…Cuma….” Kata-kata Sehun tersekat sampai di situ saja. Tanpa dia sedari pipinya telah merona merah akibat malu, kerana apa yang dikatakan Baekhyun tadi adalah benar.

 

“ Ala apa susah, kalau suka kata suka, kalau tak suka kata tak suka.” Kata Baekhyun sambil tersenyum. Tapi dapat dilihat dengan jelas disebalik senyuman itu terselit sedikit kekecewaan.

 

 ‘Kalau dipaksa senyum walaupun kita tidak mahu maka, terukirlah sebuah senyuman pahit pada bibir seseorang.’ Batin Sehun tatkala melihat senyuman yang terukir indah pada bibir Baekhyun saat ini.

 

“ Dah la saya nak balik sambung belajar kat rumah je lah.” Kata Sehun sambil mengemas buku-bukunya yang berselerakan di atas meja.

 

“ Laa, baru pukul berapa.. Jangan la balik dulu. Nanti siapa nak teman saya kalau awak balik?” Rayu Baekhyun kepada Sehun.

 

“ Saya teman awak balik sampai depan rumah awak… Hish, memang anak mak betul la awak ni..” Kata Sehun yang kini telah menggalas beg sekolahnya.

 

Terpancar sinar kegembiraan di mata Baekhyun semasa mendengar ucapan Sehun. Mungkin memang dia anak yang manja, ke sini, ke sana pasti dihantar dan dijemput oleh driver nya.

 

Mereka berdua berjalan beriringan tangan seperti pasangan kekasih. Setiap orang yang lalu melintasi mereka pasti akan tersenyum mesra.

 

Flashback…

Setelah keluar saja dari kawasan sekolah, Sehun berjalan agak pantas. Terpaksalah Baekhyun berlari anak untuk mengejar temannya itu.

 

Tiba-tiba, Sehun berhenti berjalan. Dan kini dia berada betul-betul dibawah pokok sakura yang tidak lama lagi akan berbunga dengan lebatnya.

 

Baekhyun juga turut menghentikan langkahnya dan berada tepat disisi Sehun. Mereka terdiam sejenak untuk menghayati aroma sakura dan juga angin sepoi-sepoi bahasa.

 

Setelah agak lama mereka berdua terdiam, tiba-tiba Sehun bersuara memecah keheningan di waktu senja, “ Maafkan saya Baekhyun. Saya nampak ada sedikit kekecewaan yang terpancar pada raut wajah awak masa kita bercakap pasal Wu Yi Fan kat sekolah tadi.”

 

Air mata yang sudah bergenang dari tadi kini turun dengan lebatnya melusuri pipi gebu milik Sehun. Dia berasa bersalah pada teman baiknya itu. Sepatutnya dia cuba untuk membalas perasaan Baekhyun terhadap dia, bukannya menolak mentah-mentah tanpa berfikir panjang.

 

“ Tak sangka awak boleh Nampak sebab saya dah cuba sedaya upaya saya untuk menutupi kekecewaan saya.” Jawab Baekhyun selamba.

 

“ Apa yang boleh saya buat untuk menebus kesalahan saya terhadap awak?” Tanya Sehun yang kini masih teresak-esak kerana menangis.

 

Setelah agak lama berfikir, Baekhyun pun berkata, “ Kalau awak nak saya maafkan awak, setiap kali kita berjalan bersama, awak mestilah pegang tangan saya kuat-kuat kecuali dekat dalam kawasan sekolah.”

 

Sehun mengangguk tanda setuju. Dan mereka pun berjalan semula menuju ke rumah Baekhyun.

 

End of flashback…..

 

‘ Tak sangka aku dapat pegang tangan kau seerat ini. Adakah ini mimpi?’ Batin Baekhyun sambil tersenyum sendiri.

 

 Sebelum sampai ke rumah Baekhyun, mereka akan berjalan di tepi tasik yang sangat cantik. Sudahlah cantik dihiasi pula dengan pokok bunga sakura yang mengelilingi separuh tasik itu. Bukan itu saja kalau bertuah, itik-itik (yang entah datang dari mana) itu akan berenang-renang di atas tasik dengan girangnya. Dialuni pula dengan bunyi kicauan burung. Ahh, indah sekali. Sekali lagi Baekhyun tersenyum kerana mengingati tempat yang bakal mereka lalui sebentar lagi. Tapi senyuman kali penuh berarti.

 

Pemandangan pada waktu senja ini amat menenangkan. Semasa mereka lalu ditepi tasik, tiba-tiba Baekhyun menarik Sehun menuju ke arah bangku yang kosong ditepi tasik.

 

 Kemudian mendudukkan Sehun di atas ribanya dan dia terus menguci Sehun dengan kedua belah tangannya diletakkan di hadapan perut Sehun supaya anak itu tidak melarikan diri.

 

“ Yaa! Baekhyun lepaskan lah. Malu lah.” Jerit Sehun sambil meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

 

“ Tak pe kan sesekali kita meluangkan masa bersama seperti ini?” Tanya Baekhyun dengan matanya masih tertumpu pada tasik yang terbentang luas di hadapannya.

 

“ Iya, takpe. Tapi jangan biarkan saya terus duduk di atas riba awak macam ni. Saya tak selesalah.” Jawab Sehun dengan nada yang lembut tetapi tegas.

 

Setelah beberapa saat kemudian, barulah Baekhyun menurunkan Sehun dari pangkuannya. Dan menempat kan Sehun betul-betul di sisinya.

 

Mereka terdiam menghayati pemandangan yang indah lagi sempurna itu.

 

Mereka sampai di rumah Baekhyun pada waktu maghrib. Disebabkan Sehun seorang perempuan, Baekhyun pun menyuruh driver keluarganya untuk menghantar Sehun balik. Mana mungkin Baekhyun sanggup membiarkan Sehun pulang sendirian pada waktu begini.

 

Tapi dengan selambanya Sehun menolak untuk dihantar oleh driver keluarga Byun itu. Dia kata ini sudah menjadi kebiasaannya pulang malam sendirian, jadi tidak ada apa-apa yang perlu di risaukan.

 

Setelah berkali-kali di pujuk oleh Baekhyun, akhirnya Sehun mahu dihantar pulang. Sehun akan dihantar pulang jika Baekhyun juga ikut menhantarnya pulang, itulah syarat yang ditetapkan oleh Sehun.

 

Semasa di dalam kereta, mereka tidak berbicara sepatah pun, mungkin kepenatan berjalan ke rumah Baekhyun yang hampir mencicah 5 km dari sekolahnya itu.

 

Akibat terlalu mengantuk Sehun tertidur di dalam kereta sebelum sampai ke rumah nya.

 

Setelah 15 minit kemudian, mereka pun sampai di rumah Sehun. Baekhyun agak terkejut kerana rumah Sehun sangat kecil dan tersorok dari pandangan mata. Tapi dia tidak mempermasalahkan hal itu.

 

“ Hun, betul ke ni rumah awak? Ikutkan alamat yang awak bagi kat driver saya tu nilah rumahnya.” Kata Baekhyun tanpa memandang Sehun.

 

1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat… Masih tiada jawaban. Baekhyun pun mengalihkan pandangan matanya ke arah Sehun.

 

‘ Cantiknya kau ni.. Memang rugi betul aku tak dapat kau..’ Batin Baekhyun sambil tangannya menyelak rambut Sehun yang menghalang pandangannya.

 

“ Tuan? Betul ke ni rumah dia?” Tanya drivernya yang sekaligus mengejutkannya dari lamunan yang mengasyikkan.

 

“ Betul agaknya.” Jawab Baekhyun ringkas.

 

Dia pun bergerak keluar dari kereta, menuju ke arah sisi kereta yang bertentangan. Dia membuka pintu itu perlahan-lahan agar Sehun tidak terjaga dari tidurnya. Dan dengan berhati-hati dia mengangkat Sehun menuju ke rumah Sehun.

 

Dia pun membaringkan Sehun di atas katil yang ada di dalam sebuah bilik yang saiznya lebih luas dari bilik-bilik yang lain.

 

Setelah memastikan segala aman dia pun keluar dari rumah itu. Berlalu meninggalkan Sehun sendirian di rumah usang itu.

 

                                     **************************************************

 

Sinar terik matahari pagi menembusi langsir nipis di rumah Sehun dan tepat terkena pada matanya. Dengan tidak relanya, dia pun bangun dari tidurnya yang panjang. Dia menggosok-gosok matanya agar penglihatannya kembali jelas seperti sedia kala.

 

Kini, dia merasakan sesuatu yang aneh padanya. ’ Perasaan ini!’ Batin Sehun lalu terus berjalan ke suatu ruang. ‘ Laparnyerrrr!!! Kene cari cepat apa saja yang boleh di makan sekarang. Aduhh, ada mi segera jee. Kene masak la pulak, lambat, aku dah lapar gila ni. Daripada aku membebel baik aku masak cepat, boleh makan cepat.’ Rungut Sehun di pagi hari minggu ni.

 

TBC

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 5: Update soon ^_^
endless-sonata
#2
Chapter 4: Well, this is great sis! :))
Best sangat walaupun seramnya tak terasa lagi xD
fragile_heart
#3
Chapter 3: I am so sorry to all my subscribers..
It has been a year I haven't updated this story. I did't get the inspiration to continue this :((
And I've already forgotten about it. Hopefully I get to catch up with things! xD
Himlo_ko
#4
wow! great description!
waiting for the first update. so Good luck with this story!
hwaiting! ^^
baehwililly
#5
Woww baru bce skit rasa nk bce lagi !! Update soon xD