Chapter 1

Behind the Close Door

 

 

Keluarga Sehun sangat miskin. Ayahnya yang tidak bertanggungjawab terus menghilangkan diri kerana tidak mampu untuk membayar semua hutang-hutangnya pada ahlong. Setelah ayahnya menghilangkan diri semua penagih hutang datang ke rumah Sehun untuk menagih hutang ayahnya.

 

 Terpaksalah Sehun bekerja untuk membayar semula hutang ayahnya. Sehun bekerja part time di sebuah toko coklat yang berdekatan dengan sekolahnya. Sehun sengaja mencari tempat kerja yang berdekatan dengan sekolahnya supaya dia tidak terlambat untuk bekerja.   

 

Sehun juga seorang pelajar di sekolah elit yang terkenal di korea. Sebenarnya sekolah itu hanya untuk orang berada sahaja. Tetapi kerana kepintaran Sehun, dia telah mendapat tawaran untuk memasuki sekolah itu.

 

 Pada mulanya dia tidak mahu kerana tiada wang untuk membayar yuran sekolah, tapi ternyata dia bukan saja mendapat tawaran malah dia juga mendapat biasiswa. Dia rasa sangat bersyukur dan dia berazam untuk belajar rajin-rajin supaya kelak hidupnya senang.

 

 

Hari pertama Sehun ke sekolah….

Keadaan sedikit kecoh dipagi hari. Ramai pelajar yang berborak dengan kawan-kawan mereka setelah sebulan lebih tidak bertemu kerana cuti musim panas.

 

Tibanya Sehun di sekolah dia terus berjumpa dengan mister Kim selaku guru kelasnya. Setelah itu, dia hanya berjalan mengikuti jejak langkah mister Kim dari belakang.

 

Akhirnya mereka pun sampai di kelas 2-A. Itulah nama kelas Sehun sekarang. Suasana di dalam kelas yang tadinya sunyi sepi  automatik menjadi agak bising setelah masuknya Sehun. Bukan bising berborak atau bergurau tapi bising bergelak tawa. Semestinya mereka sedang mentertawakan Sehun. Maklum saja Sehun itu seorang yeoja culun yang memakai cermin mata bulat, rambutnya di tocang dan ekspresi  mukanya juga skema.

 

 Setelah mister Kim berdehem beberapa kali  barulah suasana menjadi hening semula namun ada saja daripada mereka yang masih menahan tawanya.

 

“ Bangun semua.”

 

“ Selamat pagi mister Kim!”

 

“ Selamat pagi, duduk.”

 

“ Ini saya perkenalkan pelajar baru.”

 

“ Sila perkenalkan diri awak, Sehun.”

 

“ Hai kawan-kawan, nama saya Oh Sehun. Salam perkenalan.”

 

‘ Kenapa diaorang pandang aku camtu? Diaorang tak suka aku ke? Eh, apa yang aku fikir ni? Mungkin perasaan aku je kot.’ Batin Sehun.
 

“ Sila duduk di mana-mana tempat yang kosong Sehun.”

 

“ Erm, terima kasih mister Kim.”

 

Mister Kim hanya membalas dengan anggukan.

 

Sehun berjalan ke arah sebuah meja kosong di belakang kelas. Dia bertukar senyuman dengan seseorang  yang pastinya  akan menjadi  temannya yang pertama.

 

“ Hai, Oh Sehun.. Saya Byun Baekhyun.”     

 

Mereka bersalaman, lalu Sehun pun duduk di sebelah Baekhyun. Baekhyun seorang yang periang dan sangat mesra, jadi dengan mudahnya Sehun mendapat teman berbicara. Pada hari pertama berkenalan saja mereka telah bertukar nombor telefon dan alamat rumah.

 

                                 

                                    *********************************************

 

 

Pada suatu hari, seperti  biasa Sehun datang ke sekolah bersama Baekhyun. Setibanya di kelas , rakan sekelasnya memandang Sehun dengan pandangan yang menakutkan. Tetapi Sehun berpura –pura seperti tiada apa-apa berlaku. Tiba-tiba Taeyeon iaitu salah seorang daripada rakan kelasnya  datang mendekat ke arah Sehun. Apabila sampai betul-betul dihadapan Sehun, Taeyeon  terus  menampar sehingga terjatuh ke lantai anak itu.

 

Dengan muka yang tak bersalah Sehun bangkit dari jatuhnya lalu berkata, “ Kenapa awak tampar saya? Apa salah saya?”

 

“ Kau tanya aku apa salah kau? Kau fikir la sendiri!” Tengking Taeyeon lalu terus beredar.

 

 Rakan kelasnya yang lain langsung tidak menghiraukan apa yang baru saja terjadi tadi. Di mana teman baiknya? Kenapa Baekhyun tidak menolangnya? Apa Baekhyun takut untuk berhadapan dengan Taeyeon? Sehun terus memandang ke arah Baekhyun. Dan Sehun menemui  Baekhyun sedang tertunduk layu di mejanya. Sehun segera mendekati Baekhyun dan menanyakan apa yang terjadi pada dirinya. Sunyi. Diam. Tiada jawaban yang keluar dari mulut teman baiknya itu.

 

 Setelah puas bertanya tetapi tiada jawabannya, Sehun pun diam. Sehun fikir pasti Baekhyun memerlukan waktu untuk bersendirian. Nampaknya hari ini terpaksalah Sehun melakukan segala aktiviti bersendirian.

 

 

                                ************************************************

 

 

Sehun berjalan seorang diri menuju ke tempat kerjanya. Biasanya dia pasti ditemani Baekhyun sekarang ini. Baekhyun yang sepatutnya pulang bersama drivernya malah lari semata-mata untuk memastikan Sehun selamat sampai ke tempat kerjanya.

 

Sesampai saja di toko coklat itu, dia terus menuju ke loker, tempat dimana kostumnya di letakkan. Kostumnya yang cantik itu dia tatap sebelum dipakainya. ‘ Sungguh tidak layak kau memakai baju secantik ini, Oh Sehun.’ Batinnya .

 

Sedang Sehun mengelamun, tiba-tiba datang Suho (pemilik toko) bersama Kyungsoo dan Lay (pekerja).

 

“ Kenapa hanya tatap baju itu? Pakailah.” Kata Lay.

 

“Apa baju itu tidak cukup untuk cantik untuk Hunnie pakai?” Tanya Suho pula.

 

Mereka lebih gemar memanggil Sehun dengan nama Hun sahaja.

 

Sehun yang tadinya mengelamun terus tersadar, lalu dia berkata “ Eh, bukan begitu maksudku malah Hun rasa Hun yang tak layak pakai baju itu. Baju itu terlalu sempurna.”

 

Kyungsoo menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata “ Hun pakai dulu, nanti unnie dan Lay unnie akan menolong Hun untuk memakai aksesorinya.”

 

Sehun mengangguk lemah. Setelah 5 minit kemudian, Sehun pun keluar tadi bilik salinan.

 

Mereka bertiga terlopong melihat Sehun. Mereka tidak pernah menyangka kalau Sehun memiliki kulit seputih ini. Kostumnya yang  terdedah pada bahagian paha itu menampakkan paha mulus milik Sehun. Memakai kasut but hingga ke paras lutut. Itu sangat sempurna…

 

“ Hun dah kata kan baju ni memang tak sesuai untuk Hun.” Kata Sehun dengan nada sedih.

 

“OMG!!! Hun ini sangat sesuai untukmu” Teriak Lay kepada Sehun, sekaligus menyadarkan Suho dan Kyungsoo.

 

“ Betul ke Lay unnie?” Tanya Sehun mahukan kepastian.

 

“ Itu sudah tentu Hun. Takkan la unnie nak tipu Hun? Unnie cuma akan dapat dosa jika hyung buat begitu.” Kata Lay bagi mengukuhkan jawaban nya tadi.

 

“ Oh, Hun kau sangat comel saat memakai baju ini. Ini sangat cantik.” Kata Kyungsoo

 

“ Kau lihat Hun, Kyungsoo juga kata kau cantik..” Kata Suho.

 

Sehun tersipu kerana dipuji  segitunya oleh unnie-unnienya. Mereka mengubah rambut Sehun yang tadinya ditocang kini menjadi ikal mayang, memakaikan bedak, eye-liner, eyebrow dan sebagainya. Dan akhir sekali mereka memakaikan Sehun dengan skaf yang berwarna hitam berenda purple, sesuai sekali dengan baju kostum mereka. Tema toko ini ialah gothic, sebab tu baju, kasut, dan juga skaf yang mereka pakai berwarna hitam dan purple.

 

Hari ini ialah hari perasmian pembukaan toko coklat milik Suho sebab itulah mereka harus pakai secantik-cantiknya.  Pada hari perasmian pembukaan ini toko coklat magis telah menyediakan 30 hidangan paling mahal di kedai itu kepada pelanggan terawal mereka.

 

Setelah semuanya siap diuruskan, Suho pun memotong reben pada pintu toko itu. Dan ini bererti toko itu sudah rasmi dibuka.

 

 Toko itu telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Suasana sangat meriah dan  pastinya melelahkan bagi 4 orang pekerja itu.

 

Setelah malam menjelang mereka pun tutup toko itu. Akhirnya mereka dapat merehatkan diri di ruang staf. Semuanya kepenatan. Lembik. Tak bermaya.

 

 

                                            *********************************************

 

 

“ Maafkan aku Sehun.” Kata Baekhyun sambil menangis teresak.

“ Maafkan aku, aku salah.” Kata Baekhyun lagi.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 5: Update soon ^_^
endless-sonata
#2
Chapter 4: Well, this is great sis! :))
Best sangat walaupun seramnya tak terasa lagi xD
fragile_heart
#3
Chapter 3: I am so sorry to all my subscribers..
It has been a year I haven't updated this story. I did't get the inspiration to continue this :((
And I've already forgotten about it. Hopefully I get to catch up with things! xD
Himlo_ko
#4
wow! great description!
waiting for the first update. so Good luck with this story!
hwaiting! ^^
baehwililly
#5
Woww baru bce skit rasa nk bce lagi !! Update soon xD