Chapter 31

Destiny

"Abang,tolong Min-hye abang.."

 

Min-hye perlukan abang...."

 

"Min-hye takut sangat...."

 

"Abang !!...."

 

"AAARRRGGGHHH !!!!...."

 

Kai terbangun dari tidur.Dia mimpi lagi benda yang sama.Kali ini sudah seminggu dia mimpikan Min-hye.Apa yang dah jadi kat dia ? Dia sendiri tak pasti.."Min-hye sakit ke? Min-hye tak apa-apa ke? "..

 

Pagi itu..

 

Mereka memandang Baekhyun dan Kai satu per satu.Perasaan tanda tanya mula timbul di hati mereka."Kenapa dengan diorang ni?",bisik Tao pada Sehun.Sehun hanya mengangkat bahu."Korang ni kenapa? Korang bergaduh ke?",sapa Suho.Mereka menggeleng perlahan."Habis tu kenapa?",soal Kris pula.

 

"Awak tak nampak ke yang mata saya macam mata Tao ni?",soal Baekhyun.Tao meraba matanya dan memandang Baekhyun."Apa salah mata saya?",tanya Tao tak puas hati."Gurau jelah",balas Baekhyun."Saya tak boleh tidurlah",ujar Kai tiba-tiba."Sebab apa?",tanya Kyungsoo.Kai hanya mengangkat bahu.Dia tak mahu yang lain tahu yang dia tak boleh tidur disebabkan  dia mimpi pasal Min-hye.

 

"Awak pula? Pasal Min-hye lagi ke?",soal Chanyeol pula.Baekhyun mengangguk.Kai mula memandang Baekhyun."Dia pun mimpi pasal Min-hye juga ke?",detik hati Kai...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Min-hye ",panggil Nisa dari belakang.Aku tak memandangnya malah membalas sapaannya pun tak.Aku berjalan ke kelas dengan muka yang muram.Nisa ingin sahaja bertanya apa yang dah berlaku pada dia,tapi dia tak mahu moodnya bertambah tak baik.Dia diamkan sahaja sambil berjalan di belakangnya.

 

Sampai sahaja di hadapan kelas,Min-hye terhenti seketika sehinggakan Nisa terlanggarnya di belakang.Nisa memandangnya."Kau kenapa Min-hye?",tanya Nisa.Dia memandang mata Min-hye,dan mencari siapakah yang dia pandang.Ternyata Hakim yang dipandangnya.Begitu juga dengan Hakim.Mereka memandang antara satu sama lain tanpa tersenyum."Apa kena dengan diorang ni?",tanya hati Nisa.

 

Aku terus duduk di belakangnya dan terus mengeluarkan buku teks.Tanpa memandang sekalipun pada dia.Dia masih ingat lagi macam mana Hakim berkata padanya.Hal yang dia ingin lupakan segera,tak boleh dipadam di fikirannya.Susahnya nak lupakan hal itu..

 

"Huda Kirana,saya cintakan awak !! Saya sukakan awak !!"..

 

Aku menggeleng perlahan,dan meneruskan bacaan aku.Tanpa aku perasan Hani asyik memandang tajam ke arah aku,sesekali dia juga memandang abangnya yang berada di sebelahnya."Apa yang dah berlaku semalam?",detik hati Hani."Aku rasa aku kena siasat perkara ni.Tapi bagus juga kan.Diorang dah tak rapat macam dulu lagi.Senanglah aku nak hancurkan perempuan murahan ni",kata hati Hani lagi sambil tersenyum nakal.

 

"Korang,cikgu dah sampai.Cepat duduk",arah ketua kelas (Min-hye dah lupa apa nama ketua kelas ni)."Bangun semua..Selamat pagi cikgu"..

 

                    ~~~~~~~~~~

 

Awak ok tak ni?",tanya Suho risau.Dari tadi dia lihat Baekhyun memegang kepalanya ."Kepala saya sakit..sangat.Macam nak pecah kepala ni",balas Baekhyun."Awak makan ubat ya?  Biar saya ambil ubat awak",kata Chanyeol dan segera mengambil pil sakit kepala di almarinya.Mungkin kali ini sesuatu akan berlaku..

 

"Nah,makan pil ini.Mesti kepala awak dah elok sikit",kata Chanyeol lalu menyerahkan air kosong dan sebiji pil.Baekhyun terus memakannya tanpa teragak-agak.Dia dapat rasakan yang kepalanya sudah tak sakit lagi.Dia dah ok seperti biasa.Seperti dia tak pernah sakit kepala pun."Apa yang dah jadi dengan aku ni?",tanya hati Baekhyun.

 

"Awak ok tak? Sakit lagi ke?",tanya Kyungsoo.Baekhyun menggeleng kepalanya."Kepala saya elok je.Macam saya tak pernah sakit kepala pun",kata Baekhyun."Cepatnya kesan pil tersebar.Awak bagi pil apa Chanyeol?",tanya Chen dan Lay.Chanyeol memandang botol ubat itu."Ubat yang selalu kita makan tulah.Bukannya ubat lain",balas Chanyeol.

 

Tiba-tiba,satu mesej masuk di telefon Baekhyun.Baekhyun segera membuka mesej itu dan dia dapati mesej itu dari seseorang..

 

Tae:"Baekkong-ah,jom keluar.Saya nak shoppinglah.Malam ni kita tidur sama-sama ya"..

 

"Macam mana aku boleh bercinta balik dengan dia?",tanya hati Baekhyun.Dahinya berkerut seribu.Dia cuba ingat balik apa yang dah jadi dengan dia sebelum ini.Sumpah,dia tak ingat apa-apa pasal ni.Dia mendapat satu idea.Dia perlu siasat pasal ni.Mungkin dia perlu terima ajakan itu.Dia segera membalas.

 

Baekhyun:"Ok,kita nak jumpa kat mana?".

 

Tae:"Kat tempat biasalah sayang.Kat Myeong-dong.Kita jumpa kat sana ya".

 

Baekhyun:"Awak ambil saya boleh.Encik Kim sibuk hari ini".

 

Tae:"Ok,see you later sayang".

 

Baekhyun menutup telefon."Korang,saya nak keluar kejap ya",kata Baekhyun."Awak nak pergi mana?",tanya Luhan."Saya nak siasat kenapa saya jadi macam ni",balas Baekhyun."Apa maksud awak?",tanya Kris."Adalah,nanti saya bagitahu awak semua lepas saya dah dapat tahu perkara yang sebenarnya.Sebelum itu saya nak siap dulu",kata Baekhyun lalu terus naik ke atas.Mereka memandang satu sama lain.

 

"Apa yang Baekhyun nak siasatkan?",tanya Xiumin."Takkan dia sakit kepala pun dia nak siasat?",soal Lay."Biarkanlah dia tu.Eloklah kalau dia nak siasat apa yang dah jadi dengan dia",bela Suho sambil tersenyum tenang...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Min-hye cuba kau cakap dengan kitorang.Kenapa kau muram je ni? Ada masalah ke?",tanya Sara."Pasal Hakim",balasku pendek."Kenapa dengan dia? Dia buat apa kat kau?",tanya Nisa."Betullah apa yang Hana cakapkan hari itu.Yang Hakim sukakan aku",ujarku perlahan.Mereka terkejut.

 

"Biar betik.Dia ada cakap ke yang dia sukakan kau?",tanya Nisa.Aku mengangguk."Aku jumpa dia semalam kat dewan.Dia ada cakap semalam",kata aku."Apa yang kau nak buat sekarang?",tanya Ika."Aku tak tahu.Takkan aku nak couple dengan dia pula sedangkan aku dengan Baekhyun sekarang.Aku taknak menduakan Baekhyun.Aku buntu sangat korang",kataku sambil menguis baju kurungku.

 

"Kau ada cakap dengan dia yang kau dah ada?",tanya Nisa.Aku mengangguk,menjawab soalannya."Dia cakap dia takkan lepaskan aku even aku dah couple dengan orang lain.Aku terus tinggalkan dia lepas itu",jawabku lagi."Kau tak payahlah fikir sangat pasal tu,nanti jadi macam dulu juga nanti.Ok?",kata Ika.Aku lega mendengarnya.Mungkin aku patut dengar cakap diorang..

 

"Aku kena cakap pasal ni dengan Shahizat"..

 

"Hakim sukakan Huda? Kau biar betul?",tanya Shahizat.Dia macam tak percaya pula dengan apa yang dia dengar itu."Betullah,aku dengar Huda cakap macam tu dengan geng dia.Huda ada jumpa dengan Hakim semalam.Hakim ada cakap yang dia sukakan Huda",kata Razlan."Kau rasa Huda terima tak?",tanya Shahizat.

 

"Takkanlah Huda nak terima sedangkan dia dengan orang Korea tu.Siapa namanya? Bakun? Baehun?",balas Razlan.Dia memikirkan nama itu,mungkin terlalu susah untuk dia cakapkan."Betul juga.Nasib baik",kata Shahizat.Walaupun dia cakap begitu,hati dia rasa lain sangat.Bagaimana Hakim tak mahu mengalah dan Huda terpaksa terima untuk couple dengan Hakim?Argh,susah betul.

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Ibu,adik dah balik",panggilku sebaik aku masuk ke rumah itu.Aku duduk di sofa sambil tersandar kepenatan.Ibu duduk di sebelahku."Penat ya sayang? Hari ini ibu cuti,so hari ini ibu masak untuk adik.Ibu buatkan lamb chop untuk adik",ujar ibu."Patutlah adik masuk je adik dah bau sos lada hitam.Adik naik tukar baju dulu",kataku lalu bangun dari tempat duduk dan naik ke atas.

 

Ibu hanya memandang gerak geriku."Mungkin adik akan happy bila dapat tahu pasal ni",detik hati ibu.Ibu terus ke dapur untuk siapkan makanan ke atas meja.Aku terus ke meja makan setelah selesai mandi.Aku makan sepuasnya untuk menghilangkan segala masalah yang aku simpan dalam otak sejak di sekolah tadi..

 

"Kenyangnya perut ni.Malas pula nak buat kerja sekolah ni.Rasa macam mengantuk pula",baru sahaja aku ingin labuhkan badan di atas katil,seseorang menelefon aku menerusi video camera.Aku terus mengangkatnya dan yang menelefon aku ialah Kai.Aku tersenyum melihat wajahnya yang bersinar-sinar.

 

"Hai abang.Abang sihat?",aku memulakan perbualan."Abang sihat je.Cuma abang rindulah dengan Min-hye.Dah lama kita tak berbual.Ada perubahan ke kat sana sepanjang abang tak ada ni?",tanya Kai."Macam ni jelah.Tak ada perubahan pun.Cuma sekarang ni Min-hye sibuk sikit je.Sebab exam dah nak dekat",ujarku.

 

"Oh yakah? Abang mengganggu Min-hye ke sekarang ni?",tanya Kai lagi.Dia lega melihat Min-hye sekarang.Soalan yang bermain di fikirannya dah terjawab akhirnya."Taklah,Min-hye baru lepas makan ni.Min-hye rasa happy sangat",ujarku."Sebab apa?",tanya Kai.

 

"Yalah,dahlah Min-hye happy sebab dapat makan lamb chop,lepas tu,dapat pula berbual dengan abang yang tersayang yang jauh dari mata.Mana tak happynya",ujarku sambil tersenyum.Dalam hati,berbunga Kai mendengarnya.Tak sangka Min-hye akan cakap macam tu padanya.

 

"Oh ya,yang lain mana? Macam sunyi je",ujarku,cuba menukar topik."Yang lain ada kat bawah.Diorang tak tahu pun yang abang call Min-hye ni",balas Kai."Abang ~",panggilku lembut."Kenapa ?',tanya Kai."Abang Baekhyun sihat? Dia dah lama tak call Min-hye.Dia sihat je kan?",ujarku.Kai terdiam seketika.Tak tahulah nak jawab ke tak.

 

"Abang Baekhyun ? Dia sihat je.Cuma macam tulah,dia sibuk je.Dia cakap sorry sebab dah lama tak call Min-hye.Kalau dia ada masa,dia mesti call Min-hye",bohong Kai.Dia tak tahu apa motifnya dia perlu berbohong soal Baekhyun,mungkin cuma nak sedapkan hati Min-hye sahaja.

 

"Baguslah kalau macam tu.Abang,Min-hye tutup dulu ya.Min-hye nak tolong ibu Min-hye kejap ya.Bye",kataku."Min-hye abang nak cakap sesuatu boleh tak?",tanya Kai."Apa dia?",jawabku."I love you Min-hye",kata Kai berani.Aku tak terkejut malah aku tersenyum mendengarnya.Kitorang selalu cakap macam tu bila nak tutup chat.

 

"I love you too abang",kataku lalu menutup ruangan video camera itu.Entah kenapa hati aku rasa berdegup bila Kai ucapkan perkataan itu pada aku.Kai pula,menutup Ipadnya dengan senyuman yang boleh menyenangkan hati orang.Mungkin dia rasa gembira bila Min-hye membalas ayat itu.

 

Ayat itu bukannya ayat yang biasa,tapi ayat itu ada maksud yang mendalam untuk gadis yang diberi nama Min-hye itu itu.."Saranghae Kim Min-hye"...

 

                    ~~~~~~~~~~

 

"Macam mana aku nak siasat ni?",tanya Baekhyun sendiri.Dari tadi dia asyik fikir macam mana dia nak lihat telefon Tae di hadapannya itu."Baekkong-ah,saya nak pergi tandas sekejap ya.Tunggu ya",kataTae.Gadis itu berlalu pergi tanpa dia perasan bahawa dia sedang meninggalkan satu-satunya bukti yang dia ada iaitu telefonnya.

 

Hilang dari pandangannya,Baekhyun terus menyambar telefon itu.Dia melihat semua mesej yang ada di dalamnya.Tapi satu nama yang menarik perhatiannya.Dia membuka ruangan mesej nama itu.Dia membaca satu per satu mesej yang mereka bualkan.Tiba-tiba dia terhenti pada satu ayat.

 

"Dia akan beri sepenuh perhatiannya  pada kau kalau kau bagi dia pil itu".

 

"Pil apa yang orang ni maksudkan?",kata Baekhyun sendiri.Dia cuba memikirkan tentang pil itu,tapi tak dapat.Mungkin kesan pil sangat kuat sampaikan dia tak dapat ingat kejadian yang berlaku padanya ketika dia dalam kesan pil itu.Tak sempat dia nak jawab soalan itu,dia nampak Tae sedang keluar dari tandas.

 

Dia segera menutup telefon itu dan letak di tempat asalnya.Sebaik sahaja Tae duduk,Baekhyun hanya tersenyum memndangnya.Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk mengajak gadis itu keluar dari situ."Sayang,jom balik rumah kita.Saya mengantuklah.",kata Baekhyun,cuba mengumpan gadis itu.

 

Tak tahulah macam mana ayat itu boleh datang ke fikirannya.Mungkin itu ayat yang dia gunakan semasa bersama Min-hye dulu.Gadis itu tersenyum manja.Dia gembira mendengar ayat yang keluar dari jejaka itu."Oklah,jom sayang.Malam ni kita buat hal kita je",kata gadis itu dan terus mengajak Baekhyun ke rumahnya.

 

"Sekarang ni aku kena cari pil itu kat rumah dia je.."..

 

"Berusahalah Baekhyun"..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)