Chapter 20

Destiny

Setelah selesai makan,kami menyiapkan kerja sekolah yang tergendala tadi."Alamak Min-hye,aku dah lupalah macam mana kau ajar tadi",kata Sara sambil tersengih."Tak apalah,biar abang yang ajar.Lagipun abang abang pandai dalam hal ajar-mengajar ni",sampuk Kris di sebelahnya.Sara memandangnya."Betul ke?",tanyaku.Kris hanya mengangguk.Sebenarnya Sara pun suka sebab Kris sudi ajarnya yang otak macam tak betul tu.Nasib baiklah Sara faham sepenuhnya apa yang Kris ajarkan dan dia dapat selesaikan kerja sekolahnya.Kebetulan kami juga dah siap.

"Sekarang ni nak buat apa?",tanyaku."Kau nak balik ke? Aku rasa macam nak baliklah pula",kata Hana."Kalau macam tu,kita balik jelah.Aku pun rasa macam penatlah",kataku.Akhirnya kami semua pulang ke rumah selepas selesaikan kerja sekolah.Mereka pulang dengan perut yang kenyang dan dapat jumpa dengan bias mereka semula.Itu yang membuatkan aku rasa puas dapat abang macam diorang,berguna dalam apa jua keadaan.Aku menguap beberapa kali tanpa mereka sedari."Hahh..Mengantuknya mata ni.Cepatlah sampai rumah.Aku nak tidur atas katil aku yang empuk tu",bisik hatiku.

Malam itu,Xiumin datang ke bilik aku.Aku dapat mengagak bahawa dia datang ke bilik aku mungkin sebab Nisa."Min-hye,abang nak minta tolong sikit boleh?",tegur Xiumin.."Apa dia? Penting ke?",tanyaku."Penting sangat.Sebenarnya,abang nak kenal dengan Nisa.Boleh tak abang nak nombor Nisa?",kata Xiumin tanpa ragu-ragu.Aku tersenyum kecil."Kalau abang dapat nombor dia,abang nak buat apa?",tanyaku."Abang ingat nak ajak dia pergi jalan-jalan ke,keluar makan ke",balas Xiumin."Nahlah,nombor Nisa.Kalau dah berjaya,bagitahu Min-hye tau",kataku sambil tersenyum.

Xiumin tersenyum sambil memelukku."Terima kasih Min-hye.Sayang Min-hye",katanya.Aku hanya membalas dengan senyuman.Setelah Xiumin keluar,aku pula keluar untuk turun ke bawah.Dalam perjalanan,aku ditarik oleh seseorang.Dan orang itu ialah Kyungsoo dan Luhan."Abang nak apa sampai tarik Min-hye ni?",tanyaku."Abang nak tanya Min-hye sikit boleh?",tanya Kuhan."Apa dia?",kataku."Min-hye ada nombor Hana tak?",tanya Luhan."Dengan Ika juga",sampuk Kyungsoo."Min-hye tak adalah.Sorry ya",kataku.Mereka menunjukkan muka kecewa.

"Kalau macam tu,tak apalah",kata mereka sambil pergi dengan perlahan.Tiba-tiba,phone mereka berbunyi dan dalamnya ada nombor seseorang.Mesej itu pula dihantar oleh Min-hye.Mereka memandang Min-hye di belakang."Tu nombor Ika..Dengan Hana juga",kataku sambil tersenyum."Terima kasih Min-hye.sayang adik abang ni",kata mereka sambil memelukku dengan erat sampaikan aku tak boleh bernafas."Dahlah tu,Min-hye tak boleh bernafaslah",kataku.Mereka meleraikannya lalu tersenyum dan pergi dari situ.Aku hanya memandang gerak geri mereka..

Aku tak jadi untuk turun ke bawah lalu aku naik ke tingkat atas iaitu di bumbung.Aku duduk di situ ditemani suasana malam.Aku menyanyikan sedikit lirik dari lagu Miracle in December.Aku menyanyi sampaikan aku tak perasan bahawa seseorang berada di belakang."Sedap Min-hye nyanyi",sampuk Kris.Aku terkejut tapi nasib baik Kris tak nampak macam mana aku terkejut."Abang buat apa kat sini? Yang lain buat apa?",tanyaku."Yang lain ada dalam bilik,ada kat bawah",balas Kris."Abang nak tanya sikit boleh?",tanya Kris."Abang nak nombor Sara ke?",tanyaku tiba-tiba."Mana Min-hye tahu?",tanya Kris terkejut.

"Min-hye tahulah.Min-hye dah lama kenal abang.Sejak Mama era lagi(padahal Wolf era).Min-hye tahulah apa yang abang nak",kataku."Sara tak ada siapa-siapa lagi kan?",tanya Kris."Dia still single,sebab dia tunggu abang katanya",gurauku.Kris tersenyum.Aku memberikan nombor Sara dan dia meminta diri untuk tidur.Aku hanya memandangnya dari jauh.Ketika itu juga aku sudah menguap juga.Aku lihat skrin phone.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.Aku bergerak perlahan menuju ke bilik aku.Perlahan aku mula menutup mata...

"Baiklah,saya akan cakapkan dengan mereka",Encik Kim menutup perbualan."Kenapa Encik Kim?",tanya Suho."Nampaknya kita kena balik awallah.Encik Jang cakap kita kena buat persembahan kat Inkigayo awal bulan depan",ujar Encik Kim."Awal tu bila?",tanya Tao."2 minggu dari sekarang",jawab Encik Kim."Saya rasa sayang pula nak tinggalkan Min-hye",kata Baekhyun..

                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Seriously aku tak tahu langsung 2 minggu lagi kita akan cuti.Berapa lama kita cuti?",tanyaku."2 minggu je",jawab Hana."2 minggu je? Aku ingat lama sangat",keluhku."Dah cukup bagus tau 2 minggu tu.Kalau tak ada cuti langsung,macam mana? Menangis kau nanti",kata Ika.Aku hanya tersenyum."Cuti nanti kau nak buat apa?",tanya Sara."Aku tak tahulah.Aku ingat nak bawa diorang bawa jalan-jalan sini rasanya.Diorang tak tahu sangat jalan kat sini,so aku ingat nak tunjukkan tempat yang menarik kat sini.Nanti bolehlah kalau diorang datang sini lagi,tak payah nak minta tolong aku lagi",ujarku.

Akhirnya,loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telahpun tamat membuatkan kami berasa lega untuk keluar dari kelas itu dengan segera.."Min-hye dah balik",kataku sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.Tapi tiada seorang pun yang berada di situ.Rumah itu terasa sunyi tanpa bunyi atau suara.Mana diorang pergi ni? Kosong je rumah ni? Diorang keluar ke? Tak bagitahu aku pun?Aku terus naik ke atas kerana aku terasa ingin mandi dan berehat dalam tab untuk beberapa jam.Aku lihat keadaan di tingkat itu seperti tiada orang,cuma aku sahaja yang ada.

Sebaik sahaja aku selesai mandi dan sebagainya,aku ternampak Chen turun dari tingkat atas."Oh Min-hye dah balik.Min-hye balik dengan siapa?",tanya Chen."Dengan kawan.Abang nak pergi mana?",balasku."Abang nak ambilkan minuman untuk yang lain.Min-hye nak ikut?",ajaknya.Aku hanya mengikutnya dan aku sempat mengambil snek untuk mereka dan kembali anik ke atas."Min-hye dah balik",kata Xiumin."Min-hye dah lama balik,abang je yang tak tahu",kataku sambil duduk di sebelah Kyungsoo dan juga Baekhyun.

Malam itu..."Saya boleh buat..Saya boleh buat..",Xiumin menghembuskan nafasnya perlahan dan menekan punat telefon ke nombor Nisa.Dia menunggu panggilannya dijawab dengan hati yang berdebar.."Hello Nisa bercakap.Siapa tu?",tanya Nisa di hujung talian."Ni..abang..Abang menganggu ke?",tanya Xiumin.Nisa terkejut.Macam mana Xiumin boleh tahu nombornya?"Macam mana abang tahu nombor Nisa ni?",,tanya Nisa."Rahsia.Esok Nisa ada pergi mana-mana tak?",tanya Xiumin."Tak,kenapa?",tanya Nisa."Abang ingat nak ajak Nisa keluar esok.Nak?",ajak Xiumin.

"What?Xiumin,bias aku,ajak keluar? Biar betik? Ni betul ke mimpi?",Nisa bermonolog dalam hati."Boleh ke?Kalau peminat abang nampak kita macam mana? Nanti Nisa yang kena serang",kata Nisa,cuba merendah diri."Apa nak risau pasal tu?Abang boleh handle pasal tu",jawabnya yakin."Baiklah kalau macam tu.Bila?",tanya Nisa."Esok pukul 3.Nisa boleh kan datang sini?",ujarnya."Boleh.Baiklah,jumpa esok ya.Bye",kata Nisa lalu menutup perbualan kerana dia terlalu gembira dengan undangan Xiumin itu."Yeay !! Akhirnya !!",jerit Nisa dalam bilik.

"Sibuk ke?',tanya Kyungsoo.Dia terasa gementar pula ketika dia bercakap dengan Ika."Taklah.Abang kenapa call Ika malam-malam ni?",tanya Ika.Dia terfikir bagaimana Kyungsoo boleh mendapat nombornya.Dia mahu sahaja bertanya,tapi dia tak nak tanya Kyungsoo dengan soalan begitu.Lagipun dia mahukan permulaan yang baik dengan Kyungsoo."Sebenarnya abang nak..ajak..Ika keluar esok..Boleh tak?",tanya Kyungsoo.Dia berharap Ika menerima jemputannya."Ika boleh je.Lagipun Ika dah lama tak keluar.Bila?",tanya Ika teruja.

"Esok,pukul 5 petang.Abang tunggu kat sini ya",kata Kyungsoo."Baiklah,kita jumpa esok ya.Pastikan abang pakai handsome-handsome tau..Hahaha..Ika gurau je.Bye",kata Ika lalu mematikan perbualan mereka.Ika melompat keriangan di atas katil sambil menjerit sepuas hati dia.Nasib baiklah parents dia tak ada kat rumah,kalau tak dah kena parang dengan mak dia yang garang macam Wolf tu."Ok,apa yang aku nak pakai untuk esok ya? Aku patut siapkan pakaian tu sekarang juga.Apa-apalah,yang penting aku mesti nampak perfect kat mata dia(no one is perfect)",katanya bersemangat.

"Apa yang saya perlu pakai esok ya?",kata Kyungsoo sambil memandang almarinya.Ketika itu pula,Baekhyun masuk ke dalam bilik dan tertanya apa yang Kyungsoo buat dalam almari tu dari tadi."Kyungsoo,apa yang awak buat tu? Ada sesuatu yang awak cari ke?",tanya Baekhyun sambil menjenguk sekali almari itu."Oh Baekhyun.Saya tengah cari baju",kata Kyungsoo."Baju? Banyak baju dalam ni.Awak pilih jelah yang mana",kata Baekhyun."Tak.Saya nak baju yang...nampak special di mata perempuan.Awak tahu tak?",tanya Kyungsoo.

"Maksud awak?",tanya Baekhyun."Baju yang menampakkan saya ni handsome",kata Kyungsoo sambil memandang Baekhyun."Do Kyungsoo,awak tak tahu ke yang awak tu memang semulajadi handsome? Awak tak perlukan apa-apa untuk nampak handsome.Di mata saya,awak nampak...perfect sangat.Awak fahamkan apa yang saya cakapkan?",kata Baekhyun sambil memandang tepat pada Kyungsoo."Aww,awak sweet sangat.Terima kasih Baekhyun",kata Kyungsoo terharu."Kalau macam tu,mana yang sesuai untuk saya?",tanya Kyungsoo.

"Saya rasa yang ni sesuai untuk awak",Baekhyun memilih baju hoodies yang tertulis BWCW,agar dia senang untuk menyorok dari peminat di luar sana."Baiklah,saya akan ambil apa yang awak pilih",kata Kyungsoo sambil memegang baju itu dan letakkannya di tempat yang dia senang nampak.Tapi perkara yang sama juga terjadi di bilik sebelah.Xiumin memikirkan apa yang dia nak pakai untuk hari esok.Dia kelihatan bersemangat untuk keluar bersama Nisa esok.Dia membuat perancangan yang teliti untuk bertemu dengannya esok supaya semuanya berjalan dengan lancar.

"Umin,awak buat apa tu?",sapa Suho."Tak ada apa-apa.Saja nak try baju ni.Sebenarnya saya nak keluar esok",kata Xiumin."Keluar? Temu janji ke?",tanya Suho."Boleh dikatakan macam tulah",balas Xiumin."Baiklah,saya tak nak kacau awak buat perancangan.Semoga berjaya",kata Suho sambil keluar dari bilik itu."Akhirnya..aku pakai baju ni jelah esok.Lagipun,baju ni senang nak cover muka aku",kata Xiumin dalam hati.Setelah itu,dia memutuskan untuk tidur awal malam itu kerana matanya dari tadi terkebil-kebil menahan ngantuk..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)