Chapter 18

Destiny

"Min-hye jaga diri ya.Kalau nak pergi mana-mana,pergi dengan kawan Min-hye.Ingat pesanan abang tau.Petang nanti abang ambil Min-hye",kata Baekhyun.Aku hanya mengangguk lalu memeluknya dan yang lain.Hari itu aku meminta untuk menghantarku sampai di dalam sekolah,kerana aku nampak Shahizat ada di laluan masuk sekolah.Sebaik sahaja aku ingin masuk ke dalam kelas,pelajar perempuan menegurku."Hai Huda,mana kau pergi 2 hari ni? Aku dah lama tak nampak kau?Kau sakit ke?",tanya mereka.Aku hanya mengangguk lalu aku mengeluarkan sesuatu dari beg.

"Ini untuk korang.Sorry kalau lambat sikit aku bagi",kataku sambil memberi sehelai kertas yang diisi tandatangan EXO berserta gambar mereka yang aku ambil menggunakan instant cameraku.Mereka teruja apabila mendapatnya."Huda,kitorang  tahu kau memang baik.Thanks tau sebab kau tunaikan janji kau",kata mereka.Aku hanya mampu tersenyum sambil pergi ke kelas.Di kelas aku menegur mereka yang pernah meminta tandatangan EXO daripadaku."Ini untuk korang.Sorry kalau aku bagi lambat bagi korang",kataku.

"Thanks Huda.Kau memang baik.Kitorang takut kalau kau tak bagi",ujar mereka sambil memandang gambar itu lama.Aku pergi ke tempat duduk lalu mengeluarkan buku Matematik Tambahan.Aku asyik mebaca sampaikan aku tak perasan bahawa mereka sudahpun sampai."Eh korang.Bila sampai?",tanyaku.Mereka hanya buat muka blurr."Sejak ada seorang budak tu yang leka belajar sampaikan tak perasan yang kitorang dah sampai.Agaknya kalau meletop sekolah ni,dia tak sedar juga",kata Nisa selamba.

"Sorrylah,aku memang tak perasan korang dah sampai.Mianhae",kataku...Rehat itu,"Semalam macam mana? Best tak?",sampuk Hana."Maksud kau?",tanyaku."Yalah,malam tadi diorang jaga kau tak?Ok tak diorang jaga kau? ",tanya Hana."Bolehlah.Lagipun korang tahukan yang semalam hujan lebat sangat sampaikan aku minta Baekhyun tidur dengan aku...",mereka menyergahku."What? Apa kau cakap? Ulang balik..Kau tidur dengan siapa?",tanya mereka.Aku memandang mereka pelik.Apa kena dengan diorang ni?.."Dengan Baekhyun?",kataku.

"Kau tidur dengan dia? Boleh ke?",tanya Sara."Aku boleh je.Apa maksud kau ni?",tanyaku."Min-hye,kau tak..",Hana mula memamdangku..Ya,aku dah tahu apa maksud diorang.."Hei!!Aku takkan buat ok.Aku tak benarkan selagi kitorang belum kahwin lagi",kataku."Nasib baik,aku ingat apa tadi",kata mereka sambil menarik nafas lega..

                                                                             ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balik itu,aku terus keluar dari kelas sebelum yang lain keluar dari kelas."Min-hye ok tak kat sekolah? Min-hye tak pengsan kan?",tanya Chanyeol dan Xiumin.Aku ketawa kecil sambil menggeleng."Taklah abang.Min-hye kan dah sihat",kataku."Kalau macam tu,bolehlah kita keluar makan kan korang",sampuk Tao."Boleh juga.Min-hye nak makan apa? Abang belanja hari ini",kata Suho."Min-hye nak...kimchi..Oh ya,bibimbap juga",kataku selamba."Min-hye sayang abang,kita kat Malaysialah,bukan kat Korea.Mana nak cari makanan tu semua?",tanya Baekhyun.

"Kat Malaysia pun adalah abang sayang Min-hye.Kat sini semuanya ada,cuma kena order je",ujarku."Kalau macam tu,nanti Min-hye tunjukkan jalan ya.Nanti kita keluar balik.Min-hye kena mandi,biar segar sikit.Lepas itu baru kita keluar",cadang Kris.Aku hanya menurut.Sampai sahaja di rumah,aku terus naik ke atas manakala yang lain pula menunggu di bawah katanya..Aku hanya mengambil masa 45 minit untuk bersiap supaya tidak membuat mereka tertunggu.Ketika bersiap,Nisa menelefonku."Hello Nisa.Ada apa?",aku mulakan dulu."Min-hye,kau perasan tak yang kau tertinggal diari kau kat bawah meja?",tanya Nisa.

"Oh yakah? Aku tak tahu pula.Tak ada siapa-siapa yang baca kan?",tanyaku."Tak ada.Aku dah ambil sebelum orang lain baca",jawabnya."Kalau macam tu,nanti aku datang kat sekolah.Kau lambat lagikan balik?",kataku."Ya,aku tunggu kat tempat biasa",katanya lalu memutuskan talian.Aku segera turun ke bawah."Abang,nanti kita berhenti di sekolah Min-hye kejap ya.Min-hye ada tertinggal sesuatu",kataku."Nanti Min-hye kena masuk kelas ke?",tanya Xiumin."Tak adalah,barang Min-hye tu ada kat Nisa",jawabku.

Xiumin terkejut mendengar nama Nisa."Kenapa abang?",tanyaku."Tak ada apa-apa",kata Xiumin sambil tersenyum."Dengar nama Nisa,terkejut beruk dia",kataku dalam hati.Di sekolah,aku terus pergi ke tempat yang Nisa katakan tadi.Aku tersenyum apabila melihat Nisa melambai-lambai ke arahku."Nah diari kau.Kau pergi mana lepas ni? Cantik nampak",kata Nisa sambil memandang baju BWCW yang aku pakai."Aku nak pergi makan.Dah lama aku tak makan makanan sana.Tu yang aku ajak diorang tu",ujarku."Oh yakah? Kalau macam pergilah,nanti diorang tertunggu pula",katanya.

"Kau tak nak cakap apa-apa ke kat Xiumin? Tadi masa aku cakap nama kau,dia terus happy",kataku.Nisa hanya tersengih."Kalau macam tu aku cakap kat dia yang kau kirim salam sayanglah kat dia ya.Aku pergi dulu",aku terus mengangkatkan kaki sebelum Nisa menjawab."Hei Kim Min-hye !!",panggil Nisa.Tapi dia tahu Huda takkan datang padanya kembali."Kau macam tahu je yang aku nak cakap macam tu",kata Nisa perlahan.Aku berjalan sambil tersenyum sendiri.Dengan tak semena-mena,aku terlanggar seseorang.

"Sorry ya.Saya..",aku terkejut melihat orang yang aku langgar itu ialah Shahizat.Shahizat pula hanya tersenyum."Hai Huda.Huda sihat?",tanya Shahizat ramah.Aku hanya mendiamkan diri lalu aku cuba lari dari situ.Tapi tak sangka pula Shahizat akan menahan aku."Izat tahu Izat salah.Sebab tu Izat nak minta maaf kat Huda.Please Huda.Izat ikhlas minta maaf",katanya.Aku masih membatukan diri,aku tak tahulah sama ada aku takut atau marah dengannya.Perasaan itu bercampur baur.Tanpa disangka,seseorang memegang tangan aku dan aku lihat orang itu ialah Baekhyun.

Aku lihat wajahnya,memang menyeramkan.Aku tak pernah tengok Baekhyun marah begitu."Apa kau nak dari Min-hye lagi? Kau tak serik lagi ke nak kacau dia?",kata Baekhyun.Kali ini Shahizat pula yang mendiamkan diri."Pengecut.Jom Min-hye,kita pergi",Baekhyun menarik tangan aku lalu kami pergi tanpa aku sempat melihat mukanya."Izat minta maaf Huda",kata Shahizat perlahan.Yang lain muncul di belakangnya."Tapi Izat,kau tak terlambat nak minta maaf kat Huda.Kau tunggu jelah masanya",kata Razlan.

                                                                                  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam itu,Baekhyun baru sahaja keluar dari bilik air di bilik Min-hye sebaik sahaja dia duduk di atas katil,dia ternampak diari Min-hye yang berada di meja tepi katilnya.Perasaan tertanya mula menebal untuk melihat isi di dalamnya.Ketika itu,Min-hye berada di bawah bersama yang lain,jadi dia mengambil diari itu dan mula membaca dari awal muka surat.Di dalamnya,Min-hye tulis tentang Baekhyun dan juga dirinya dari Min-hye meminati Baekhyun sampailah sekarang.Dari mereka mula berkenalan,bercinta sampailah sekarang,Min-hye tulis semuanya di dalam diari itu.

Sesekali Baekhyun tersenyum apabila membaca diari itu.Di dalam 1 mukasurat itu,ada gambar mereka bersama ketika EXO berlatih di studio dulu dan di belakangnya tertulis "Kim Min-hye love Byun Baekhyun Selamanya"."Abang juga",kata Baekhyun perlahan.Ketika itu pula,Min-hye masuk ke dalam bilik dan terkejut melihat Baekhyun membaca diarinya."Abang baca apa tu?",aku cuba mengambil darinya tapi tak berjaya disebabkan tangannya yang panjang itu.Tapi lain pula yang jadinya.Baekhyun dapat memelukku lalu menciumnya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Kali ini aku tak tutup mata kerana ingin lihat bagaimana Baekhyun ciumku.Ternyata handsome dan mengghairahkan bagi aku.Setelah itu,Baekhyun melepaskan aku dan memeluk sambil membelai rambutku."Thanks Min-hye,sebab lakarkan kenangan kita bersama.Love you",bisik Baekhyun.Aku tersenyum mendengarnya."Min-hye juga",balasku."Min-hye sela..",bagaikan malaikat lalu apabila mereka masuk ke dalam bilikku.Kami melepaskan pelukan apabila mendapati kehadiran seseorang disitu.

Aku hanya diam membisu manakala Baekhyun pula hanya buat seperti biasa."Hei Baekhyun,saya sebagai yang paling tualah katakan,biar saya bagi tips sikit.Kalau kami dah masuk,selesaikanlah cepat.Tak baik kalau Kai dan Sehun pandang",kata Xiumin."Oh yakah?Sehun,Kai,nak tengok lagi tak?Biar saya tunjukkan",Baekhyun menyambung ciumannya.Aku terkejut apabila Baekhyun bertindak begitu manakala yang lain berusaha menutup mata Sehun dan Kai yang dari tadi sudah mula tersenyum sendiri."Yah Byun Baekhyun !!"....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)