...

CRUSH
Please log in to read the full chapter

“Annyeong! Have a good day~” Chanyeol manyapa Shinhye. Shinhye senyum pada Chanyeol lalu menukar arah pandangannya ke tempat lain dan hanya menahan hatinya sendiri daripada berdegup dengan kencang. Chanyeol menunjukkan wajah yang… kecewa (?) dan berlalu pergi. Shinhye memandang ke arah Chanyeol semula dan memerhatikannya.

Adakah Chanyeol hanya menyapa Shinhye seorang?

Anniya… Dia tegur semua pelajar dalam sekolah macam tu pada setiap hari di pagi hari. Sudah kebiasaannya Chanyeol menyapa semua pelajar. Dan keramaiannya yeoja juga akan mula cair setelah mendengar suara Chanyeol setiap pagi. Sama seperti Shinhye sendiri. Shinhye hanya mengagumi Chanyeol dari jauh. Shinhye tahu, Chanyeol langsung tidak menyedari kehadiran dirinya yang sentiasa mengaguminya.

“Shinhye-ah!! Apa yang awak buat tu? Perhatikan crush ker?” Yoon Eunhye, kawan paling rapat yang pernah Shinhye ada, mengejutkannya daripada mengelamun tentang Park Chanyeol.

“Anniya. Jom ke kelas.” Shinhye mengajak Eunhye memandangkan mereka berdua adalah rakan sekelas. Shinhye masih berfikir tentang Chanyeol.

Park Chanyeol, seorang kingka yang baik, comel, handsome, kelakar, ceria dan segalanya! Dia adalah rakan kepada satu kumpulan, EXO-K yang terdiri daripada 6 orang. Lima orang yang lain ialah Kim Joonmyeon iaitu Suho, ketua kumpulan tersebut. Suho adalah anak pengetua sekolah yang mereka hadiri, iaitu XOXO High. Ke dua, Byun Baekhyun, ahli yang paling rapat dengan Park Chanyeol dan juga merupakan crush milik Eunhye. Seterusnyaa, Do Kyungsoo atau dikenali sebagai D.O, matanya besar dan pelajar selalu takut untuk melihat matanya. Selain itu, Kim Jongin, Kai, the Dancing Machine dalam kumpulan tersebut. Kai selalu membuat persembahan tarian setiap kali majlis diadakan Akhir sekali, Oh Sehun, the maknae of the group. Sehun sangat comel dan kadang-kadang, apabila Sehun menunjukkan karismanya, kelihatan sungguh kacak. Namun begitu, kelima-lima mereka tidak dapat menambat hati Shinhye. Shinhye selalu memerhatikan Chanyeol setiap kali mereka terserempak dengan EXO-K. Shinhye tak dapat menukar kehadiran Chanyeol di dalam hatinya walaupun setiap ahli atau kingka di dalam kumpulan itu baik, sama baik dengan Chanyeol.

Setiap hari, Shinhye akan berkelakuan seperti yeoja atau fans yang tergila-gilakan kingka di sekolah. Dia lakukan apa yang fan lain buat. Tulis surat cinta dan masukkan ke dalam loker kingka, belikan hadiah untuk kingka pada hari jadinya, dan bermacam-macam yang Shinhye tiru daripada fan lain. Shinhye sudah selesa dengan apa yang dia lakukan. Dia berpuas hati dengan dirinya sendiri. Di hadapan Chanyeol, Shinhye hanya lagak seperti yeoja normal walaupun dirinya yang sebenar di dalam badannya telah berasa gelisah dan perasaan ingin memberitahu Chanyeol yang dia menyukainya… anniya… dia mencintainya semakin membuak-buak. Namun, Shinhye memahami. Kedudukannya hanyalah sebagai seorang fangirl yang hanya mengagumi mereka yang popular. Shinhye tiada hak untuk mendampinginya.

Shinhye sentiasa mencuri-curi lihat Chanyeol di sebalik dinding ketika Chanyeol ingin membuka lokernya. Shinhye berharap agar surat yang dia tulis, khas untuknya, dibaca oleh Chanyeol. Shinhye melihat wajah Chanyeol yang membaca setiap satu surat yang diterimanya. Dia akan tersenyum apabila mendapat tahu yang Chanyeol AKAN membaca suratnya jadi, dia terus pergi dari tempat persembunyiannya sebelum sempat melihat wajah Chanyeol yang membaca surat khas miliknya. Walaupun Shinhye meniru aksi fan lain, suratnya lain daripada yang lain. Surat Shinhye, dia akan sertakan dengan satu kad yang tertulis kata-kata semangat menggunakan tulisan tangannya sendiri untuk Chanyeol. Shinhye tak pernah nampak reaksi Chanyeol apabila mendapat surat khas daripadanya.

* * *

Sedang Chanyeol dalam proses menyapa seluruh pelajar, Chanyeol terserempak dengan Suho yang sedang dalam perjalanan ke kelas mereka. Chanyeol berhenti di hadapan Suho dan menukar riak wajahnya.

“Hyung…” Chanyeol mengeluh.

“Waeyo?” Suho bertanya kehairanan atau patut dikata ‘berpura-pura’ kehairanan.

“Hyung! Sampai hati hyung tanya? Hyung faham, kan?” Kata Chanyeol, tak berpuas hati.

“Wae? Awak yang buat keputusan ni sendiri, kan? Bukannya salah hyung~” Suho meneruskan langkahnya ke kelas.

“Aish… Hyung! Tolonglah! Saya masih tak dapat perhatian dia. Dia macam buat tak tahu jer. Penatlah macam ni!” Keluhan Chanyeol tidak diendahkan oleh Suho.

“Hyung!” Panggil Sehun pada Chanyeol kelika berlari ke arah Chanyeol. Chanyeol memusingkan badannya ke belakang bagi melihat empunya suara yang memanggilnya.

“Eoh? Sehun-ah. Annyeong!”

“Nae, annyeong! So… Any improvement? Ada apa-apa reaksi daripada si dia?” Sehun mengangkat-angkat keningnya bagi menjengkelkan Chanyeol.

“Aish… Shut up.” Chanyeol menolak lembut bahu Sehun yang semakin merapat padanya lalu mengikuti langkah Suho ke kelas. Sehun ketawa dan mengekori hyungnya ke kelas. Suho juga turut sama ketawa kecil.

Sepanjang tiga bulan ini, Chanyeol hanya berlakon menyapa setiap pelajar di dalam sekolah tersebut semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada seorang yeoja yang sudah dapat menambat hatinya. Chanyeol memberitahu ahli EXO-K yang lain bahawa ada seorang yeoja telah mencuri hatinya. Tambahan lagi, dia juga meminta idea daripada ahli lain untuk mendapatkan perhatian yeoja tersebut dan telah bersetuju dengan ideanya sendiri iaitu menyapa seluruh isi sekolah setiap pagi supaya dapat bertutur dengan yeoja yang diminatinya namun, yeoja tersebut langsung tidak mengetahuinya malahan langsung tidak perasan niat sebenar Chanyeol. Chanyeol terlalu malu untuk mengakui perasaannya pada yeoja tersebut, lagi-lagi, yeoja itu juga tidak memberi tindak balas terhadap perlakuan Chanyeol. Ini membuatkan Chanyeol merasakan yang dia mengalami percintaan bertepuk sebelah tangan. Bagi Chanyeol, yeoja tersebut tidak memberikan perhatian langsung padanya.

* * *

Ketika Shinhye sedang rancak berbual dan bergelak ketawa bersama dengan Eunhye, kedengaran jeritan pelajar yeoja di kawasan luar kelas dan ini memberikan petunjuk kepada Shinhye dan Eunhye bahawa kingka sekolah sudah tiba di kelas mereka… iaitu kelas yang mereka berdua berada sekarang. Mereka belajar di dalam kelas yang sama dengan kingka, EXO-K. [Just fikir yang mereka ni sama umur. XD] Selang beberapa saat, wajah-wajah EXO-K muncul di muka pintu kelas dan membuatkan pelajar yeoja di dalam kelas mereka menjerit teruja dengan kehadiran kingka tersebut. Termasuk Eunhye.

“Yah… tengok Baekhyun Oppa. Hari ni, dia nampak kacak lah!” Bisik Eunhye di telinga Shinhye.

“Eoh… also Chanyeol Oppa.” Shinhye setuju dengan kata-kata Eunhye.

Walau bagaimanapun, Shinhye mencuba sedaya upaya supaya tidak menunjukkan reaksi keterujaannya pada mereka dan berkelakuan normal tanpa menjerit. Namun begitu, hatinya berdegup dengan kencang apabila dia melihat muka Park Chanyeol, namja yang dikagumi. Tempat duduk mereka di bahagian belakang kelas. Ketika mereka ingin melangkah ke belakang, Chanyeol sentiasa menggunakan laluan di sebelah Shinhye kerana tempat duduknya berada di belakangnya. Di sebelah kiri Shinhye adalah tingkap pemandangan luar manakala, Eunhye di sebelah kanannya dan Baekhyun di belakang Eunhye.

Setiap kali Chanyeol dan Baekhyun berada di belakang Shinhye dan Eunhye, mereka berdua sentiasa mendapat pandangan mata yang tajam daripada pelajar yeoja di dalam kelas mereka selain daripada pelajar yeoja yang duduk berdekatan dengan Suho, D.O, Kai dan Sehun. Shinhye hanya bertahan dengan pandangan mata mereka.

* * *

Baekhyun yang berada di sebelah Chanyeol menyiku lengan Chanyeol untuk lakukan sesuatu. Chanyeol memandang Baekhyun dengan reaksi wajah yang pelik.

“Mwoh?” Tanya Chanyeol pelik pada Baekhyun dengan nada suara yang rendah.

“Palli! Kalau tidak sekarang, sampai bila-bila pun tak tahu perasaan dia.” Kata Baekhyun tegas walaupun menggunakan nada suara yang rendah.

“Nak buat apa?” Makin pelik Chanyeol dibuatnya.

“Aish!” Baekhyun terus mencapai beg sekolah milik Chanyeol. Chanyeol hanya memerhatikan tindakan Baekhyun. Baekhyun kemuadiannya mengeluarkan salah satu buku nota daripada beg sekolah Chanyeol dan dengan sengaja, dia membaling buku tersebut dan buku itu mendarat di bawah kerusi Shinhye.

“Yah!” Marah Chanyeol pada Baekhyun.

Shinhye terasa yang ada sesuatu yang terjatuh di bawah kerusinya jadi dia menunduk dan mencapai buku yang terdapat di bawak kerusinya. Shinhye membelek buku itu dan melihat nama yang tertera di kulit buku untuk melihat empunya buku tersebut. Selepas melihat nama tersebut, Shinhye memusingkan badannya sambil matanya masih melekat pada nama di kulit buku. Chanyeol yang dari tadinya masih memarahi Baekhyun, tergamam dengan tindakan mengejut Shinhye yang memandang mereka berdua. Chanyeol menjadi kaku untuk sementara. Shinhye mengangkat kepalanya dan terus memandang muka Baekhyun tanpa membuat sebarang tatapan mata pada Chanyeol. Shinhye menunjukkan senyuman pada Baekhyun dan menghulurkan buku di tangannya.

“Ni buku awak, kan? Byun Baekhyun.” Baekhyun mencapai buku di tangan Shinhye dan melihat nama di kulit buku dengan kehairanan tertera di wajahnya.

“E-eoh… nae… Gomawo.” Shinhye mengangguk dan terus memandang ke hadapan lalu menyambung perbualannya bersama Eunhye selepas melihat senyuman Baekhyun.

“Aish!! Kenapa pula buku saya ada pada awak?!” Baekhyun melihat Chanyeol.

“E-eoh…? Err… Hari yang lepas, awak yang beri saya pinjam, kan? Hehe…” Chanyeol menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Baekhyun menepuk dahinya menggunakan tapak tangannya.

“Tch… terlepas peluang awak. Hanya saya yang dapat melihat senyuman dia.” Chanyeol memuncungkan bibirnya selepas mendengar pernyataan Baekhyun. Pada waktu yang sama, ahli EXO-K yang lain menggeleng-gelengkan kepala mereka melihat perangai yang kurang matang Baekhyun dan Chanyeol. Selang beberapa minit, Miss Song masuk ke kelas mereka dan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

* * *

Apabila waktu makan tengah hari semakin dekat, Miss Song memberitahu suatu perkara yang menggembirakan untuk seluruh kelas.

“Ok, class. Pada hujung minggu ni, kelas kita akan diadakan lawatan Busan untuk satu hari dan pada waktu malam akan diadakan ‘Night Prom’.” Kesemua pelajar bersorak riang termasuk Shinhye dan Eunhye. Mana tidak, ‘Night Prom’ bermaksud, mereka boleh menari bersama dengan seseorang yang menjadi pasangan mereka pada majlis itu.

“Saya sudah tahu, awak semua pasti menyukainya maka, saya sudah menetapkan pasangan bagi awak semua.”

“Alah… Janganlah, Miss!” Semuanya mengeluh dengan kata-kata Miss Song.

“Arraso! Arraso! Saya hanya bergurau! Aigoo… Kecewanya kamu semua… So, saya pergi dulu. Dapatkan pasangan awak semua sebelum majlis tu bermula~” Miss Song ketawa kecil manakala, para pelajar yang tadinya mengeluh, bersorak kembali dan ada suara-suara yang memujuk kingka selepas Miss Song keluar dari kelas apabila loceng makan tengah hari berbunyi.

“Oppa! D.O Oppa! Dengan saya tau!”

“Suho Oppa! Kalau Oppa berpasangan dengan saya, Oppa pasti takkan menyesal.”

“Chanyeol Oppa, Oppa dah ada pasangan belum?”

“Kai Oppa! KYAAA!!! Dengan saya, eoh?”

“Omo!! Sehun Oppa, dah ada pasangan? Oppa berpasangan dengan saya, okay?”

“Baekhyun Oppa, nanti Oppa akan bernasib baik kalau Oppa pilih saya sebagai pasangan Oppa.”

Eunhye mengeluarkan keluhan kecil apabila ada seorang yeoja yang mengajak Baekhyun sebagai pasangannya.

“Aish… memang tak ada peluang untuk kita berdualah nampaknya. Kita sedar, siapalah kita, kan?” Bisik Eunhye pada Shinhye dan pastikan yang Chanyeol dan Baekhyun tidak mendengarnya. Shinhye mengangguk setuju dengan perkataan Eunhye.

“Sudahlah… Kita just enjoy sendiri jer. Kalau ada peluang, adalah tu… eoh? So, sekarang ni…” Shinhye menepuk lembut perutnya.

“Kita pergi isi perut kita dulu sebelum cafeteria tu sesak dengan pelajar lain. Kaja!” Shinhye bangun dan menarik tangan Eunhye yang masih kecewa ke luar kelas dan terus menuju ke cafeteria.

Chanyeol memerhati langkah mereka berdua keluar dari kelas. Perasaan kecewa tertera di wajahnya apabila melihat reaksi muka Shinhye yang tidak mengambil perhatian terhadap lawatan ini.

* * *

Shinhye sedang makan sambil berbual dengan Eunhye di cafeteria sekolah. Matanya memandang sekilas di tempat duduk EXO-K yang di biarkan khas untuk mereka. Masih tidak ada penghuninya. Shinhye mengeluh kecil. Dia mahu tahu siapakah yang menjadi pasangan ‘Night Prom’ mereka, terutamanya sekali, Park Chanyeol. Shinhye betul-betul mahu mengetahui pasangan yang menjadi milik Chanyeol.

Selang beberapa minit, suara jeritan pelajar yeoja memberi petunjuk pada Shinhye dan Eunhye yang EXO-K telah pun tiba di cafeteria tersebut. Senyuman tertera di wajah Eunhye membuatkan Shinhye berasa pelik.

“Waeyo?” Tanya Shinhye kehairanan dengan perangai pelik Eunhye.

“Err… Kita buat pertaruhan dan ini di kira saya mencabar awak.”

“Eoh? Maksudnya?”

“Macam ni… Kita main gawi bawi bo, 3 pusingan, siapa kalah, dia pergi ajak crush dia untuk jadi pasangan ‘Night Prom’ dia. Ottae?”

“Maksudnya, saya ajak Chanyeol, awak ajak Baekhyun?”

“Yeah, of course… Takkan saya nak ajak Chanyeol pula?”

“Aish… tak adillah! Awak tahu yang saya ni kurang mahir dalam permainan ni, kan?” Shinhye memuncungkan bibir.

“Anni… Mana tahu, maybe today is your lucky day?”

“Hmm…” Shinhye masih ragu-ragu. Patut ke dia terima cabaran ni?

“Okay! Call!” Eunhye senyum dengan keputusan Shinhye.

“Gawi bawi bo!” mereka berdua berkata serentak. Eunhye menunjukkan batu dan Shinhye menunjukkan gunting. Pusingan pertama, Eunhye menang.

“Gawi bawi bo!” Sekali lagi, serentak.Shinhye menunjukkan kertas dan Eunhye menunjukkan batu. Pusingan kedua, Shinhye menang. Dia sendiri tidak menyangka dengan keputusan tersebut.

Kini tiba pusingan ketiga.

“Gawi bawi bo!” Shinhye menunjukkan gunting dan Eunhye manunjukkan kertas. Shinhye bersorak keriangan dengan nada suara yang rendah. Eunhye menunjukkan muka yang kecewa dengan kekalahan yang diterimanya.

“You’re right! Today is my lucky day~ Keke~” Shinhye ketawa puas melihat wajah Eunhye yang merayu agar cabaran ini dibatalkan.

“Andwaeyo! Awak perlu pergi! Saya tunggu di sini, eoh?” Shinhye senyum ke arah Eunhye.

Sebelum Eunhye bertindak, mereka berdua ada terdengar perbualan di meja EXO-K. Shinhye dan Eunhye memandang ke arah meja EXO-K.

“Err… Baekhyun Oppa, s-saya… nak ajak O-oppa… jadi pas-sangan saya… b-boleh?” Seorang yeoja yang memberanikan diri mengajak Baekhyun.

“Anni… Saya dah ada pasangan. Mianhe.” Baekhyun senyum ke arah yeoja tersebut. Yeoja tadi berlalu pergi dengan wajah yang kecewa. Shinhye memandang Eunhye. Eunhye hanya memuncungkan bibirnya pada kenyataan yang diterimanya.

“Apa nak dibuat? Namja tu tak sudi untuk berpasangan dengan kita.” Eunhye mengeluarkan ketawa kecil dan diikuti oleh Shinhye. Shinhye bangga mempunyai kawan yang tabah seperti ini.

“Chanyeol Oppa! Oppa dah ada pasangan untuk ‘Night Prom’ tu?” Shinhye terdengar suara seorang yeoja di meja EXO-K.

“Wae?” Chanyeol bertanya.

“Anniya… kalau belum ada pasangan, sudi tak kalau Oppa jadi pasangan saya?”

“Mianhe. Saya dah ada pasangan.” Chanyeol senyum pada yeoja tersebut. Keluhan kedengaran yang dikeluarkan oleh pelajar-pelajar yeoja di tempat kejadian. Termasuk Shinhye. Memang dah tidak ada peluang untuk Shinhye dan Eunhye mendapatkan pasangan yang di idamkan. Shinhye menundukkan kepalanya supaya dia tidak melihat wajah ceria Chanyeol yang sudah mendapat pasangannya. Siapalah yeoja yang bertuah tu?

“Erm… Kalau tak keberatan, boleh tak Oppa beritahu semua orang, siapa yang menjadi pasangan Oppa? Kami ingin tahu.” Yeoja tadi bersuara walaupun wajahnya tidak mengakui kenyataan yang diberi Chanyeol. Walaupun Shinhye fikir yang pertanyaan itu sedikit sebanyak menunjukkan yang orang itu kurang ajar, awak juga ingin mengetahui jawapannya.

“Hmm? Perlu ke? Saya rasa, tak. Sebab, saya tahu apa yang awak semua rancangkan.” Chanyeol membalas. Chanyeol tahu yang mereka akan menyerang sesiapa sahaja yang menjadi pasangan Oppa kesayangan mereka . Shinhye mengeluh sekali lagi.

Setelah EXO-K selesai menjamu selera, mereka terus menuju ke bilik khas milik mereka yang hanya EXO-K yang mengetahuinya. Shinhye mengeluh untuk ke berapa kali pun, dia sendiri tidak tahu. Eunhye juga turut mengeluh.

* * *

Setelah EXO-K tiba di bilik yang dinyatakan, mereka terus duduk di atas sofa yang disediakan. Bilik tersebut sungguh selesa. Dindingnya berwarna hijau muda. Sofanya berwarna putih sama seperti perabot yang terdapat di dalam bilik itu. Bilik itu juga terdapat satu sudut yang digunakan sebagai sudut untuk menyediakan minuman. Selepas masuk, D.O menuju ke sudut tersebut dan terus menyediakan minuman yang menyegarkan untuk mereka semua.

“So… Saya fikir yang Baekhyun tidak tertarik dengan mana-mana yeoja?” Chanyeol membuka perbualan.

“M-mana ada…” Wajah Baekhyun bertukar merah.

“Aigoo… kami tahu walaupun awak cakap seperti itu. Walau macam manapun, lambat laun, kami akan tahu juga.” Suho memberi pendapatnya.

“So… Sejak bila? And, bila pula awak mengajak yeoja tu jadi pasangan awak? Also, yang paling penting, siapa?” Tanya Chanyeol. Ahli yang lain juga menunggu jawapan Baekhyun.

“Aish… Awak semua memang tak bagi orang lain bertenang ke? Tch… Erm… Yeoja tu… Yeoja tu…” Baekhyun sengaja mahu membuat suasana menjadi tegang.

“Yeoja tu dari kelas kita.” Membernya menepuk dahi. Dan ada juga yang berputus asa untuk menunggu jawapan Baekhyun.

“Kami tahulah tentang itu. Kalau tidak dari kelas kita, macam mana dia boleh jadi pasangan awak sedangkan lawatan ni hanya untuk kelas kita?” Chanyeol hanya ingin mengeluarkan kata-kata dengan perasaan yang menyampah terhadap Baekhyun. Baekhyun senyum sehingga menampakkan giginya dan senyumannya berbentuk empat segi tepat.

“Arraso. Tempat duduknya berada di hadapan saya.” Kesunyian menyelubungi ruang di dalam bilik itu. Adakah apa yang mereka dengar tadi, benar?

“Then, kenapa nak sembunyikan? It’s about feeling. We don’t have to hide it, right? Also, you, Chanyeol, when you want to confess your feeling and who is your couple for that night?” Suho memandang Chanyeol.

“Err… Tak ada sesiapa pun. Saya Cuma mahu tunggu masa yang sesuai untuk mengajak dia menjadi pasangan saya. Itu pun kalau dia tak mempunyai pasangan lagi…” Suara Chanyeol kedengaran seperti kecewa.

“How about you, Baekhyun?” Semua mata tertumpu pada Baekhyun selepas pertanyaan ditujukan kepadanya oleh Suho. Baekhyun yang sedang meminum minuman yang disediakan oleh D.O sebentar tadi, tersedak.

“E-eoh? Saya? Err… S-sama macam Chanyeol. Hehe…” Baekhyun sekali lagi tersenyum dengan rasa tidak bersalahnya.

Dengan itu, mereka menyambung perbualan mereka yang normal seperti biasa sambil menunggu waktu pembelajaran seterusnya tiba.

* * *

“Eunhye-ah… Jom habiskan masa di Bubble Tea House milik keluarga Sehun sebelum pulang? Kita boleh tenangkan fikiran disana, eoh? Bolehlah… Bolehlah…” Shinhye menggoyang-goyangkan tangan Eunhye ketika rakannya sedang mengemas mejanya apabila waktu pulang sudah tiba. Chanyeol yang berada di belakang awak berdua terkedu dengan aegyo yang baru sahaja Shinhye buat pada Eunhye sebentar tadi.

“Arraso, arraso! Tapi hanya sekejap, sebab keluarga saya nak bincang sesuatu di rumah malam ni, eoh?” Shinhye menunjukkan tanda ‘OK’ menggunakan tangannya. Shinhye juga turut sama mengemas. Sebaik sahaja Shinhye dan Eunhye hilang dari pandangan Chanyeol, Chanyeol terus memusingkan kepalanya menghadap Baekhyun.

“Yah! Awak nampak tadi? Neomu kyeopta!! Aigoo… Bilalah dia boleh jadi yeojachinggu saya?”

“Tch…. Kebudak-budakan. Sama dengan orang yang minat dia. Tengok macam kawan dia, perangainya matang, tak macam awak.” Chanyeol memandang ke atas tanda rasa menjengkelkan. Baekhyun ketawa kecil.

“Sehun-ah! Lepas ni kami nak singgah di Bubble Tea House. Ada masalah?” Chanyeol menjerit

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
IzyAngel98
I'll fix the mistakes later~! ^^

Comments

You must be logged in to comment
izy_angelic
#1
Huhu
izy_angelic
#2
Huhu
misz_dina #3
Chapter 1: Betul ckp sehun..dae to the bak!
a_minsuga #4
Chapter 1: Sweeeeeeeeet
seyoon_park #5
Chapter 1: WOww~~ So sweeet~~~ ><
KiNhAn88Wolf #6
Chapter 1: Ooiuhh so sweet daebakkk ♥♡♥♡
ExoLoveable
#7
Chapter 1: dae to the bak !!!!!
amy_baekhyun98 #8
Chapter 1: omo..sweetnya sampai kena diabetes..ish3
mrskai #9
Chapter 1: Daebak ^^ love this :-)