❄007❄

Not Expected

C H A P T E R

💟 TUJUH 💟

 


Eii! Geram betullah aku. Baru je semalam dia minta maaf harini dia buat lagi. Dia ni memang mohon pelempang sulung aku ke? Aku yang sakit ni disuruh kemas bilik dia. Dia tak boleh fikir dengan waras dah ke? Tangan aku kan berbalut. Macam mana aku nak buat kerja? Dahlah bilik dia tu besar gedabak! Kalah bilik anak Raja Gopal.

Wajah Taehyung yang sedang membaca surat khabar sambil menyilang kaki direnung tajam olehku. Kalau aku ni ada power, dah lama aku letupkan aje dia tu. Tambah masalah hidup aku je. Aku tak mintak pun tapi dia sendiri yang nak bagi. Aku tak nak!

“Dah puas tenung aku? Dah sampai mana dah itu?” soalnya tanpa melihat ke arah aku.

Apa? Dia ingat dia seorang boleh buat macam tu? Orang lain pun bolehlah. Jangan belagak sangat.

“Sampai tembus,” balasku. Aku tak nak takut dengan dia atas alasan semalam. Aku tak nak nampak lemah depan dia. Biar belakang dia. Nanti dia pijak aku dan aku tak sanggup dah.

“Menjawab,” Taehyung membalas renungan aku. Surat khabar ditangannya diletakkan di atas meja dihadapannya.

“Dah orang tanya, kita pun jawab ajelah. Nanti kata bisulah, tak hargai nikmat yang diberilah, macam-macam lagilah. Dari biar sakit teling mendengar kau membebel, lebih baik jawab,” selamba aje aku menuturkan kata-kata itu. Ya! Aku memang sengaja nak panaskan hati dia pagi ni walaupn rasanya tak sama langsung dengan kesakitan yang aku tanggung di balik balutan yang tebal tanganku ini.

“Ehh, pempuan ni… aku hentak jugak nanti,”

“Ehh, pempuan ni… aku hentak jugak nanti. Perempuanlah bukan pempuan. Aku rasa kau belajar dah cukup tinggi tapi kenapa cakap pun tak betul? Ni mesti sebab dah lama tinggal study. Patutlah otak kering, macam ba-”

“Kalau kau sayang mulut kau, lebih baik kau diam,” Taehyung memotong kata-kataku dengan kata-kata yang berbaur ugutan. Aku terdiam untuk seketika dan memandang lantai. Kenapa aku asyik kalah bila dia buka mulut? Sakit pulak hati ni.

Taehyung sudah kembali menghadap surat khabar. Entah apa yang dia baca pun aku tak tahu. Surat khabar yang dia baca tu surat khabar tahun lepas. Aku tak tahu kenapa surat khabar yang lama itu masih berada di sini. Sepatutnya sudah berada di tempat kitar semula. Ni mesti kes malas. Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang ni.

“Hah! Mengelamun pulak. Cepatlah naik atas dan kemas bilik aku,” aku sedikit tersentak apabila disergah Taehyung.

“Ish! Tangan sakitlah. Buta ke?” kedua-dua belah tangan dihalakan padanya. Taehyung hanya melihat tanpa reaksi.

“So?”

“Ish! Lemablah dia ni,” ujarku perlahan dan terus melangkah ke tingkat atas. Aku bukannya melangkah ke biliknya tapi ke bilik aku.

Malas aku nak layan orang macam dia. Kalau aku tak buat pun aku tak rugi pun. Aku bukannya dibayar gaji. Kalau dia tak bagi makan pun tak apa. Air shower sanggupku telan.

Setibanya aku di bilikku, aku terus merebahkan tubuh ke atas katil.

Now, apa aku nak buat? Hyorin tak ada kat sini, dia ada kelas taekwondo dan yang lain pula macam biasa, menghilang di balik kesibukan bandar ini.

Aku mengiring ke kanan, menghala ke balkoni bilik yang bertentangan dengan pintu dan mengeluh. Telefon pun tak ada. Kalau tak boleh chat dengan kawan-kawan or buka youtube tengok drama. Bosannya!

“Hari-hari macam ni boleh mati kebosanan aku,” kataku perlahan dan mataku dipejam.

Namun, hajat aku tak kesampaian apabila pintu bilikku tiba-tiba terbuka dengan sendirinya. Siapa pula yang nak ganggu hidup aku ni? Cukuplah Taehyung.

“Nak tido ke?” suara Jungkook menyapa telingaku. Aku berpaling ke arah pintu dan mendapati jejaka itu sedang berdiri di situ sambil menatang satu dulang penuh dengan makanan.

Dia ni macam tahu-tahu aje yang si Taehyung tu belum bagi aku makan. Jungkook! You’re my hero!

“Kau belum makan kan?” soalnya dan aku menjawabnya dengan gelengan.

“Aku pun. So, jom makan,” Jungkook melangkah masuk ke bilik aku dan bukan berjalan menghampiri aku yang sedang berbaring dia atas katil tetapi terus ke balkoni bilik.

Dulang yang penuh dengan pelbagai makanan diletakkan di atas meja yang tersedia di luar dan Jungkook melangkah masuk ke bilik aku semula. Pintu bilik ditutup.

“Jom, kita makan sama-sama,” tangannya dihulurkan kepadaku. Aku tersenyum dan menyambut hulurannya.

“Jom,”

 

~*~

 

Entah kenapa aku rasa gembira sangat bila melihat senyuman manis yang terukir pada bibir jejaka dihadapan aku ini. Berada disampingnya membuatkan aku rasa selamat, rasa dilindungi. Melihat wajahnya sahaja sudah membuatkan aku tenang. Jari-jari runcingnya yang hangat menyentuh bibir aku.

“Kau ni memang jenis makan comot ke?” soalnya sambil mengelap bibirku. Aku tersengeh.

“Tak adalah. Mungkin sebab aku kehilangan keupayaan tangan yang menyebabkan aku makan comot,” jawabku dan jejaka itu hanya mengangguk.

“It’s okay. Aku suka tangok kau macam ni, comel!” dengan pantas, tangannya menyapu krim donut ke pipi gebuku.

“Yah Jungkook!”

“Kan lagi comel,”

 

~*~

 

(Taehyung POV)

Aku rasa dah lama pempuan tu naik atas, tapi kenapa dia tak turun semula? Aku dah siap sediakan makanan untuk dia. Dia tak lapar ke? Aku memandang ke tingkat atas di mana bilik aku terletak.

Aku mengeluh perlahan. Tak kan aku nak naik dan panggilkan dia. Poyo sangat. Tapi kesian dia…

Aku mengeluh lagi dan mula menapak ke atas.

 

 

Pintu bilik aku dibuka. Namun, tiada siapa disitu dan juga keadan bilikku masih seperti waktu aku meningalkannya pagi tadi. Bersepah. Aku menutup pintu bilik dan bersandar padanya.

Kalau dia tak kemas bilik aku, jadi mana dia pergi?

 

 



A U T H O R ' S N O T E

Finally an update!

-starlight_miss-

REMEMBER TO SUBSCRIBE, COMMENT OR UPVOTE! I GREATLY APPRECIATE ANY FEEDBACKS :)
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Sorry for long hiatus and didnt tell you all about it. So, here chapter 7. Enjoy it!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 7: update soon........
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 7: wuuuuuuu .. Taehyung , kau bca surat khabar thun lpas ? whatthaaa ~ btw rasa ksian gileee kat taehyung ! ntah knp .. maybe terfeeling jap msa dia sdiakan makanan for Tia , huhuhu ~ Jungkook , meh siniii ngan akuu ~ biarkan Taehyung berbahgiaaa dgn Tiaa ~ updatee soon author !
syeirra
#3
Chapter 7: alamak cinta 3 segi ;0 btw, saya fikir suga tu sepupu tia sebab nama keluarga dia sama dengan aunty tia ;3
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 7: Take your time author -nim :)
bbytae_ #5
Chapter 6: update la lagi TT.TT nak taetae dgn tia pls plsssssss huhuhuhu
Ayaliea
#6
Chapter 6: Omo! Cik kak! Update cepat cerita ni! Saya dah jatuh cinta dengan Jungkook! Huaaa \\lari kena kejar dengan Chanyeol// Btw, what the heck TaeTae? So cruel maaa! Hahaha. Btw, update tau
hyemipark
#7
Chapter 6: Finally!!
Melting dgn Jungkook howw cute ><
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
KimTaehyungWifeu
#8
Chapter 5: update soon !! kjamnyer V !! snggup dia tampar wanita yg tidak berdosa.. anak yatim plak tu ! huwaaa *emo*
Anicha
#9
Chapter 5: Baiknye jungkook sbb tolong tia............btw jgn lupe update tau!!!
Mrs_Sacak #10
Chapter 5: Nape wat Taehyung jahat ha ha ? T3T Tpi jungkook sweet gilo kekeke xD . Take ur time updatingg . Hwaiting ><