❄006❄

Not Expected

💟 ENAM 💟



Aku hanya melihat makanan yang terhidang dihadapan aku. Kenapa aku cuma tengok? Sebab tangan aku sebelah berbalut macam mumia dan sebelah lagi berplaster sikit. Aduh! Macam mana ni? Sedap aje aku tengok Jungkook tu makan. Takpe lah, aku tengok makanan ni pun dah kenyang.

“Kenapa kau tengok aje makanan tu? Kenapa tak makan?” tegur Jungkook. Aku mengangkat kepalaku dan melihat Jungkook. Wajahnya menunjukkan yang dia benar-benar keliru. Keliru kenapa tolong jangan tanya aku.

Aku mengangkat kedua-dua tangan aku dan letakkannya di atas meja makan. Jungkook tersengih.

“Hehe… Sorry, aku lupa,” ujarnya. Aku mengangguk. Jungkook meletakkan sudunya dan berdiri. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelahku.

Sudu yang berada di dalam mangkuk aku dipegang olehnya.

“Buka mulut, aku suapkan,” katanya lembut. Disebabkan aku lapar, aku membuka mulutku walaupun aku segan. Jungkook menyuapkan satu sudu penuh ke dalam mulut aku dan dengan bantuan dia, aku berjaya habiskan makanan itu dengan cepat.

“Pipi kau,” Jungkook mengelap pipi aku dengan tangannya. Aku tersenyum.

“Kau ni kalau senyum comel jugakkan,” puji Jungkook. Kepalaku ditundukkan. Pipi aku terasa panas. Mesti pipi aku merah sekarang ni. Aduh, malunya!

“Haha…” kepalaku diangkat sedikit untuk melihat Jungkook.

“Ke… kenapa?” soalku. Dia mencubit pipi aku.

“Pipi kau merah. Comel!” katanya sebelum berdiri dan meninggalkan aku. Dia nak pergi mana?

“Kau tunggu kejap,”

 

~*~

 

Aku merenung ke luar. Memerhati titisan hujan yang menitis pada dinding cermin. Untuk kesekian kalinya, aku mengeluh.

Mana Jungkook pergi? Adakah dia betul-betul tinggalkan aku? Entah mengapa mataku tiba-tiba terasa pedih. Cecari hangat mengalir turun dari tubir mata aku. Aku mengelap air mata dengan tangan yang berbalut.

Kenapa aku menangis? Aku menyoal pada diri sendiri. Adakah aku takut ditinggalkan disisi ataupun sedih atas apa yang terjadi pada diri aku?

“Nah,” tiba-tiba pipi aku terasa sangat sejuk. Aku menoleh.

“Jungkook!” tanpa aku sedari aku sudah memeluknya. Aku berasa sangat bersyukur kerana dia tak tinggalkan aku. Aku tak nak lagi hidup dalam kesunyian. Air mata aku turun lagi.

“Kau... kau pergi mana?” soalku dalam tangisan. Jungkook membatu untuk seketika.

“Aku... aku pergi beli aiskrim ajelah. Kenapa kau nangis ni?” soalnya kembali. Aku menggeleng.

Jungkook mengusap belakangku perlahan. Cuba untuk menenangkanku. Aku rasa selamat bila berada dekat dengannya.

“Jangan tinggalkan aku lagi lepas ni. Aku takut, aku sunyi,” kataku. Jungkook mengangguk dan terus mengusap belakangku.

“Baiklah. Sekarang, jom makan!” ujarnya ceria. Aku perlahan-lahan melepaskan pelukan dan menatap wajahnya.

Jungkook menghulurkan sebatang aiskrim padaku. Aku menyambutnya pelahan-lahan. Jungkook tersenyum. Dia membantu aku membuka plastik yang membaluti aiskrim lalu menyumbatnya ke dalam mulut aku. Aku tersenyum girang. Dia… dia pandai menghiburkan hati aku.

“Ni…” dia mengesat air mataku. Kemudian, pipiku dikucup olehnya. OME! Adakah ini benar?

Aku memegang pipiku di mana tempat dikucup oleh Jungkook sebentar tadi. Jungkook juga menyentuh bibirnya.

Tawaku meledak apabila melihat wajahnya mula memerah. Dia merenung aku tajam. Tawaku mati di situ.

“Comel,” kataku perlahan. Aiskrim ditanganku dijilat. Pandangan mataku dialihkan dari melihat wajah Jungkook.

“Apa?” soal Jungkook. Telinganya dikorek dengan jadi kelingkingnya. Aku menggeleng.

“Nothing,”

 

~*~

 

“Kita dah sampai!” kata Jungkook girang. Aku tersenyum melihat gelagatnya yang sentiasa ceria. Baru saja Jungkook ingin memegang tombol pintu, tiba-tiba pintu itu sudah pun terbuka dari dalam. Wajah semanis gula Suga menyapa pandangan kami.

“Masuklah!” katanya ceria. Tanpa berlengah Jungkook menarik aku masuk ke dalam manakala Suga melangkah keluar. Mengambil Hyorin dari kelasnya barangkali.

“Hey! Korang pergi mana? Lewat petang baru balik?” tegur seseorang sewaktu kami berdua berjalan melintasi ruang tamu. Aku meneguk air liur. A La Mak! Janganlah Taehyung. Please…

Kami berhenti dan menoleh ke arah suara itu datang. Rupa-rupanya suara itu kepunyaan Jimin. Fuh! Leganya aku.

“Hospital kejap, lepas tu pergi makan,” jawab Jungkook dengan selambanya. Jimin hanya mengangguk lalu menyambung semula menonton TV bersama yang lain. Jungkook menghantar aku ke bilik tidur aku.

“Kau rehatlah. Aku turun dulu,” katanya. Aku tersenyum dan mengangguk. Pintu bilik ditutup dan aku merebahkan badan ke atas katil.

 

~*~

 

Jungkook turun semula ke bawah dengan senyuman yang menghiasi bibir. Sebelum ke ruang tamu, dia terlebih dahulu melangkah ke dapur dan mengambil segelas susu segar dari peti sejuk.

Kemudian, dia melangkah ke ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah Jin. Matanya melihat TV tapi mindanya entah ke mana.

“Weh, Jungkook. Kau dah kenapa? Dari tadi senyum tak habis-habis? Kau kena virus senyum ek?” tegur J-Hope.

Jungkook langsung tidak sedar yang J-Hope menegurnya. Mindanya 100% tidak berada di situ. Kejadian dia mengucup pipi Tia terlayar semula di mindanya. Bibirnya disentuh.

“Weh, kau tengok Kookie tu. Muka dia merahlah,”

“OMG! Kookie! Kau fikir apa!?”

 

~*~

 

Aku nak mandi sebenarnya. Tapi… tangan aku kedua-duanya masih lagi sakit. Kena tunggu Hyorin dulu macam ni.

Kakiku melangkah ke beranda. Udara segar disedut sepuasnya dan fenomena matahari terbenam menjadi tatapan aku.

Aku perasan yang pintu bilik aku dibuka dan kemudiannya ditutup semula. Aku mengagak itu ialah Hyorin. Jadi, aku tidak mengendahkannya sebaliknya terus menikmati permandangan yang indah.

Kan bagus kalau aku ada telefon. Bolehlah selfie. Baru aku perasan yang dalam rumah ini tiada satu pun telefon rumah. Pelik.

Tiba-tiba, bahuku dicuit seseorang. Aku menoleh kebelakang dan Taehyung berdiri di belakang aku. Aku diam tidak berkutik dan hanya memandang lantai. Aku takut dia akan apa-apakan aku lagi seperti tadi.

“Kau… kau okey?” aku tidak menganggguk mahupun menggeleng. Dia mendekati aku satu langkah.

“Tangan kau okey?” soalnya lagi. Aku masih tidak memberi respon.

“A… aku, aku minta maaf,” ujarnya. Aku dapat melihat air matanya perlahan-lahan mengalir dari pipinya. Aku tahun dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap tadi.

Aku mendekatinya dan mengesat air matanya dengan tangan yang masih berbalut.

“Tak apa, lagi pun ni memang salah aku,”

 



A U T H O R ' S ♡ N O T E

Update! Sorry saya biarkan ff ni lama sangat! *bow*

-starlight_miss-

REMEMBER TO SUBSCRIBE, COMMENT OR UPVOTE! I GREATLY APPRECIATE ANY FEEDBACKS :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Sorry for long hiatus and didnt tell you all about it. So, here chapter 7. Enjoy it!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 7: update soon........
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 7: wuuuuuuu .. Taehyung , kau bca surat khabar thun lpas ? whatthaaa ~ btw rasa ksian gileee kat taehyung ! ntah knp .. maybe terfeeling jap msa dia sdiakan makanan for Tia , huhuhu ~ Jungkook , meh siniii ngan akuu ~ biarkan Taehyung berbahgiaaa dgn Tiaa ~ updatee soon author !
syeirra
#3
Chapter 7: alamak cinta 3 segi ;0 btw, saya fikir suga tu sepupu tia sebab nama keluarga dia sama dengan aunty tia ;3
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 7: Take your time author -nim :)
bbytae_ #5
Chapter 6: update la lagi TT.TT nak taetae dgn tia pls plsssssss huhuhuhu
Ayaliea
#6
Chapter 6: Omo! Cik kak! Update cepat cerita ni! Saya dah jatuh cinta dengan Jungkook! Huaaa \\lari kena kejar dengan Chanyeol// Btw, what the heck TaeTae? So cruel maaa! Hahaha. Btw, update tau
hyemipark
#7
Chapter 6: Finally!!
Melting dgn Jungkook howw cute ><
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
KimTaehyungWifeu
#8
Chapter 5: update soon !! kjamnyer V !! snggup dia tampar wanita yg tidak berdosa.. anak yatim plak tu ! huwaaa *emo*
Anicha
#9
Chapter 5: Baiknye jungkook sbb tolong tia............btw jgn lupe update tau!!!
Mrs_Sacak #10
Chapter 5: Nape wat Taehyung jahat ha ha ? T3T Tpi jungkook sweet gilo kekeke xD . Take ur time updatingg . Hwaiting ><