❄005❄

Not Expected

C H A P T E R

💟 LIMA 💟

 


“Kenapalah aku berada di sini? Kenapa diorang buat aku macam ni? Dahlah aku tak ada parent. Aku memang ada appa aku lagi, tapi diakan sibuk. Lepas tu, dibawa lari oleh makhluk asing dari planet mana entah. Then… ada lagi. Aku dipaksa. Penekanan, ya. Di. Pak. Sa. bukan Ter. Pak. Sa. untuk menjadi maid tak bertauliah di sini.

Muka aku punyalah cun ni dijadikan maid? Hampeh betul si rambut oren tu. Ada ke patut dia suruh kemas satu rumah ni dalam masa sehari je. Kalaulah aku ni… bla… bla… bla…” rungut aku. Mulut berbunyi seiringan tanganku yang sedang bekerja.

“Weh, perempuan! Kau boleh tak diam sikit boleh? Mengganggu ketenteraman betulkah!” pintu bilik basuhan di ketuk oleh Taehyung.

Bisinglah mamat rambut oren ni! Ikut suka hati akulah nak bising ke apa. Kau sapa!?

“Diamlah!” jeritku. Tanganku menghentak meja itu kasar.

“Kau tu yang patut diam, bukan aku,” balasnya kembali.

Ish, mulut dia tu! Geramnya aku! Aku melihat keliling aku dan membaling apa sahaja yang dapat aku lihat dan dicapai ke pintu bilik.

“Hah! Elok sangatlah buat macam tu. Buatlah lagi. Malam ni tak ada makan malam untuk kau,” mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Taehyung membuatkan tangan aku lebih laju membaling. Air mata mula turun membasahi pipi aku. Sedih? Siapa tak sedih kalau orang buat dia macam ni. Aku tak salah. Kenapa dia kejam sangat?

Aunty, Tia nak balik! Tolonglah Tia, aunty. Tia dah tak tahan duduk dekat sini.

Aku terus membaling sehingga dan berhenti apabila terdengar sesuatu pecah. A La Mak! Matilah aku.

Aku menglap air mata dan teurus berlari ke pintu. OMO! Macam mana ni? Dah pecahlah. Macam mana aku boleh terbaling minyak wangi ni? Matilah aku. MATI!

“Hah! Dah puas membaling?” kata Taehyung. Aku tidak membalas kata-katanya kali ini kerana aku buntu.

Taehyung, aku tahu kau baik hati. So, janganlah kau dekati bilik ni. Aku berlutut dan mula mengutip kepingan kaca yang pecah.

“Woi! Dah mati ke pempuan ni? Ke dia dah bisu?” suara Taehyung yang semakin kuat menandakan dia semakin mendekati bilik ni.

Taehyung, tolonglah pergi jauh-jauh. Aku tak nak kau tahu apa aku dah buat.

“Woi, kau okey tak? Ke ka--“

DUSH!

Ops. Taehyung jatuh tergolek pula dekat depan pintu tu. Habislah! Apa aku nak buat sekarang ni?

“Apa kau buat ni hah!?” jerkahnya. Aku hanya berdiam dan tunduk menghadap lantai. Kepingan kaca yang pecah sudah dikutip dan disorokkan dibelakang badan aku. Nasib baik aku sempat kutip semuanya.

“Kau ni memang sengaja kenakan akukan!? Apa masalah kau sebenarnya!?” Taehyung berdiri dan mendekati aku. Dia menarik aku dengan kasar supaya berdiri.

“Jawablah! Apa masalah aku sebenarnya!? Nak balas dendam dekat aku!?” soal Taehyung lagi. Aku masih lagi diam. Namun, aku dipaksa melihat dia.

Air mata aku mengalir turun untuk kali yang kedua dan kali ini bukan kerana sedih. Tapi, kerana aku geram.

Aku menggenggam erat tangan aku walaupun aku tahu yang kaca-kaca itu masih berada digenggaman aku. Tapi, biarlah. Kalau tangan aku luka sekalipun bukannya ada orang yang nak kisahkan aku.

“Kau ni memang tak mengenang budi langsunglah! Aku dah ta-“

“DIAM! Kau tu yang sebenarnya yang ada bermasalah! Aku tak pernah minta kau culik aku! Aku kenal kau pun tidak! Bila aku sedar aje aku dah ada kat sini! Ada kau dengar aku cakap aku berterima kasih dekat kau sebab dah culik aku? Takkan! Kau tu yang-“

PANG! Aku tergantung apabila Taehyung menamparku. Nafasnya turun naik.

Aku berpaling ke arahnya dan merenungnya.

“Puaskan? Pukullah lagi,” cabarku. Aku ingin lihat sejauh mana dia boleh pergi. Dalam masa yang sama aku boleh rasakan cecair pekat mengalir dari tangan kiri aku.

“Kau jangan jadi kurang ajar sangat,” Taehyung mengangkat sekali lagi tangannya untuk menampar aku.

Aku tahu tiada siapa di rumah ini selain aku dan dia. Jadi, peratus aku untuk aku selamat dari dia memang tiada. Aku memejam mataku rapat dan hanya menanti tangannya hinggap di pipiku.

“Hyung! Hentikan!” jeritan itu telah menghentikan Taehyung. Aku mendengar Taehyung merengus kasar sebelum melepaskan aku dan berlalu pergi. Mataku masih terpejam rapat.

Bunyi derapan kaki semakin kuat dan akhirnya 'dia' berdiri dihadapan aku. Aku tak tahu siapa 'dia' tapi yang pasti 'dia' dah tolong aku dari terus dikerjakan oleh Taehyung dan aku amat berterima kasih padanya.

“Kau okey? Pipi kau dah merah,” pipiku yang ditampar Taehyung disentuh olehnya. Aku mengangguk perlahan.

“Bukalah mata kau. Dia dah pergi,” ujarnya lembut. Aku akur. Perlahan-lahan membuka mata dan merenung lantai. Aku tidak berani memandang lelaki itu.

“Betul ni kau okey?” soalnya lagi. Tanganya masih berada di pipi aku. Aku melepaskan kaca yang berada dalam genggaman aku dan mengalihkan tangannya perlahan-lahan.

“Tt- tangan kau!”

 

~*~

 

“Urm. Tangan kau macam mana? Dah okey dah sekarang?” soal Jungkook. Dialah 'dia' yang telah bantu aku hentikan keganasan Taehyung tadi.

Sekarang, aku rasa sanggat happy. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni walaupun baru sehari tinggal bersama makhluk-makhluk asing ni. Mungkin sebab aku kesunyian. Tinggal dengan mereka ni mengajar aku cara hidup berkumpulan.

Eh, Tia! Kau ingat ni binatang ke nak hidup berkumpulan? Haha... whuteva!

Dan yang paling penting, aku rasa paling tenang dan selesa sangat bila aku bersama dengan si Jungkook ni. Dia jugalah yang telah mengheret aku ke hospital atas alasan tangan aku cedera parah.

Ceh! Parahlah sangat. Salah aku juga sebenarnya. Sudahlah, aku malas nak ingat balik apa yang berlaku tadi.

“Tia,” Jungkook mencuit bahuku lembut.

“Uh?”

“Aku tanya tangan kau macam mana? Dah okey dah sekarang?” aku hanya mengangguk tanpa memandangnya.

“Sikit je. Tak sakit pun,” jawabku perlahan. Tiba-tiba rasa kekok pula. Dengan angin sepoi-sepoi yang bertiup ni menambah lagi kekokan aku.

“Owh. Aku rasa kau mesti laparkan sekarang ni. So, kita makan dulu sebelum balik okey?” ujarnya.

Belum sempat aku membalas kata-katanya, Jungkook telah menarik tangan aku supaya mengikutinya.

Aku? Pasrah aje.

 

~*~

 

(Taehyung POV)

 

Aku melihat pantulah wajahku dari cermin yang berada di hadapan aku. Huh! Apa yang aku dah buat tadi? Kenapa aku sanggup pukul dia? Itu bukan aku.

Aku pusing dan bersandar pada dinding. Rambutku dikusutkan. Argh! Fikiran aku sedang serabut sekarang ni. Apa aku nak buat lepas ni? Pura-pura tak tahu apa-apa? Tapi aku rasa Jungkook nampak dan tahu semuanya.

Patutkah aku minta maaf padanya? Nama Jungkook yang tertera pada phonebook direnung. Apa aku nak buat sekarang? Patutkah aku telefon Jungkook dan bertanyakan tentang keadaan Tia?

Argh! Aku tak tahu. Wajah aku diraup.



A U T H O R ' S N O T E

Finally! Setelah berkurun lamanya meninggalkan ff ni tanpa berita, akhirnya update juga.

Sorry kalau buat korang tertunggu-tunggu *bow*

-starlight_miss-

REMEMBER TO SUBSCRIBE, COMMENT OR UPVOTE! I GREATLY APPRECIATE ANY FEEDBACKS :)
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Sorry for long hiatus and didnt tell you all about it. So, here chapter 7. Enjoy it!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 7: update soon........
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 7: wuuuuuuu .. Taehyung , kau bca surat khabar thun lpas ? whatthaaa ~ btw rasa ksian gileee kat taehyung ! ntah knp .. maybe terfeeling jap msa dia sdiakan makanan for Tia , huhuhu ~ Jungkook , meh siniii ngan akuu ~ biarkan Taehyung berbahgiaaa dgn Tiaa ~ updatee soon author !
syeirra
#3
Chapter 7: alamak cinta 3 segi ;0 btw, saya fikir suga tu sepupu tia sebab nama keluarga dia sama dengan aunty tia ;3
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 7: Take your time author -nim :)
bbytae_ #5
Chapter 6: update la lagi TT.TT nak taetae dgn tia pls plsssssss huhuhuhu
Ayaliea
#6
Chapter 6: Omo! Cik kak! Update cepat cerita ni! Saya dah jatuh cinta dengan Jungkook! Huaaa \\lari kena kejar dengan Chanyeol// Btw, what the heck TaeTae? So cruel maaa! Hahaha. Btw, update tau
hyemipark
#7
Chapter 6: Finally!!
Melting dgn Jungkook howw cute ><
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
KimTaehyungWifeu
#8
Chapter 5: update soon !! kjamnyer V !! snggup dia tampar wanita yg tidak berdosa.. anak yatim plak tu ! huwaaa *emo*
Anicha
#9
Chapter 5: Baiknye jungkook sbb tolong tia............btw jgn lupe update tau!!!
Mrs_Sacak #10
Chapter 5: Nape wat Taehyung jahat ha ha ? T3T Tpi jungkook sweet gilo kekeke xD . Take ur time updatingg . Hwaiting ><