❄003❄

Not Expected

C H A P T E R

💟 TIGA 💟

 


Pancaran cahaya matahari yang menyilaukan telah menyedarkanku dari tidur yang lena. Pengelihatan aku masih lagi kabur. Aku tidak dapat memastikan dimana aku berada sekarang kerana rasa sakit di kepala yang mengganggu.

“Dah bangun?” mataku terbuntang apabila mendengar sapaan itu.

Siapa pulak ni? Pagi-pagi buta dah kacau hidup aku yang aman ni? Jap! Sekarang ni dah dekat senja. Then, ni bukan bilik aku and ni pulak bukan katil aku! Aku kat mana!? Aunty, tolong Tia! Tia tak nak mati lagi.

“Kau ni asyik meggeleng je dari tadi. Aku yang tengok kau pun dah pening. Kau ni sihat ke tak?” ujar jejaka yang duduk di atas sofa bertentangan dengan katil yang aku tidur. Dia bangun dan berjalan mendekati aku.

Kepalaku ditunjal perlahan olehnya. Ish, dia ni dah kenapa? Main tunjal-tunjal pulak. Aku lesingkan.

“Apa tengok-tengok? Aku tahulah aku ni handsome,”

Eww… perasan gila. Aku berdiri dan membetulkan baju aku.

“Pergi mandi. Baju dekat atas meja tu. Lepas tu turun bawah,” katanya sambil menyunding ke arah sebuah meja kecil di tepi katil.

Aku mengeluh. Siapa dia yang nak arah aku.

“Tengok apa lagi!? Cepatlah pergi! Dan satu lagi, jangan kau berani nak larikan diri. Kalau tak… siaplah kau aku kerjakan,” ugutnya sebelum menghempas pintu bilik.

Setakat main hempas-hempas pintu, aku pun boleh buat. Jangan nak berlagak sangatlah. Aku cabut pintu tu nanti, padan muka. Baju yang berada di meja kecil itu dicapai sebelum aku menapak longlai ke bilik air.

 

~*~

 

Seperti yang diarahkan tadi, aku turun ke tingkat bawah setelah selesai mandi. Tapi aku nak ke mana? Aku pun tak tahu. Jadi, aku berjalan sahaja tanpa hala tuju.

“Yo, budak! Sinilah!” tegur lelaki yang berambut oren itu.

Ish! Tak reti panggil elok-elok ke? Aku berjalan longlai ke arahnya.

“Cepatlah!” gesanya lalu memegang tanganku dan mengheretku ke satu ruang atau lebih tepat lagi ruang makan.

“Duduk dan makan,”

Aku duduk tanpa banyak bicara. Tiba-tiba, terasa seperti berada di dalam filem seram pula. Mana taknya kalau dah meja makan ini aku seorang aje perempuan dan yang lain semuanya berjantina lelaki. Mereka melihat aku macam tak pernah tengok orang. Aku tahulah aku cantik. Sudu dicapai dan aku memulakan suapan.

“Suga-hyung, Hyorin tak datang ke hari ni?” beberapa saat selepas aku memulakan suapan pertamaku, seseorang bersuara.

“Dia kata hari ni dia lewat sikit sebab dia ada kelas tambahan,” jawab lelaki yang yang dipanggil Suga. Ni mesti kes suka makan gula banyak. Nasib baik handsome. Tapi aku tetap tak puas hati kenapa nama dia pelik sangat?

Aku dapat agak yang kalau dia ni nama Suga, mesti ada yang nama Butter, Planta, Coffee, Tea dan yang seangkatan denganya kan? Apa nak jadi budak-budak zaman sekarang.

“Owh,”

Aku hanya mendengar perbualan mereka yang kurang manfaat sambil menikmati makanan yang terhidang di hadapan aku. Semua makanan yang berada di hadapan aku, aku telan. Mana tak laparnya kalau tidur mati sampai senja. Opss! Bukan tidur mati tapi dipengsankan.

“Hey, budak. Nama kau apa?” soal lelaki yang mengheret aku ke dapur a.k.a. jejaka rambut oren.

“Tia,” jawabku sepatah.

“ Hai Tia. Aku Jin,” kata lelaki yang duduk bertentangan denganku sambil tersenyum.

“Hai,”

“Aku RapMon. Aku seo-”

“Aku J-Hope. Ni Suga, tu Jungkook. Yang duduk sebelah awak tu Taehyung. Selamat berkenalan,” celah J-hope.

“Err… Se… selamat berkenalan,”

“Aku dah balik! Suga-hyung! Hyorin dah sampai!” jerit seseorang dari arah depan.

“Oi, Chimchim! Suruh Hyorin datang sini! Kau sekali!” balas Suga yang turut menjerit. Macam-macamlah diorang ni. Perangai tak matang langsung. Macam budak-budak. Aku masih menyuap makanan ke mulutku.

Lelaki yang dipanggil ‘Chimchim’ itu melangkah ke ruang makan bersama seorang gadis.

“Sorry I’m late. Tadi ada budak kecik yang makan lolipop sambil menangis dan kat tangan kiri dia ada belon nak seberang jalan. So, Hyorin sebagai seorang yang bertanggungjawab tolonglah dia,” kata gadis itu. Ternganga aku seketika mendengar kata-kata dia yang panjang.

“It’s okay. Oppa tak kisah,” balas Suga sambil tersenyum manis semanis gula. Gadis itu mendekati Suga dan memeluk erat langannya.

“Oppa, kalau Hyorin nak ajak ka-”

“Oi! Sikit-sikit dahlah. Kan dah tak lalu aku nak makan,” celah Taehyung. Pinggan makan miliknya ditolak kasar.

“Relekslah Tae. Aku tahu macam mana perasaan kau. Aku yang duduk dekat sini pun dah naik meluat tengok dua beradik ni. Macam tak ada tempat lain nak berdrama. By the way, hai. My name is Jimin,” tegur jejaka yang rambutnya merah. Lelaki ni lah yang pengsankan aku untuk kali kedua pagi tadi.

Owh... jadi nama dia Jimin.

“Aku Tia,”

“Nice name,” pujinya. Eh, tengok kakilah.

“Thanks,”

"Hai unnie. Saya Hyorin, adik Suga," sapa gadis itu ceria. Fuh, nasib baik adik dia tak nama Ginger.

"Hai. Saya Tia,"

“Kejap! Sejak bila rumah agam ni boleh diduduki oleh makhluk yang bergelar perempuan selain Hyorin? Setahu Hyorin, tak bolehkan, oppa?” Hyorin memandang Suga.

“Sebab itulah kami panggil awak ke sini, cik Hyorin,” J-Hope menjawab bagi pihak Suga. Hyorin memandang J-Hope pelik.

“Kenapa pulak?” soalnya.

“Untuk teman Tia unnie,”

“Kenapa pula Hyorin kena teman Tia unnie?”

“Sebab dia tak ada kawan,”

“Kenapa dia tak ada kawan?”

"Sebab dia hilang ingatan,"

"Kenapa dia hilang ingatan?"

"Sebab dia jatuh longkang,"

"Kenapa dia jatuh longkang?"

“Sebab dia--“

“Sudahlah! Stress aku dengar korang bercakap. Hyorin kena teman Tia unnie sebab Tae oppa tak nak dia lari dari rumah. Kalau Tia unnie lari, bolehlah oppa jadikan Hyorin sebagai tebusan,” terang Taehyung. Hyorin mengguk laju.

Sejak bila aku hilang ingatan sebab aku jatuh longkang? Dia ni memang nak kena. Dan satu lagi, budak ni memang lembab ke apa? Orang nak kadikan dia tebusan pun dia boleh angguk dan senyum lagi. Gila!



A U T H O R ' S N O T E

Updated!!! Sorry sebab saya tinggal story ni lama sangat sampai berhabuk. saya busy sangat. Mian *bow*

-starlight_miss-

REMEMBER TO SUBSCRIBE, COMMENT OR UPVOTE! I GREATLY APPRECIATE ANY FEEDBACKS :)
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Sorry for long hiatus and didnt tell you all about it. So, here chapter 7. Enjoy it!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 7: update soon........
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 7: wuuuuuuu .. Taehyung , kau bca surat khabar thun lpas ? whatthaaa ~ btw rasa ksian gileee kat taehyung ! ntah knp .. maybe terfeeling jap msa dia sdiakan makanan for Tia , huhuhu ~ Jungkook , meh siniii ngan akuu ~ biarkan Taehyung berbahgiaaa dgn Tiaa ~ updatee soon author !
syeirra
#3
Chapter 7: alamak cinta 3 segi ;0 btw, saya fikir suga tu sepupu tia sebab nama keluarga dia sama dengan aunty tia ;3
nanadjiyongie_01
#4
Chapter 7: Take your time author -nim :)
bbytae_ #5
Chapter 6: update la lagi TT.TT nak taetae dgn tia pls plsssssss huhuhuhu
Ayaliea
#6
Chapter 6: Omo! Cik kak! Update cepat cerita ni! Saya dah jatuh cinta dengan Jungkook! Huaaa \\lari kena kejar dengan Chanyeol// Btw, what the heck TaeTae? So cruel maaa! Hahaha. Btw, update tau
hyemipark
#7
Chapter 6: Finally!!
Melting dgn Jungkook howw cute ><
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
KimTaehyungWifeu
#8
Chapter 5: update soon !! kjamnyer V !! snggup dia tampar wanita yg tidak berdosa.. anak yatim plak tu ! huwaaa *emo*
Anicha
#9
Chapter 5: Baiknye jungkook sbb tolong tia............btw jgn lupe update tau!!!
Mrs_Sacak #10
Chapter 5: Nape wat Taehyung jahat ha ha ? T3T Tpi jungkook sweet gilo kekeke xD . Take ur time updatingg . Hwaiting ><