CHAPTER 9

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Pada hari itu Hojoon pergi ke akademi bersama Kidoh. Tanpa disedari ketika Kidoh hendak memarkir keretanya di tempat letak kereta di belakang sekolah, seorang lelaki sedang mengekori mereka dengan hanya berjalan kaki. Diperhatikannya dari jauh gelagat Hojoon dan Kidoh yang cuba keluar dari perut kereta. Dia cuba untuk mendekati mereka berdua namun dia dikejutkan dengan tindakan Hojoon yang cuba mencium pipi Kidoh. Mereka kelihatannya begitu mesra sekali.

          "YAH! Xero-ah. Apa kau buat kat sini? Nak ponteng kelas kelas ke?"

          "ARRHH!"

Terbeliak mata Xero apabila terkejut bahunya disapa oleh rakannya Atom dari belakang secara tiba-tiba.

          "Aishh... Apa kau nak?", soal Xero dengan rasa tidak puas hati.

          "Aniyo. Apa kau buat terhendap-hendap kat tempat parkir kereta?"

          "A-andwae... Jom masuk kelas."

Xero cuba menarik bahu Atom untuk pergi ke kelas bersama-sama namun, Atom sempat menoleh ke belakang. 'Jadi Hojoon lah sebabnya? Hmm...', getus hati Atom. Semasa dalam perjalanan ke kelas, Atom cuba memikirkan suatu rancangan jahat bagi mempergunakan emosi Xero dalam membalas dendamnya terhadap Pgoon.

          "Xero-hyung-ah. Nak tahu satu cerita menarik tak?"

          "What?"

Bertambah geram dibuatnya Xero. Sejurus selepas melihat buah hatinya Hojoon mencium pipi lelaki lain inikan pula dikhabarkan berita bahawa lelaki itu telah dimiliki.

          "Siapa yang berani potong 'line' aku? Memang kurang ajar betul. Setiap pelajar perempuan yang jumpa aku pasti takkan terlepas. Bukan tu je, budak laki pun ramai suka aku walau aku menolak. Bagaimana budak Hojoon tu boleh suka dekat orang lain? Siapa dia?" 

          "Orang yang kau nampak dekat parkir kereta tadi tu laa...Kidoh", jawab Atom sambil mengangkat kedua keningnya.

Tersentak Xero mendengar nama lelaki itu. Seorang pelajar ulat buku yang sentiasa menghabiskan masanya dengan buku-buku di perpustakaan mampu menarik perhatian Hojoon.

          "Tak mungkin. Macam mana diorang kenal?", soal Xero lagi.

          "Sebenarnya-kan, dua malam lepas Hojoon tak balik rumah. Dia...bla...bla...bla... atau lebih mudah aku katakan, dia dah jadi milik orang Kidoh sepenuhnya."

          "Kejap... macam mana kau tau semua benda ni?", soal Xero sambil merenung tajam ke mata Atom.

         "Well...well...well... Kau belum kenal siapa aku sebenarnya", jawab Atom sambil tersenyum sinis menjeling ke arah Xero.

***

Ketika berjalan menuju ke kelas Hojoon terserempak dengan abang tirinya Pgoon namun tidak diendahkannya dan dia cuba mengelak. Dia berasa takut jikalau abang tirinya tahu ke mana dia menghilang selama dua hari. Akan tetapi dia tersentak pabila bahunya dipegang secara tiba-tiba.

          "AHH!"

          "Aishh... Tak payah nak lari. Kau pergi mana semalam? Apsal tak balik rumah? Dah lah aku call tak dapat."

          "Ada laaa... Hojoon tidur rumah kawan. Mianhe... Bateri henfon dah mati."

          "Dah tu, kau datang sekolah ni dengan sape?", soal Pgoon.

          "Dengan kawan laa."

          "Amboi, dua hari kau menghilang. Mesti dengan budak Kidoh tu kan?"

          "EH?! Sa-sape bagitau? Mesti Jenissi-hyung kan", Hojoon terus mencebikkan bibirnya.

Terbeliak mata Hojoon mendengar persoalan dari Pgoon.

          "Duhh... Takde orang lain ke yang kau nak 'berkawan'. Aisshhh... Nanti petang aku tunggu kau kat parkir kereta. Jangan mengada-ngada nak lari dari aku. Kau ada rumah. Tak payah rapat sangat ngan budak tu."

          "Wae?", Hojoon mengerutkan dahinya.

          "Jangan banyak songeh! Aku abang kau. Dengar cakap aku."

Mendengar arahan dari Pgoon membuatkan dia rasa menyampah dan mengerutkan dahi lantas, dia terus bergegas ke kelas.

          Di saat dia melabuhkan punggungnya atas kerusi, detik-detik dia bersama dengan Kidoh mulai bermain difikirannya. Apakah dia perlu menceritakan semuanya kepada Pgoon? Mungkin adalah lebih baik jikalau dia merahsiakan hubungan dia dengan buah hatinya itu apatah lagi hubungan Kidoh dan Pgoon tidak berapa baik.

***

             Waktu persekolahan telah tamat dan semua pelajar bergegas untuk pulang ke rumah. Kebanyakan pelajar dari akademi yang berprestij tinggi seperti Prince Music Academy semestinya pulang dengan kereta masing-masing. Hanya segelintir yang pulang dijemput oleh ibu bapa atau pemandu masing-masing tatkala Hojoon masih lagi menanti abang tirinya untuk pulang. Tengah hari itu, Pgoon mempunyai mesyuarat dengan badan disiplin sekolah. Mana tidak sibuknya, Pgoon selaku ketua pelajar sudah pasti akan terlibat dengan semua aktiviti di akademi dan akan memantau bagi semua program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak akademi supaya berjalan dengan lancar.

 

            Sementara menunggu di sebuah pondok kecil yang ada di taman ilmu akademi, Hojoon sibuk bermain dengan permainan yang dimuat turun dari Google Play menjadi kegilaan ramai pada masa kini iaitu Candy Crush. "Aishh...susahnya level ni. Boleh fed up aku", Hojoon mengeluh kerana dia masih kekal pada peringkat yang sama sejak minggu lepas walau sudah banyak kali diusahakannya untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi. Bunyi mesej pesanan ringkas yang baru sahaja masuk membuatkan Hojoon terkejut sendiri.

             "Oh! Kidoh-hyung..."

Tiba-tiba, dia terkejut dan menjerit ketika kedua belah bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang.

             "AAAAHHH!"

Xero melabuhkan punggungnya di sebelah Hojoon seraya berkata, "Janganlah terkejut sangat. Ni hyung lah"

             "Oh, Xero-hyung. Lama tak jumpa", Hojoon tersenyum nipis.

             "Mana nak jumpa kalau asyik sibuk memanjang. Banyak kerja. Hojoon apa khabar?"

             "Hojoon okay je. Hyung macam mana?"

Xero berpaling tepat ke arah Hojoon di sebelahnya, "Hyung macam biasa. Nak tanya sesuatu boleh?"

             "Apa?", kata Hojoon sambil mengangkat kedua belah keningnya serentak.

Xero berasa gugup, "Sebenarnya... ada sesuatu yang hyung dah lama nak cakap dekat Hojoon cuma...cuma..."

             "Cuma apa?", soal Hojoon mengejutkan lamunan Xero.

             "Cuma hyung tak yakin sebab ni kali pertama hyung suka kat lelaki."

             "Maksudnya?"

             "Hyung...suka...kat Hojoon."

Terbeliak mata Hojoon mendengar luahan Xero tersebut. Dia sedar selama ini Xero sangat baik terhadapnya namun, hatinya sudah dimiliki oleh lelaki lain sejak bertahun yang lalu dan kini dia sudah dimiliki sepenuhnya oleh seorang jejaka bernama Kidoh. Dia berasa agak bersalah dan tidak tahu berbuat apa. Dia terus berdiri dari tempatnya dan menghadap Xero.

             "Mianhe..."

             "Huh? Wae? Ni mesti sebab Kidoh kan?"

             "Eh? Ma-mana ada", Hojoon cuba untuk berdalih.

             "Hyung nampak pagi tadi Hojoon dengan Kidoh! Tapi hyung suka Hojoon dulu. Saranghae Hojoon-ah."

             "Ta-tapi, Hojoon suka Kidoh hyung."

             "Apa yang Kidoh ada tapi hyung takde?", soal Xero tidak mahu kalah.

Hojoon membisu seketika tidak tahu berkata apa.

             "Hyung sanggup buat apa saja untuk Hojoon. Lupakan Kidoh."

             "Mwoh?! ANDWAEEE!!", tersentak Hojoon mendengar kata-kata itu terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

             "Hojoon-ah!", Xero berasa bengang dan tidak dapat mengawal perasaannya terus mengangkat tangan.

 

             "YAH!"

Xero dan Hojoon terkejut lantas berpaling ke arah suara tersebut. Kelihatan Pgoon menggambarkan ekspresi wajah yang tidak senang membuatkan Hojoon berasa takut dan terus menunduk. Pgoon berjalan ke arah mereka berdua.

             "Jangan kacau adik aku!"

Pgoon cuba menarik tangan Hojoon akan tetapi berjaya ditepis oleh Xero.

             "Dia aku punya."

             "MWOH?! Ni adik aku. Apa masalah kau? Pabo!"

             "Aku nak dia!"

             "Tak cukup masalah kau dengan aku sekarang kau nak libatkan adik aku pulak. OFF!"

Xero bertambah marah dan tangan Hojoon digenggam dengan lebih kuat.

             "Aahh! Sakit...Xero-hyung..."

             "Walau apapun yang akan berlaku, aku tetap akan jadikan dia milik aku."

             "Ahh~ Xero-hyung, tolong...lepaskan...tangan Hojoon", rayu Hojoon.

 

             Tanpa berfikir panjang Pgoon terus menarik kolar baju Xero menyebabkan lelaki itu melepaskan genggaman tangannya pada Hojoon. Pgoon yang tidak lagi dapat mengawal perasaannya terus memberi buku lima tepat ke arah Xero namun berjaya dihalang oleh Atom yang tiba-tiba muncul di tempat kejadian yang datang entah dari mana. Kehadirannya tidak disedari dek semuanya sibuk dengan pertengkarang yang sedang berlaku itu.

             "Kalau kau tak puas hati dengan aku, lawanlah dengan aku depan-depan. TAK PAYAH NAK LIBATKAN ADIK AKU! EH, SIAL LAH!!", jerit Pgoon terhadap Xero sambil menjeling tajam sekilas pandang ke arah Atom yang sedang cuba membantu lelaki tersebut bangun setelah terjatuh hampir ditumbuk Pgoon.

 

Hojoon yang risau kalau-kalau Pgoon akan kembali menyerang Xero dan Atom terus menarik tangan abang tirinya itu untuk dipujuk pulang ke rumah.

             "Hyung, kita balik je lah. Biarkan diorang", matanya memandang tepat ke arah abang tirinya itu lalu Pgoon akur dan berlalu pergi bersamanya dari situ meninggalkan Xero dan Atom yang hanya memerhatikan mereka dari jauh.

 

-Bab 9 tamat-

 

************************************************************************************************************************************************

(Mesej penulis)

Untuk bab ni, ia sememangnya pendek lebih kurang 1000++ patah perkataan gitu je.

Maaf sesangat sebab takde feelings nak menulis apatah lagi kekeringan idea. Tambahan, mmg lupa jalan citer yang sebenarnya. Kalau ada tersilap di mana-mana tolong bagitau even, kalau jalan citer dah macam lari sikit tolong komen.  T^T

Sejujurnya authornim mmg tengah sibuk. Ya, sibuk makan-tidur apatah lagi dengan suasana cuti dan raya. Assignments bertimbun yang tak siap-siap lagi. Seriously, IM DEAD !!

Oh, tidak lupa kepada sesiapa yang sudi baca, upvoted dan subscribed citer ni terutama, kepada pembaca yang setia mengikuti kisah authornim yang tak seberapa ini. Kamsahamnida!! *bow* (^_^)

************************************************************************************************************************************************

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon