CHAPTER 4

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Bunyi deringan telefon bimbit Pgoon mengejutkan Jenissi dari tidurnya yang nyeyak dan aman. Dia mencapai telefon bimbit tersebut yang berada di atas meja sisi kecil di sebelah kiri katil. Tanpa melihat nama yang terpapar di skrin dia terus menjawab.

           "Yeoboseyo."

           "Ah~ Yeo-bo-se-yo....'noo-na'..."

Jenissi tersentak mendengar perkataan 'noona' dan diam seketika. Tiba-tiba dia terdengar suara pemanggil ketawa.

           "Jen-hyung, ni Hojoon lah."

           "Huh? Hojoon?", Jenissi diam lagi. 'Dia dah tahu ke pasal aku?', getus hatinya sambil mengerutkan dahi.

           "Yeh. Ni Hojoon nak ajak Jen-hyung dengan Goon-hyung breakfast sekali."

Pgoon terjaga lalu menguap dan menutup mulutnya "Huargghh!" Dia membolak-balikkan tubuhnya sambil bergeliat lantas merangkak ke arah Jenissi duduk di sisi katil masih lagi bergayut di telefon walaupun dia hanya diam sedari tadi. Tangannya perlahan-lahan melingkari pinggang Jenissi lalu mendakap erat buah hatinya itu. Sambil tersenyum dia terus mengucup pipi Jenissi.

            "Good morning, Jenny-ah", ucapnya sambil tersengih.

            Tiba-tiba suara pemanggil menjerit melalui telefon bimbit yang masih di tangan Jenissi, "P-GOON-HYUNG!" Terbeliak mata Pgoon gara-gara terkejut mendengar si pemanggil menjerit kuat namanya.

Jenissi menyerahkan telefon bimbit Pgoon kepadanya seraya berkata, "Hojoon". Jenissi pun terus berjalan dalam keadaan terlanjang menuju ke arah bilik air.

            "YAH! Hojoon-ah, tak payah lah buat aku terkejut"

            "Mianhe, hyung." Hojoon ketawa berdekah-dekah seraya berkata lagi, "Macam mana? Seronok tak?"

Pgoon menjadi bengang dan terus menengking adik tirinya itu, "Aisshh! Apa kau nak?"

           "Alaa, nak bergurau pun tak boleh Pagi-pagi pun dah nak marah. Hyung ni tak syok lah", kata Hojoon lantas mencebikkan bibir diikuti ketawa kecilnya. "Macam manalah Jenissi-hyung sukat kat hyung..Haih", Hojoon memerli abang tirinya sengaja untuk menyakitkan hati.

            "YAH! Kalau call setakat nak sakitkan hati aku lebih baik tak payah", jerit Pgoon.

            "Tapi…kenapa Jenissi-hyung diam je? Dia tak tahu pasal Hojoon ke? "

            "Ah! Aku tak bagitau dia lagi yang kau dah tahu pasal dia."

            "Hehe~ Dia malulah tu… Lupa pulak, ni sebenarnya nak ajak hyung keluar breakfast. Kita dah lama tak makan sama-sama. Kira macam Family Reunion lah ni."

            "Ehm… Lain kali je lah, lagipun…"

            "Hyung ajaklah Jen-hyung sekali."

            "Tapi…" belum sempat Pgoon menghabiskan ayatnya lagi.

           "NO ‘tapi-tapi’...Jumpa kat Topp Class Hotel sebelum pukul 10. Okay…bye…", Hojoon terus memutuskan panggilannya.

            "Arghh! Memang nak kena budak ni. Dari kecik sampai besar langsung tak berubah", Pgoon mendengus kasar lalu bangun dan berjalan menuju ke bilik air yang didiami Jenissi. Dia mengetuk pintu berkali-kali seraya berkata, "Jenny-ah, nanti cepat bersiap." Tidak kedengaran suara Jenissi melainkan derusan air yang keluar dari paip hujan. Dia mengetuk-ngetuk lagi pintu lalu Jenissi menjawab, "Yeh".

           ‘Dia merajuk ke?’, bisik hati Pgoon.

***

Pgoon memandu laju kereta hitam berjenama BMW 361i milik pemberian ayah tirinya. Jenissi yang hanya diam sedari tadi tiba-tiba berkata, "Pgoon-ah…"

            "Hurmm…?"

         "Kenapa tak bagitau Jenny, Pgoon dah cerita tentang hubungan kita dekat Hojoon?", soal Jenissi ingin tahu  sambil matanya melirik jauh ke luar jendela kereta.

            "Wae? Jenny marah ke? "

            "Andwae… Cuma Jenny terkejut. "

          Pgoon hanya mampu ketawa kecil lalu berkata, "Terkejut? Atau sebenarnya kau malu dengan bakal ‘adik ipar’ kau sendiri? "

Pertanyaan itu membuatkan Jenny tersentak dan membulatkan mata. Jenny terus memandang tepat ke arah Pgoon yang sedang memandu di sebelah kirinya.

            "Hah? Yah! Pgoon-ah, suka je usik Jenny", lantas Jenny mengerutkan dahi dan memuncungkan bibirnya. Dia menyilang kedua tangannya di paras bawah dada lalu memalingkan pandangannya kembali ke luar tingkap.

 

             'Topp Class Hotel? Kenapa dalam banyak-banyak tempat kat sini Hojoon menginap?'

 

            Jenissi berasa tidak senang hati pabila melihat papan tanda tipografi milik hotel itu.  Pgoon terus menelefon adik tirinya Hojoon bagi menanyakan di aras mana dia berada. Dari pintu utama mereka melangkah masuk menuju masuk ke dalam lif. Jenissi yang tidak tahu ke mana arah tujuan Pgoon hanya setia berjalan di sampingnya. Di saat kedua pintu lif terbuka mereka sudah pun sampai di aras tiga manakala di hadapan mereka terdapat sebuah Café.

Pgoon melangkah masuk dan matanya meliar mencari di manakah gerangan adik tirinya itu. Dari jauh Hojoon melambai-lambai. Pgoon melangkah dengan lebih laju dan diikuti Jenissi dari belakang.

        Hojoon memilih meja yang terletak berhampiran dengan tingkap bagi menikmati pemandangan yang indah dari aras itu. Hojoon bangun dan tunduk hormat. Lalu mereka bertiga melabuhkan punggung masing-masing di atas kerusi. Pgoon duduk menghadap Hojoon betul-betul di sebelah tingkap manakala Jenissi duduk di sebelahnya dan hanya mampu tersenyum.

            "Ahh~ Hyungnim. Jennisi-hyung, apa khabar?"

            "Khabar baik…", belum sempat Jenissi menghabiskan ayatnya Pgoon sudah menyampuk.

            "Tak payah nak tunjuk baik sangat kat sini", Pgoon mengangkat kedua keningnya.

            "Wae? Jenissi-hyung kan bakal ‘kakak ipar’ Hojoon. Salah ke kalau nak berbaik-baik?"

            "Aishh…", Pgoon mendengus kasar.

            "Hojoon-ah. Macam mana Korea? Dongsaeng suka tak?", soal Jenissi dengan nada yang agak lembut.

            "Suka sesangat. Banyak perubahan, dah dekat 9 tahun berlalu. Selalunya, kalau balik pun tak lama."

Hojoon berbual-bual dengan Jenissi sehingga dia terlupa akan kewujudan abang tirinya di situ. Tiba-tiba,

            "Tengok hyung! Jenissi-hyung jauh lebih baik dari hyung. Takde lah bajet sombong macam hyung!"

Lantas, Pgoon membulatkan matanya kepada Hojoon yang sedang tersengih.

            "Aishh, budak ni. Kau tak bagi pun peluang aku nak cakap."

            "Hmm… baru ada chance nak cakap ngan Jenissi-hyung. Kat akademi rasa segan pulak."

            "Ceh! Segan lah kononnya", tanpa berasa segan silu dengan orang di sekeliling terus dia menunjal dahi Hojoon dengan jari telunjuk kanannya.

            "Aduh! Hyung-ah~", Hojoon mengaduh manja sambil menggosok dahinya.

            "Ahhahaha.. ", Jenissi hanya tergelak melihat telatah dua beradik yang telah sekian lama tidak berjumpa itu.

 

            Seorang pelayan lelaki berseragam putih dan hitam datang dengan menatang dulang yang berisi tiga gelas air kosong bersama tiga buku menu. "Selamat datang ke Café Topp Class Hotel, boleh saya mengambil pesanan tuan?", tegur pelayan itu dengan sopan sambil kepala ditunduk sedikit tanda hormat lalu memberi buku menu kepada mereka bertiga.

Jenissi yang paling hampir dengan pelayan tersebut terus memberi pesanan, "Satu Jus Lemon."

            "Tembikai Susu", Pgoon langsung tidak memandang ke arah pelayan tersebut.

            "One Frappé Chocolate Chip for me", Hojoon tersenyum manis kepada pelayan tersebut.

Setelah mengambil pesanan, pelayan itu berlalu pergi bersama buku-buku menu dan Hojoon terus berkata, "Hyungnim beruntung…sebab ada Jenissi-hyung yang cantik setia di samping. Baik pulak tu." Jenissi diam seketika dan hanya menunduk malu. Pipinya menjadi kemerahan mendengar kata-kata pujian Hojoon.

            Selepas beberapa minit kemudian, pelayan yang sama datang bersama pesanan mereka. Dia menatang dulang yang berisi tiga gelas air lalu menghidangnya di atas meja tersebut.

            "Kamsahamnida", ujar Jenissi kepada pelayan tersebut.

Pelayan lelaki itu hanya mampu tersenyum dan dia beredar pergi bersama dulangnya.

            "Maaf, tapi aku nak ke Men's room sekejap", ujar Pgoon.

            "Oh! Okay. Cepat tau. Hyung mesti tak nak tinggalkan Jen-hyung berdua je dengan Hojoon, kan?", Hojoon tersengih kerana seronok dapat mengusik abang tirinya itu. Pgoon hanya tersenyum pahit lalu bangun dari tempat duduknya dan terus berjalan pergi ke tandas.

***

Hojoon menyedari bahawa terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri dari jauh memerhatikan dia dan Jenissi. Kelihatannya seperti lelaki itu tidak senang melihat mereka berdua.
            "Sape tu? Jen-hyung kenal dia?"
Jenissi terus berpusing separuh ke belakang dan matanya terbeliak kerana berasa terkejut lantas berpusing ke arah Hojoon semula.

            "Anniyo...", jawab Jenissi.

           'Kalau tak kenal, kenapa muka Jen-hyung macam terkejut je bila nampak laki tu?'

Lelaki tersebut berjalan ke arah meja mereka. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Hojoon menghadap Jenissi. Jenissi menundukkan pandangannya manakala Hojoon hanya melihat perbuatannya itu.

           "Heh...tak sangka kau begitu murah sekali. Dah dapat hyung, takkan dongsaeng-nya kau nak sapu sekali."

Jenissi hanya membisu dan membiarkan lelaki tersebut berkata apa saja tentangnya.

           "Kenapa diam? Takut Pgoon tau siapa sebenarnya kau."

           "YAH! Apa kau cakap ni?", Hojoon terus menarik bahu kiri lelaki tersebut.

           "HAH! Kau tak tau ke? 'Boyfriend' kau ni..."

Jenissi terus membulatkan mata seraya berkata, "Sangdo-ah! Apa kau nak? Berapa kali aku cakap, jangan kacau hidup aku lagi."

           'Jadi, nama dia Sangdo. Tapi apa hubungannya dengan Jenissi? Kenapa dia marah?!', getus hati Hojoon.

           "Aku nak balik hak aku!", Sangdo menengking Jenissi membuatkan semua orang di dalam Café itu tersentak. Menyedari hal itu membuatkan Jenissi berasa malu lantas dia bangun dan berlalu pergi dari situ dalam keadaan yang bengang dan agak sedih.

 

        Pgoon kembali dalam keadaan terkejut melihat Sangdo yang duduk di sebelah Hojoon tanpa Jenissi. 'Mana Jenny? Sangdo? Apa dia buat kat sini? Oh ! Lupa pulak ni hotel bapak dia.'

            Hojoon terus bangkit dari tempat duduknya seraya berkata, "Hyung! Jenissi dah pergi." Tanpa menghiraukan lagi Sangdo dan Hojoon, Pgoon terus berlari ke pintu keluar menuju ke arah lif untuk mengejar Jenissi.

Dari situ, Hojoon dapat mendengar dengusan lelaki bernama Sangdo yang baru sahaja bangkit dan mahu beredar dari situ. Hojoon cuba menarik tangannya, "YAH!" Tapi, berjaya ditepis Sangdo. Hojoon terus mengejar Sangdo yang berjalan laju dari belakang. "YAH! Sangdo-sshi, siapa kau? Kenapa kacau Jenissi-hyung."

           Sangdo hanya tersenyum sinis sambil berkata, "Takkan satu sekolah pun kau tak kenal. Mianhe, kalau pertemuan kita tidak begitu baik."

           "Hah?"

           "Kau tanyalah abang 'kesayangan' kau tu. Dasar perampas tak guna! Sesuai sangat dengan pelacur kelas atasan tu."

Entah kenapa, Hojoon berasa amat marah mendengar kata-kata itu lalu dia cuba mengangkat tangan untuk menampar Sangdo tetapi dihalang oleh seseorang. Pergelangan tangannya digenggam kuat sukar untuk ditarik kembali. Hojoon terus berpaling ke arah lelaki itu, 'Xero?'

Lantas, Xero melepaskan genggamannya dan Hojoon masih tidak mahu berhenti.

           "YAH! AHJUSSHI!! Jangan ganggu Jenissi-hyung"

           "A-Ah-Ahjussi? Yah! Kau tak kenal pun siapa aku jangan nak kurang ajar sangat"

           "Aishh! Pergi matilah sial! You son of a !"

           "Apa?!", teriak Sangdo lantas ingin menumbuk Hojoon tetapi dihalang oleh Xero.

          "Cukup! Sangdo-ah kau tak malu ke? Tau lah hotel ni family kau yang punya tapi, cubalah jaga status tu sikit", ujar Xero.

Terus Xero menarik tangan Hojoon dan masuk ke dalam lif. Mereka membisu seketika. Setibanya di aras satu, pintu lif terbuka dan Hojoon pun keluar diikuti Xero.

           "Xero-hyung, macam mana boleh kenal laki tadi? Apa kaitan dia ngan Jenissi? Siap kutuk Jenissi pelacur kelas atasan pulak? Wae?", tanya Hojoon dengan nada yang sedih.

           "Sangdo-sunbae tu, anak pemilik hotel ni. Dia dah lama simpan perasaan dekat Jenissi-hyung selaku 'Queenka' di akademi tapi Pgoon dah berjaya merampas dia dulu."

           "Eh? Bukan Pgoon dah kapel dengan Jen-hyung dulu ke?", soal Hojoon kehairanan.

           "Tak lah."

 

           'Betul ke apa yang Xero-hyung cakapkan ni?', bisik hatinya kerana tidak cukup yakin akan kata-kata Xero yang baru sahaja dikenalinya dua hari yang lepas.

 

           "Habis tu apa kaitannya Sangdo dengan hyung? Macam mana korang boleh kenal? Kenapa hyung boleh ada kat sini?"

           "Ahh~ Ayah aku dengan ayah dia ada mesyuarat pasal perkongsian saham semalam. Aku dengan Sangdo cuma disuruh belajar pasal pengurusan syarikat kitorang. Lagipun, eomma Sangdo dengan eomma aku ni adik-beradik. Kenyataannya kami langsung tidak berminat menceburi bidang perniagaan hanya menurut kata."

           "Jadi kiranya Xero-hyung dengan Sangdo-sunbaenim ni minat muzik tapi terpaksa belajar pasal perniagaan?", soal Hojoon berminat.

       "Lebih kurang macam tu lah. Kitorang diberi peluang untuk belajar muzik tapi selepas ni, kami terpaksa ikut pilihan keluarga. Hojoon pulak buat apa kat sini?"

      "Bila dah sampai Korea dua hari lepas, Hojoon tak balik rumah. Hojoon menginap kat sini dulu. Ingat nak bagi surprise dekat Pgoon-hyung. Tapi tak tau lah pulak benda ni akan jadi macam ni", sambil berkata Hojoon mencebikkan bibir.

           "Bila nak check out?", soal Xero.

           "Dah nak check out lah ni. Tapi Pgoon-hyung mesti dah balik dengan Jenissi-hyung.. Haih", keluh Hojoon.

           "Oh, kalau macam tu biar aku hantar kau balik."

           "Eh, takpe lah. Susahkan hyung je", Hojoon berasa segan dengan pelawaan itu.

           "Takde apa lah. Mesyuarat dah habis. Lagipun ni kan hujung minggu, takde kelas. Bukannya nak ke mana pun."

           "Ahh~ Kamsahamnida, kalau macam tu Hojoon nak pegi check out dulu lah."

           "Aku tunggu kat lobi, okay?"

           "Ah, okay", Hojoon tersenyum lebar lalu pergi ke kaunter untuk menyerahkan kunci bilik.

Xero tersenyum miring lalu beredar ke lobi. Xero menghantar pulang Hojoon ke rumahnya pada hari tu. Dalam perjalanan pulang, mereka berbual tentang banyak hal yang tidak diketahui oleh Hojoon berlaku di Prince Art Academy namun begitu, Hojoon belum cukup yakin dengan kata-katanya.

           'Kenapa Xero yang aku kenal tak sama seperti yang diceritakan Pgoon-hyung sebelum ni? Dia jauh lebih baik.'

           Entah kenapa hatinya berasa ragu-ragu sedangkan selama ini, Pgoon pernah bercerita tentang seorang pelajar lelaki yang berkelakuan amat teruk di akademi tersebut akan tetapi lelaki yang dikenali itu tidak sama seperti yang dikhabarkan. Dia jauh lebih baik dari apa yang dibayangkan. Ya, dia adalah Xero. Kenapa dia cuba berbaik dengan Hojoon? Adakah dia akan mempergunakan Hojoon demi kepentingan dirinya atau...?

 

Tapi, apakah sebenarnya berita buruk tentang Xero yang diceritakan oleh Pgoon kepada Hojoon?

 

-Bab 4 Tamat-

************************************************************************************************************************************************

(Mesej penulis)

Tak sangka citer ni makin lama makin panjang. Dari chapter 1 yang lebih kurang ada 500 lebih patah perkataan sekarang chapter 4 dah ada 2000 lebih. Aigoo~ Tak dapat dinafikan memang penat. Nak dapatkan 'feels' tu pun susah. Takde mood, tapi teruja biler nak masuk bab nak menulis bahagian ' scene' tu. Ikutkan hati nak skip je bab ni. \(^O^)/

************************************************************************************************************************************************

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon