CHAPTER 2

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Kim San Gun  adalah seorang pelajar yang berbakat dalam bidang 'rap' di sekolahnya. Oleh sebab itu, dia telah menggelar dirinya sebagai Atom kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang rapper yang profesional serta mampu membuktikan kebolehannya dalam bidang itu seperti bom atom yang akan memberi kejutan kepada setiap orang. Sebagai junior di Prince Music Academy, Atom sangat rapat dengan salah seorang pelajar tahun dua iaitu Shin Jiho atau lebih dikenali sebagai Xero. 

            Shin Jiho dikenali dengan nama itu kerana identitinya sebagai seorang yang kaki perempuan di luar akademi. Ke mana sahaja dia pergi takkan ada perempuan yang tidak terpikat dengan kekacakkannya apatah lagi dia adalah anak sulong kepada seorang Pengarah Eunha Groups Company yang besar di Jepun. Ayahnya juga adalah salah seorang penderma yang terbesar di akademi itu. Ramai kaum ibu juga bercita-cita ingin menjadikan Xero sebagai menantu. Disebabkan tiada perempuan yang mampu menolak godaannya maka, dia diberi nama Xero mewakili nombor kosong. Di samping itu, ramai pelajar lelaki juga pernah menyimpan perasaan terhadapnya malah sebelum ini, seorang senior pernah meluahkan perasaan terhadapnya tapi ditolak kerana dia adalah seorang lelaki heteroseksual. Xero tidak disukai oleh beberapa orang senior kerana dia adalah seorang pelajar lelaki yang sombong dan mempunyai ego yang tinggi.

          Seorang pelajar baru bakal menduduki akademi itu akan datang pada hari ini. Dia adalah pelajar perpindahan dari Perancis. Anak bongsu kepada Pengarah Taeyang Groups Company. Ibunya seorang pereka fesyen yang terkenal. Sesuai dengan namanya Jeon Hojon atau Hojoon yang bermaksud bakat yang luar biasa kerana dia mampu memperoleh keputusan yang tinggi dalam peperiksaan khas dan temu duga sebelum memasuki akademi itu. Tiada apa yang Atom tidak tahu tentang akademi itu. Dia umpama mata dan telinga kepada Xero. Semua maklumat tentang pelajar akan diberitahu kepadanya.

Semasa dalam perjalanan ke dewan makan akademi,

            "Xero, budak baru tu boleh tahan jugak."

            "Maksud kau si Jeon Hojon?", soal Xero kepada Atom.

            "Ya lah, kecoh jugak satu sekolah pasal dia. Akademi hanya akan ambil pelajar bagi penggal satu setiap tahun. Tapi, sekarang ni dah nak masuk bulan 9. Dia akan jadi isu hangat kat akademi ni."

            "Sekarang dah pun masuk penggal dua. Dia semestinya, bukan calang-calang orang. Dia bakal jadi perhatian", Xero tersenyum sinis.

            "Tapi, ada satu lagi masalah."

            "Masalah? Maksud kau?", Xero bertanya lagi, tapi kali ini dia mengerutkan dahi.

            "Dia ni sebenarnya adik Pgoon-hyung."

Kenyataan itu membuatkan Xero tersentak,

            "A-dik?"

            "...adik tiri", jawab Atom perlahan sambil mengerling ke arah kaunter makanan. "Jangan risau, dia bukan saingan kau. Dia tak sekuat Pgoon-hyung", katanya lagi sambil tersenyum miring.

           "Budak rambut keemasan yang tengah beratur dekat kaunter tu, Hojoon?", soal Xero sambil memandang ke arah kaunter itu. "Kau tunggu sini. Biar aku pergi sorang je", Xero tersenyum sinis sambil berjalan ke arah tempat Hojoon berdiri. Dia cuba mendekati Hojoon dari belakang.

        Setelah membayar harga makanan di kaunter dewan makan, dia terus berpusing ke belakang lalu tanpa menyedari kehadiran Xero dan terlanggarnya. Air coklat yang ditatang di dalam dulang bersama mangkuk yang berisi sup sayur itu tertumpah ke atas baju Xero. Xero berasa amat bengang dan ingin memarahi Hojoon walaupun sebenarnya, dia hanya berpura-pura dan berlakon untuk menguji Hojoon pelajar baru di akademi itu. Disebabkan Xero yang jauh lebih tinggi dari Hojoon, dia tidak dapat melihat wajah budak baru itu. Semua pelajar berasa terkejut dan mereka cuma mampu memerhatikan mereka berdua. Mereka semua berasa amat gerun kerana Xero bukanlah orang sembarangan dan tidak ramai pelajar berani untuk mendekatinya.

            Hojoon berasa panik lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna krim dari poket seluar kirinya. Dia cuba menyapu-nyapu air dan kuah sup yang tertumpah di atas baju Xero. "Mianhe...Mianhe...Mianhe...", berkali-kali ucapan maaf diungkapkannya sambil menyapu lagi. Lantas, pergelangan tangan kirinya digenggam Xero lalu Hojoon mendongak kearah wajahnya kerana terkejut. Xero memandang tepat ke arah wajah Hojoon. Entah kenapa hatinya tiba-tiba berdegup dengan kencang. 'Ta..ngan..lembut... Muka...dia... Ah~ macam mana boleh ada lelaki yang secantik dia?', desus hati Xero selepas memegang tangan Hojoon. Kulitnya lembut bak sutera serta dia berasa terpegun melihat wajah Hojoon yang cantik itu.

           Atom terlopong melihat Xero yang terpaku seketika. Dia tidak menyangkal Xero juga akan terpikat dengan Hojoon kerana Xero adalah seorang lelaki heteroseksual apatah lagi dia juga adalah kaki perempuan apabila berada di luar akademi. 'Takkanlah Xero sekali..? Hebat betul budak baru tu', bisik hati Atom dengan reaksi wajahnya yang begitu bengang.

             Hojoon memandang Xero, "Wae? Hyung tak apa-apa ke? Mianhe, saya tak sengaja."

             "Jangan risaulah, aku tak apa-apa. Kau okay?", balas Xero dengan lembut.

             "Ah~ Saya tak apa-apa. Hyung..."

             "Panggil aku Xero. Kau budak baru kan? Jeon Hojon."

             "Oh! Tak sangka pulak Xero-hyung kenal saya." Hojoon tersenyum lebar seraya berkata lagi, "Panggil Hojoon."

             "Okay. Hojoon-ah, selamat berkenalan", Xero terus menarik tangan Hojoon dan mereka berjabat tangan.

             "Tapi, baju hyung ni macam mana?"

             "Takpe, jangan risau. Aku ada baju ganti", balas Xero.

             "Okay lah kalau macam tu. Saya pergi dulu."

Hojoon beredar dari situ dan pergi mengambil makanan dan minuman yang baru. Dia juga berasa amat pelik kerana pelajar-pelajar lain melihat dia dan Xero-hyung seperti mereka baru sahaja menyaksikan kemalangan yang amat dahsyat, 'Peliklah... kenapa semua orang pandang aku macam tu? Siapa Xero-hyung tu?'

               Sambil menatang dulang yang berisi semangkuk sup sayuran dan segelas air coklat yang baru dia berjalan ke arah meja sekumpulan pelajar. Sambil tersengih, "Pgoon-hyung!" Hojoon terus meletak dulang di atas meja lalu duduk di sebelah Pgoon yang duduk menghadap Jenissi. Pgoon berasa terkejut kerana dia langsung tidak dikhabarkan berita kepulangan adik tirinya itu.

             "Hojoon? Bila kau sampai? Aku tak tau apa-apa pun", soal Pgoon tergamam melihatnya.

            "Dah sampai semalam. Tapi menginap dekat hotel satu malam ada hal nak kena uruskan dulu. Saja je nak bagi surprise dekat hyung", jawab Hojoon lalu senyum kepada abang tirinya.

             "Apa-apa pun, nanti kita bincang kat rumah. Sebelum tu, kenalkan kawan-kawan aku. Di depan aku ni, Kim Taeyang dan seterusnya..."

             "Annyeonghaseyo. Aku Kim Taeyang dari penolong kelas Tahun 3 kelas 2. Panggil aku Jenissi." Siapa yang tak kenal Jenissi, si permaisuri sekolah. Dia umpama seorang ibu bagi pelajar-pelajar di akademi dengan sikap lembut, peramah dan penyayangnya. Dia selalu membantu pelajar-pelajar lain yang terutama, mereka mengalami masalah dalam akademik dan kewangan.

             "Annyeong~ Aku Kim Byungjoo.. A-K-A...B-joo. Kelas 3-1 budak paling handsome dekat alam semesta ni...", sambil ketawa dia memperkenalkan dirinya. Bjoo, dia seorang yang peramah dan suka bergurau. Dia disenangi oleh ramai pelajar dan disayangi oleh ramai guru.

              "Annyeonghaseyo. Nama aku Kim Hansol. Tahun 3 kelas 2."

              "Apsal formal sangat kau ni Hansol?", tegur Pgoon sambil tersenyum. Antara mereka, Hansol lah paling pendiam kerana dia tidak banyak bercakap walaupun berkumpul satu meja dengan kawan-kawannya.

             "Ah~ takpe", sampuk Hojoon.

          "Hi, Aku Shin Yooncheol. Panggil Nakta. Hmm... Aku adalah penolong kelas 2 Tahun 3. Kalau ada apa-apa masalah boleh lah cari aku. Aku sedia membantu."

             "Oh! Kamsahamnida", balas Hojoon sambil menundukkan sedikit kepalanya.

             "Eh, mana Seogoong dengan Gohn?", soal Jenissi kepada Pgoon.

             "Macam biasa lah. Diorang mesti ada dekat taman tu. Study group lah kata kan..", jawab Pgoon sambil tersenyum penuh makna. Matanya melirik ke arah Jenissi. "Walau berlainan kelas, diorang tetap rapat sejak tahun pertama lagi", sambungnya.

        "Yano-ah!", jerit Bjoo sambil melambai-lambai ke arah pintu utama dewan makan. "Palli! Palli!" Mereka semua memandang Yano yang sedang berjalan menuju ke arah meja tempat mereka berkumpul itu lalu duduk bersebelahan Jenissi.

              "Apsal lambat?", tanya Bjoo.

              "Mianhe. Seongsangnim bagi keluar lewat sebab nak kena siapkan projek yang minggu lepas. Ramai tak siap."

             "Aku tengok si Atom tu bahagia je. Awal-awal dah sampai dewan makan. Siap jalan sekali ngan si Xero tak guna pulak tu", kata Bjoo.

              "Entahlah. Dia selalu siapkan projek awal jadi dia pun dapat keluar awal. Entah macam mana dia buat kerja aku tak tau. Laju betul", balas Yano kehairanan.

               "Awak kenal Xero-hyung ke?", soal Hojoon.

                 "Kenal sangat. Dia rapat ngan Atom, budak kelas aku. Xero tu bukan budak baik. Dia kaki perempuan. Kat luar.... takde sape tak kenal dia. Dia anak Pengarah Eunha Groups Company. By the way, nama aku Seo Sangwon, dari kelas 2 Tahun 1."

                "Oh, aku Hojoon kelas 1 Tahun 1. Selamat berkenalan", Hojoon tersenyum.

                "Selamat berkenalan. Satu lagi, tak payah lah nak ber-saya awak. Formal sangat tu..", kata Yano.

             Mereka semua pun terus berbual mengenai akademi dan kehidupan Hojoon di Perancis. Malah ada di antara mereka begitu berminat menanyakan soalan tentang bagaimana Hojoon dapat menjawab soalan peperiksaan khas yang memang susah benar itu. Akan tetapi, hanya Jenissi seorang sahaja yang menggambarkan reaksi wajah kurang senang apabila Yano membisikkan sesuatu di telinganya.

 

-Bab 2 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon