CHAPTER 1

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Melangkah masuk ke dalam sekolah baru membuatkan Hojoon berasa gementar dan teruja. Ini adalah salah sebuah akademi seni muzik yang terbesar di Korea. Prince Music Academy menjadi impian ramai pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik akan tetapi akademi ini hanyalah untuk pelajar lelaki yang berkelayakan sahaja. Bukan mudah untuk memasuki akademi ini kerana setiap pelajar yang memenuhi syarat layak memohon perlu menduduki peperiksaan khas serta temu duga yang diadakan. Hojoon berjaya menghadapi semua ujian itu dengan cemerlang kerana semasa dia tinggal di Perancis, dia pernah mengambil kursus muzik swasta.

           Hojoon adalah anak kepada cucu Pengarah sebuah syarikat yang berjaya mencipta nama di Korea sejak 3 generasi yang lalu. Siapa yang tidak kenal dengan Syarikat Taeyang? Salah sebuah syarikat pengusaha pusat membeli-belah yang terbesar di Asia. Walaupun begitu, Hojoon tidak mempunyai keinginan untuk menyambung tugas ayahnya dalam bidang perniagaan. Hojoon adalah anak jati Korea akan tetapi dia telah berpindah ke Perancis semasa berusia 7 tahun kerana mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran dalam bidang fesyen. Kini, dia pulang ke Korea dan tinggal bersama abang tirinya Park Sehyuk.

             Dengan senyuman manis yang terukir di bibir, Hojoon berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah. Dia berasa teruja dan melihat bangunan akademi yang begitu cantik. Dia juga berasa bangga kerana Korea mampu bersaing setanding dengan negara-negara Barat dan Eropah dari pelbagai sudut. Kedatangannya disambut dengan baik oleh guru-guru dan pihak sekolah sejurus masuk ke pejabat. Tiba-tiba seorang seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna krim bertali leher hitam berjalan ke arahnya seraya berkata,

          "Jeo Hojon? Pelajar perpindahan dari Perancis?", soal lelaki tersebut.

          "Ya, saya", jawabnya.

          "Tahniah kerana berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar di akademi ini. Saya Jang Minwoo, guru kelas awak."

          "Kamsahamnida seongsangnim", jawab Hojoon lalu menunduk hormat.

          "Mari ikut saya ke kelas."

          "Ah, ya!", lalu dia mengekori Jang-saam berjalan dari belakang menuju ke kelas.

          "Annyeonghaseyo. Nama saya Jeo Hojon. Boleh panggil saya Hojoon.  Saya adalah pelajar baru di sekolah ini. Harap dapat berkawan dengan awak semua. Sila tunjuk ajar", lalu menunduk hormat di hadapan kelas.

Semua pelajar lelaki tergamam melihat kecantikan dan kemanisan senyumannya itu.

           "Baiklah, Hojoon awak boleh duduk di kerusi hujung tu."

           "Ah, ya."

Semua mata melirik ke arahnya yang berjalan menuju ke tempat duduk. Dia menyedari keadaan itu tetapi berpura-pura seperti tidak mengendahkan mereka semua. Lalu, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan mengeluarkan sebuah buku catatan kosong di atas meja bersama bekas pensilnya yang berwarna biru muda. Tiba-tiba, dia terdengar ada suara yang memanggilnya dari arah kanan.

           "Psst..Psst... Hojoon-ah.."

Dia memandang lelaki tersebut sambil mengangkat kedua keningnya, "Mwuh?"

           "Cantik nama... macam orangnya."

           "Gomawo", balasnya.

Hojoon hanya mampu tersenyum menahan ketawa kerana dia tidak menyangkal ada pelajar lelaki yang akan berkata sedemikian. Mungkin kerana dia pernah menceburi bidang permodelan sewaktu kecil dan sentiasa dipuji kerana kulitnya yang cantik dan lembut seperti perempuan. 'Kat sekolah lama, takde pulak budak laki yang puji aku 'cantik'. Mungkin sebab kat sini ada budak laki je kot, tak macam kat tempat aku.', bisik hatinya.

             Tiba-tiba, Hojoon terpandang ke arah koridor yang berada di sebelah kanan kelas. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri sambil memerhatikannya. Disebabkan pantulan cahaya matahari yang agak terang, membuatkan pandangannya menjadi silau dan tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut. 'Takkanlah hari pertama dah ada stalker?'

 

-Bab 1 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon