CHAPTER 5

KEY TO YOUR HEART ( Malay Version) -Hiatus-

Seperti kebiasaanya, Atom selalu meghabiskan masa di rumah Xero. Xero hanya tinggal sendirian bersama beberapa orang pembantu rumah. Rumah itu adalah satu-satunya peninggalan eomonni selepas meninggal dunia. Eomonni-nya, Puan Shin meninggal dunia ketika dia berusia sepuluh tahun kerana terlibat dalam sebuah kemalangan yang tragis.

        Dia tidak mahu tinggal bersama ayahnya sejurus selepas Tuan Shin berkahwin dengan isteri baru. Dia merasakan seolah-olah perempuan itu telah merampas kasih sayang seorang ayah darinya apatah lagi Tuan Shin selalu saja sibuk dengan urusan kerja di luar negeri. Oleh itu, mereka tinggal secara berasingan dan Tuan Shin tidak pernah menyalahkannya kerana dia tahu anaknya itu terlalu rapat dengan ibunya dan sukar untuk melupakan apa yang berlaku.

 

          Hari demi hari silih berganti dan putaran jam meninggalkan masa yang lalu. Dia berasakan sudah sampai masanya dia berubah demi kebaikan. Shin Jiho bukan lagi dirinya yang dulu. Seringkali termenung dan tersenyum sendirian. Adakalanya dia menjadi terlalu bersemangat dalam berbuat kebaikan dan bertindak mengikut emosi.

            "Yah! Xero-hyung. Apa dah jadi? Aku tengok kau dah lain macam je dua tiga menjak ni", ujar Atom.

            "Apa? Mana ada apa-apa. A-aku biasa-biasa je", Xero cuba menafikannya.

            "Aigoo~ Aku dah bosan lah. Dah lama kita tak cari pasal ngan budak-budak dekat akademi tu."

            "Cukuplah tu. Aku dah penat...bosan dengan diorang."

Atom berasa hairan melihat Xero yang telah berubah fikiran. Bukan itu saja, perangainya juga telah berubah menjadi lebih baik membuatkan Atom berasa geram. 

            "Habis tu, Pgoon macam mana? Kau dah lupa pasal dia? Pasal dendam kau...", soal Atom.

            "Biarkan je dulu."

            "Hah? Wae? Bukan ke kau suka sangat cari gaduh dengan dia? Kau dah gila? Sakit? Lupa makan ubat?"

            "Aishh, aku okay lah. Buat sementara waktu aku nak jadi 'budak baik'."

            "Haih, apa hal setan nak bertukar jadi malaikat pulak ni?"

            "Salah ke?", tanya Xero.

          "Ahhaha...dengan 'awek-awek' lama pun kau dah tak sentuh, yang baru pun tak 'diburu'. Kenapa? Sang raja dah jatuh cinta?", Atom memerli Xero sambil tersenyum sinis.

            "Hah? Jatuh cinta? Hati kering macam aku ni..."

            "Well...well..well...kering tak kering. Cinta tetap cinta. Bila hati dah suka, kau cuma akan nampak yang baik aje."

            "Kalau betul lah aku jatuh cinta...", kata Xero sambil mengusap dagunya sendiri.

            "Heh...jangan sampai kau lupa kedudukan kau....dan siapa sebenarnya dia", Atom mendengus kasar melihat Xero.

Xero hanya mengeluh dan cuba mengimbau kembali kejadian beberapa hari yang lepas ketika dia terserempak dengan Hojoon secara tidak sengaja di Topp Class Hotel milik sepupunya Sangdo. Detik-detik bersama Hojoon membuatkannya berasa tenang dan gembira.

***

            Sejurus selepas Hojoon mendaftar keluar dari hotel tersebut, dia pulang bersama Xero yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah. Akan tetapi Xero telah membawanya ke suatu tempat yang agak menarik untuk dilawati.

            "Eh? Xero-hyung, kita nak pergi mana? Ni bukan jalan nak ke…"

           "Aku nak bawa kau ke suatu tempat yang menarik"

           "Huh? Wae?"

           "Dengar katanya, Hojoon baru je pulang dari Perancis pastinya belum sempat nak melawat ke mana-mana tempat, kan?"

           "Ahh…Susah kan hyung je. Tapi, macam mana hyung tau?"

       "Takde apa yang berlaku dekat akademi yang aku tak tau. Berita pasal budak baru masuk akademi selalu je cepat tersebar."

           "Whoa! Tak sangka pelajar lelaki pun suka bergosip",  Hojoon ketawa kecil.

           "Kenapa? Lelaki tak boleh bergosip atau dekat tempat Hojoon tinggal, hanya perempuan aje yang tau bergosip?", Xero tersengih mendengar tawa Hojoon.

            "A-Andwae", Hojoon tersenyum malu lantas mengalih pandangannya ke luar tingkap.

Entah kenapa sejak pertama kali mereka berjumpa hatinya begitu gembira setiap kali melihat wajah Hojoon.

 

       Seperti yang dikatakan, Xero membawanya ke sebuah destinasi yang sangat menarik dan menyeronokkan iaitu Lotte World. Sebuah kompleks rekreasi utama di Seoul, Korea Selatan. Ia terdiri daripada taman tema tertutup yang terbesar di dunia yang dibuka sepanjang tahun, sebuah taman hiburan luar yang juga dipanggil 'Pulau Ajaib', juga sebuah pulau buatan di dalam tasik yang dihubungkan oleh monorel, pusat membeli-belah, hotel mewah, sebuah muzium kaum Korea, kemudahan sukan, dan pawagam.

            "Uwaaah...besarnya...", melihat taman tema itu sudah membuatkan Hojoon teruja.

            "Ni kali pertama kau datang ke taman tema ke?”, soal Xero.

            "Aniyo, tapi ni lah kali pertama dapat datang sini. Selalunya tengok dalam gambar je."

            "Kalau macam tu, jom lah masuk", Xero mengajak Hojoon masuk ke dalam taman tema tersebut.

            "Ah! Yeh."

Xero dan Hojoon jalan beriringan melangkah masuk ke dalam taman tema yang popular itu.

 

           Tiba-tiba Hojoon teringat akan kata-kata Pgoon. Dia tiba-tiba jadi tidak selesa dan takut. Takut apa yang Pgoon katakan tentang Xero adalah benar. Sebagai Hyung masakan Pgoon akan membohongi dongsaengnya sendiri. Tapi kenapa?

 

Xero memandang wajah Hojoon yang resah semacam. Dia juga menyedari bahawa dari tadi Hojoon tidak banyak bersuara. “Hojoon, kenapa?”

            "Err...tak...takde apa."

            "Jom kita pergi sana", lantas Xero menarik tangan Hojoon.

Hojoon terpinga-pinga apabila Xero memegang tangannya tapi dia tak mampu menyembunyikan rasa gembira yang bertandang dalam hatinya.

            "Kita nak pergi mana dulu?", tanya Xero.

            "Nak aiskrim....", minta Hojoon tanpa sedar yang kelakuannya itu cukup comel di mata Xero sehingga membuat jantung lelaki itu berdegup dengan lebih kencang.

            "Jom," Xero membawa Hojoon ke kedai ais krim tanpa melepaskan tangan gadis itu.

            "Gomawo...", ucap Hojoon sambil menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya.

Xero hanya tersenyum melihat tingkah laku Hojoon yang comel dan berkata, "Sama-sama."

            "Habis tu kita nak pergi mana pulak lepas ni? Semua tempat nampak best."

            "Rumah hantu?"

Hojoon memandang Xero tanpa berkelip. Dia seorang yang cepat lemah semangat dan sangat penakut. Kalau pergi ke taman tema, rumah hantu adalah tempat yang dia paling tak nak pergi. Tapi kali ni, Xero yang ajak. Perlu ke dia menolak? Dia tidak mahu Xero berasa kecewa kerana Xero telah menolongnya dari bergaduh dengan Sangdo malah dia menawarkan diri untuk menghantar Hojoon pulang.

            "Kenapa? Kau tak nak masuk ke?” soal Xero.

            "Aniyo.. jomlah masuk”, pantas saja Hojoon membalas.

Hojooon menggenggam erat tangan Xero sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam. Dia langsung tidak melepaskan pegangan tangan Xero. Malah semakin lama semakin kuat dia menggenggam tangan lelaki itu. Dia merasakan ada sesuatu menyentuh bahunya. Pada awalnya dia menyangkakan Xero yang berbuat begitu.

            "Xero-hyung.. hyung ke yang pegang bahu Hojoon?", soal Hojoon sambil berharap yang Xero akan menjawab ‘ya’.

            "Tak adalah. Waeyo?"

Hojoon mula rasa seram sejuk. Kalau bukan Xero yang pegang bahu dia siapa pula yang memegangnya? Dia menoleh ke sebelah kanan. Suatu lembaga berambut panjang dengan muka yang sangat menyeramkan berdiri di sebelahnya.

            "Aahhhhh...!!” jerit Hojoon. Cepat-cepat dia memeluk Xero yang terkejut dengan teriakannya.

            "Hojoon-ah... kenapa ni?" dia mengusap lembut belakang badan Hojoon.

            "Hojoon... takut...”, balas Hojoon sambil mengerutkan dahi dan mencebikkan bibirnya.

Entah mengapa Xero merasakan Hojoon nampak sangat comel. Tingkah-lakunya, kata-katanya, semua nampak comel di mata Xero.

            "Jangan risau lah. Tu bukan hantu betul pun", pujuk Xero tanpa meleraikan pelukannya.

Kemudian, Xero mengajak Hojoon singgah di sebuah restoraan untuk menenangkan dirinya.

            "Kau dah okay ke?", Xero bertanya sebaik saja mereka selesai memesan makanan.

         "Ya.. pasal kat rumah hantu tadi.. mianhe.. mesti hyung malu gila kan keluar dengan Hojoon?", Hojoon hanya tunduk kerana berasa malu untuk menatap wajah Xero di atas kelakuannya tadi.

            "Taklah... Aku suka."

Mendengar kata-kata itu membuatkan  Hojoon tersentak dan pipinya menjadi kemerahan. Dia terus memandang tepat ke arah Xero lalu berkata,

            "Apa?"

            "Tak ada apa", Xero hanya mampu tersenyum. Pipi Hojoon menjadi merah padam serta merta.

         Seandainya ini adalah yang dikatakan cinta maka ianya satu kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah sedih menjadi riang, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah amarah menjadi ramah dan mengubah musibah menjadi muhibbah. Cinta juga umpama satu kuasa magis yang boleh menukar seuatu yang buruk kepada yang baik juga sebaliknya bergantung kepada sang pencinta itu sendiri.

 

'Jika benar ini adalah cinta dan bagaimana harus ku katakan cinta padanya'

 

***

Dendamnya terhadap Pgoon makin pudar sekalipun belum hilang dek perasaannya kian dikaburi oleh rasa sayangnya terhadap Hojoon mula menguasai diri. Dia mahu melupakan perasaan amarahnya pada Pgoon dan cuba memikat hati adik tirinya Hojoon.

            Xero yakin bahawa diri Hojoon belum lagi dimiliki oleh siapa-siapa. Oleh itu, dia harus bertindak dengan cepat sebelum ada yang cuba merampas Hojoon darinya. Apatah lagi dengan rupa Hojoon yang cantik sekalipun dia adalah seorang lelaki dan kekayaan yang dimiliki, pasti akan menjadi rebutan ramai gadis di luar sana tapi bukan itu yang dibimbangkan.

Bagaimana dengan pelajar-pelajar lelaki di Prince Music Akademi?

 

            "Atom-ah. Aku ada kerja baru untuk kau", ujar Xero.

            "Macam seronok je. Apa saja yang 'tuanku' mahu akan patik turutkan...Ahhaha...", Atom ketawa.

            "Aku nak kau perhatikan si Hojoon."

            "Hah? Kenapa? Kerja macam tu hyung nak serah kat aku?"

            "Aku nak dia jadi milik aku."

Atom ketawa berdekah-dekah seraya berkata, "Jadi...memang betul lah sangkaan aku, hyung dah suka kat dia."

            "Aku tak nak orang lain ambil dia sebelum aku. Walau apa jua yang berlaku, dia tetap akan menjadi milik aku", Xero tersenyum sinis sambil memikirkan Hojoon yang bakal menjadi miliknya.

            "Habis tu, hyung nak aku jadi bodyguard dia.. Aduh~ Hyung ingat aku ni malaikat penjaga ke apa?"

            "Apa salahnya, aku boleh bayar berapa kau nak."

            "Bukan duit yang menjadi persoalannya. Tangan kotor aku tak sesuai nak jadi penjaga untuk 'Tuan Puteri Hojoon'."

Atom terus ketawa memikirkan Xero yang mengarahnya untuk memantau Hojoon dari jauh. Dia yang selalu menerima arahan untuk memukul orang tiba-tiba dilantik menjadi 'malaikat penjaga' buah hati kawannya itu.

 

            Atom mengenali Xero sejak dari kecil, di mana Atom selalu saja dibuli oleh kanak-kanak yang lain di tadika kerana dia tidak pandai berlawan dan dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin. Xero lah yang selalu menyelamatkannya. Walaupun mereka hanya berbeza setahun namun persahabatan mereka tidak begitu menggambarkan perbezaan usia kerana mereka sangat rapat. Apatah lagi, ibu Atom pernah berkhidmat sebagai pembantu di rumah Xero sebelum Puan Shin meninggal. Kerana sering kali diselamatkan Xero, Atom berasa dirinya berhutang dan cuba untuk membalasnya dengan cara berbuat apa saja yang disuruh oleh Xero sekali pun berbuat keburukan.

       Malah, kerana dendam yang tersemat di jiwanya, dia cuba membalas dengan cara berbuat jahat kepada orang lain. Bergaduh, bertumbuk, membuli, itu semua sudah menjadi perkara biasa baginya. Tapi, untuk kali pertamanya dia disuruh untuk memerhatikan Hojoon dari jauh. Dia menyedari bahawa Xero telah pun jatuh cinta. Dia harus akur dan menghormati perasaan kawannya walaupun dia tahu, masih ada hutang yang belum dilangsaikan antara mereka berdua dengan abang tiri Hojoon, Park Sehyuk (Pgoon).

 

-Bab 5 Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekhan_47 #1
Chapter 11: Keep update!best hila ff ni >_<
Fatin96 #2
Chapter 11: Update soon ^^
ilirsyana #3
Chapter 1: bestnyaaa . update laaa huhuhu why hiatus ?
KimXiuWan #4
Chapter 11: Update soon
Jung_Qara_Faziera
#5
Chapter 11: Deabakkkkk~
Jung_Qara_Faziera
#6
Chapter 9: Good Jop Unnie ^=^ palli update nde ><
ELFlisa #7
Chapter 8: update soon..
imyoona30
#8
Congratulations to the author
shiyeol99 #9
Chapter 2: update soon