Love ?

Tired To Walk
Please Subscribe to read the full chapter

Selepas bangun dari tidur, aku mencapai telefon bimbit aku dengan malasnya. Aku ingin berjumpa dengan Youngjae. Aku mahu bertanya pada Youngjae kenapa Daehyun secara tiba-tiba berubah menjadi baik terhadap aku semalam. Ia membuat aku tertanya-tanya malam tadi. Aku sangatlah ingin tahu apa maksud Daehyun yang tersirat akan sikapnya semalam.

 

 

"Yeobeoseyeo ? Youngjae, hari ini kau ada masa tak atau kau ada rancangan nak keluar dengan teman wanita kau?" Aku bertanya pada Youngjae melalui telefon.

 

 

"Erm hari ini Youngjae ada masa. kenapa ?" Youngjae bertanya pada aku pula. Aku menjawab "Hari ini boleh tak kita berjumpa di Big Hit Cafe?" Aku bertanya padanya. Aku harap Youngjae setuju.

 

 

"Boleh. Kita jumpa pada pukul 12 tengah hari. Youngjae nak bersiap-siap dulu. Bye~" Youngjae berkata pada aku. aku pun bersetuju dengan waktu yang ditetapkan oleh Youngjae. Sekarang pukul 10:50 pagi. Aku bangun dari katil lalu mencapai tuala aku dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Selepas mandi aku melihat jam telah menunjukkan pukul 11:10 pagi. Aku berdandan sedikit lalu turun ke bawah untuk menyapa keluarga aku. 

 

 

Aku duduk di kerusi makan bersama omma dan appa. Aku minum beberapa teguk air susu dan makan sandwich yang telah omma sediakan. Setelah habis bersarapan aku meminta izin pada omma dan appa aku untuk keluar bersama Youngjae dan mereka mengizinkan aku tapi aku tidak boleh balik lewat malam. 

 

 

 

Aku terus keluar dari rumah lalu terus menuju ke Big Hit Cafe. Rumah aku dan cafe itu tidaklah jauh mana jadi aku pergi dengan berjalan kaki menuju ke cafe. Lagipun aku mahu mengurangkan berat badan. Setibanya di cafe, aku terus mencari tempat duduk di tepi tingkap kerana ia tempat kegemaran aku. Seorang pelayan mengambil pesanan aku iaitu cappucino. Aku melihat jam tangan aku telah menunjukkan tepat pada pukul 12. 

 

 

 

Beberapa minit kemudian Youngjae datang. Aku melambai tangan padanya dan Youngjae melihat aku. Youngjae datang ke tempat duduk aku. Setelah Youngjae duduk de hadapan aku, pelayan mengambil pesanan Youngjae. Kami berbual tentang topik lain dahulu setibanya pesanan Youngjae datang baru lah aku memulakan topik yang sebenarnya.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KimJonginBias
#1
Zelo still menjadi kwn sahaja~ huhu.. haha thanks well saya peminat B.A.P that's why saya try sambong story cousin saya ni ^^
Chiko_Miari #2
Chapter 9: Dia pilih daehyunn..huhu..
Zelo cam ne??*abaikan
Nice story, jarang org nk buat story pasal bap..
JunAra
#3
Tajuknya yang macam title lagu B1A4 yg buat saya click subscribe ^^ take saber baca
nhmuhammad #4
Chapter 7: Update soon please.....
hyemipark
#5
Chapter 7: Uwahh best gile la