009

Extra Teresstrial

 

 

 

 

SUMPAH AKU BENCI IKLAN WHISPER TU!MEMALUKAN!! >///<

 

 


 

 

 

Sehun melempar barang-barang diatas mejanya geram.Keluhan kasar dapat didengar.Dia menjerit dengan sepenuh hatinya.

 

“Kenapa begitu mudah aku biarkan dia pergi??sepatutnya dia dah mati..dan selepas itu..Papa akan anggap aku semula sebagai anaknya..”Sehun melabuhkan punggung diatas sofa hitam dan meraup wajahnya kasar.

 

“Dia tak mungkin selamat..tak mungkin…”Sehun mengangguk sendiri.

 

“Tuan Putera…Tuan Putera tak apa-apa ke?”Soal seorang lelaki yang kelihatan agak tua dan berkaca mata kecil menuju kearah Sehun.

 

“Uh…pakcik Louis…ye..saya okay..”Sehun mengukirkan senyuman nipis.

 

Encik Louis menggeleng kepala dan duduk disebelah Sehun dan membiarkan Sehun menyandar pada bahunya.Dia sudah menganggap Sehun seperti anaknya sendiri.

 

“Apa yang mengganggu fikiran Tuan Putera??”

 

“Pakcik Louis..”

 

“Ya?”Encik Louis menaikkan keningnya.

 

“Tolong..berhenti panggil saya Tuan Putera..selagi saya tak dapat tandingi abang saya…saya takkan layak dipanggil Tuan Putera”Ujar Sehun dengan nada yang tidak puas hati dan berbaur kecewa.

 

“Saya kena bunuh Rain..saya kena bunuh dia!”Sehun terus bangkit berdiri dan kukunya menjadi panjang dan bersinar seperti besi.Matanya bertukar menjadi lebih bersinar.Ada seperti calar-calar pada pipinya bewarna kelabu.

 

“Sabar..sabar..”Encik Louis cuba menghentikan kemarahan Sehun.Ya,dia menjadi sebegini kerana abang kandungnya.Luhan.

 

 


 

 

 

Jaket berbulu bewarna putih disarung pada badannya.Dia berjalan dengan gah menuju ke balkoni dan merenung suasana malam yang gelap.Disini bulan bercahaya terang.Udara dihirup.Dia menurunkan pandangannya,dia dapat lihat beberapa puak Silver sedang giat berlawan pedang dan membuat senjata.

 

“Tuan Putera Luhan,masuklah..bubur dah siap”Ujar pembantu istana yang sedang meletak dulang diatas meja.

 

“Uh..Chorong..terima kasih”Ujar Luhan sambil tersenyum dan masuk kedalam biliknya semula.Luhan melabuhkan punggung diatas sofa dan menikmati bubur yang masih panas.

 

“Tuan Putera..Tuan Putera masih belum sihat..tak usahlah keluar dari bilik dan duduk dibalkoni..diluar sejuk..nanti makin teruk demam Tuan Putera”Nasihat Chorong yang sedang membetulkan cadar katil Luhan.

 

“Beta tahulah..Beta Cuma bosan…”

 

Chorong anggukkan kepala dan menundukkan badannya sedikit dan menuju keluar.

 

“Chorong!”

 

Chorong berpaling kebelakang dengan dulang.

 

“Apa dia,Tuan Putera?”

 

“Apa kata kita sambung hubungan kita..macam dulu?”Soal Luhan sambil menggenggam pergelangan tangan Chorong.

 

“Tuan Putera..janganlah pegang macam ni..nanti ada yang nampak”Ujar Chorong sambil melihat ke luar bilik.

 

Luhan menutup pintu dan menolak Chorong ke pintu dengan rapat.Mata Chorong ditenung dalam.

 

“Kenapa?kenapa?awak dah tak suka saya ke?”

 

Chorong mengalihkan pandangannya kearah lain dan mengeluh.

 

“Tuan Pu--

 

“Tak payah bertuan Putera sangat..tiada siapa yang dengar dalam bilik ni”Ujar Luhan.

 

“Saya jadi raja..dan awak jadi permaisurinya…semuanya sempurna dan kita hidup bahagia..okay?”

 

Chorong cuba melepaskan genggaman Luhan dan menggigit bibirnya dengan perasaan yang keliru.

 

“Itu sesuatu yang mustahil…dan hubungan itu masa dulu..sekarang berbeza..awak akan menjadi raja tidak lama lagi..dan saya ini hanya orang gaji”

 

“Jadi apa mas--

 

Belum habis ayat,Luhan dan Chorong terjatuh kerana ada seseorang yang menolak pintu dari luar bilik.

 

“Er..Tuan Putera?Chorong?”

 

Soal pengasuh Luhan,Qiz dengan riak wajah yang terkejut.

 

“Err…”Chorong segera bangun dan beredar pergi dengan wajah yang merah padan,manakala Luhan hanya tersengih senget dan menggaru belakang lehernya apabila melihat wajah Qiz yang sudah berkerut seribu memandang Luhan dengan bercekak pinggang.

 

“Eh..budak bertuah ni…kamu mengorat orang gaji?”Soal Qiz sambil mencubit telinga Luhan.

 

“A’ah!ma..adoi..sakit lah…adeh..”Luhan mengaduh kesakitan.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
aku asyik tengok Sehun dalam poster tu aje...haha!

Comments

You must be logged in to comment
MomoEXO #1
Update author-nim! Cerita ni sgt menarik!
JungJK #2
Chapter 12: akak update lah cerita nihh seronok ah
atyra45
#3
Chapter 12: akak .. Keep update!! x sbar nirh ..
woohyun98
#4
Chapter 12: update soon :)
baekielover #5
Chapter 11: Update soon
nurulizzahramanlee
#6
Chapter 12: Oh my gaaahhhh... Akak aisyah updateu pleaseuu
NinaNaz
#7
Chapter 12: Nyehe~ buat citer mystery plk lps ni x3
NinaNaz
#8
Chapter 11: Waduhh...Jantungku...xtau nk ckp pe dh >< Too many emotions ><
atyra45
#9
Chapter 11: Saye agak kmungkinn rain akan stukn puak mlslui chanyeol kai dan sehun ... ^^