005

Extra Teresstrial

 

 

Author:Hi!ni fanfic fantasy aku yang pertama,so kalau ada kekurangan,maafkan saya :3 maafkan aku gak kalau cerita ni pelik xD haha

 

 


 

 

 

 

 

Rain dan Sehun berjalan beriringan menuju kearah istana Blue Krystal yang kelihatan agak jauh.Apabila Rain bertanya,kenapa tidak terbang sahaja,Sehun berkata,diBlue Krystal,terbang adalah suatu kesalahan.Rain masih tidak faham,apa yang menjadi suatu kesalahan dengan terbang.Kalau dia menjadi pemerintah nanti,mesti dia ubah undang-undang mengarut sebegitu.

 

“Kenapa kau tengok aku macam tu?”Soal Rain kepada Sehun yang dari tadi merenungnya.

 

“Er…”Sehun terkelu lidah dan mengalihkan pandangannya manakala Rain tersengih dan memeluk tubuhnya sendiri.

 

“It’s okay..mesti sebab aku cantik,kan?”

 

“Ya,Tuan Puteri seorang yang cantik”

 

Rain mencebik bibir dan bermain dengan dagunya.

 

“Huh..sebab aku Tuan Puteri,ek?kalau cakap Tuan Puteri tak cantik,mesti dihukum pancung”

 

“Ap..apa?”Sehun pula terbeliak mata mendengar apa yang Rain katakan.

 

“Kenapa?tak pernah dengar ke macam tu?kalau cerita raja-raja zaman dulu..kalau cakap macam tu dekat kerabat raja..mesti dipancung”Jelas Rain dengan kepala terangguk-angguk.

 

“Hmm..tak”

 

“Eh?”Kening Rain pula terangkat.Kalau macam tu,mesti sakit betul hati puteri-puteri atau putera-putera dekat dunia pelik ini dek dihina oleh rakyatnya sendiri.

 

“Memang tak..sebab semua puteri adalah cantik…macam Tuan Puteri”

 

Apa yang diujarkan oleh Sehun membuatkan Rain merah padan untuk seketika.

 

“Uh..jomlah kita pergi”

 

“Tuan Puteri”

 

“Ya?”Rain berpaling kebelakang.

 

“Apa kata kita berehat?lagipun hari dah gelap..bahaya”Ujar Sehun yang berjalan menuju kearah Rain dan berdiri menghadapnya.

 

“Hmm..okaylah..aku ikut kau aja..lagipun aku belum biasa dengan tempat asing dan aneh macam ni”

 

Sehun tersenyum senget dan memimpin tangan Rain dan menuju kearah sebuah gua yang seperti ais,namun tidak sejuk.Rain sendiri hairan.Kalau dilihat,tempat ini memang tempat yang sejuk,tapi,apa yang Rain rasa,berbeza dengan apa yang dilihatnya.

 

“Jom masuk kedalam gua”

 

“Uh..okay”Rain hanya akur dan masuk kedalam gua tersebut.

 

“Tuan Puteri..duduk sini,ya?”

 

Rain mengagguk dan melabuhkan punggung diatas tanah dan memeluk lututnya.Beberapa minit kemudian Sehun mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan ianya adalah sebiji botol kecil berisi habuk bewarna kelabu.Tanpa dijangka,Sehun meletak habuk tersebut diatas tapak tangannya lalu dihembus dan habuk tersebut bertukar menjadi api yang bewarna biru muda.

 

“Wow!macam mana tu?”Rain tergaman dan menepuk tangannya kerana teruja.

 

“Hehe..ini sesuatu yang biasa Tuan Puteri”

 

“Hah!Tuan Puteri..lupa saya nak cakap..dekat dimensi ini..ada 4 puak…Tuan Puteri adalah dari puak Blue Krystal..”

 

Rain mengangguk kepalanya.

 

“Yang lain??”

 

“Puak Silver..puak ini mampu mengawal besi…Puak Warlock pula ialah ahli sihir dan puak Wilblood adalah campuran haiwan”

 

Rain mengangguk dan cuba memproses penerangan ringkas daripada Sehun.Rain tersengguk-sengguk.Badannya terasa sedikit hangat dan cahaya api tersebut langsung tidak menyakitkan matanya malah menenangkan dan memudahkannya menjadi mengantuk.Tiba-tiba kelopak matanya menjadi berat dan akhirnya dia terlelap dan terbaring.

 

Sehun berdiri dan tersenyum senget sinis.Anak matanya tadi yang bewarna hitam bertukar menjadi bewarna kelabu pekat.Rambutnya yang tadi bewarna kuning coklat bertukar menjadi kelabu muda.

 

“Dah lama aku tunggu saat ini..”Detus hati Sehun sendiri.Kuku jarinya menjadi panjang berwarna kelabu seperti besi.Dia menuju kearah Rain yang lena.Dia menyelak rambut panjang Rain yang menutup belakang lehernya perlahan-lahan.

 

Kuku jari besinya perlahan-lahan masuk ditusuk kedalam tanda Kristal biru tersebut namun Rain terjaga dari lenanya dan merasakan sesuatu yang tajam,terus dia bangkit dan melihat Sehun yang berubah dari apa yang dilihatnya sebelum ini.Wajah Sehun kelihatan sinis dan penuh kebencian.

 

“Sehun!apa kau cuba buat ni??”Soal Rain sambil mengundur.

 

“Aku?aku cuba membunuh kau…hahaha!”Kai ketawa terbahak-bahak dan merenung Rain dengan pandangan tajam.Dia menjilat bibirnya.

 

“Aku nak lihat darah biru kau mengalir dari tanda Kristal biru itu..Aku nak kau rasaikan kesakitan setiap detik aku tusuk kuku besi aku pada tanda tersebut”

 

Rain kaku.

 

“Sehun..kau puak..silver ke??”Soal Rain apabila melihat kuku Sehun yang bewarna kelabu seperti besi.

 

“Pandai kau teka…haha…dah bersedia untuk mati?Tuan Puteri??”

 

Rain kaku.Dia tidak tahu apa yang patut dia buat,sekarang dia mahu pulang ke tempat asalnya semula ke dunia semula.

 

Tanpa diduga,Sehun berlari dan menuju kearah Rain seperti binatang liar yang mahu menerkam mangsa kearah Rain dan menyebabkan Rain jatuh terbaring diatas tanah.Sehun tersenyum sinis dan mencekik leher Rain.

 

“Le..lepaskan..aku!”Rain mengaut pasir diatas tanah dan melemparnya pada wajah Sehun.

 

“Ahhhh!”Sehun mengerang kepedihan.Tanpa membuang masa Rain terus berlari dari gua tersebut.

 

“Jangan berani kau lari!”Laung Sehun.

 

Rain terus keluar dari gua tersebut tanpa berpaling kebelakang lagi.Dia berlari sekuat hati menuju masuk kedalam hutan yang gelap.Akhirnya Rain jatuh tersungkur,terpijak akar kayu.Rain perlahan-lahan berpaling kebelakang dengan nafas yang tercungap-cungap.

 

Dia menghembus nafas lega kerana tiada kelibat Sehun.Rain terbaring diatas rumput hijau dan meraup wajahnya yang mengeluarkan manik peluh.Dia melihat keatas langit hitam dengan bulan bewarna jingga.Suasana yang lain,menyeramkan dan penuh misteri.Rain mula bangkit dari baringnya.

 

“Dimana aku?”

 

 

 


 

 

 

 

Yo!terkejut tak?tak sangka si Sehun adalah puak Silver?kekeke xD.rupanya si Sehun ialah jahat

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
aku asyik tengok Sehun dalam poster tu aje...haha!

Comments

You must be logged in to comment
MomoEXO #1
Update author-nim! Cerita ni sgt menarik!
JungJK #2
Chapter 12: akak update lah cerita nihh seronok ah
atyra45
#3
Chapter 12: akak .. Keep update!! x sbar nirh ..
woohyun98
#4
Chapter 12: update soon :)
baekielover #5
Chapter 11: Update soon
nurulizzahramanlee
#6
Chapter 12: Oh my gaaahhhh... Akak aisyah updateu pleaseuu
NinaNaz
#7
Chapter 12: Nyehe~ buat citer mystery plk lps ni x3
NinaNaz
#8
Chapter 11: Waduhh...Jantungku...xtau nk ckp pe dh >< Too many emotions ><
atyra45
#9
Chapter 11: Saye agak kmungkinn rain akan stukn puak mlslui chanyeol kai dan sehun ... ^^