007

Extra Teresstrial

 

 

Kai mengeluh kasar dan merenung air sungai yang hitam,tidak dapat dilihat apa yang berada didalam sungai tersebut.Misteri.Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.Betulkah tindakkannya memerangkap gadis tersebut demi puaknya?

 

“Tapi aku buat semua itu demi puak aku sendiri..puak Wildblood..”Kai menongkat dagu dan merenung pantulan dirinya didalam sungai kosong.

 

“Wargh!”Tiba-tiba D.O muncul dari dalam sungai dengan ikan pada mulutnya.Perbuatan D.O itu telah mengejutkan Kai yang sedang memikirkan masalah.

 

“D.O!hish!terkejut aku!”Kai menggosok dadanya.

 

“Hehe..maaflah..kau tengah buat apa tu?”Soal D.O sambil keluar dari sungai dengan pakaian yang sudah basah kuyup.

 

“Hmm..aku tengah..mungkin melayangkan nyawa seseorang yang ikhlas membantu aku”

 

“Huh?”D.O menggaru kepala.Tidak mengerti.

 

“Perempuan tu…dia ialah bakal pemerintah Blue Krystal…”

 

“What?kenapa kau buat macam tu??bukan kau dah tunggu saat ini terlalu lama ke?”Soal D.O dengan semangat dan menggoncang-goncang bahu Kai.

 

“Hm..aku tak tahu…tapi..takkan aku nak khianati puak aku sendiri pula..kan?”

 

“Maksud kau..puak Wildblood campuran serigala tu?yang menindas kau tu?Suho yang jahat lagi mengada tu??”D.O pula geram dengan bercekak pinggang.Sebenarnya D.O ialah beruang,jadi ianya sesuatu yang pelik apabila si Serigala campur singa dan angsa berkawan dengan si beruang.

 

“Aku sendiri pening…entah..aku ni…entah”Kai meraup wajahnya kasar.

 

“Kai!”

 

Kai merenung wajah D.O yang pucat.

 

“B..Bu..Bulan..Bulan berdarah…malam ni??”Ujar D.O apabila melihat pantulan bulan didalam sungai.

 

Kai kaku.Matanya seperti menggeletar apabila melihat bulan tersebut.Seolah-olah darahnya mengalir dengan laju.

 

“K..Kai..entah-entah…perempuan tu..akan dijadikan korban..ini tak boleh jadi!diakan bakal pemerintah Blue Krystal!”

 

Kai merenung kosong lagi.Dia kemudian merenung wajah D.O.

 

“Apa kau nak buat..Kai?”

 

 

 


 

 

 

Rain terjaga kerana mendengar bunyi riuh rendah dan bau darah yang kuat.Rain mengerutkan dahinya kerana dia masih mamai.

 

Rain melihat sekeliling dimana kebanyakkan puak Wilblood sedang melihat kearah langit.Rain turut bertindak melihat kearah langit dan melihat bulan yang bewarna merah pekat.Rain menjadi kaku.Dia melihat kebawah pula.Darah yang menggelegak.Baunya sangat kuat.

 

“Apa semua ni?”Detus hati kecil Rain.Dia cuba meloloskan dirinya namun tidak berhasil kerana badannya diikat pada sebatang kayu.Bau darah yang kuat membuat dia berasa loya.

 

“Rawwwrrr!!”

 

Rain berpaling kesebelah.Dia melihat seekor singa putih yang bersaiz besar berlari menuju kearahnya.Apakah semua ini?adakah dia akan dimakan oleh singa tersebut?

 

Puak Wildblood melihat singa tersebut dengan kening terangkat.Suho pula mengetap giginya geram.Dia mula menarik hood jubahnya dan bertukar rupa kepada serigala.

 

“Kai…”Suho merenung singa tersebut dengan matanya yang bewarna seperti emas tajam.

 

Rain mencelik matanya dan melihat seekor serigala dan singa dihadapan matanya.Kai?singa ada nama?Singa tersebut merenung kearah Rain dengan mata yang sayu.

 

“Lepaskan dia”Ujar Kai.

 

“Hahaha!..apa kau mengarut ni?huh?”

 

Kai tidak mampu melawan kata-kata Suho,tapi mampu melawan Suho dengan tindakkan untuk waktu ini.

 

Kai terus menuju kearah Rain dan menariknya dari batang kayu tersebut.Suho terus menerkam Kai dari belakang dan menyakar belakang Kai dengan kuku tajamnya.Kai mengaum kesakitan dan mencakar wajah serigala Suho dengan kukunya dan melarikan diri.

 

Suho bertukar rupa kepada manusia dan menyentuh pipinya yang berdarah.Dia berteriak dengan kuat.

 

“Kai..tak guna!berani kau lawan aku!”Detus hati Suho.

 

“Kejar Kai!”Arah Suho.Beberapa dari mereka tadi terus masuk kedalam hutan dan mengejar Kai yang pergi bersama Rain.

 

 

 


 

 

 

“Awoooo!!!”

 

Kai berpaling kebelakang,dia dapat lihat puak Wildblood lain sedang mengejarnya.Kai terus berlari dengan Rain dibelakangnya.

 

“Peluk kuat-kuat!”

 

Rain terus akur kepada Kai dan duduk dibelakang Kai tidak bersuara.

 

Bunyi serigala makin kuat,membuat Rain dan Kai berdebar.

 

“Ahh!”Kaki Kai lemah lalu dia rebah.Badannya turut lemah kerana dicakar dengan dalam oleh Suho tadi.Dia bertukar rupa seperti manusia.Dahinya berpeluh dan nafasnya tercungap-cungap.

 

“Aku tak boleh lemah!”Bisik Kai sendiri.Dia bangkit dan menarik tangan Rain yang terkebil-kebil yang masih tidak faham situasi sebenar.

 

“Eh?”

 

Kai terus menarik Rain menuju ke sebalik pokok yang besar dan menekup mulut Rain.Pendengaran puak Wildblood sangat peka dengan jarak 15 depa.Kai bimbang jika mereka dapat mendengar bunyi nafas Rain.

 

“Mana Kai?”

 

“Dia dah menghilang ke??”

 

Kai memejam matanya.Hatinya sangat gementar.Tidak pernah dia melakukan benda gila seperti ini.Kalau dia dijumpai oleh Suho nanti,mati dia!

 

“Jomlah kita pergi!”

 

Kai cuba mengintai disebalik pokok.Nampaknya mereka dah pergi.Kai menghembus nafas lega dan tiba-tiba Rain menepis tangannya dan menolaknya ketepi.

 

“Apa kau sebenarnya??”

 

Rain merenung wajah Kai yang hanya berkerut.Mereka bertentang mata untuk beberapa saat.Rain jatuh terduduk.Lututnya terasa lemah.Air matanya tertumpah laju.Dia tidak faham apa semua ini.

 

“Kau yang aku selamatkan tu,kan?kenapa kau biarkan diorang yang gila tu tangkap aku??and then datang semula selamatkan aku..apa kau ni sebenarnya??”Soal Rain geram.Dia takut,dia mungkin nyaris mati.

 

“Kau ni..macam bapak ayamlah!”

 

Kai mengangkat keningnya.

 

“Err…saya bukan ayam..apatah lagi bapa ayam…saya serigala campuran singa dan angsa”
 

“Ah!aku tak kisahlah kau ni campuran alien ke hantu keapa!”Rain mendengus geram.

 

Kai mengerutkan wajahnya dan mengerang kesakitan.Kai jatuh terbaring dengan berpeluh dengan banyak.

 

“Biarlah kau mati dekat situ”Rain menjeling geram.Dia mula berjalan pergi meninggalkan Kai yang kesakitan.

 

Rain mula mengorak langkah pergi.Memujuk dirinya supaya tidak berpaling kebelakang.

 

“Biarkan dia!dia memang berpakat,kan?lepas ni dia nak buat apa pula?nak hantar aku ke tempat pelik dan cubaan membunuh kali keberapa entah!”

 

“Tolong!”

 

Rain menggigit bibir mendengar suara Kai yang meminta tolong dengan suara yang keperitan.

 

“Alah!dia jilatlah luka dia macam sebelum ni..lepastu sembuhlah!”Pujuk Rain,memujuk diri supaya tidak kasihan kepada insan separuh manusia dan separuh haiwan tersebut.

 

“Ish..tapi belakang dia..mana sampai nak jilat…ish!mamat ni!”Rain berpaling kebelakang.Akhirnya dia kalah dengan perasaan bernama kesian yang sudah menyebabkan dia hampir terbunuh dek perasaan kesian.

 

Rain menterbeliakkan mata kerana Kai sudah tidak menyedarkan diri dengan belakangnya berlumuran darah.Rain terus berlari kearah Kai untuk menolongnya yang sedang mengalami pendarahan yang parah.Lagi teruk apabila Kai sudah tidak menyedarkan diri.

 

 


 

 

Lay melihat kertas yang tertampal pada tiang lampu hitam dengan cahaya yang malap dan memerhati setiap perkataannnya dengan penuh tumpuan.

 

Bakal pemerintah Blue Krystal telah muncul (Wanted)

 

Lay mengambil kertas tersebut dan memasukkannya kedalam poket seluar hitamnya.Topi dibetulkan.Lay memandang sekeliling suasana pekan tersebut.Dia tersenyum senget dengan mata yang kuyup memandang kanak-kanak yang menjadi patung ditepi-tepi jalan.

 

Matanya memandang kearah langit tanpa bintang.Tangannya dimasukkan kedalam poket blazernya.Dia menuju kearah sebuah bangunan tinggi dan masuk kedalamnya.

 

“Chanyeol”

 

Seorang lelaki yang sedang menyusun buku yang berselerak diatas meja berpaling kebelakang.Dia tersenyum senget.

 

“Lay..kenapa?”

 

Lay tersenyum dan menuju kearah Chanyeol sambil menepuk bahu Chanyeol beberapa kali.

 

“Apa yang kau tunggu..dah tiba”

 

“Apa?”

 

Lay menghulurkan kertas tadi kepada Chanyeol.Mata Chanyeol terbeliak dan senyuman gembira terukir pada wajahnya.

 

“Dengan ini…tunang aku akan kembali semula”

 

 

 

 

 

 


 

 

 

Woah~si Kai dan si Chanyeol sudah muncul~extra dengan Lay sekali~kekeke xD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
aku asyik tengok Sehun dalam poster tu aje...haha!

Comments

You must be logged in to comment
MomoEXO #1
Update author-nim! Cerita ni sgt menarik!
JungJK #2
Chapter 12: akak update lah cerita nihh seronok ah
atyra45
#3
Chapter 12: akak .. Keep update!! x sbar nirh ..
woohyun98
#4
Chapter 12: update soon :)
baekielover #5
Chapter 11: Update soon
nurulizzahramanlee
#6
Chapter 12: Oh my gaaahhhh... Akak aisyah updateu pleaseuu
NinaNaz
#7
Chapter 12: Nyehe~ buat citer mystery plk lps ni x3
NinaNaz
#8
Chapter 11: Waduhh...Jantungku...xtau nk ckp pe dh >< Too many emotions ><
atyra45
#9
Chapter 11: Saye agak kmungkinn rain akan stukn puak mlslui chanyeol kai dan sehun ... ^^