006

Extra Teresstrial

 

 

Rain kaku dan meneguk air liur.Jantungnya berdegup kencang dan perasaan takut mula menyelubungi dirinya.Dia tidak dapat berfikir dengan betul untuk seketika.Dia terlalu takut,takut dengan Sehun yang mungkin akan muncul dengan secara tiba-tiba,takut dengan tempat yang asing bagi dirinya sekarang.

 

“Awwwwoo….”

 

Rain jatuh terduduk.Dihati,dia hanya berdoa agar dirinya selamat.Bunyi serigala yang menyeramkan.Rain memandang sekelilingnya.Ada mata-mata merah yang seperti memerhatikannya sebalik kegelapan malam.Rain terus berlari tanpa dapat memikirkan apa-apa lagi.

 

“Apa patut aku buat?aku kena keluar dari dunia pelik ni!”Detus hati Rain sambil menitiskan air mata.Adakah apa yang Sehun katakan,semuanya penipuan?

 

Rain menghentikan langkahnya,dia dapat mendengar bunyi serigala mengaung kesakitan.Rain berpaling kearah kanan dengan berhati-hati.Dia menekup mulutnya,dia dapat lihat seekor serigala yang bewarna kelabu cerah yang terbaring diatas tanah.Kakinya berdarah kerana terkena suatu perangkap yang seperti mencengkam kakinya.Serigala tersebut merenung Rain dengan pandangan tajam dan mengaung dengan lebih kuat,seolah-olah memberi amaran.

 

“Dia..kesakitan?”Rain bersuara didalam hati.Dia mahu membantu serigala tersebut namun serigala tersebut bangkit berdiri dan mengaung lagi,oleh kerana dia bergerak,kakinya semakin kuat terkena cengkaman perangkap tersebut.

 

“Hey..hey..good boy…good wolf…”Rain cuba mendekati serigala tersebut.Kini serigala tersebut kelihatan ketakutan.Kakinya cedera parah.

 

“Hey..hey…saya baik..saya..akan tolong awak..okay?”Ujar Rain perlahan-lahan,supaya serigala tersebut faham.

 

Rain tersenyum kecil apabila serigala tersebut mula menjadi seperti jinak kepada dirinya.Rain berjalan menuju kearah kaki serigala tersebut.Rain merasa cuak juga kerana saiznya yang agak besar dari serigala didunia manusia.

 

“Hmm..pelik…macam mana kaki dia yang besar boleh muat dalam perangkap macam ni??”Rain bersuara sendiri.Rain perlahan-lahan membuang perangkap tersebut menggunakan penyepit rambutnya dan akhirnya berjaya.

 

“Fuh…okay..”Rain tersenyum.Serigala tersebut mula meloloskan kakinya dari perangkap tersebut.Senyuman Rain mati apabila serigala tersebut rebah keatas tanah.

 

“Hey!serigala,awak okey tak??”Rain terus menggosok bahu serigala tersebut.

 

Mata serigala tersebut pejam celik pejam celik.Matanya kuyup dan kelihatan lemah untuk dicelik dan air mata mula menitis dari matanya yang bercahaya berkilauan jernih.

 

Apa yang mengejutkan Rain,serigala tersebut bertukar rupa menjadi seorang manusia lelaki yang berwajah pucat dengan mata yang bewarna kuning dan berambut kuning lembut.Dia mengerang kesakitan dan dapat dilihat jelas dia mempunyai gigi taring yang agak tajam dan besar.Lelaki tersebut juga mempunyai tanda yang aneh dan pelik pada sekeliling lehernya.

 

“Er…awak..ni..apa?”Soal Rain dengan riak wajah yang terkejut.

 

Lelaki tersebut tidak bersuara,dia kelihatan kesakitan dan berpeluh dengan banyak.Akhirnya dia pengsan didalam dakapan Rain yang terkebil-kebil.Tidak faham dengan situasi yang dia hadapi sekarang.

 

“Patut ke aku..tolong dia??”Rain bersuara didalam hati.Tapi dia takut kalau lelaki dihadapannya ini juga seperti Sehun.

 

“Ish..dia cedera parah macam ni..mahunya dia terkam aku?”Soal Rain didalam hatinya sendiri.Akhirnya dia membuat keputusan untuk menolong lelaki itu.

 

 


 

 

 

Dengan kudrat yang masih bersisa pada dirinya,Rain memapah lelaki tersebut dengan berhati-hati ditepi sungai yang kelihatan agak cerah kerana dapat dilihat bulan jingga dengan terang.Suasana ditempat itu sungguh menakutkan.

 

“Awak okay?”Soal Rain,namun lelaki tersebut langsung tidak memberi sebarang respon,mungkin dia masih belum sedarkan diri.

 

Rain mengoyakkan renda gaunnya dan mengikat kaki lelaki tersebut dengannya.Tindakkannya itu membuat lelaki tersebut terjaga dan mengaung.Rain mengundur sedikit kerana ketakutan.Takut pada ngaumannya dan gigi taringnya.

 

“Err…”Rain berdiri dan menjauhkan dirinya.

 

Lelaki tersebut kelihatan serba salah kerana tersalah menakutkan Rain.Dia cuba membetulkan duduknya dan melihat kearah kakinya yang berbalut.Tanpa disangka oleh Rain,lelaki tersebut telah menjilat kakinya yang berdarah dan dengan serta merta ianya pulih seperti biasa.

 

“Oh My..”Rain terkebil-kebil.

 

“Jap..kau ni…kau ni puak Wildblood ke??”Soal Rain.Dia sudah menggunakan kata ganti  ‘kau’ semula.Mungkin menggunakan kata ganti yang sopan kerana dalam ketakutan ketika itu.

 

Lelaki tersebut mengerlip-ngerlipkan matanya dan mengangguk kecil.Dia merangkak dan merenung Rain.Lelaki tersebut cuba menggapai tangan Rain dan menggenggamnya.Rain agak seriyau dengan kuku jarinya yang panjang dan baju kemejanya yang agak gelebeh,terkoyak dan ada kesan darah.Mata kuningnya yang bersinar dan bibir merahnya yang merekah.

 

“Maafkan aku..” Ujar lelaki tersebut separuh berbisik.Dia berdiri dan merenung mata Rain dengan tajam.

 

“Tangkap dia!kita dah jumpa!!!”

 

“Hah?”Rain tercengang apabila beberapa orang yang seperti lelaki dihadapannya muncul.Rain tidak patut panggil orang,puak Wildblood,ya,Wildblood.

 

“Tangkap dia!”

 

“Hei!apa semua ni!hei!kau dekat sana!aku tolong kau,kan??”Laung Rain apabila dirinya diheret oleh beberapa Wildblood yang muncul tadi.

 

Lelaki tersebut hanya memandang Rain tanpa bersuara.Wajahnya hanya kosong tanpa reaksi.Tiba-tiba dia berubah menjadi singa dan berlari menghilangkan diri.

 

“Jangan pergi!hei!tolong aku!”

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Rain menyumpah seranah kepada lelaki tadi.Sungguh dia tertipu!Dia seorang puteri?puteri apa yang menerima terlampau kesusahan sebegini?bukankah seorang puteri harus tinggal didalam istana dengan aman sekali?dengan gaun yang cantik direka khas?

 

“Dia bukan dari Wildblood,Silver mahupun Warlock..”Ujar seorang lelaki sambil mengangkat kening.Dia mengangkat dagu Rain dan memerhati Rain dengan tajam.

 

“Puak Blue Krystal…manusia?”Soalnya.

 

Rain terkebil-kebil.

 

“Apa kita patut buat pada dia,tuan??”Soal seorang lelaki yang berparut pada dahinya.

 

“Hmm..nampaknya dia istimewa..”Ujar lelaki tadi dan memusingkan badan Rain dan melihat tanda pada belakang lehernya.

 

“Tinggalkan aku berdua dengan dia”

 

“Baik Tuan”

 

Lelaki yang memanggil lelaki dihadapan Rain ‘Tuan’ berjalan keluar dan menutup pintu khemah.Rain mengerutkan dahi.Ini puak Wildblood,kan?kerana dia perasan,mata lelaki dihadapannya bewarna kuning,tetapi kuning keemasan.

 

“Kalau betul apa yang aku teka…bermula 1000 tahun yang lalu…kaulah pewaris Blue Krystal yang separuh manusia..tu kan??”Soal lelaki tersebut dan mengeluarkan pisau dari beg poket yang tergantung pada pinggangnya.

 

“Aku tak pasti”Ujar Rain acuh tidak acuh.Dia sendiri keliru dengan semua ini.Rain tidak membalas renungan lelaki tersebut.

 

Lelaki tersebut menuju kearah Rain dan berpusing-pusing mengelilingi Rain dan tersenyum sinis dan memandang Rain dari atas ke bawah.

 

Perlahan-lahan ikatan pada tangan dikoyakkan dengan pisau tadi dan pinggang Rain dipeluk erat.Rain terbeliak mata untuk seketika.

 

“Lepaskan aku!binatang!”

 

Lelaki tersebut ketawa terbahak-bahak.

 

“Binatang?habistu..kau apa?kau tahu..puak yang berhak panggil aku macam tu hanya puak Silver dan puak Warlock”

 

Rain terangkat kening.Dia binatang juga?dia bukan Kristal?atau dia sebenarnya apa?

 

“Nama aku Suho..apa nama kau??”

 

“Huh?perlu ke aku bagitau??”Rain agaknya belum sedar akan keadaan dirinya dengan menjawab dengan penuh ego.Mahunya dia dibunuh disitu?

 

“Sombong..ego…dalam kamus aku..puak Blue Krystal adalah puak yang paling lembut..memandangkan mereka dari air..tapi kau menarik”Ujar Suho sambil mengelus pipi Rain.

 

“Jangan sentuh aku!”

 

“Beritahu nama kau…aku harus tahu..sebab..aku kena tahu..nama bakal permaisuri aku..mungkin juga nama mangsa aku untuk makan malam”

 

Rain kaku dan terbeliak mata mendengar apa yang Suho katakan.

 

Suho menolak Rain kasar keatas katil yang separuh tertutup dengan langsir lusuh bewarna coklat dan tersenyum.

 

“Aku beri kau dua pilihan…makanan untuk kelaparan aku..atau..makanan untuk…

 

Suho mengelus rambut Rain.

 

“Nafsu aku?”

 

 


 

 

Adakah chap ni bersifat ?keke xD kenapa suho menjadi sebegitu?hahahha!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
aku asyik tengok Sehun dalam poster tu aje...haha!

Comments

You must be logged in to comment
MomoEXO #1
Update author-nim! Cerita ni sgt menarik!
JungJK #2
Chapter 12: akak update lah cerita nihh seronok ah
atyra45
#3
Chapter 12: akak .. Keep update!! x sbar nirh ..
woohyun98
#4
Chapter 12: update soon :)
baekielover #5
Chapter 11: Update soon
nurulizzahramanlee
#6
Chapter 12: Oh my gaaahhhh... Akak aisyah updateu pleaseuu
NinaNaz
#7
Chapter 12: Nyehe~ buat citer mystery plk lps ni x3
NinaNaz
#8
Chapter 11: Waduhh...Jantungku...xtau nk ckp pe dh >< Too many emotions ><
atyra45
#9
Chapter 11: Saye agak kmungkinn rain akan stukn puak mlslui chanyeol kai dan sehun ... ^^