7

My Sister,My Wife?!Andwae!!

"Sebenarnya malam ni patutnya kau tidur bilik kau , dan aku tidur dalam bilik aku . Tapi ,malam ni kau kena tidur dalam bilik aku ." kata Chanyeol setelah menutup suis televisyen . 

"Kenapa pulak ? Tak nak lah  Jiyoung ! Siapa suruh tengok cerita hantu . "bantah Jiyoung.

"Alaa . Kau ni , teman je la aku . Kau tak takut ke tidur sorang-sorang ?"

"Tak ! Buat apa nak takut . Lain lah macam oppa , penakut ! "kata Jiyoung lalu menjelirkan lidahnya .

"Aish ! Tidur je la dalam bilik aku ! 

"Tak nak !"

"Tidur je la !"

"Tak nak !!"

"Tidur je laaa !!"

"Tak ... "tidak sempat Jiyoun ingin menghabiskan kata-katanya , lampu di dalam rumah mereka tiba-tiba terpadam .Jiyoung lantasmemeluk Chanyeol yang berada disebelahnya.

"Yah , kenapa kau peluk aku . " Chnyeol yang terkejut dengantindakan Jiyoung hanya menyoal , perlahan .

"Jiyoung takut . "

"Tadi kata tak takut . "

"Tu tadi .. "

"Dah .. Dah .. Aku pun takut jugak , "pelukannya masih tidak dilepaskan . 

"Kau ni , memang takut ke ataupun memang sengaja nak peluk aku ."kata Chanyeol sambil tersengih walaupun sengihannya tidak dapat dilihat oleh kerana gelap . Jiyoung melepaskan pelukannya terhadap Chanyeol.Kedudukannya dengan Chanyeol dijarakkan.

"Haa , kenapa kau malu ke ? Hahaha . Peluk lah lagi . " Jiyoung mencebik . Malu ? Mestilah kan . Dah Chanyeol tegur macam tu . Siapa tak malu . Jiyoung hanya senyap , tidak membalas .

"Kenapa senyap ? Maknanya betul lah ni kau memang sengaja nak peluk aku . Hahaha , " Jiyoung sedikit pun tidak membidas kata- kata Chanyeol . Jauh disudut hati terasa nak tumbuk-tumbuk je muka mamat perasan lebih ni . Muka Jiyoung sudah merah menahan geram dan malu . Marah ? Tak sesuai .Hanya geram je ,ok .

" Yah , bercakap lah jugak . Kau ni dah kenapa . " aJiyoung hanya senyap . Berfikir . Dia mulai merasakan yang ada sesuatu yang tidak kena . Matanya melilau di sekeliling rumah tersebut . Dia memberanikan diri berdiri . Chanyeol yang melihat terkejut .

'Dia ni dah kenapa . Tadi kata takut . Takkanlah dia dah tahu kot ..Andwae ! ' Chanyeol menelan air liurnya . Terasa tersekat je kat kerongkong . 

"Yah , kau nak buat apa tu ???"dia mulai teringat akan sesuatu yang akan menghancurkan misinya . Fikirannya mulai kosong .

'Haih , apa aku nak buat ni .. '

"Jiyoung cuma berdiri je . Salah ke ? " Chanyeol mengangguk-anggukkan kepalanya . 

" Kenapa pulak salah ? " Chanyeol hanya senyap . Jiyoung mengambil telefonnya lalu menyuluh kearah suis lampu di dinding berdekatan dengan Chanyeol . Suis lampu tersebut ditekan dan ... ruang tamu di rumah mereka kembali cerah .Jiyoung merenung Chanyeol tajam .

"Chanyeol oppa ! Apa semua ni ???" Chanyeol hanya tersengih sambil mengangkat 'peace' .

Ya . Chanyeol buat tu . Dia yang tutup suis lampu . Dia kan tinggi jadi sudah tentulah tangan dia pun senang nak tutup suis lampu di dinding yang berdekatan dengannya .

Jiyoung tak nampak sebab Jiyoung berpaling kat lain . Kan masa tu Chanyeol dan Jiyoung bergaduh entah apa-apa . Jadi , masa itulah Chanyeol mengambil kesempatan untuk menutup suis lampu ruang tamu rumah mereka . Akan tetapi , Chanyeol tidak teringat bahawa lampu di dapur rumah mereka menyala .

"Hee .Janganlah marah ." Jiyoung menahan amarahnya . Sikit je lagi nak meletus . 

"Ah ! Suka hati Jiyoung lah nak marah ke tak ! Yang oppa tipu Jiyoung tu apasal ! " 

"Habis tu kau tak nak teman aku .. " Chanyeol menunduk . Meminta simpati . Jiyoung mulai merasa bersalah . 

"Takkanlah oppa takut tidur sorang-sorang ." Jiyoung berkata , lembut . 

"Aku kan baru lepas tengok cerita hantu..Aku tak boleh semua tu . Aku takut . " Chanyeol masih menunduk . 

'Haah la .Omma pernah kata yang Chanyeol oppa mudah takut kalau tengok cerita macam tu . Hmm .. Lagipun , takkan aku nak tidur sorang-sorang . Aku pun takut jugak . Rumah ni cuma ada 2 penghuni je ..' 

"Kau tidur kat dalam bilik aku eh ?" Jiyoung perlahan-lahan mengangguk . 

"Assa ! Aku sayang kau !"kata Chanyeol sambil melompat ala-ala kanak-kanak riang .Jiyoung hanya membuat muka bersahaja .

"Tak nak dengar .. " Jiyoung menutup telinganya dengan kedua-dua belah tapak tangan . Chanyeol tersenyum .

"Aku tahu kau malu . Haha . Aku ulang ok ," lalu Chanyeol mendekatkan dirinya dengan Jiyoung.

"Aku sayang kau Jiyoung .."kata Chanyeol sambil mengenyitkan matanya sebelum berlari masuk kedalam biliknya . Jiyoung dapat merasakan yang pipinya sudah merah . Jiyoung yang tadinya terkejut cuba berlagak biasa .

'Mulut manis betullah dia ni .. Eei , macam playboy pun ada . Suka sangat beri harapan palsu ..' 

***

"Yah Jiyoung , kau ni lambatlah . Aku nak tutup dah lmpu ni . Cepatlah sikit !" jerit Chanyeol. 

"Tak payahlah tutup lagi ! Jiyoung nak cari bear Jiyoung ni !" Jiyoung kelihatan tercari-cari.

"Tidur je lah tanpa bear kau tu ," Jiyoung menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak boleh . Bear tu penting ."

"Penting apa . Kalau aku dan bear tu hilang dalam masa yang sama ,kau rasa yang mana kau akan cari dulu ?" Jiyoung memandang Chanyeol sambil berfikir.

"Of course lah bear . Buat apa nak cari oppa , oppa tu tak akan hilang pun ."

"Ya lah kan . Aku tak akan hilang pun , aku  kan sentiasa ada kat dalam hati kau . " Chanyeol berkata smbil tersenyum.

"Yah ! Oppa ni dah kenapa ?! Jangan mengarut sangat boleh tak ???" Jiyoung mengambil bantal diatas sofa lalu membalingnya kearah Chanyeol . Nice . Tepat kena di mukanya.

"Aku gurau je kot . Janganlah ambil serius sangat .. Aish ,"

"Mulut oppa ni macam playboy sangat."

"Kenapa kalau macam playboy ?"

" Jiyoung anti playboy lah." Jiyoung berkata perlahan.

"Kenapa pulak ? Kau pernah bercinta dengan playboy ke dulu ?" Jiyoung tidak mengangguk mahupun menggeleng.

"Dahlah , Jiyoung nak tidur . Good night !" kata Jiyoung lalu merebahkan badannya di katil .

"Bear kau ?"

"Biarlah .Esok je lah Jiyoung cari ." Jiyoung perlahan-lahan melelapkan matanya.Suis lampu ditutup.

"Jiyounggg , aku gurau je tadi. Aku bukan playboy .Aku setia lah . Kau janganlah anti aku , okay ?" Jiyoung yang mndengar tersenyum .

"Heh , senyum jugak kau eh ? Tak keras pun rupanya hati kau ."kata Chanyeol.

"Jiyoung , aku nak tanya kau satu soalan ni .Kau jawab jujur eh ." 

"Apa ? Tanya je lah ,"

"Antara aku dan Byunghun , kau paling sayang siapa? "

_________________________________________________________

Hai - hai ! ^-^

Macam mana chapter 7? Okay ? Tak okay ?  :D

Btw , Happy Belated Birthday Channie ! :)) 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AshiAz_4
Chapter 11 akn di update ! ^^ Tunggu~

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 1: Chanyong ni sapa pulak?
April1699
#2
Chapter 10: Oi Ra Hee! Shoo shoo !
Syazwaniroslee #3
Chapter 10: Rahee jangan kacau Chanyeol. Bagi peluang dorang mengecapi kebahagiaan. Ayat hahahah. Update soon
daedeena #4
Chapter 9: Author please update!!
mrs-mystery
#5
Chapter 9: Finally,an update!
Cute btul Chimchim dlm chapter ni XD Hwaiting for the next update :)
Lol
SyiqaYeollie
#6
Chapter 9: Palli update authornim!!!!
April1699
#7
Chapter 8: Update ~ :)
fazreen #8
Chapter 7: Update soon