2

My Sister,My Wife?!Andwae!!

'Argh !!Laparnya...Takde makanan ke?'

Chanyeol memegang perutnya.Dia berjalan menuju ke dapur.Sesampainya dia di dapur,dia terus membuka peti sejuk.Malangnya,yang ada didalam peti sejuk hanyalah beberapa biji buah-buahan.Chanyeol mengeluh.Dia terus menelefon ommanya.

"Yeoboseyo ."

"Omma,kenapa omma tak sediakan sarapan?Chanyeol laparlah.."

"Hah !Omma lupa nak beritahu kamu tadi,lepas ambil adik kamu omma nak pergi beli barang dapur..Sebab tu lah balik malam."

"Mwo??Habis tu,Chanyeol nak makan apa?"

"Alahai,Chanyeol..Chanyeol..Dah besar pun tak boleh fikir lagi ke?Pergilah ajak Jiyoung tu keluar ma...."tidak sempat Pn.Park ingin menghabiskan kata-katanya Chanyeol pantas memintas.

"Haah la.Ok lah omma.Anyeong !" Chanyeol terus mematikan handphonenya lalu menyimpannya ke dalam poket seluarnya.

"Kang Jiyoung !!!!"

"Yah,oppa !Oppa ni dah kenapa?Jiyoung dari tadi lagi ada kat dapur ni belakang oppa.Takkan oppa tak perasan kot..Tak habis-habis nak jerit..Cubalah panggil Jiyoung ni dengan lembut sikit ,,ni tak asyik-asyik......"seperti tadi,Chanyeol memintas percakapan ommanya,dan sekarang pula dia memintas percakapan Jiyoung.

"Enough !Enough !Aku tak nak dengar apa-apa pun kau cakap.Aku hanya nak dengar bunyi kipas dan suara aku yang merdu ni je.Asyik-asyik membebel,asyik-asyik membebel..Kau tak bosan ke?Aku yang dengar ni pun macam nak tidur dah sebab bosan yang amat sangat bosan dan sebab dengar suara kau yang tak begitu merdu..eh silap,bukan tak begitu merdu tapi LANGSUNG TAK MERDU...Hah !Aku cuma nak cakap sikit je sebab kalau aku cakap banyak-banyak nanti kau cair pulak dengan suara aku yang confirm-confirm akan membuatkan 100% wanita yang dengar cair....."

'Eeii !Nak cakap tu cakap jelah..Ni tak puji diri sendiri adalah..Bencinya aku !!Dahlah kutuk suara aku LANGSUNG TAK MERDU !Dia ingat suara dia tu merdu sangat lah..Memanglah suara dia tu boleh dikatakan merdu,,tapi tak semerdu suara -Chanyeol Exo- tu !' Jiyoung mengutuk Chanyeol di dalam hatinya tanpa sedar yang Chanyeol sudah habis membebel.

"Oit !Kau dengar tak apa yang aku cakap?"tanya Chanyeol yang sedar Jiyoung tidak dengar apa yang dia cakapkan.

"Erk.." Jiyoung hanya tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tulah..Aku tengah cakap,kau PUJI aku dalam hati tu buat apa..Kalau PUJI depan-depan kan senang..Ok,aku akan ulang balik apa yang aku cakap tadi,kau dengar baik-baik !Aku tak akan ulang lagi selepas ni,aku ulang sekali je dalam hidup aku dan aku takkan ulang lagi....Aku nak ajak kau teman aku pergi makn kat luar ,aku lapar..So,kau pergilah bersiap !Now !!Ppali !Ppali !" Chanyeol berkata kepada Jiyoung .Perkataan puji itu sengaja ditekankan.Jiyoung yang mendengar hanya mencebik.Selesai Chanyeol bercakap panjang lebar,Jiyoung terus berjalan menaiki tangga untuk kebiliknya untuk bersiap-siap.

***

"Chanyeol oppa !Kita nak makan kat mana?"tanya Jiyoung setelah mereka berjalan agak lama.

"Eh?Bila masa KITA nak makan..Ake je yang nak makan.Aku ajak kau untuk teman aku je kan..Duit aku hanya cukup untuk aku sorang jeeeee !Kekeke !" Chanyeol membulatkan matanya.Dia hanya tersengih melihat air muka Jiyoung yang berubah.

'Ish !Baru je nak puji dia sebab sudi nak ajak aku makan..Rupa-rupanya,,huh !Penipuan semata-mata..Hukhuk..Sedihnya..'

Sedang Chanyeol dan Jiyoung leka mencari kedai yang ingin mereka menjamu selera.Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri mereka.

"Jiyoung !"lelaki tersebut menegur Jiyoung.Jiyoung dan Chanyeol berpaling ke belakang.

"Baekhyun oppa !Oppa buat apa kat sini?"tanya Jiyoung ramah.Chanyeol hanya mendengar percakapan mereka berdua.

"Nak pergi makan kat kedai sana tu.Jiyoung pulak buat apa kat sini?" Jiyoung dan Baekhyun hanya berbual tanpa menyedari yang Chanyeol mula tidak selesa dengan kehadiran Baekhyun.

"Jiyoung nak pergi makan."

"Ohh..Kalau macam tu jomlah pergi makan sama-sama.Biar oppa belanja.Ajaklah kawan Jiyoung tu sekali."pelawa Baekhyun.

'Eh-eh-eh..Aku Chanyeol lah dan aku abang dia bukan kawan dia!Aku takkan terima pelawaan orang sesuka hati.Huh !!Dahlah dengan orang yang aku tak kenal.Jiyoung ni pun satu,aku yang ada kat tepi dia ni macam tak ada je..Nak kata aku ni pendek..Oh no!Pleaselah !Tinggi aku 185 cm ok !'

"Takpelah Baekhyun oppa..Menyusahkan je..Lagipun,kawan Jiyoung ni tak selesa dengan orang yang dia tak kenal.." Jiyoung menolak pelawaan Baekhyun dengan lembut apabila menyedari ketidakselesaan Chanyeol dengan kehadiran Baekhyun.

"Jadi,kalau macam tu,oppa pergi dulu..Anyeong !" Baekhyun pun pergi meninggalkan mereka berdua.Suasana bertukar menjadi senyap.Jiyoung hanya diam.

"Siapa suruh kau cakap dengan lelaki tu?Dahlah aku yang lagi hensem dan tinggi daripada lelaki tu,, yang ada sebelah kau pun kau tak perasan.." Chanyeol memulakan bicaranya dengan Jiyoung setelah lama dia diam.

"Tak ada orang suruh !Saja..nak cakap dengan dia.Whe?Oppa marah ke?"

'Yup !Aku marah !!Tak tahu sebab apa aku marah,tapi aku terasa nak marah !'

"Tak..Aku tak marah pun..Buat apa aku nak marah?Tak ada faedah pun !Bukannya aku nampyeon(suami) kau pun .."kata Chanyeol selamba.

"Jomlah pergi makan kat kedai tu..Aku tengah lapar ni,tunggu kau habis cakap dengan lelaki tu lah ni amat sangat lambat.."sambung Chanyeol lagi.Jiyoung hanya mengikut.

***

Di kedai..

"Yah,Jiyoung !Makanlah..Tadi masam je bila aku kata` duit aku cukup untuk aku sorang je`.Kau ni pun satu,kau ingat aku jahat sangat ke?Sampai ajak orang teman pergi makan tapi tak belanja orang tu...Ish kau ni.." Jiyoung hanya memandang Chanyeol dengan muka yang tidak percaya.Chanyeol hanya menjamu seleranya tanpa mempedulikan Jiyoung.

"Seriously?Oh yeah !Gumawo !" Chanyeol hanya tersenyum melihat Jiyoung yang persis kebudak-budakan.

"Aish !Makan tu biarlah perlahan-lahan.Ayu lah sikit.Dengan siapa entah nama dia..erm..Ba..Baek..Hah !Bacon !Boleh pulak kau control ayu..Sakit pulak mata aku yang tengok ni !" Jiyoung yang sedang makan berhenti.Lalu,dia ketawa.

'Aik ?Aku buat lawak ke?Oh,,tak ingat,,aku memang seorang yang lawak sejak kecil lagi..Wahaha !'

"Kenapa kau gelak?Lawak eh?Takpelah,kalau kau nak gelak silakan..Aku takkan marah,sebab aku tahu aku memang seorang yang lawak sejak kecil lagi..Wahaha !"kata Chanyeol dengan bangganya.Jiyoung yang tadinya ketawa berhenti.Chanyeol dipandang dengan pandangan yang menyampah.

"Eei !Tak payah bangga sangat lah.Bukannya oppa buat lawak pun.Cumanya,nama lelaki tu oppa tersalah sebut.Nama dia Baekhyun lah,B.A.E.K.H.Y.U.N." Jiyoung mengeja nama Baekhyun satu persatu.

'Kalau pasal lelaki tu ringan je mulut dia nak cakap..Eei !Rasa tercabar pulak aku dengan lelaki tu..Bukannya best sangat nama tu,Baekhyun..Cis,nama aku best lagi ok !Chanyeol..Kan best tu..'

"Ah !Lantaklah nama dia apa-apa pun yang penting nama dia tak best !Nama aku lagi best ok !Park Chanyeol..P.A.R.K  C.H.A.N.Y.E.O.L. Bukan nak puji nama sendiri,tapi kenyataan." kata Chanyeol lalu menyambung makan.

"Chanyeol oppa..Jiyoung nak tanya sikit boleh tak?"tanya Jiyoung kepada Chanyeol yang sedang asyik makan tanpa langsung menghiraukannya.

"Tanyalah."balas Chanyeol sepatah.

"Kalau betul omma nak kahwinkan kita berdua macam mana?"tanya Jiyoung terus-terang.Chanyeol yang sedang asyik makan berhenti.Dia memandang muka Jiyoung serius.Matanya dibulatkan.

"It's easy !Mungkin aku akan salahkan kau,kau akan salahkan aku,walau macam mana pun omma tetap akan kahwinkan kita berdua sebab omma kata kita berdua yang bagi cadangan tu dan Chanyong dan appa hanya merestui..Aku rasalah." Chanyeol menjawab bersahaja.Jiyoung yang melihat hanya memandang Chanyeol degan pandangan yang pelik.

"Tapi Jiyoung tak nak kahwin dengan oppa."

'Yang dia ni jujur sangat ni kenapa..Kalau dia tak nak kahwin dengan aku janganlah terus-terang sangat.Sebagai lelaki,aku rasa macam aku ni bukan lelaki je..Takkanlah dia tak ada keinginan pun nak kahwin dengan aku.Aku dahlah hensem,comel,tinggi,baik,sopan dan banyak lagilah.Kalau hari ni nak list-kan pun tak habis lagi.'

"Eh-eh-eh !Kalau kau tak nak kahwin dengan aku,aku 88 kali ganda tak nak kahwin dengan kau..Huh !Tapi,,,aku rasa kau sajalah kata macam tu..Sebenarnya kau nak kan kahwin dengan aku,almaklumlah aku ni orang kata macam Chanyeol Exo tu..Ops !Bukan aku yang macam dia tapi dia yang macam aku sebab aku tak tiru dia,tapi dia yang tiru aku..Wahaha !"puji Chanyeol kepada dirinya sendiri.

"Erk..Yang oppa ni perasan sangat Jiyoung nak kahwin dengan oppa ni dah kenapa?"

"Oit !Sesedap rasa je kau ingat aku perasan..Pleaselah !Dah-dah..Kalau kau nak ke-sure-an sama ada omma nak kahwinkan kita atau tak,kau tanyalah omma sendiri malam ni..Aku malas nak masuk campur.Aku nak sambung tengok cerita pororo yang tergendala kat rumah tadi..Nasib baik ada ulangan malam ni, kalau tak aku akan salahkan kau seumur hidup aku,, walaupun kau merayu segala bagai aku tak akan layan !Never !Huh !"panjang lebar Chanyeol berkata setelah dia menghabiskan makanannya.

'Teruknya !Nasiblah cerita tu ada ulangan malam ni..Fuh !Kalau tak memang kenalah aku..Eei!Aku tak nak gaduh dengan `Mr Old Kid` ni..Dia ni dahlah perangai tak macam muka..'

"Yah,Jiyoung !Kau mengelamun apa tu?Shh !Kau tak payah jawab sebab aku tak nak kau jawab..Biarlah soalan yang aku tanya kau tu kau jawab dalam hati..Aku tak nak tahu sebab aku dah tahu kau PUJI aku..Btw,gumawo kerana PUJI aku..Aku amat sangat MENGHARGAINYA...Hah !Kau siap tak lagi makan tu?Aku dah nak balik ..Ramen dengan air tu aku dah bayar.So,kalau kau tak siap lagi makan,kau baliklah dengan ajusshi tu..Biar dia yang teman kau balik." Chanyeol berkata sambil mengangkat jari telunjuknya dan menunjuk kearah seorang ajusshi.Ajusshi itu yang perasan Chanyeol dan Jiyoung melihatnya hanya tersengih gatal melihat Jiyoung.Jiyoung yang masih tidak siap makan cepat-cepat menghabiskan ramennya.Air diteguk pantas.Chanyeol yang melihat hanya ketawa didalam hatinya.Jiyoung pun berlari anak kearah Chanyeol yang seperti ingin pergi meninggalkannya.Mereka pun pulang kerumah dengan perut yang kenyang.

Sesampainya mereka dirumah,mereka terus masuk kedalam bilik masing-masing.Jiyoung pun terus mengambil handphonenya dan menulis mesej untuk Chanyeol.

Di dalam bilik Chanyeol..

"Letihnya...Eh,kenapa handphone aku berbunyi?" Chanyeol lantas mengambil handphonenya didalam poket seluarnya.'Eh?Mesej?Dari Anti Pororo?Aik?Siapa pulak anti pororo ni?Aku ke yang tulis?' Chanyeol pun membuka mesej tersebut dan membacanya.

'Chanyeol oppa !Gumawo ! =D Kalau nak makan kat luar lagi ajaklah Jiyoung..Jiyoung boleh teman oppa makan,tapi syaratnya oppa kena belanjalah..Hee..Dan,,Jiyoung minta maaf kacau oppa tengok cerita Pororo..Harap oppa sudi maafkan Jiyoung..(maaf ayat cliche sangat)..Oklah,tu je..Bye- =D'

"A'alah..Jiyoung lah !Aku baru ingat yang aku tukar nama dia kat telefon ni  kepada anti pororo tadi masa dia switch off-kan tv tu.."kata Chanyeol kepada dirinya sendiri.Dia pun membalas mesej Jiyoung itu.

Di dalam bilik Jiyoung...

Jiyoung yang baru ingin bersiap-siap untuk mandi terbantut apabila handphonenya berbunyi menandakan ada mesej.Jiyoung hanya tersengih membaca mesej tersebut.

'Ok !Sama-sama..Tapi,lain kali mungkin aku akan ajak Jimin teman aku,wahaha !Kau memang,,suka tulis ayat cliche..Yang pasal tadi tu,maafmu diterima !Nasiblah aku ni baik hati,kalau tak dah lama dah aku tengking kau tahu tak..Dah-dah !Kau jangan balas mesej aku ni.Oklah aku nak mandi ..Kau jangan masuklah dalam bilik aku ni !Kalau kau masuk,nahas kau !:O Tu je..Aku dah takde ayat dah ni..Byep !

Jiyoung tiba-tiba teringat kata-kata ommanya.'Malam ni aku tanya sendirilah omma.Tapi,kalau omma betul-betul nak kahwinkan aku dengan Chanyeol oppa macam mana?Oh no !Aku tak nak kahwin dengan Chanyeol oppa !'kata Jiyoung didalam hatinya.Rupa-rupanya,bukan dia sahaja yang memikirkan perkara itu. 

Di dalam bilik Chanyeol...

'Aish,macam manalah kalau omma betul-betul fikir- fikirkan nak kahwinkan aku dan Jiyoung?Aku tak nak kahwin dengan adik sendiri,,walaupun dia adik angkat aku.My Sister,My Wife?!Andwae !!' Chanyeol yang sedang mandi tiba-tiba teringat perkara tersebut.

***

'Harap-haraplah omma cuma bergurau je pasal tu.Hmm..-Jiyoung-

 'Ahh !Moga-moga omma tak akan ingat pasal tu..Huh..-Chanyeol-

 

 

 ---------------------------

Hi !Hi !Thank you 4 subscribe my new story'My Sister,My Wife?!Andwae !!'..Sy betul2 hargainya !Dan juga kpd smua readers terutama kpd smua yg comment..Lain kali,comment lg ek ! =D And,maaf kalau chapter 2 ni mmbsnkan ..Chapter 3 ni sy akan buat lg baik..Skli lg gumawo !  

                                                                           

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AshiAz_4
Chapter 11 akn di update ! ^^ Tunggu~

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 1: Chanyong ni sapa pulak?
April1699
#2
Chapter 10: Oi Ra Hee! Shoo shoo !
Syazwaniroslee #3
Chapter 10: Rahee jangan kacau Chanyeol. Bagi peluang dorang mengecapi kebahagiaan. Ayat hahahah. Update soon
daedeena #4
Chapter 9: Author please update!!
mrs-mystery
#5
Chapter 9: Finally,an update!
Cute btul Chimchim dlm chapter ni XD Hwaiting for the next update :)
Lol
SyiqaYeollie
#6
Chapter 9: Palli update authornim!!!!
April1699
#7
Chapter 8: Update ~ :)
fazreen #8
Chapter 7: Update soon