11

My Sister,My Wife?!Andwae!!

"Cuba kau bawa bertenang.Relax lah..Ra Hee je pun." Chanyeol menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

"Tak..tak..Aku tak boleh!Benda ni tak boleh bawa bertenang!" Chanyeol mengusutkan rambutnya.

 

"Suka hati kau lah Chanyeol..Tapi aku just nak cakap,tak bawa mati pun lah kalau kau jumpa dia tiap-tiap hari." 

 

"Kau tak tahu Jin,panahan aura Ra Hee tu still kuat sampai sekarang.Aku tak boleh...Ah!Aku nak berhenti kerja!"kepala Chanyeol diketuk.

 

"Tak perlu pun sampai macam tu sekali.Tak waras ke apa kau hari ni?" Chanyeol terdiam.Seokjin menggeleng-gelengkan kepalanya.Sabar je lah.Nasib lah kau ni kawan baik aku Chanyeol..

 

"Macam ni lah Chanyeol oi,kau buat biasa je kalau terserempak dengan dia,tak boleh ke?" Chanyeol mengangkat bahunya.

 

"Tengoklah dulu.Aku cuba." Seokjin mengetuk meja kuat.Chanyeol tersentak.Dia menelan liurnya.Dah kenpa emosi sangat mamat ni.Uish..

 

"Tak boleh macam tu!Kau janganlah 'cuba'.Kau 'kena' buat macam tu.Wajib!" Chanyeol meletakkan kepalanya di atas meja.

 

"Kalau aku tak nak ikut cakap kau?" Seokjin tersenyum sinis.

 

"Kau matilah sorang-sorang." Chanyeol membulatkan matanya lalu kembali kepada posisi tadi.

 

"Jin!!" Seokin menghamburkan tawanya.

 

"Heh,betul apa.Kalau kau tak nak buat,kau matilah sorang-sorang.Aku tak nak tolong.Sebab aku dah nasihatkan kau.Kalau kau ikut cakap aku..Kita ketawa brsama,menangis bersama.Ara?" Chanyeol mencebik.

 

"Kau buat macam benda ni soal hidup dengan mati je.Eleh,Ra Hee je pun."kata Chanyeol selamba.

 

"Ra Hee je pun?Amboi..Kau jugak yang tak boleh hidup nanti." Chanyeol tersengih dengan kata-kata Seokjin.

 

"Bukan sampai tak boleh hidup okay..Susah nak hidup je." Seokjin memandang Chanyeol dengan muka yang nak bagi penampar.

 

"Tak ke sama dua tu?"

 

"Lain..Jauh panggang di bara api." 

 

"Mak ai,berperibahasa betul kau ni.Entah betul ke tak peribahasa tu." 

 

"Uish..Jangan nak menyangkal kehebatan aku.Semua yang keluar daripada mulut aku ni semuanya betul okay.Tak akan pernah salah."kata Chanyeol dengan bangganya.

 

"Ya lah Chanyeol.." Seokjin hanya melayan.Almaklumlah,dia dah kenal si Chanyeol ni waktu ketinggian Chanyeol tak berapa tinggi lagi.Perangai Chanyeol pun dah sebati dengan dia.Boleh dikatakan sehati sejiwa sebakul seraga jugak la dua orang ni.

 

"So macam mana?"tanya Seokjin.

 

"Tak tahuu.."jawab Chanyeol bersahaja siap dengn leretan di hujung.

 

"Hish kau ni.Kalau macam tu suka hati kau lah ya.Aku tak nak masuk campur.Dah,aku nak blah dulu ya.Annyeong!" 

 

"Yah!Kau nak pergi mana?"jerit Chanyeol.Seokjin tersengih.

 

"Jumpa girlfriend baru lah bro.Takkanlah nak hadap muka kau je 24 jam.Kau tu lelaki,ingat.Not my taste.Cari yang lain lah ya Chanyeol.Selera aku bukan kat lelaki.Sorry!Aku tak pernah anggap kau lebih daripada kawan."

 

"Yah!! Kau ingat aku gay ke apa?!!"jerit Chanyeol sekuat hatinya.Seokjin hanya ketawa lalu keluar daripada bilik itu.Chanyeol mencebik.Si Jin memang nak kenalah.Harap kau kawan aku je Jin oi..Chanyeol menongkat dagunya.Dia memandang jam di dinding.Assa!Time to eat!

 

***

 

" Chanyeol?" Chanyeol yang sedang mengunyah makanannya tersedak.

 

"Uhuk!Uhuk!" Chanyeol segera meneguk jus oren diatas meja. 

 

"Mian..Says tak bermaksud nak buat awak terkejut." Chanyeol menoleh kearah suara tersebut.

 

"Err..It's okay..Duduklah.." Chanyeol cuba berlagak selamba walhal hatinya sebaliknya.Dia cuba tersenyum kepada gadis itu.Gadis itu mengambil tempat di hadapan Chanyeol.

 

"Sorang je ke?"soal gadis itu.Chanyeol mengangguk.

 

"Boleh tak saya join sekali awak makan?"

 

"Says tak kisah pun.."suasana kembali bertukar senyap.Sesudah mengambil pesanan,kedua-duanya masih seperti tadi.

 

" Macam mana awak sekarang?"soal Chanyeol memulakan perbualan.Ra Hee tersenyum.

 

"Okay je..Awak pulak macam mana?Ah..By the way,tahniah!" Chanyeol mengerutkan dahinya,tidak faham dengan kata-kata Ra Hee.

 

"Untuk?Setakat ni saya tak menang apa-apa cabutan bertuah pun lagi." Ra Hee tergelak kecil.

 

"Tahniah sebab dah jadi suami orang.." Chanyeol tersentak.Tak sangka pulak Ra Hee akan cakap tentang tu.

 

"Ah..Thanks.."ucap Chanyeol terpaksa.Chanyeol tersenyum tawar.

 

"Tak silap saya,awak kahwin dengan Jiyoung kan?Bukan Jiyoung tu..err..." Ra Hee seperti serba-salah untuk tanya.

 

"Adik saya.Err..I mean..anak angkat keluarga saya." Ra Hee mengangguk faham.

 

"Mesti happy kan hidup awak sekarang?" Chanyeol hanya tersenyum.Kata-kata Ra Hee itu bagaikan panahan.Ra Hee..Kau tak pernah tahu ke aku cintakan kau?Chanyeol cuba mengawal hatinya.

 

"Awak pulak tak ada yang berkenan kat hati ke?"soal Chanyeol.Dia cuba berlagak biasa.Tolonglah cakap tak ada..Tolonglah cakap tak ada..Ra Hee tersenyum tawar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Yess!Ada chance!

 

"Orang tu dah kahwin.Tak sempat saya nak confess kat dia."wajah Chanyeol berubah kecewa.Dah ada rupanya..

 

"Kenapa awak pulak yang nak confess kat dia?" Ra Hee tersenyum dengan soalan Chanyeol.

 

"Sebab saya cintakan dia.Tapi dia tak tahu pun.Dia tak pernah tahu..So,biarlah saya yang luahkan dulu kat dia." Ra Hee menarik nafasnya perlahan sebelum menyambung kembali.

 

"Tapi dia dah kahwin.Nak buat macam mana.Hidup dia dah bahagia.."raut wajah Ra Hee jelas menunjukkan dirinya yang sedih.Kecewa kau,tak seteruk lagi daripada kecewa aku..Kau tak dapat orang yang kau cinta..Aku pulak,tak dapat orang yang aku cinta.Kahwin dengan orang yang aku sayang..sebagai adik.Dapat tahu pulak orang yang cinta tu cintakan orang lain.Sakit..Sangat sakit..Kalaulah kau tahu perasaan aku macam mana sekarang...

 

"Kita tukar topik lah..Tak selesa lah pulak cakap pasal hati ni.."ujar Ra Hee.

 

"Oh..okay..so..."

 

***

 

"Barang apa lagi eh?" Jiyoung menolak troli sambil cuba mengingati barang-barang yang ingin dibelinya.

 

"Noona!Jiji noona!" Jiyoung memberhentikan langkahnya.Macam pernah dengar suara tu..Jiyoung menoleh ke belakang.Seorang budak lelaki melambai-lambaikan tangannya lalu berlari kearahnya .

 

"Noona!!Annyeong!"budak lelaki itu mengangkat wajahnya lalu tersenyum. 

 

"Jongdae kan?"soal Jiyoung kepada budak lelaki tersebut.

 

"Betul!!Yeah!Jiji noona ingat lagi nama Chen!" Jiyoung mengerutkan dahinya.Chen?

 

"Err..Chen tu siapa?" Jongdae menepuk-nepuk dadanya.

 

"Chen tu Jongdae?Dan..Jongdae ialah Chen?"soal Jiyoung.Jongdae mengangguk laju.

 

"Umm!Betul!Tepat sekali!Pandai Jiji noona!" Jiyoung tersenyum dengan kata-kata Jongdae.

 

"Siapa yang bagi nama tu?"Jongdae membetulkan topinya lantas tersenyum menampakkan giginya.

 

"Jin hyung yang bagi nama tu kat Chen."

 

"Jin hyung?"

 

"Jin hyung ialah abang sulung Jongdae.Maknanya,abang kepada Kai hyung yang hensem dan Chen yang comel ni!" Jiyoung tergelak.

 

"Ingatkan Chen ada seorang je abang."

 

"Tak lah..Chen ada dua orang abang.Dua-dua hensem!Macam Chen!Cuma bezanya,Chen lagi comel!" Jiyoung tergelak lagi.

 

"Tapi..kenapa Chen?"

 

"Tak tahulah..Chen tak tanyalah pulak sebab apa.Tapi hyung cakap,nama Chen lagi comel."jawab Chen dengan membuat mimik muka yang comel.

 

"Nama Jongdae pun comel apa." Jongdae mengangguk-anggukkan kepalanya mengiakan kata-kata Jiyoung.

 

"Tulah..Dua-dua comel!Tengok lah pulak nama siapa!" Jiyoung hanya tergelak.

 

"Chen datang dengan siapa sini?Takkanlah sorang-sorang?" Jongdae menggelengkan kepalanya.

 

"Chen datang dengan Jongin hyung!" 

 

"Ohh..Tak nampak pun dia?" mata Jongdae meliar mencari-cari abangnya.Jari telunjuknya dituding kepada seorang lelaki.

 

"Tu hyung!"kata Jongdae.

 

"Jongin hyung!!"panggil Jongdae bersama senyuman di wajahnya.Lelaki tersebut menoleh.

 

"Jiji noona,jom pergi kat Jongin hyung!" Jiyoung hanya menurut.Dia meletakkan Jongdae di bawah lalu memimpin tangan Jongdae manakala tangan kanannya menolak troli kearah abang Jongdae itu.

 

"Chen!Tahu tak hyung cari Chen dari tadi lagi?Hish,selalu je merayau-rayau.Hyung dah cakap kan,jangan melencong tempat lain.Main kat sini je." Jongin membebel pada adiknya namun ada nada risau pada ayatnya.

 

"Ala..Chen bukannya melencong kat lain..Chen pergi dekat Jiji noona je tadi.." Jongin menoleh kearah gadis di sebelah Jongdae.Dia tidak perasan akan gadis itu yang bersama adiknya tadi.

 

"Err..sorry..Chen menyusahkan awak ke?"soal Jongin,bersalah.

 

"Eh..Tak ada pun!" Jiyoung menggelengkan kepalanya.

 

"Jiyoung kan?" Jiyoung mengangguk sambil tersenyum.

 

"Awak Kai kan?"kali ni Jongin pula mengangguk.

 

"Datang sini sorang je ke?" Jiyoung mengangguk lagi.

 

"Jomlah jalan sekali.."ajak Jongin.Jongdae sudah menepuk-nepuk tangannya.

 

"Yeay!Jomlah Jiji noona!Kita jalan sama-sama!" Jiyoung kelihatan bersalah.

 

"Tak apa ke?"

 

"Kenapa pulak tanya macam tu?"soalan Jiyoung dibalas dengan soalan oleh Jongin.

 

"Takut ganggu awak berdua nak luangkan masa sama-sama.."

 

"Tak adalah.."kata Jongin sambil tersenyum.

 

"Jongin hyung lagi suka!Nak-nak jalan dengan orang yang cantik macam Jiji noona!Kan,hyung?" Jongin menampar bahu adiknya perlahan.Jongdae menggosok-gosok bahunya sambil mencebik.

 

"Eleh,betul apa.Malu konon,ceh!Kat rumah nanti mulalah..Puji noona cantiklah,baik......" Jongin menekup mulut adiknya dengan tapak tangannya.Jongdae menampar-nampar tangan abangnya itu.Jongin melepaskan tangannya pada mulut adiknya itu.Jiyoung hanya tersenyum dengan gelagat adik dan abang itu.

 

"Tak payah dengar cakap Chen ni..Dia ni memang mengarut sikit kalau ada orang lain.."

 

"Mana ada!" Jongdae memeluk badannya sambil mencebik.

 

"Ya lah tu.."usik Jongin lagi.

 

"Eei!Jongin hyung ni kan!!" Jongin dan Jiyoung ketawa.

 

***

 

"Kita makan kat sini lah." Jiyoung dan Jongdae hanya bersetuju memandangkan mereka sudah lapar.Mata Jiyoung tiba-tiba terpandangkan seorang lelaki yang amat dikenalinya bersama dengan seorang perempuan yang kelihatan seperti baru selesai menjamu selera.

 

"Chanyeol oppa?"kata Jiyoung perlahan.Cantiknya perempuan tu..Girlfriend Chanyeol oppa kot..Jiyoung tiba-tiba menjadi agak kecewa.

 

"Jom!Kita duduk kat sana."kata Jongin sambil menuding kearah sebuah meja.

 

"Eh?Macam kenal je.."kata Jongin perlahan.

 

"Chen dengan Jiyoung pergilah duduk dulu."kata Jongin.Chen dan Jiyoung hanya menurut.Dari jauh,kelihatan Jongin menegur Chanyeol.Eh?Kai kenal Chanyeol oppa ke?Jongin kemudiannya melambai-lambaikan tangannya kearah Chanyeol dan perempuan itu yang sudah keluar dari restoran.

 

"Kawan Jongin hyung ke?"soal Jongdae.

 

"Taklah..Kawan Jin hyung." Jongdae mengangguk.Jiyoung hanya diam.

 

"Tinggi betul kawan Jin hyung tu.Dahlah hensem.Girlfriend dia pun cantik.Sesuai sangat!Kan,Jiji noona?" Jiyoung perlahan-lahan mengangguk.Sesuai..Sangat sesuai..

 

"Dah lah tu pot-pet pot-pet Chen..Makanan pesan tak lagi?" Chen tersengih sambil menggeleng-gelangkan kepalanya.Jiyoung hanye tersenyum.Fikirannya masih teringatkan Chanyeol dan perempuan tersebut.Biarlah kalau tu girlfriend Chanyeol oppa pun.Aku cuma adik dia je.Tak layak pun nak cemburu walaupun aku dah jadi isteri dia..

 

***

 

Takkanlah adik Jin tu boyfriend Jiyoung?Mustahil lah..Jin tak pernah bagitahu aku pun.Tapi..Nak bagitahu apanya..Jin mana kenal Jiyoung.Jin kenal nama je..Tapi...Kalau Jiyoung nak ada boyfriend pun apa salahnya.Tu hak dia.Dia bukan suka aku pun dan aku bukan suka dia pun.Chanyeol menongkat dagunya diatas meja.Betul ke macam tu?Tapi kenapa hati aku rasa lain?Takkanlah maksudnya aku....

 

 


 

Fuh!Chapter 11,done! 

Lama betul baru boleh update.. ^-^ Mian! Harap2 chapter ni okay! 

Thanks kpd yg sudi baca! :DD  Upvote&Subscribe amat dihargai.^^

Sudi2 kan lah komen..^-^ Nak tahu jgk pendapat tntg chapter ni.^^

Thanks again ! ^-^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AshiAz_4
Chapter 11 akn di update ! ^^ Tunggu~

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 1: Chanyong ni sapa pulak?
April1699
#2
Chapter 10: Oi Ra Hee! Shoo shoo !
Syazwaniroslee #3
Chapter 10: Rahee jangan kacau Chanyeol. Bagi peluang dorang mengecapi kebahagiaan. Ayat hahahah. Update soon
daedeena #4
Chapter 9: Author please update!!
mrs-mystery
#5
Chapter 9: Finally,an update!
Cute btul Chimchim dlm chapter ni XD Hwaiting for the next update :)
Lol
SyiqaYeollie
#6
Chapter 9: Palli update authornim!!!!
April1699
#7
Chapter 8: Update ~ :)
fazreen #8
Chapter 7: Update soon