10

My Sister,My Wife?!Andwae!!

Chanyeol merenung Jiyoung sejak tadi.Nasi goreng dihadapannya masih tidak disentuh.Badannya disandarkan di kerusi.Dia memeluk badannya.Jiyoung hanya berlagak biasa walaupun hakikatnya dia agak hairan dengan Chanyeol itu.

"Kang Jiyoung..Eh,ani.Park Jiyoung.Walaupun agak janggal tapi kau tinggal dengan kitaorang dah lama pun kan?So,why not aku panggil kau Park Jiyoung.Kan?" Chanyeol tersenyum ikhlas menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi.Jiyoung menggaru-garukan kepalanya,hairan dengan perangai Chanyeol itu.

"Ikut suka hati oppa lah.."balas Jiyoung perlahan.Jiyoung mengambil jus oren didalam peti sejuk lalu menuangkannya kedalam dua biji gelas.Dia mengambil tempat duduk dihadapan Chanyeol.Jus oren itu kemudiannya diserahkan kepada Chanyeol.

"Jiyoung,erm..Aku rasa lah kan..Kau patut ubah lah panggil aku 'oppa'."kata Chanyeol sambil tersengih.Jiyoung yang baru ingin menyuapkan nasi kedalam mulutnya terhenti.

"Kenapa pulak?Oppa demam eh?"soal Jiyoung jujur.Apa,panggil 'oppa' salah ke?Aku kan adik dia..

"Hish.Yang demam tu kau,bukan aku.Hmm..Macam ni..Aku abang kau,tapi yang tu dah lepas.Sekarang..Alaa,faham-faham je la." Jiyoung mengerutkan dahinya.Apa mengarut sangat 'Old Kid' ni hari ni?Aku tak faham walau sikit pun dia cakap.Okayy,faham lah jugak part demam tu.Tapi aku dah sihat lah.Semalam je aku demam.Yang tu pun sekejap.

"Oppa..Sekarang..Dah jadi..Erm..Kawan Jiyoung?So..Jiyoung kena bahasakan diri dengan 'kau' 'aku'?" Jiyoung cuba meneka apa yang disampaikan oleh Chanyeol.Walaupun hakikatnya mampu membuatkan Chanyeol menepuk dahinya.

"Tak pernah wujud dalam kamus hidup aku,kau kawan aku.Kalau musuh amat tepat sekali.Tidak dapat disangkal lagi." Jiyoung mencebik.Hish,ayat tak boleh blah.

"Macam ni..Aku tak pernah jadi kawan kau,so jangan gunakan perkataan 'kau' 'aku' dengan aku.Hanya aku je yang boleh,ara?Dan..sekarang ni,aku bukan abang kau.So,jangan gunakan perkataan 'oppa' 'Jiyoung' dengan aku.Yang sekarang kat depan kau ni cuma suami kau yang terlalu hensem bak K-pop Idol gitu.Kembar Chanyeol Exo lah katakan..So,kau kena bahasakan diri kau dengan aku, 'awak' 'saya' sekarang.Ara?" Jiyoung melopong.Hahhh?Biar betul dia ni?Selama bertahun aku tinggal dengan dia,tak pernah sekali pun aku try panggil 'Old Kid' ni 'awak'..Lawak betullah dia ni.

"Oppa memang nak sangat suruh Jiyoung gelak ke?" Jiyoung ketawa buat-buat.Chanyeol memandang Jiyoung tajam.

"Aku serius ni."riak wajah Chanyeol yang betul-betul serius itu membuatkan Jiyoung menelan liurnya.Gulp! Kesimpulannya..Aku memang kena panggil dia macam tu ke?

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi.Takkanlah kau tak nak ada langsung perubahan dalam perkahwinan kita ni?Aku nak jugak practice jadi suami yang baik untuk kau.Aku rasa bersalah sekarang ni kau tahu tak?Aku tahu..Sebelum kau ada parents kandung kau dulu pun kau tak pernah rasa bahagia kan?Sekarang..Kau dah hidup dengan aku.Kau pun tak pernah rasa bahagia jugak kan?Aku nak jadi suami yang baik.Matang.Bertanggungjawab.Aku tak nak lagi jadi abang yang manja dan childish macam dulu.Walaupun..sebenarnya aku still tak boleh anggap kau sebagai isteri aku dan sayangkan kau sebagai isteri aku..Aku cuba.Aku tak nak kecewakan sesiapa termasuk kau."luah Chanyeol jujur.Jiyoung terdiam.Dia nak bahagiakan aku?Boleh ke?Daripada dulu aku tak pernah rasa bahgia.Keluarga 'Park' buat aku kembali ceria.Tapi sekarang ni aku bukan hidup dengan Keluarga 'Park' lagi..Hanya Park Chanyeol.Abang angkat aku dan kini..merangkap suami aku.

"Awak..boleh ke buat saya bahagia?" Chanyeol tersenyum dengan perubahan panggilan Jiyoung.

"Boleh.Kita cuma perlukan sedikit perubahan."kata Chanyeol sambil mengenyitkan matanya.Jiyoung menundukkan wajahnya lalu meneguk jus oren, menahan malu.Chanyeol tersenyum manis lantas mulai menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya.

***

"Termenung je kau hari ni?Kerja tak ada ke?"hentakan meja yang agak kuat membuatkan Chanyeol tersentak daripada lamunan.Penumbuk ditunjukkan apabila melihat rakan baiknya itu.

"Sehari tak kacau aku berada kat alam lain tak boleh eh?" Seokjin tersengih.Dia duduk di kerusi yang berhadapan dengan Chanyeol.

"Aku seorang kawan yang baik.Aku tak nak lah kau makan gaji buta je.Buat kerja tu ikhlas lah sikit.Tengok aku,pekerja yang bukan sahaja berkarisma,hensem,tapi juga pekerja yang berwibawa.Contohilah aku.Bonus,pandai memasak pulak tu."kata Seokjin dengan bangganya.Chanyeol hanya mengangguk.

"Arasso Kim Seokjin.Nasihat anda amat dihargai.Addition,perempuan pun keliling pinggang kan?" Seokjin menghamburkan tawanya kuat.

"Heh,kau tahu-tahu je."

"Kau ingat aku buta ke rabun?Sampai perempuan tiap hari bertukar-tukar pun takkanlah aku tak nampak." Seokjin sekali lagi menghamburkan tawanya.

"Kau buat aku malu lah bro."macam mintak penampar aje si Jin ni.Malu konon,ceh.

"Blah la kau.Malu konon."

"Malu lah.Nanti semua orang kenal aku.Hancur 'Princess Jin' nanti."kata Seokjin dengan ketawa yang masih bersisa.

"Aku tak sangka aku ada kawan macam ni.Playboy suka Pink?Erk..Wujud jugak orang macam kau ni."

"Tu lah yang dinamakan comel.Macam kau,hmm..Langsung tak comel.Pororo je tiap-tiap hari.Dompet pororo.Seluar tidur pororo.Frame gambar pororo.Selimut pororo.T-shirt pororo.Macam manalah ada saiz kau.Cover telefon pororo.Habis semuanya pororo.Lepastu perangai pun..Ish-ish-ish..Kalah adik aku yang paling kecil.Hancuss..Macam manalah kau boleh ada wife..Haih!Pass je lah wife kau kat aku."mata Chanyeol terbeliak.

"Yah!Kalau aku bagi kaki 'sedap' jugak kan?Nak rasa?" Seokjin menghamburkan tawanya lagi.

 "Relaks lah.Aku gurau je..Sayang jugak eh kau kat wife kau?Ingatkan hati still melekat kat si Ra Hee tu?" Chanyeol terdiam.Dia menongkat dagunya.

"Aku tak tahu..Ah!Jin,kau tolonglah aku." Seokjin mengangkat sebelah keningnya.

"Tolong apa pulak?"

"Aku tak cintakan Jiyoung.Aku still cintakan Ra Hee.Tapi..Aku rasa bersalah.." Chanyeol akhirnya meluahkan isi hatinya.Wajahnya ditekup dengan kedua-dua tapak tangan.

"Hmm..Susah jugak kalau macam ni." Seokjin mengetuk jarinya di meja.

"Tu lah pasal." Seokjin menyandarkan badannya di kerusi.

"Aku rasalah kan..Kau patut lupakan si Ra Hee tu.Dia tu tak ada apa-apa hubungan pun dengan kau.Lagipun,kau dah tak pernah jumpa dia lagi dah kan since kita tamat sekolah?Maknanya,dia bukan takdir kau.Takdir kau tu isteri kau a.k.a adik angkat kau." Chanyeol teringat kembali kali terakhir dia melihat wajah gadis itu.Baru beberpa hari yang lepas.Aku tak pernah cerita kat Jin pun pasal tu.Kalau aku cerita,reaksi dia apa pulak.Hmm..Chanyeol mengeluh perlahan.

"Jin,kalau aku cakap yang aku..ada jumpa dia macam mana?"mata Seokjin terbeliak.

"Hah??Serius??Bila?"ketukan di pintu membuatkan Chanyeol tidak sempt ingin menjawab pertanyaan Seokjin.

"Masuk."kata Chanyeol lalu memandang Seokjin hairan.

"Siapa?"tanya Chanyeol kepda kawannya itu.

"Mana aku tahu.Kenpa tanya aku pulak?" Chanyeol dan Seokjin memandang kearah pintu.Pintu dikuak dari luar.Kelihatan Seolhyun,salah seorang pekerja di syarikat itu bersama dengan seorang gadis berjalan kearah Chanyeol dan Seokjin.Chanyeol mengecikan matanya memandng gadis itu.Macam pernah nampak..Tapi tak clear lah sebab dia pandang bawah.

"Chanyeol..Perempuan tu macam..." Chanyeol memandang Seokjin yang seakan-akan tahu itu.

"Siapa?"tanya Chanyeol sebelum berpaling memandang dua orang gadis dihadapannya itu.Gadis disebelah Seolhyun itu mengangkat wajahnya.Chanyeol membulatkn matanya.

"Encik Chanyeol,Encik Seokjin,kenalkan.Ni Choi Ra Hee. Pekerja baru kat kat sini." Chanyeol dan Seokjin berpandangn sesama sendiri.Choi.Ra.Hee.?Ah!Apakah??

"Selamat berkenalan..Encik Seokjin dan Encik..Chanyeol.Harap dapat beri tunjuk ajar." Chanyeol tergamam.Ra Hee tersenyum,menampakkan lesung pipit di pipinya.

Aku dialam mimpi ke sekarang ni?Ah!Kenapa dia muncul waktu macam ni???

 

___^^___^^___^^___^^___

 

Watak baru!Kim Seokjin a.k.a Jin.Jin pun akn mainkn peranan dalam ff ni.^-^ 

Sblm tu sy nk mntk maaf sgt2 sbb haritu sy ada ckp nk post chapter 10 mlm tu jgk tp x post pn.Mian!

*Thanks kpd yg subscribes & upvotes. :))Silent readers pn.:)) Kalau komen,lg sy suka. ^-^ Chapter 11 blm tntu lg sy akn update bila.Hrp blh tggu =)

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AshiAz_4
Chapter 11 akn di update ! ^^ Tunggu~

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 1: Chanyong ni sapa pulak?
April1699
#2
Chapter 10: Oi Ra Hee! Shoo shoo !
Syazwaniroslee #3
Chapter 10: Rahee jangan kacau Chanyeol. Bagi peluang dorang mengecapi kebahagiaan. Ayat hahahah. Update soon
daedeena #4
Chapter 9: Author please update!!
mrs-mystery
#5
Chapter 9: Finally,an update!
Cute btul Chimchim dlm chapter ni XD Hwaiting for the next update :)
Lol
SyiqaYeollie
#6
Chapter 9: Palli update authornim!!!!
April1699
#7
Chapter 8: Update ~ :)
fazreen #8
Chapter 7: Update soon