Hisashiburi? ^^

Unrequited Love ? [ Malay fanfiction ] - HIATUS

 

" abang teman lah Dae tidur please? " Daehyun masih merengek di atas bahu abangnya.

" haish , abang baru habis kerja la Dae , nak buat kerja sekolah lagi. Mandi pun belum " senyuman dipaksa untuk dilirikkan agar adiknya itu tidak terus menangis.

" alaa , pergilah mandi cepat , Dae tunggu " 

" yela yela "

Himchan pun bangun dan membersihkan dirinya. 

 

 

 

Himchan beriya mahu bercerita sebaik dia keluar dari pintu bilik mandi .... " tadi kan Dae .... "

Ceritanya terbantut tatkala melihat adiknya yang sudah nyenyak dibuai mimpi.

" alaa budak ni , tadi beriya nak tunggu " Himchan hanya tersenyum.

 

 

 

Himchan kemudiannya duduk disebelah Daehyun , statik , memandang adiknya dengan pandangan yang dalam . Tuala yang terletak di atas kepalanya yang basah itu digerakkan selepas beberapa ketika. Bilik Daehyun tetap sejuk walaupun ianya penuh dengan bermacam benda. 

Mata Himchan meliar keseluruh pelosok bilik.

Himchan tersenyum melihat alatan musik yang tersusun rapi di dalam bilik Daehyun. Mata Himchan terhenti di gambar papa dan mamanya yang terletak di meja berselahan katil Daehyun. Tangannya pantas bergerak dan mengambil gambar itu , ditatapnya lama. Himchan tersenyum. 

 

Dia berbicara , seolah berbisik dengan mereka.

 

" Papa dengan mama sihat? Cuba papa  mama tengok bilik Dae ni. Penuh dengan barang musik. Mesti Papa dengan mama bangga dengan Dae. He is doing well Papa. He will achive your dream for you. He will "

 

Himchan menoleh ke arah Daehyun yang mula bergerak ke arahnya. Himchan tersenyum bangga. Air mata masih berlinangan tenang di pipinya. Mana taknya , bertahun dia cuba kuat untuk adiknya , dan dia juga tahu , Daehyun melakukan perkara yang sama , dengan cara yang berbeza.

 

 

 

Himchan menatap gambar itu lalu dikucup perlahan. Kemudian dia meletakkan gambar itu kembali ke tempatnya.

" we miss you so much Papa , Mama "

 

 

 

 

*******************

 

 

 

" eyyy , kenapa tak kejut Dae? Abang ni " Daehyun membebel sambil menggosok matanya.

" siapa pulak tak kejut kau? orang kejut tah berapa juta kali , gerak pun tak " Himchan membebel sambil meneruskan menyapu majerin di roti. 

 

" eh yeke? "

Daehyun menggaru kepalanya yang tidak gatal , lalu menyambung ...

" salah abangla , janganla panggil je , gerakkan lah badan kita sekali , eyyyy " 

 

" eh salah abang pulak. alaa , bukan sekolah pun hari ni . Dahla , pergilah basuh muka tu , baru pukul 8 pagi. bising je " 

Daehyun hanya tersengih mendengar bebelan Himchan. Setiap pagi memarahi abangnya kerana tidak dikejutkan. Padahal , bukannya lambat pun. Daehyun memang selalu bangun awal , cuma lebih lambat daripada Himchan.

 

 

 

 

" so this is our breakfast? " Daehyun duduk dihadapan Himchan

" yes , why? " penuh roti di dalam mulutnya. Himchan ni pun. 

" alaa , ni je ke? masakla sup ke , nasi ke apa ke " rungut Daehyun sambil menuang air kopi ke dalam cawan. Roti turut disuapkan ke dalam mulutnya. Himchan hanya memerhatikan gerak gerinya sambil menyembunyikan senyum di bibirnya.

" alaa , beriya membebel , makan jugak "

" rezeki ni bang , takkan nak buang pulak " Daehyun hanya tersenyum.

" what's your plan today? " Himchan bertanya.

" takde apa , cuma Youngjae kata dia nak datang rumah , tak kisah kan? " tangan Daehyun sibuk menyapu majerin ke atas buku roti kedua. tak tahu la bebel apa nak nasi bagai , roti pun makan sampai dua buku.

 

 

 

" ouh yeke? alaa , macam tak biasa Youngjae tu datang sini. jap , korang ada kerja nak buat sekali ke? " himchan bertanya

" xde la , Youngjae tu sibuk nak datang. dia kata dia rindu nak lepak kat sini." 

" ouh , eh bolehla abang ajak pak cik Jae datang sekali, Abang rindu nak makan masakan dia " Himchan ketawa.

" alaa , Dae dah hari-hari jumpa dia kat sekolah. tak kan nak suruh datang rumah pulak? " 

" macam kau tak jumpa Youngjae kat sekolah pulak? " 

 

 

Daehyun terdiam. Betul juga kata Himchan. Youngjae tu kelas sebelah je. Hari-hari jumpa juga. 

" alright you win " 

 

 

" great , nanti abang ajak Pak Cik Jae datang . Mesti dia bawa semua kroni dia " Himchan melawak sendirian. Dia yakin dengan dengan firasat hatinya.

 

Tangannya terus menekan punat mendial. " Hello Pak Cik Jae .............." 

 

 

 

*******************

 

 

 

" ding dong "

 

Daehyun berlari membuka pintu.

" eh , awal kau sampai? kata nak datang petang " 

" Himchan hyung suruh datang awal , ada makan besar katanya " Youngjae masih sibuk membuka ikatan tali kasutnya.

 

Daehyun sekadar melirik matanya ke arah Himchan. Himchan sekadar tersenyum melihat dengan pandangan adiknya. 

" ni mesti dia ada plan apa-apa ni , lepas tu tak cakap dengan aku " Daehyun bermonolog sendirian. 

 

 

" kau ni , tak nak bagi aku masuk ke? " Daehyun tersedar dari lamanannya yang kejap. Dia tidak sedar yang dia masih berdiri kaku di hadapan pintu.

" ouh hahahahaha , sorry babe " Daehyun sekadar ketawa berbasa basi. Youngjae hanya tersenyum seraya melangkah masuk ke rumah agam yang tersergam indah itu. 

 

 

 

 

" whoaaa , bersihnya rumah ni " Youngjae duduk di sofa betentangan dengan televisyen.

" kau perli ke apa? " Himchan sekadar tersenyum sambil meletakkan segelas jus oren di hadapan Youngjae , lalu duduk di sebelah Daehyun yang asyik mencari subtitle cerita yang dipasangnya. 

" perli apanya bang , serius bersih. Kalah rumah saya " Youngjae masih dengan adabnya walaupun mereka hanya sepupu. Jus oren itu di minumnya. Dia melihat Daehyun bangun meninggalkan dia dan Himchan di ruang tamu.

 

 

 

" mak cik sihat? sorry la , dah laa kami tak datang rumah " Himchan bertanya.

" mak sihat je , alaa tak kisah pun la. Jae pun bukan selalu datang " 

" bukan main baik kau depan abang aku kan? " Daehyun tersengih sambil membawa sebekas chips daripada dapur. Dia kemudian duduk disebelah Youngjae. Chips itu dihulurnya. 

" alaa , mestilah. dengan kau , aku nak buat baik buat apa? " Youngjae mengambil chips itu dan makan dengan rakus. 

" amboi sedapnya mulut kau bercakap " bekas chips itu lekas dialihkan. 

" eh bagi lah sikit. tadi beriya hulur kat aku " youngjae sudah menonjolkan perangainya.

" sukahati aku lah nak bagi ke tak nak "

Daehyun terus bangun dan menjelir lidah ke arah Youngjae. Youngjae sekadar tergelak kecil. Daehyun seperti lupa dengan keberadaan Himchan di situ.

 

 

 

" Himchan hyung , tengok Daehyun ni " Youngjae mula merengek.

" hari-hari dah abang tengok dia , dah bosan dah " Himchan berkata selamba.

 

 

" apa ??? , Dae dengar okay ! "

Jerit Daehyun yang kini terjegah dari pintu bilikya di tingkat atas. Ntah bila dia lari ke atas pun tak tahu. 

 

 

 

" pergilah naik ke atas. kejap lagi Pak Cik Jae sampai " 

" Pak Cik Jae? Pak Cik Jaejoong? " Youngjae dah tunjuk muka beriya dia ...

" yeah , rindu lah tu. Kau ni sama je dengan Daehyun , konon tak nak jumpa , tapi cakap pasal makanan terus besar mata " Himchan membebel sendirian.

Youngjae sekadar tersengih. Dia beriya datang awal kerana Himchan kata ada seseorang yang akan masak tengah hari ni di rumahnya.

" hee , alaa , bukan selalu , okay , saya naik atas " 

 

 

Himchan melihat langkah sepupunya itu. Laju sahaja dia melangkah. Bukannya tak pernah budak tu datang ke rumah Himchan dan Daehyun , tetapi kebelakangan ini , bayang dia pun susah nak nampak. Sibuk agaknya. Himchan berfikir.

Tangan Himchan laju menutup televisyen di hadapannya. " budak-budak ni , dah buka tv , bukan nak tengok pun. "

 

 

selang beberapa ketika  , loceng rumahnya berbunyi lagi. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Himchan tersenyum . Dia lantas bangun dan menuju ke pintu.

Pintu dibuka perlahan . 

 

 

 

 

 

 

" angyeong "  ...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syaf_AKTF
hoyeah its a quick update , hope korang suka chapter ni ~

Comments

You must be logged in to comment
Ellystersky #1
Chapter 1: Omg syaf... Im trying my best to understand this ff.. And yes I get it, but just little.. haha but nice ff I thinks.. Sekali kali la bukat beda hehe ^^v
21blackpearls
#2
Chapter 7: Ohhhh..why..life soooo cruel doesnt it..T.T
Shimmieh
#3
Chapter 7: what a beautiful parents they have. :')
21blackpearls
#4
Chapter 4: oihhhh~untungla ada cikgu cikgi yang super hensem wehhhh~i wish i can turn back my time n going to this school~~~heeeeee~ >:3
Shimmieh
#5
Chapter 4: tiba-tiba lapar. nak pi makanlah.
21blackpearls
#6
Chapter 2: semua kpop idol kat sini~siapa watak utama ni??daehyun ker?
Shimmieh
#7
Chapter 2: tolong pastikan kewujudan jongup.
21blackpearls
#8
Chapter 1: first one to comment?feels honored. bila jaejoong nsk keluar ni?jap citer ni ker?