Kejutan?

Unrequited Love ? [ Malay fanfiction ] - HIATUS

Junsu mengamati suara di hujung talian , rasa macam dah berbulan tak jumpa walaupun baru dua minggu. talian dimatikan .Junsu tergelak kecil.

" haih , dah besar adik aku ni "  

 

 

flashback ...

 

"ehmmm? nak apa? " 

" belikan tomato please? yang biasa , beli banyak - banyak tau? tau tau tau? "

" tak bosan ke makan tomato je? "

" siapa yang ajar Zelo makan dulu? elee , boleh eh? mak tiada di rumah , bosan la , cepat balik eh? "

" yelaaa , dah la , pergi buat apa yang patut . jangan nak tengok anime je tak habis"

" okay , kejap lagi nak pergi rumah Jongup hyung. "

" okay , kejap lagi hyung balik " 

 

flashback tamat .

 

......

 

di rumah ~

 

" hello Jongup hyung , ada kat rumah tak? Zelo nak datang boleh? "

" boleh , jangan lupa tau bawa benda tu! "

" ouh , haa , okay , gimme five minutes "

Zelo pun mengambil semua barang yang dia rasakan perlu untuk di bawa ke sana. 

 

 

" apa benda yang banyak sangat barang kau ni? "

Zelo tersengih " alaaa , macam tak biasa , boleh masuk tak ni? " , tali kasutnya dibuka. Skateboard dipegang kemas di tangan.

" macam tak biasa " Jongup kekal dengan senyum yang tak pernah lekang di bibirnya.

 

" bawa tak? "

" nah ... CD Pokemon abang "

" haha , yeay , lupa nak beli siri yang ni , masa nak beli dah habis T_T "

" apa laa , dah besar pun tengok pokemon "

" elee , kau tu , macam tak tengok " 

Kedua mereka tergelak sakan sambil menikmati pizza yang baru dibeli tadi.

 

 

 

Sementara di sekolah Daehyun ,

 

" Okay , pastikan awak ingat gerakan yang cikgu ajar tadi , we will continue to next class. " Yunho memberikan arahannya.

 

 

Berakhirnya kelas tarian , bermaknya , berakhirlah kelas untuk hari itu.

 

 

" ahh , penatnya , kelas harini banyak betul , kenapa tak buat gap banyak2 je , kan senang " Ilhoon dah merungut.

" Kau ni , bila nak berubah perangai kau tu Ilhoon oi? "

" Kau dah kenapa Tao? nak cari gaduh?" Ilhoon menyergah.

" laa , tu pun nak cari gaduh , gertak sikit , nak gaduh , tak cool langsung " Gongchan mencebik ke arah Ilhoon.

" sukahati aku la , kan Dae? " 

 

Tiada jawapan diberikan . Ketiga sahabat tadi memandang ke arah Daehyun. 

 

" weyh , kau mimpi apa  tengah hari buta ni Dae? " Ilhoon menepuk bahu Daehyun.

Daehyun tersedar dari lamunan. " huh? apa ni? kacau orang je "

" kacau apa? kau tu , orang panggil banyak kali tak dengar " Tao menjawab.

 

" ouh yeke? ehm , tak perasan lah pulak " Daehyun masih bersandar di dinding cermin di bilik tarian. 

 

 

 

 

" eh , semalam aku jumpa seorang lelaki ni , alahai , comelnyaaa " Eunji rancak bercerita

" siapa? kau jangan kata ... wait , senior kelas atas ke? " Juniel turut bergosip.

" eyyy , janganlah kuat-kuat , tapi aku masih setia pada yang kat situ ha " jari telunjuknya di halakan ke kumpulan lelaki di hujung bilik tarian.

Masing-masing memusatkan pandangan ke arah yang di tunjuk.

" kau ni macam tak ada orang lain . eyy , apalah korang ni , tak de benda lain ke nak cerita? " Ji Eun mencelah.

" biar lah , kau jealous kan Ji Eun? " Eunji menjelir lidahnya. Ji Eun mencebik.

" tch , siapa nak jealous? " Dia masih dgn buku notanya, mencatat sesuatu.

 

" eh , aku teringin nak tau la , kau tulis apa dalam buku tu eh? " Eunji mengubah topik.

Ji Eun tersedar lalu memegang erat bukunya ke dada. " mana ada apa2. jangan nak sibuklah " dia menjelirkan lidahnya.

" haa , jelir2 , aku potong kang. " Juniel menambah.

 

Ji Eun tak mempedulikan perbualan mereka berdua , dan teruskan mencatat diarinya.

 

~ Andai aku luahkan perasaan ini , mahukah dia menerima? ahh , aku tahu , oppa mesti mahu gadis yang baik ..... "

 

 

 

' Apa benda yang dia tulis tu? berkerut-kerut muka dia' 

Mata Daehyun masih lekat pada figura yang sama. Satu hari ini , hati dia terusik apabila matanya mengamati gadis itu.

 

" oi Daehyun. jomla. abang aku dah call nak ambil aku . abang kau datang tak? " monolognya terhenti.

" ehm tak , aku balik sendiri. dia kerja la Ilhoon." 

" ouh okay then , aku gerak dulu okay? dae, tao, chan-chan? hehe , what a cute chan-chan " sempat lagi dicubit pipi kawannya itu. 

 

" DON'T CALL ME CHAN-CHAN lahhhhh !!! eyyy , geram betul " Gongchan bengang. " Ni Ji Eun punya pasal lah ni " 

Ketawa Ilhoon masih bersisa ketika dia meninggalkan bilik tarian. 

 

" Okay , aku pun nak balik. bye guys " Daehyun memulakan langkah. Tinggallah Gongchan dan Tao dengan cerita yang tak pernah nak habis.

 

 

 

Di perkarangan sekolah...

 

 

" eyh , aku ingat kau dah gerak dah. Mana abang kau? " Mata dilirikkan pada gadis di belakang Ilhoon.

" tadi beriya dia call aku , kata nak ambil dalam lima minit. kesian Ji Eun tunggu lama" Ilhoon mula merapatkan kedudukannya dengan Ji Eun.

" ouh , balik sekali ke ? " posisi badan di arahkan ke arah Ji Eun 

" biasa dia balik dengan kakak dia , hari ni kakak dia busy sikit , jadi dia tumpang aku. nama pun jiran " Ilhoon menjawab, bagi pihak mungkin? 

" jiran? " kepala di anggukkan ' no wonder la ' . Daehyun membetulkan headphone di kepala.

 

Senyap.

 

" balik sorang ke? " Jin Eun tiba-tiba bersuara.

Daehyun dan Ilhoon memandangnya sekilas. " huh? aaa , haa " teragak-agak Daehyun menjawab. Daehyun sudah di atas basikalnya.

 

 

 

 

Tiba-tiba muncul satu kereta  di pagar sekolah. betul, betul di hadapan mereka ....

 

 

" kata lima minit " Ilhoon mencebik. topi spike nya dibetulkan. " Kesian Ji Eun " 

 

" sorry Ji Eun , abang ada hal sikit tadi " 

" eh tak pe , tak tunggu lama pun " Ji Eun tersipu malu. Mata Daehyun masih melirik padanya .

 

" yo Dae , what's up? " hi-5 diberikan. 

" still good , thanks , you? lama tak nampak abang? " Daehyun berbasa basi.

" abang ada je datang ambil budak ni ha , kau je selalu balik awal, siapa suruh " tangan diletakkan di atas bahu adiknya itu.

 

 

" eh , Daehyun kenal Minhyuk oppa? " Ji Eun mencelah.

" kenapa tak kenal?" Minhyuk ketawa datar. Daehyun hanya tersenyum.

Ji Eun masih dengan muka blurr dia. Ilhoon pula , memandang semua orang dengan muka pelik.

 

 

" Okay , Dae nak balik. take care abang. adik awak nakal hari ni " basikal terus dikayuh laju dengan ketawa yang bersisa.

Ji Eun ketawa melihat telatah Daehyun ' tak de la teruk sangat perangai dia tu '. 

 

" haa , ketawa bukan main eh kau?" Ilhoon mencebik. Ji Eun menggeleng , malas melayan kawanya itu.

" cemburu la tu " Minhyuk mencelah. muka Ji Eun berubah.

" Jom , kita balik " 

 

 


 

p/s : 

Maaf , dah lama Syaf tak update , dan rasanya , fanfic ini akan cuba untuk diteruskan , jalan cerita masih ada , harap ia sampai .

So how about this chapter? getting better? or worst? Hope I got some feedback at the comment area.

 

Syaf tengah belajar untuk perbaiki tulisan untuk fanfic bahasa. harap ia bertambah baik , untuk chapter yang lepas , Syaf akan cuba cari masa untuk perbaiki di mana yang perlu. 

 

Another one , thanks for those who voted for the poll , terima kasih banyak-banyak :) 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syaf_AKTF
hoyeah its a quick update , hope korang suka chapter ni ~

Comments

You must be logged in to comment
Ellystersky #1
Chapter 1: Omg syaf... Im trying my best to understand this ff.. And yes I get it, but just little.. haha but nice ff I thinks.. Sekali kali la bukat beda hehe ^^v
21blackpearls
#2
Chapter 7: Ohhhh..why..life soooo cruel doesnt it..T.T
Shimmieh
#3
Chapter 7: what a beautiful parents they have. :')
21blackpearls
#4
Chapter 4: oihhhh~untungla ada cikgu cikgi yang super hensem wehhhh~i wish i can turn back my time n going to this school~~~heeeeee~ >:3
Shimmieh
#5
Chapter 4: tiba-tiba lapar. nak pi makanlah.
21blackpearls
#6
Chapter 2: semua kpop idol kat sini~siapa watak utama ni??daehyun ker?
Shimmieh
#7
Chapter 2: tolong pastikan kewujudan jongup.
21blackpearls
#8
Chapter 1: first one to comment?feels honored. bila jaejoong nsk keluar ni?jap citer ni ker?