Siapa Dia Sebenarnya?

Unrequited Love ? [ Malay fanfiction ] - HIATUS

 

Aku memandang tingkap yang membawa pandangan ke arah jam sekolah di bangunan sekolah yang paling hujung. Bangunan itu kadang-kadang memberi ilham yang aku tak tahu datang dari mana ,  pada lagu yang akan gubah. Saja , sekadar mempraktikkan apa yang aku dah belajar. Ada idea aku tulis , kalau tiada ... tiadalah . Darah muzik memang mengalir di dalam badan aku . Ayah dahulu adalah seorang komposer , ibu pula seorang penyanyi . Himchan pula juga mengambil major di dalam alatan muzik dan instrument. Aku pula major di dalam bidang muzik. kadang-kala , aku dan Himchan akan buat band sendiri kat rumah. Pakai la alatan apa pun , bunyi yang di mainkan Himchan memang akan menjadi , aku pula menyanyi. Tapi sekarang dah tak sempat sangat nak buat semua tu. Masing-masing sibuk.

 

 

 

" kenapa rasa macam ada orang pandang ni?" aku pun menoleh ke arah di mana naluri aku berkata ~

Aku melihat figura di 'sana'. Kelibat di cari. 'ouh , that girl' Senyuman diberikan padanya. Dia memegang cermin matanya lalu mengalihkan pandangannya sambil buat muka pelik. Biasa perempuan-perempuan di sekolah itu akan tersenyum sipu-sipu dan barulah mengalihkan pandangan mereka.

Aku tersenyum sendiri sambil menenung dia , lama . Aku rasa dia rasa tak selesa , jadi dia berdiri dan bergerak keluar dari kelas.

" interesting " Aku berkata sendirian. 

 

 

 

" eh , kau ni menung apa ha?" satu tepukan singgah ke bahu. terkejut aku dibuatnya.

" ehm , tak , hey , that Ji Eun girl , kau kenal dia tak?"

" Ji Eun ? ouh kenal , kenapa?" Ilhoon buat muka pelik dan menyambung " xkan kau x kenal dia kot?" 

" kenapa aku patut kenal dia? " 

" eh cik abang , kita dah sekelas dengan dia berapa tahun tah , kau ni pun "

" ouh yeke? " aku memeluk badan sendiri dan keluhan diberikan. " mana la aku ada masa nak perasan "

" tch ~ konon je la " Ilhoon gelak sendirian sambil menyambung karikatur yang dia lukis tadi.

 

 

 

Aku nampak Ji Eun masuk ke kelas semula . Aku perhatikan dia dari atas ke bawah. ' boleh tahan jugak dia ni , tapi kenapa macam pernah nampak eh?' Aku cuba untuk 'menggali' ingatan-ingatan yang lepas tetapi tidak berjaya. ' ehm malas lah nak fikir ' pandangan dialihkan ke luar tingkap semula.

 

 

 

Masing-masing dah bangun dan membawa buku vokal di tangan. Masa untuk kelas vokal. Gongchan dah buat muka comel dia apabila tiba masa cikgu kegemaran dia. Eunji dah mula tunjuk muka teruja dia " yeayyy , kelas vokal. Jom jom jom ! " Tangan Juniel dan Tao ditarik sekali. Tao beriya menahan gelak. 

Sampai sahaja di kelas vokal , Tao terus gelak terbahak-bahak

" kau ni dah kenapa Tao? " Eunji buat muka menyampah dia

" tak la , aku peliklah kau ni setiap kali kelas vokal mesti macam ni kan? dah la mekap tebal-tebal , nak mengorat cikgu ke?"

Eunji buat gaya 'fliphair' dia. " kalau ye pun , aku susahkan kau ke?" lidahnya di jelir. Tao tersenyum.

Kemudian dia merenung Juniel yang berdiri tegak dari tadi ~

" macam mana la kau boleh tahan dengan dia? haha"

Juniel mengangkat bahunya sambil tersenyum. Tao menyorokkan senyumannya dan membontoti Juniel dari belakang. Dia mengambil tempat duduk di sebelahnya.

Masing-masing sibuk berceletoh sambil menunggu cikgu vokal tiba.

Tiba- tiba kelas terus senyap ....

 

 

 

 

Hayannuni onsesange banjjagineun oneul
Haruharu seolleimyeo gidarin the first snow
Haneuri naegejusin neoneun gajang gwihan
Seonmul naboda deo sojunghan naui white star

Ireun achim jongsorie nuneultteugo jongil
Dugeundugeun seolleimyeo gidaryeowatdeon
Neoreul mannareoganeun gilmongmada arosaegin
Sarangseureon uriui chueok

Sorieobsi ssahyeoman ganeun hayan nun wiro
Seoseonggeorimyeo neureogan baljagukdeuri nal deo seolleige hae
oh ~~~ maeil kkumkkeowasseotdeon geunaribaro oneul naege dagaongeoyaoh

 

 

 

 

Tepukan gemuruh diberikan ... Satu senyuman diberikan kepada murid-muridnya.

" Selamat pagi semua. Macam mana persembahan cikgu tadi? "

Semua memberikan respond positif , dan yang paling kuat sekali adalah ....

" terbaik la cikgu Junsu !!! Daebak daebak deabak " Eunji memberikan 'thumbs up berkali-kali. Junsu sekadar tersenyum comel. Malu dipuji begitu. " terima kasih " 

" siapa boleh teka itu lagu siapa? " Junsu mula berteka-teki.

Masing - masing buat muka keliru. Khusyuk sangat sampai tak boleh nak fikir itu lagu siapa tadi ~ mungkin ><

" Daehyun? " Aku saja buat muka terkejut . dan kembali dengan muka selamba " that's your song isn't it? "

Semua dah pandang ke arah aku. Aku buat la muka 'kenapa pandang-pandang?' 

Junsu dah tersenyum sendirian . " macam mana kamu tahu? " Sekali lagi muka aku dan Cikgu Junsu dipandang berulang kali. Aku pun tak tahu kenapa semua macam tak percaya.

" well ~ " 

 

 

 

Senyap.

 

 

 

" Cikgu , betul ke itu lagu cikgu? " Gongchan mula berbicara. Satu kelas pun mula bising kembali.

" Ya . kenapa? " Junsu tersenyum sambil membetulkan duduknya.

" ehhhhh????? " 

" daehyun , mesti kamu tahu kan? " 

Aku sekadar menganggukkan kepala. " now tell the rest for me " 

 

Aku pun menjawab sekadarnya. Tapi tepat dan ringkas. gitu . 

 

MONOLOG

Sebenarnya , Cikgu Junsu adalah artis yang sudah banyak membuat rakaman di luar. Kenapa pelajar yang lain tak kenal dia? Penampilan Cikgu Junsu di sekolah dan ketika menyanyi adalah sangat berbeza. Aku pulak jenis suka selongkar semua benda yang berkaitan muzik , dan dengan latar belakang keluarga aku , memang aku akan tahu la walaupun sedikit. Cuma , mana ada rakan sekelas yang tahu tentang perkara yang aku cerita ni .

Tapi masa aku terangkan kat diorang tadi , muka semua macam tak puas hati je sebab aku pasal lagu tadi. Aku hanya mampu senyum sinis ~ 

 

 

 

" Terima kasih Daehyun " satu kelas memberikan tepukan , tapi aku tak memberi reaksi apa-apa. 

Cikgu Junsu pun meneruskan kelasnya. 

 

Hari ini , salji putih bersinar di serata dunia

Ia adalah salji pertama yang aku tunggu selama ini , hatiku terusik

Kau adalah hadiah yang paling berharga yang syurga berikan kepadaku

hadiah yang lebih berharga dari diriku , bintang putihku.

 

Setiap hari aku bangun dengan bunyi loceng di pagi hari

Aku telah menunggu dengan debaran yang kuat dan, ia terusik lagi

Perkara yang membuat aku teruja bertemu mu

Memori kita

 

Salji putih menggunung sepi

kesan tampak bertambah dengan langkah yang dibina

aku terusik lagi

ohh ~~~ perkara yang aku impikan selama ini , telah datang padaku... 

 

 


"Ini adalah maksud lirik yang Cikgu nyanyi tadi. Ada sesiapa yang boleh terangkan maksudnya?"

Tao mengangkat tangannya lalu menjawab. Dia berdiri sambil melirik mata kepada perempuan disebelahnya . ' Biar aku tunjukkan betapa hebatnya aku '  . Junsu mendengar dengan terliti . Juniel pula tersenyum kecil , perasan pandangan yang diberikan. 

Tao pun mula memberikan hujahnya. Semua mata tertumpu padanya. Aku masih bermain dengan pensil di tangan. Mata di lirikkan ke arah kanan, 'khusyuknya dia dengar' . Tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku. " Daehyun , awak mimpi apa siang hari ni? " Cikgu Junsu sudah berada di sebelah.  Aku tersedar dan sekadar mengganggukkan kepala tanda minta maaf. Senyuman tetap diberikan membuatkan beberapa perempuan terjerit kecil. 

 

Aku nampak dia ketawa , kemudiannya dia senyap dan menumpukan perhatian kepada kelas semula.

 

 

' who is that girl? ' 

 

 

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Lagu yang ditulis di babak ini adalah lagu nyanyian Junsu

THANK YOU FOR 

 

Makna dan lirik ~ (C) : http://www.kpoplyrics.net/  

Gambar ~ (C) : http://www.jpopasia.com/

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syaf_AKTF
hoyeah its a quick update , hope korang suka chapter ni ~

Comments

You must be logged in to comment
Ellystersky #1
Chapter 1: Omg syaf... Im trying my best to understand this ff.. And yes I get it, but just little.. haha but nice ff I thinks.. Sekali kali la bukat beda hehe ^^v
21blackpearls
#2
Chapter 7: Ohhhh..why..life soooo cruel doesnt it..T.T
Shimmieh
#3
Chapter 7: what a beautiful parents they have. :')
21blackpearls
#4
Chapter 4: oihhhh~untungla ada cikgu cikgi yang super hensem wehhhh~i wish i can turn back my time n going to this school~~~heeeeee~ >:3
Shimmieh
#5
Chapter 4: tiba-tiba lapar. nak pi makanlah.
21blackpearls
#6
Chapter 2: semua kpop idol kat sini~siapa watak utama ni??daehyun ker?
Shimmieh
#7
Chapter 2: tolong pastikan kewujudan jongup.
21blackpearls
#8
Chapter 1: first one to comment?feels honored. bila jaejoong nsk keluar ni?jap citer ni ker?