Hari Pertama

Unrequited Love ? [ Malay fanfiction ] - HIATUS

 

 

“ boleh tak jangan nak membebel pagi-pagi ni hyung? Bising la”  dia bercakap dengan nada separa marah. ‘pagi-pagi dah nak marah-marah orang’

“ mana aku tak marah , cuba kau tengok kat belakang tu , dah penuh . takkan kau nak aku buat semua benda. Kau ni pun”

Daehyun meleret mata ke bahagian belakang rumah. Ada satu ruang membasuh , satu gunung baju berlonggok kat situ. patutla dia marah betul’ . Dia buat muka tak bersalah. “ nanti orang basuhlah. Dae bukan budak kecik lagi okay “

“yelah kau tu. Nanti aku jugak yang buat.” Himchan bercakap sambil sibuk mengemas ruang tamu yang tak sempat dikemas semalam. Mana taknya , dah habis kelas terus dia ke tempat kerja dia. Balik rumah terus dia mandi dan tertidur. Kebiasaannya , urusan dan hal di rumah memang  Himchan yang buat. ‘nak harapkan budak tu memang taklah jawabnya’.

 

 

“ dae nak pergi dah ni. Jumpa nanti”

“ eh , tak sarapan dulu ke? Kau tu dah la bising kalau lapar la apa la. Penat aku masak pagi-pagi buta tadi”

Terus berubah muka Dae bila orang sebut pasal makanan.senyuman tiba-tiba terukir. Bab makan je la yang boleh buat dia gembira sikit. Ouh bukan sikit, tapi banyak. Pendek kata, makanan adalah kawan baik dia …

Dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Kasut yang dah dipakai ditinggalkan. “ yeah , macam mana dae boleh lupa nak makan . Abang masak apa?”

“ada kat meja tu. Tolong aku aturkan meja sekejap. Nak kemas ni lagi sikit”

 

 

Daehyun tengok abang kesayangan tu sibuk menyapu la , sidai kain dia la , mop lantai la.

“abang, dahlah tu , tak penat ke buat semua tu pagi-pagi. Biar je la. Nanti balik kelas , dae buat.”

’macam mana la dia boleh buat semua kerja tu sorang-sorang. Dah la semua siap dalam beberapa minit je’ . Rasa kagum terselit dalam hati dia tapi ….

’ehm , semua orang pun macam tu kan? Apa nak hairan’ .

 

 

Himchan pandang adik dia semacam. “ sejak bila kau rajin nak buat kerja rumah ni ha? Haha “

“ tak nak orang tolong sudahlah” Daehyun buat muka itik (duck face).

Himchan datang dekat dan cubit pipi adiknya kuat-kuat.

“ eiy , kenapa la kau ni comel sangat”

“ eh sakitlah abang, haish. Suka hati je cubit-cubit pipi orang” Daehyun memegang pipi yang merah.

Himchan terus ketawa berdekah sambil membasuh tangan di sinki.

 

 

Kim Daehyun. jenis yang malas nak ambil tahu pasal orang. Bagi dia, melayan karenah orang adalah menyusahkan. Cuma dengan seorang manusia je yang dia mampu nak berlembut lagi cakap , tu ha , yang tengah sibuk basuh tangan tu. Kim Himchan. Dia tu ‘abang kesayangan’ merangkap segalanya dalam hidup Daehyun. Cuma dia tak reti nak cakap ‘aku sayang dia,not my style okay’ .

Yang lain , jangan haraplah , yang sebaya Himchan pun dia panggil hoi atau paling baik pun , ber ‘aku-kau’ dengan dia.  

Himchan tahu Dehyun tak suka orang sentuh barang dia , walau teruk mana pun barang tu ditinggalkan , bersepah ke apa ke , biar Dae yang kemas sendiri. Tapi biasanya , dia jugak yang kemas. Himchan tu pihak berkecuali la.

 

 

Selama 10 tahun ni , Himchan lah yang jaga Daehyun. Dia lah mak , dialah ayah. Duit dan segala keperluan di rumah diuruskan olehnya. 

 

Kami berdua mempunyai perangai yang agak berbeza , sebab dulu masa sekolah rendah , Himchan satu sekolah dengan Daehyun. Dae selalu kena buli dan Himchan adalah orang yang akan pertahankan adiknya.Lepas kemalangan tu, Dae tak jadi reti nak bercakap dengan orang dan buat aku hidup dalam trauma selama beberapa tahun. Dulu masa kecil , Daehyun lah yang paling becok dalam keluarga. Masa di sekolah pula , apabila Dae kena buli , dia selalu tengok Himchan kena pukul teruk.Apabila senior kelas atas yang membuli , memang takde siapa yang akan tolong mereka lah cerita dia kan. Daehyun hanya mampu menangis je sebab dia tak mampu nak buat apa-apa.

Sampai satu tahap Dae buat keputusan untuk belajar taekwando sampai mahir dan sekarang dia adalah antara pemegang tali yang tertinggi di dalam taekwando. Sejak daripada tu , perangainya berubah sebab dia rasa orang lain tak boleh nak sentuh Himchan walaupun sejentik. ( memang diorang dah tak berani pun ). Tapi perubahan itu bukan hanya pada orang lain , dengan Himchan pun kadang dia terkasar juga , cuma Himchan tahu , Daehyun tak kan sakitkan hati dia.

 

 

 

Mereka pun makan dalam keadaan yang kelam kabut kerana jam sudah menunjukkan jam 7.45 pagi. Kelas masing-masing bermula jam 8.30pagi.

“kawan abang tak sampai lagi? Biasa waktu-waktu macam ni dia dah sampai kan?”  Daehyun, dengan nasi yang penuh dalam mulut , berusaha menelannya sambil bercakap. Himchan pandang dia atas bawah. " kenapa?"

“aku peliklah dengan kau ni. Kau ada kuasa sakti eh?” Himchan pun macam kelam kabut je lepascakap pasal kawan dia. Baru dia perasan sekarang dah nak pukul 8.

“ kenapa cakap macam tu? Random sangat” mukanyaberkerut seribu , saja nak kenakan dia. 

“ biasanya kau pergi kelas awal kan? Tak pernah pulak aku nampak kau terserempak atau bercakap dengan kawan aku yang selalu datang setiap pagi tu. Macam mana kau tahu dia selalu datang pukul berapa?” kali ni Dae pulak yang terkena. Himchan gelak apabila dia nampak muka terkejut adiknya ' aduh , terlepas cakap lah pulak. apa la kau ni Daehyun , tch, pandai jugak abang aku ni kan?’

“ alaa , kalau orang kebetulan tahu , tak semestinya ada kuasa sakti ke apa kan? Apalaa merepek pagi-pagi ni abang oi” saja nak tutup malu sendiri takut rahsia terbongkar ,dia pun teruskan makan dan habiskan makanan yang ada atas meja tu. Biasanya memang Himchan akan tinggalkan banyak bahagian makanan dia kat Dae. Sweet tak? Haha .

 

 

 

“ dahla , dae pergi dulu hyung. Jangan lambat pulak pergi sekolah. Pergi dulu.” Aku bergerak keluar lepas dah basuh pinggan mangkuk yang digunakan tadi. Yang lain , macam biasa , Himchan lah yang basuh. lols.

“ aite. Abang kerja sampai malam tau. Apa-apa , telefon aku” . Daehyun sekadar mengangguk.

Kasut dipakai , headphone diletakkan di kepala. “okay , let’s go”. Tetiba dia nampak kasut bersepah macam apa kat depan rumah. Daehyun menyusunnya dengan pantas. Tak nak Himchan nampak. Nanti kata dia buang tabiat la apa la. Dia tu kalau bab mengenakan orang memang laju. Jam baru 8.05 pagi. Bagi orang yang tak berapa nak ikut peraturan ni , itu kira awal lah nak gerak ke sekolah kan. Tu sebab biasanya Daehyun akan tunggu dekat simpang depan rumah tu , setiap pagi lah cerita dia.

 

 

 

HIMCHAN's POV

 

“ aite. Abang kerja sampai malam tau. Apa-apa , telefon aku” aku nampak daehyun mengangguk kepala beriya.

Aku pun kemas lah semua barang yang nak dibawa ke sekolah. Menyesal pulak tak kemas awal-awal semalam. Telefon dah berdering banyak kali. Rimas dengar nada dering sendiri, aku letak dalam mode senyap sekejap. Jari terus laju menaip mesej ....“20 seconds “, lalu dihantar. Lepas dah pastikan keadaan rumah dah okay , aku terus keluar. Basikal di capai. Aku hanya senyum je bila nampak depan rumah nampak tersusun dan kemas. “ dae ni kemas macam aku tak tau dia yang buat”

 

“weyh cepatlah , kau ni hari-hari nak aku jugak terhegeh-hegeh tunggu kat depan rumah kau ni”

“yelah , sabar boleh tak?” . Basikal ditunggang bersebelahan kawan baik yang dah bertahun aku kenal.

“ adik kau dah pergi ke? Mesti dia dah siap menyorok kat belakang tu kan? Haha”

“ehm , tau dah dia tu , konon berlakon macam tak sayang aku , tapi...” Aku mampu senyum je sambil menyorot pandangan ke tempat yang Dae selalu ‘tunggu’ aku. Comel nya lah adik aku tu.

“ tula pasal. Kenapa lah adik aku tak macam tu. Haha”

“Guk-ah , adik kau tu baik je , kau tu yang garang macam apa , tak sedar diri , hahaha “ aku terus mengayuh meninggalkan Yongguk di belakang sambil ketawa.

“ weyh , kau cakap tu beragak sikit eh “ . Yongguk terus mengejar dari belakang.

 

 

 

DAEHYUN's POV

 

“apa yang diorang main kejar-kejar pagi-pagi ni , penat lah aku nak kejar “ keluhan diberikan . Basikal dikayuh laju . Jam dah menunjukkan pukul 8.15 pagi.

Aku sampai di sekolah dalam 5 minit. Perkarangan sekolah di penuhi dengan pelajar yang lain . Aku nampak ramai perempuan-perempuan menjerit-jerit dari mana datangnya pun tak tau. Tapi aku tahu tak tahu kenapa mereka sibuk menjerit hari-hari. Mana la nak dengar bila headphone kat telinga je kan. Basikal diparkirkan di tepi dan headpone dibuka.

“ Daehyun Oppa , ahhh” .  ‘ouh diorang jerit nama aku ke? Macam tak de kerja lain je pagi-pagi nak tunggu macam tu’ Aku dengar tapi buat tak tahu je la. Pening nak fikir.

 

Tetiba aku nampak bayang seseorang dari jauh. Dia bersandar ditepi dinding berdekatan tempat parkir basikal. Aku tersenyum dan dia membalas senyuman . Tangan diangkat memberi isyarat supaya dia menunggu. Dia tersenyum.

“ Lambat kau hari ni “ lambaian ‘high-five’ disambut.

“ biasalah , datang awal-awal buat apa , kau yang datang awal sangat ni kenapa?”

“mana ada awal , baru sampai jugak tadi. Kalau tak buat apa tunggu kau , bingit telinga aku dengar diorang jerit”

“haha , alaa macam la aku kisah , baik aku layan kau je lagi bagus. Dah la , jom “ Bahunya ditarik seraya berjalan melangkah ke kelas.

 

Krekkk Pintu dibuka , tiba – tiba ....

 

 

 

 

 

 

”pangggggg”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syaf_AKTF
hoyeah its a quick update , hope korang suka chapter ni ~

Comments

You must be logged in to comment
Ellystersky #1
Chapter 1: Omg syaf... Im trying my best to understand this ff.. And yes I get it, but just little.. haha but nice ff I thinks.. Sekali kali la bukat beda hehe ^^v
21blackpearls
#2
Chapter 7: Ohhhh..why..life soooo cruel doesnt it..T.T
Shimmieh
#3
Chapter 7: what a beautiful parents they have. :')
21blackpearls
#4
Chapter 4: oihhhh~untungla ada cikgu cikgi yang super hensem wehhhh~i wish i can turn back my time n going to this school~~~heeeeee~ >:3
Shimmieh
#5
Chapter 4: tiba-tiba lapar. nak pi makanlah.
21blackpearls
#6
Chapter 2: semua kpop idol kat sini~siapa watak utama ni??daehyun ker?
Shimmieh
#7
Chapter 2: tolong pastikan kewujudan jongup.
21blackpearls
#8
Chapter 1: first one to comment?feels honored. bila jaejoong nsk keluar ni?jap citer ni ker?