Minhee

365 days

Sudah seminggu Sehun tinggal di Korea. Sehun tinggal di sebuah apartment mewah di Seoul bersama seorang pembantu peribadinya pakcik Jang Woo .

Pada petang itu, Sehun berjalan-jalan di sekitar Seoul . Suasana di Seoul amat cantik lebih-lebih lagi pada musim bunga. Sehun berjalan tanpa arah tujuan sehinggalah ke suatu tempat yang amat cantik, indah, tenang serta dikelilingi dengan pohon sakura .

Sehun dapat merasakan ketenangan yang amat sangat apabila dia menjejakkan kakinya di taman tersebut. Sehun duduk di sebuah bangku di bawah pokok sakura yang mekar.

Angin bertiup menyentuh lembut pipi Sehun. Semua rasa sakit, marah hilang begitu sahaja. Sehun leka menikmati keindahan bunga-bunga sakura di sekelilingnya. Bunyi burung berkicauan seakan-akan menyanyi sebuah melodi yang indah membawa Sehun ke dunianya sendiri.

Seorang wanita cantik menghampiri Sehun. Sehun tersentap. Betapa Sehun merindui wajah wanita itu. Betapa Sehun kasihi wanita itu. Wanita itu tersenyum manis . Sehun membalas senyuman wanita tersebut bersama air mata yang mula memabasahi pipinya.

Lama kelamaaan wajah itu mula kabur, jauh dari penglihatan Sehun. Air mata Sehun terus membanjiri wajah Sehun. “Ibu…” itu sahaja yang Sehun mampu katakan. Sehun berdiri.]Cuba menangkap bayangan ibunya yang kian menjauh . Semakin dekat Sehun menghampiri, semakin jauh ia pergi.

“Ibu !!!” Sehun jatuh terduduk . Dia menangis sepuas hatinya . Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya.  

“Awak ok ke ?” satu suara lembut menyapa telinga Sehun. Sehun membuka matanya perlahan-lahan. MinHee mengukir senyuman. Amat manis.

Sehun memandang sekelilingnya. Gelap . Hanya ditemani lampu-lampu tiang disepanjang taman itu. ‘Ah aku kat mana ni ?’ bisik hati Sehun. Sehun memandang gadis di hadapannya. Gadis itu masih tersenyum. “Saya jumpa awak tertidur di sini.” MinHee menyusun kata.

‘Oh mesti aku tertidur,’ hati kecilnya berbisik. MinHee duduk di sebelah Sehun. “Saya suka tempat ni. Indah. Sangat menenangkan,” Minhee cuba mengatur bicara. “Awak orang baru ke disini ? Saya tidak pernah Nampak awak di sini sebelum ini,” sambung Minhee.

Sehun memandang wajah MinHee. ‘Cantik’ bisiknya. Lama Sehun merenung wajah gadis itu. Minhee mula rasa tidak enak. “Saya pergi dulu” kata Minhee lalu meninggalkan tempat itu.

“Eh tunggu !! Saya tak akan apa-apakan awaklah !” jerit Sehun. ‘Hishh ! Bongoklah kau ! Yang kau pandang dia macam tu sekali mau dia tak takut’ bebel  Sehun.

Sehun kembali duduk. Tangan Sehun tersentuh sesuatu . ‘Aikk, bakul?’ satu bakul rotan yang dipenuhi bunga sakura berada di atas bangku tersebut. Sehun meneliti bakul tersebut. Ada tulisan yang terukir pada bakul itu. ‘Min Hee’ . “Perempuan tu punya ke ? Hurm, MinHee.. Nice name… macam tuan punya nama” Sehun tersenyum sendirian.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syasyabilly #1
update soon
syasyabilly #2
Auothor-nim daebak! Sambung citer ni lagi..! I enjoy it!
hermeh #3
Love the fic! Please read mine? :) http://www.asianfanfics.com/story/view/164595