Hari pertama di kolej

365 days

Sudah seminggu cuti berlalu. Dan sudah seminggu Sehun mengenali Minhee. Kini Sehun mula memasuki kolej. Sehun dan Minhee menjadi rapat. Mula mengenali antara satu sama lain.

Kebetulan Sehun dan Minhee belajar di kolej yang sama. Pagi itu Sehun menjemput Minhee di rumah makcik Soyeon iaitu ibu saudara MinHee.

Minhee tinggal bersama ibu saudaranya setelah bapanya meninggal. Ibu Minhee sudah lama meninggalkan Korea untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi di US.

“Tak apalah. Saya selalu jalan kaki saja . Dah terbiasa,” MinHee cuba menolak pelawaan Sehun kerana tidak ingin menyusahkannya. Minhee terus berjalan meninggalkan Sehun.

Sehun berlari kea rah MinHee. Dia menarik tangan MinHee dengan lembut. “Please..” rayu Sehun. Sehun mula membuat mimik muka merajuk. MinHee ketawa kecil. “Kali ni saja,” kata MinHee.

Sehun tersenyum lebar “Ok !!” jawabnya rinkas. ‘Tapi tak janji’ hati kecil Sehun berbicara. Sehun ketawa sendirian.

***

 

Kereta Lamboghini  milik Sehun meluncur laju memasuki pekarangan kolej. Semua mata memandang kearah kereta yang baru memasuki kolej itu.

“Ni lahh anak President Oh tu !” “Dia kan anak pemilik syarikat yang besar di Korea serta negara-negara lain” “Dia baru berpindah dari US” “Kayanyaa…”

Sehun mula menjadi buah mulut orang ramai bukan sahaja di kolej malah di Korea kerana Mr Oh merupakan President syarikat antara yang terbesar di dunia. Sesampai sahaja Sehun di Korea, dia terus menjadi perbualan hangat orang ramai.

Bagi Sehun, semuanya langsung tidak membanggakannya. Malah menyakitkan hatinya. Ayahnya yang menjadi idola orang ramai merupakan duri yang amat sakit baginya. Dendam sehun selama 10 tahun tak akan pernah terhapus. Perasaan bencinya terhadap lelaki itu tidak akan hilang.

Peristiwa 10 tahun yang masih terbayang di ingatannya. Peristiwa yang membawa dendam yang sukar dihapuskan. Peristiwa yang membawa luka yang tidak dapat disembuhkan. Sehun benci , benci orang mengkagumi ayahnya !

Sehun menuruni kereta Lamboghini miliknya. Semua mata memandang ke arahnya dengan penuh kagum. Sehun menoleh ke dalam kereta . Minhee masih tercengang. Dia tidak sangka bahawa kedatangan Sehun mendapat sambutan yang amat besar oleh pelajar kolejnya.

 

“Awak taknak keluar ?” tanya. “Emm..” Minhee tergagap-gagap. Dia teragak-agak untuk keluar. Sehun amat terkenal. Dia hanya seorang yang tidak mempunyai apa-apa. Dia tidak mahu menjadi perbualan orang ramai.

“Jomlah” Sehun mematikan lamunan MinHee. Minhee mengangguk perlahan. Dengan perasaan yang gemuruh, Minhee menuruni kereta. Sebaik sahaja Minhee keluar dari kereta suasana yang bising kini bertukar sepi. Sunyi.

Mata-mata pelajar kolej itu memandang MinHee dengan hairan. “Aikk ?? Tu bukan anak pakcik kantin ke ?” satu suara sumbang mula kedengaran.

Hati Minhee terguris. Tiba-tiba air matanya mula bergenang . Bukan kerana terasa dengan kata-kata mereka tetapi kerana ayahnya. Kenangannya bersama ayahnya berputar di ingatannya.  Ayahnya seorang yang susah. Ayahnya memang seorang pekerja kantin di kolej tersebut. Tetapi dia tidak pernah rasa malu malah dia rasa bersyukur mempunyai bapa seperti ayahnya.

Sehun menarik tangan Minhee dan membawanya jauh dari pelajar-pelajar kolej itu. Sehun merenung MinHee.  Perlaham-lahan Sehun mengelap pipi Minhee yang dibasahi air mata. “Hiraukan apa yang mereka kata,” Sehun cuba menenangkan MinHee.

“Saya rindu ayah,” Minhee meluahkan isi hatinya. Sehun menyandarkan Minhee dibahunya untuk menenangkannya. “Its going to be alright. Ikut saya,”

Sehun membawa Minhee ke sebuah taman di dalam kolej itu. “Nah,” Sehun menghulurkan secawan kopi kepada Minhee. Minhee menyambutnya dengan senyuman.

“Awa nak dengar satu cerita tak ?” tanya Sehun. “ Minhee mengangguk sambil tersenyum. “Ada seorang lelaki ni, dia telefon rumah sakit jiwa. Dia tanya pegawai tu pesakit katil no 3 ada tak,” Minhee mula terhibur. “Then petugas tu kata tak ada . Lelaki tu menjerit kegembiraan,” sambung Sehun “Sebab?” Minhee tertanya. Sehun tersenyum memandang Minhee . “Lelaki tu pun kata macam ni ‘Yes maksudnya aku berjaya larikan diri !’” Sehun menghabiskan ceritanya.

Minhee tertawa kecil. Dia berasa terhibur. Sehun terus menghiburkan Minhee dengan cerita-cerita lucu. Mereka tertawa sesame sendiri.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syasyabilly #1
update soon
syasyabilly #2
Auothor-nim daebak! Sambung citer ni lagi..! I enjoy it!
hermeh #3
Love the fic! Please read mine? :) http://www.asianfanfics.com/story/view/164595