Meninggalkan US

365 days

Sehun memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah banglo yang megah.  Matanya meliar mencari sesuatu. “Fuh..”  Sehun menarik nafas lega. Dia terus memanjat pintu pagar rumahnya. Sehun perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.

Tiba-tiba “Mabuk lagi ?” satu suara mengejutkan Sehun . Sehun menoleh ke belakang . Suara itu milik Mr Oh . Mr Oh memandangnya dengan tajam . “Sudah berapa kali ayah cakap..” belum sempat Mr Oh menghabiskan ayatnya , Sehun terus memotong, “Saya tahu, saya tahu.. Nah ,” kata Sehun sambil menghulurkan kunci mtosikalnya.

Belum sempat Mr Oh mencapainya Sehun terus melarikan diri . “Lain kali sahajalah” kata Sehun lalu memanjat pintu pagar rumahnya . Dia cuba menghidupkan motosikalnya tetapi malangnya motosikalnya tidak hidup. “Ahhh.. Sial ! Waktu ni juga nak semput !” bebel Sehun.

Mr Oh mula naik angin. “Pengawal !! Kejar Sehun !” arah Mr Oh dengan berang. Pengawal-pengawal mematuhi arahan Mr Oh lalu mengejar Sehun.

Sehun berlari selaju yang dia mampu . Dia menoleh ke belakang . Kelibat pengawal-pengawal peribadi ayahnya langsung tidak kelihatan. Sehun tersenyum sinis. Tiba-tiba “PON !!!!!!!!!!!!!!!!!!” “DUSHHHH”

***

“Ayah dah ambil keputusan. Ayah nak hantar kamu ke Korea . Amerika tidak sesuai dengan kamu ! Ayah harapkan kamu berjaya tetapi lain jadinya ! Ayah tak faham dengan kamu ! Kau boleh tak sekali saja ikut cakap ayah ? Kenapa kamu benci sangat dengan ayah ?” Mr Oh memandang anaknya.

Sehun dihantar ke hospital kerana dilanggar sebuah kereta . Mujur Sehun hanya mengalami kecederaan yang kecil.

Sehun memandang ke luar tingkap . Kata-kata ayahnya langsung tidak dihiraukannya.  Sakit hatinya masih belum dapat diubati. Kalau diikutkan hati, wajah ayahnya langsung tidak ingin dipandangnya. Lelaki  yang menghancurkan kebahagiaanya. Lelaki yang membuatkan hidupnya tidak bermakna lagi.

“Ayah cakap dengan kamu ni OH SEHUN ! Cuba pandang ayah !” Mr Oh sedaya upaya meminta anaknya agar bersuara. Akhirnya Mr Oh mengalah. Dia mengeluh panjang.

“Ayah dah sediakan tiket penerbangan ke Korea. Nanti ayah suruh pakcik Jang siapkan semua barang keperluan kamu” kata Mr Oh lalu meninggalkan Sehun seorang diri .

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syasyabilly #1
update soon
syasyabilly #2
Auothor-nim daebak! Sambung citer ni lagi..! I enjoy it!
hermeh #3
Love the fic! Please read mine? :) http://www.asianfanfics.com/story/view/164595