Counting Pulses

SHINee - Obsession


 

Chapter 3

 

 

Afterglow.

Masih tak berapa nak faham tentang keputusannya, tapi adakah atuknya sedang melihatnya? Akan bersetuju dengannya? Akan menerimanya?

Semua itu tidak akan terjawab, Baekhyun tahu.

Semasa semua ini sedang difikirkan di dalam otaknya, Baekhyun terpandang seseorang. Seseorang yang sedang khusyuk membaca buku. Atau dalam erti kata lain, sedang terpaksa membaca buku.

"You don't need to push yourself hard, you know." Baekhyun mendekati Kris dengan meletakkan dua cawan kopi di atas meja, "I am not." Kris menjawab senang, mungkin kerana mahu terus khusyuk membaca buku.

Baekhyun hanya tersenyum.

Dia memandang buku yang sedang dibaca oleh Kris itu, 'Meaningless' tertulis di depannya. Buku ini... Baekhyun tidak pasti kenapa dia rasa gementar dengan tiba-tiba tetapi dia tersenyum apabila melihat Kris yang mencuba.

Memikirkan kembali Kris ini bukannyakawan, bukannya ejen yang mahu mengambil kedainya lagi. Dia hanya pelanggan, pelanggan yang mahu datang ke sini setiap hari, sebulan. Bukan sebulan lagi, ianya 26 hari.

Mereka berdua tidak banyak berborak kerana apabila Kris datang ke sini dia akan hanya membaca dan pergi balik. Kris bukan seharian di sini, dia juga kerja, hidup.

Kalau dia suka membaca kenapa tak beli?

Baekhyun selalu terfikir.

"Encik Kris, saya buatkan kopi untuk awak." tegur Baekhyun perlahan, takut mengacau Kris yang sedang membaca. Baekhyun mahu beredar dari situ tetapi, "Sit, Baekhyun." Kris bersuara. Baekhyun tersentak mendengar arahan daripada Kris yang tiba-tiba sahaja keluarkan suara.

Tidak dibantah, Baekhyun hanya duduk kembali.

"Ada terfikir apa awak buat selepas ini?" Baekhyun mengangguk, "Ya,"

"Apa dia?" tanya Kris meletak buku yang dipegang di atas pehanya. "A bookstore, di tempat lain. Jauh dari tempat ini, mungkin di bandar." Kris tersenyum mendengar jawapan itu. Seperti bersetuju. "You know, I can help you with it." Bukannya Baekhyun seorang yang bodoh sombong mahu menolak, dia hanya "Saya tak suka susahkan orang."

"Saya tak rasa disusahkan."

"Saya tahu but no."

Kris tersenyum, dia tidak usik pun kopi yang terletak di atas mejanya. Begitu juga dengan Baekhyun. "Baekhyun, I'm serious, I just want to help you open it." jelas Kris lagi. Walaupun tidak berapa jelas Baekhyun hanya memandangnya, cuba memikir mahu setuju atau tidak, "Are you  a filthy rich guy, Mr. Wufan?"

Kris tergelak.

"Kenapa kalau saya seorang yang kaya?" tanya Kris mengangkat sebelah keningnya, "Then, I agree." jawab Baekhyun mudah dan beredar dari tempat itu. Masih banyak lagi kerja mengemas mahu Baekhyun buat. Kris tidak menghalangnya, malah meletakkan sekeping duit di atas meja, seperti biasa.

Baekhyun terdengar bunyi loceng dari pintu utama. 

Kris sudah beredar.

Sehari sudah berlalu.

Membiarkan dua cawan kopi sejuk ditelan dek udara.


Baekhyun bangun pagi apabila cahaya dari tingkap berbentuk bulat, kecil menuju ke arah mukanya. Tidak pasti samaada mahu bangun atau tidak. Jadi Baekhyun terus sahaja terbaring kembali ke dalam mimpinya.

Tak boleh.

Dia menarik selimutnya ketepi dan terus ke ruang kedai bukunya. Melihat banyak kotak yang sudah dikemasnya. Baekhyun hanya mempunyai 15 hari sebelum semuanya berakhir.

Dia juga bersyukur kerana masih lagi orang datang membeli buku-buku di kedai ini sebelum tarikh itu menghampiri.

Dia juga bersyukur kerana Kris, lelaki tinggi itu datang menolongnya mengemas. Terlampau banyak buku. 

Memikirkan tentang Kris, Baekhyun melihat jam. Masih ada beberapa jam sebelum pukul 5 petang, waktu biasa yang Kris akan datang ke sini. Menjejakkan kakinya kedai ini dengan baju kerjanya. Juga wangiannya yang tidak Baekhyun sukai.

Soalan yang sama ditanya di dalam otaknya setiap hari, kenapa Kris masih datang ke sini setiap hari. 

Beberapa jam sudah berlalu. Dia asyik terfikir tentang keputusannya. Semua benda yang diputuskan, samaada betul atau salah.

Dalam kesibukkan mengemas, Baekhyun terpegang sesuatu yang membuatkan hatinya membuak-buak ingin menangis. Dia terasa seperti keputusan yang dibuat salah. Dia terasa seperti atuknya akan benci akan keputusannya.

Sekeping gambar, ibunya yang sedang mengandung dan juga ayahnya berpegangan tangan duduk di depan kedai buku usang ini. Tersenyum. Dia terbalikkan gambarnya dan memandang lama.

Tanpa disedari, air mata menitis dari mukanya. Baekhyun menutup matanya, meletakkan gambar itu ke dadanya. 

Sedari tentang pemergian mereka semua, membuatkan hati Baekhyun sebak. Dia tidak dapat mengawal air matanya lagi. Dia menangis sekuat-kuat hatinya.

Poor my parents.

Poor my grandad.

Poor them.

Poor son.

Dia tidak pasti kenapa dia masih menangis, meletakkan gambar itu di dadanya lagi. Memikirkan tentang hari sebelum dia dilahirkan, adakah ibu dan ayahnya gembira saat dia dilahirkan. Adakah atuknya bersyukur dengan kehadirannya. 

Gambaran di dalamn otak Baekhyun; mereka memeluk bayi, yang menangis dalam dakapan ayahnya. Seorang ibu dan atuk tersenyum melihat bayi yang dikurniakan oleh tuhan. Mereka hanya bersyukur bayi ini dilahirkan. Mereka menerima.

Dia sekali lagi mengharapkan mereka akan menerima keputusan yang dibuatnya. Tiada jalan untuk patah balik, Baekhyun.

Tiada.

Baekhyun tidak sedar loceng dari pintu utama berdering. Dia masih lagi memeluk gambar itu, sambil menutup matanya dan sandar pada dinding. 

Kris mencari Baekhyun dan ternampak seseorang yang berbadan kecil duduk di tengah-tengah kotak-kotak dan buku-buku. Kris tidak pasti samaada Baekhyun sedang tidur atau rehat. Dia mendekati badan kecil itu, dan tersedar, dia sedang menangis. Sedang menangis kesakitan.

"Baekh—"

Do not cry Baekhyun.

"W-why?"

Baekhyun tidak menjawab, air mata masih terus keluar dari matanya yang tertutup rapat. Kris menarik lengan Baekhyun untuk berdiri, dia tidak suka melihat Baekhyun yang tersepit di antara kotak dan buku-buku ini kerana Baekhyun kelihatan seperti sedang kesempitan.

Baekhyun menunduk bawah, masih menggenggam gambar itu di tangannya.

Kris tidak tahu hendak buat apa, jadi dia hanya memegang lengan Baekhyun sambil ibu jarinya menguis-nguis kulit Baekhyun. Dia memandang ke tangan Baekhyun yang memegang sekeping gambar. Gambar itu terbalik dan sesuatu tertulis di atasnya.

Proud us, and father's dream.

-1989.

Kali ini mereka bukan lagi duduk di tempat yang biasa diduduki. Mereka berdua duduk di atas kerusi kayu di kaunter yang panjang diperbuat daripada kayu jati, Kris mengagak. 

Kedua-dua mereka terdiam, buntu. Tiada apa hendak dibuat selain kelip mata sambil bernafas. 

"How old are you?" tanya Baekhyun membunuh si sunyi, "Twenty-eight." Baekhyun hanya mengangguk sambil melukis menggunakan pensil kayu di atas kaunter ini, "How about you?" giliran Kris untuk tanya, ingin tahu. Baekhyun menjulur tangannya ke arah Kris dan menulis '26' di depannya.

Kris mengambil pensil itu dan membalas, 'Where did you study?', agak susah untuk Baekhyun mahu faham tulisannya kerana meja ini agak gelap,

'Study?'

'Yes.'

'I didn't go to university.'

'?'

Baekhyun hanya memandang Kris dan menggeleng. Kris sekali lagi menulis, 'Apa yang kita sedang buat ingatkan saya masa sekolah rendah.' Baekhyun tersenyum, begitu juga dengan Kris, 'You acted like one, Sir' mereka teruskan lagi, 'Well, it's cute.' Kris tahan senyum dan Baekhyun tersenyum sambil gelak perlahan. 

Kenapa mereka buat benda bodoh seperti ini?

'Why are you keep coming here?' tanya Baekhyun sambil melihat pensil itu semakin tumpul, 'I have my own reasons.' Kris balas.

'What kind of reasons?' Baekhyun hulurkan pensil ke arah Kris tetapi Kris menolaknya, 'Tell me.'

"First; books." Kris bersuara, 'Second?' Baekhyun menulis.

Kris terdiam, begitu juga dengan Baekhyun menunggu jawapan. Kris merampas pensil itu daripada tangan Baekhyun dan mula menulis,

'You.'

 


Oh god, I cant stop smiling when i write this.

You know, like- tulis tulis atas meja.

Sorry for another slow chapter.

Have an amazing day guys, thanks! 

Poster by shu for me, omg thank you so much! ;_; (im no longer kimyua lol)


Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nxmjoon_jr
#1
Chapter 9: asdfghjkl cepat sambung hahaha hell yeah ! btw sila baca cerita sy yg bm tu jugak eh . tajuk dia seriously, is this even real?
policeditched
#2
Chapter 9: dorang tidur same ke? kris balik rumah ke tak?
CLIFFHANGER LIKE U SHOULDNT BREATH AAAAAAARGHHHHHHHHHHHHHHH


T____________________T dont kill one of them okay? dont. dont.
rossyhis #3
Chapter 9: KRIS WHY ARE U MAKING THIS HARD
OMG

OMG
OGM
OMG
whats with the kid scene though??? fatin update now
craveforbirds
#4
Chapter 9: Hi, im one of your silent readers. haha x)
I hope u can do double update but i know youre busy, that's okay.

I just couldnt wait for the twist scene, and please dont make me cry. Go go authornim! ^_^
zitaozitao #5
Chapter 6: @rossyhis [insert shy tao here] omg!! hahahaha xD yes kris did make him laugh, thanks!
rossyhis #6
Chapter 6: omg it is so hurt to read because baby baekhyun cried in this fic,
" 'Well, its cute.' Kris tahan senyum dan Baekhyun tersenyum sambil gelak perlahan. "
but i guess its getting better because kris made him laugh right?
update fatin, i love it <333333333
mpreggoland
#7
Chapter 4: ilmu jadikan kita rapat dengan seseorang? hmm...kedai buku dah rapatkan hubungan antara Kris dan Baekhyun...hehe
update la lagi~
policeditched
#8
Chapter 4: Agak setuju, fic ni a bit slow xP
But itu ape yg unique sbb usual fic dah buat dorang terus fall in love, something like that. Updtate juseyo.
hyo_98 #9
Chapter 2: WOWWWWWWWWWW I LIKE THIS KARON I LIKE THIS!!!