Counting Pulses

Nell - Eden


 

 

Chapter 1

 

 

 

A day.

Baekhyun memandang tingkap dan langsir yang tidak langsung bergerak ditiupi dek angin. Dia termenung lama, melihat cahaya oren menembusi tingkap-tingkap. Peluhnya mengalir di lehernya kerana bahang sudah meliputi di seluruh kedai buku ini. Baekhyun masih lagi termenung seperti orang bodoh, seperti biasa; setiap manusia mempunyai masalah masing-masing.

Begitu juga dengan Baekhyun. Masalah yang boleh diselesaikan tetapi tiada cara. Seperti mahu mengambil buku dari tempat tinggi, tangan tak tercapai, melainkan kita ada kerusi atau sesuatu untuk mencapainya.

Baekhyun harap masalahnya senang untuk diselesaikan.

Dia membuka buku yang terletak di depannya. Membaca dengan tenang di setiap helaian. Huruf-huruf yang tersusun rapi. Oh—Baekhyun suka suasana yang tenang seperti ini.

Loceng pintu utama kedengaran menandakan pelanggan masuk.

Baekhyun menutup buku dan menunggu pelanggan itu untuk muncul. Seorang lelaki yang berbadan tinggi muncul.

"Boleh saya bantu?" tanya Baekhyun dengan sopan terhadap lelaki ini. Mata lelaki itu merayau-rayau ke seluruh kedai dan sambil itulah Baekhyun memandangnya dengan penuh perhatian diberi. Cahaya oren daripada matahari menembusi di setiap helai rambut lelaki ini. 

Baekhyun— terpersona dengannya.

Dia jujur, dia sangat tertarik dengan lelaki ini. Macam mana seorang lelaki yang sempurna benar-benar wujud.

"Awak pemilik kedai buku ini?" tanya lelaki itu. Baekhyun hanya mengangguk. Jadi, lelaki itu mengeluarkan sesuatu daripada kotnya. Ianya kad dan dia hulurkan kepada Baekhyun yang sedang keliru.

"My name is Kris, saya daripada syarikat TSB—sebuah syarikat pembangunan." mendengar perkataan 'syarikat pembangunan' Baekhyun tahu. Satu lagi orang datang untuk menyusahkan dia. "Saya tidak mahu masuk campur dengan urusan ini." 

"Tunggu dulu." Kris cuba tidak mahu Baekhyun buat keputusan terburu-buru. "Kami boleh bayarkan segala-galanya, kalau awak duduk di sini, kami boleh carikan tempat tinggal untuk awak. Kos juga kami bayar habis." Kris menerangkan, cuba untuk memujuk. 

"Look, maybe this book store looks ugly. Usang. Tetapi tak bermaksud saya sanggup gadaikannya. Tidak."

Kris tahu Baekhyun sudah mula rimas.

"Dengar encik pemilik kedai buku, saya bukan mahu bertindak kurang ajar. Saya akan balik dahulu, mungkin hari lain kita boleh bincang tentang ini di tempat yang lagi selesa. Please do think about it." Kris menunduk.

Baekhyun tidak mahu membalas apa-apa. Dia hanya melihat lelaki itu keluar dari kedainya. Loceng berbunyi sekali lagi

Cahaya matahari membutakannya.

Dia tidak pasti kenapa orang tidak fahaminya. Seorang pun. 

Kedai buku ini, milik atuknya dulu. Setiap petang Baekhyun teringat, dia mesti akan bermain menyorok dengan atuknya di kedai buku ini. Melihat atuknya membaca buku dengan fokus. Melihat atuknya melayan pelanggan dengan gembira.

Jadi sekarang, kedai buku ini miliknya. Dia mahu membuatkan orang gembira apabila datang ke sini. Walaupun kelihatan usang, tetapi masih ramai yang datang ke sini. Mencari buku. Bertanya tentang buku. Minum kopi sambil baca buku.

Baekhyun tak mungkin mahu gadaikannya demi duit yang orang sekarang kejar. Tak mungkin.

Baekhyun melihat kad yang diberi oleh lelaki—tinggi—tak—guna itu. Nama Kris Wufan tertulis di atasnya. Disertakan dengan nama syarikat, juga maklumat-maklumat yang lain.

Dia tidak buang tetapi dia biarkan.

Baekhyun hanya duduk, cuba untuk tidak memikirkan apa-apa dan sambung membaca.

 

 

"So what's your name?" tanya Kris menghirup secawan kopi yang sedang panas. Walaupun tidak sesuai dengan cuaca sekarang. "Byun Baekhyun." Kris hanya mengangguk dan meletakkan kembali cawannya.

Mata mereka bertentangan.

"Saya dah cakap, saya tak ingin apa-apa dari awak." Baekhyun cuba merendahkan nada suaranya. Mukanya sudah merah. Tanpa menyebut apa-apa perkataan, Kris hanya memandangnya. Baekhyun tak pasti apa ada dalam otaknya.

"Saya bukan mahu paksa tetapi—orang ramai disini juga bersetuju untuk meruntuhkan tempat ini." dia bersuara.

Baekhyun membeliakkan matanya.

"What?" Baekhyun tanya untuk kepastian. "Saya boleh tunjuk bukti di sini majoriti mahukan pembaharuan. Syarikat kami pernah buat pemantauan di sini tahun lepas. Kami bercadang untuk membina kedai-kedai jenis baharu di sini. Mungkin awak juga boleh buka kedai buku di sini?"

"Betulkah majoriti di sini mahu robohkan kedai buku ini?" Baekhyun masih menanya untuk kepastian. "Yes, i'm pretty sure about that. Oh, one more thing, ketua penduduk di sini juga sudah tanda tangan, hanya tunggu giliran awak pula." Kris tunjukkan sehelai kertas yang mampu mengubah segala-galanya.

Baekhyun tidak pasti kenapa, imej atuknya muncul di otak. Dia teringat samaada dia dan atuknya melayan seluruh penduduk dengan baik. Maka, mereka juga beramai-ramai penat dan lelah mendirikan kedai buku ini.

Dia hanya tidak faham. Kenapa?

"Sir, are you okay?" lelaki ini. "No—, no."

Semestinya Kris tersentak, Baekhyun hanya memandang bawah. Dia sayangkan kedai buku ini, dia sayangkan segala-galanya yang terletak di dalam kedai buku ini.

Matanya merayau ke seluruh kedai buku ini. Berair. Kris tersedar tentang itu. "Sir, I didn't mean to—"

"Leave."

Kris tidak pasti dan kenapa dia tidak mahu bergerak dari tempatnya. Dia memandang dua cawan kopi yang sudah pun sejuk. Baekhyun tidak langsung memandang mukanya, dia hanya bersandar ke sofa dan menggigit kukunya.

"Saya berharap sangat awak dapat berkerjasama dengan kami. Mungkin masanya-" Baekhyun potong cakapnya dengan berlalu dari situ. Mata Kris mengikuti Baekhyun ke rak-rak buku.

Dia mengikuti Baekhyun.

Sambil perjalanannya sampai ke Baekhyun, Kris memandang gambar-gambar antara seorang lelaki tua dan budak kecil di sepanjang dinding. Mungkin salah satu sebab adalah mereka.

Saat dia sampai, Baekhyun sedang membersihkan rak-rak buku menggunakan penyapu sawang. Kris hanya sandar di rak buku sambil menyilangkan tangannya. Baekhyun sedar kehadirannya. "Saya suka buku." Baekhyun bersuara.

"Saya tak dapat bayang hidup tanpa buku. Lagi-lagi kedai buku ini," Baekhyun terbatuk dan sambung, "Saya dibesarkan di sini. Saya dah terbiasa dengan tempat ini, i'm pretty sure you would understand this."

"I'm pretty sure it would be better if you tell me more about this book store." Baekhyun menoleh ke arah Kris yang betul-betul sedang memandangnya tepat di mata. Entah kenapa, Baekhyun rasa seperti gugup. 

"My grandad and some of his friends from this neighbourhood built this book store together and my grandad in charge to take care of this book store. You know, he reads a lot." Kris mendekati dan membantu Baekhyun menyusun buku dengan rapi, Baekhyun terdiam sekejap dan sambung, "I have no parents,Ithey died since I was 3 years old. Jadi saya tinggal dengan atuk saya selama ini."

"Dia sangat baik dan saya percaya majoriti di sini sukakannya." Baekhyun tersenyum bangga mengingati atuknya.

Kris terpegang satu buku bertajuk 'Meaningless', "That book is one of my grandad's favourite." Kris hanya memandang buku itu lama. Tidak pasti kenapa dia tertarik dengan buku itu.

"You know, tempat yang penuh kenangan dan betapa bermaknanya tempat ini akan diruntuhkan sangat mengecewakan saya." Kris letak balik buku itu, "Tetapi apa yang lebih mengecewakan saya adalah mereka, yang saya fikir akan tolong saya dalam kesusahan. Saya tak sangka mereka akan besetuju untuk meruntuhkan tempat ini."

"Mungkin mereka ada sebab tersendiri?" Kris cuba untuk tidak salah cakap.

"That's lame. Sejak atuk saya pergi saya dah sedar tentang ini. Mereka bukan sebenarnya—betul-betul kisah tentang kedai buku ini." Baekhyun mengelap habuk. Kris sekali lagi sandar di rak buku, memandang atap kayu. "You know what, saya patut hormati apa yang awak nak. Mungkin syarikat kami boleh lupakan sahaja tentang pembinaan itu-"

"No." Baekhyun memotong sekali lagi, "Come here again tomorrow."

"Why?" kali ini mata Kris melirik ke mata Baekhyun.

"I will sign it. I will leave this place."

 


This took me a whole day to write this .

(malay is so complicated to write)

This chapter is kinda slow and something common to start an introduction.

I TRIED.

But i promise, i will work hard on the next chapter.

Have an amazing day. Thanks!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nxmjoon_jr
#1
Chapter 9: asdfghjkl cepat sambung hahaha hell yeah ! btw sila baca cerita sy yg bm tu jugak eh . tajuk dia seriously, is this even real?
policeditched
#2
Chapter 9: dorang tidur same ke? kris balik rumah ke tak?
CLIFFHANGER LIKE U SHOULDNT BREATH AAAAAAARGHHHHHHHHHHHHHHH


T____________________T dont kill one of them okay? dont. dont.
rossyhis #3
Chapter 9: KRIS WHY ARE U MAKING THIS HARD
OMG

OMG
OGM
OMG
whats with the kid scene though??? fatin update now
craveforbirds
#4
Chapter 9: Hi, im one of your silent readers. haha x)
I hope u can do double update but i know youre busy, that's okay.

I just couldnt wait for the twist scene, and please dont make me cry. Go go authornim! ^_^
zitaozitao #5
Chapter 6: @rossyhis [insert shy tao here] omg!! hahahaha xD yes kris did make him laugh, thanks!
rossyhis #6
Chapter 6: omg it is so hurt to read because baby baekhyun cried in this fic,
" 'Well, its cute.' Kris tahan senyum dan Baekhyun tersenyum sambil gelak perlahan. "
but i guess its getting better because kris made him laugh right?
update fatin, i love it <333333333
mpreggoland
#7
Chapter 4: ilmu jadikan kita rapat dengan seseorang? hmm...kedai buku dah rapatkan hubungan antara Kris dan Baekhyun...hehe
update la lagi~
policeditched
#8
Chapter 4: Agak setuju, fic ni a bit slow xP
But itu ape yg unique sbb usual fic dah buat dorang terus fall in love, something like that. Updtate juseyo.
hyo_98 #9
Chapter 2: WOWWWWWWWWWW I LIKE THIS KARON I LIKE THIS!!!