{ Flashback } Kim The Florist

INCOMPLETE
Please Subscribe to read the full chapter

               

  

 

 

 

 

 

 

                  Jihyo berjalan di sekitar deretan kedai di Myeongdong.Bandar itu sentiasa sibuk walaupun hari sudah menginjak malam.Matahari tidak lagi kelihatan,pelajar-pelajar sekolah mula memenuhi sekitar kawasan itu memandangkan esok merupakan hujung minggu.Tidak terkecuali pekerja-pekerja yang dalam perjalanan pulang kerumah masing-masing untuk berehat setelah seharian bekerja.

 

Jihyo tiada tujuan sebenar dia singgah disitu hanya sekadar mencuci mata dan menghiburkan hati yang dalam kebosanan.Ada sebuah kedai bunga yang berada 1 kilometer jauh dari tempat dia berdiri.Dia berjalan dengan pantas menuju ke kedai bunga itu.Terpampang sebuah bod pada dinding kedai itu yang tertulis ' KIM'S FLORIST ' . Sambil tersenyum dia memasuki kedai itu.Seorang budak lelaki yang beruniform sekolah lengkap menghampirinya.

" Boleh bagi saya 2 kuntum bunga ros? " Jihyo meminta kepada budak lelaki tadi,dia hanya tersenyum dan berlalu kemudian dia kembali dengan sejambak bunga ros ditangan.Dia menghulurkan jambangan bunga itu kepada Jihyo.Keningnya dijongketkan.Dia hairan kerana dia hanya meminta 2 kuntum sebaliknya budak lelaki itu memberikannya sejambak bunga ros siap dihias dengan reben berwarna putih pada balutan bunga itu.

"hmmm,saya nak 2 kuntum je." balas Jihyo sopan.Budak lelaki tadi hanya tertawa sambil menarik tangan Jihyo.Kini jambangan bunga itu telah bertukar tangan.Dia masih hairan." Pernah tak orang bagi tahu noona tentang persamaan noona dengan bunga? " soal budak lelaki itu wajahnya tidak lepas daripada senyuman dibibir." Tak ".  "Haish sedih betul orang tu.Persamaan noona dengan bunga ialah sama cantik." Jihyo tergelak kecil.Geli hati dengan budak lelaki yang baru sahaja berusia setahun jagung itu walaupun wajahnya kelihatan matang tapi dia masih lagi seorang budak sekolah menengah.

Budak lelaki itu turut tertawa bersamanya." Tapi kenapa bagi sampai sejambak saya mintak 2 kuntum je " Jihyo masih memerlukan jawapan untuk itu." Ouh.Kedai ni sudah tamat beroperasi memandangkan noona pelanggan terakhir hari ini saya bagi free je tu.Kalau disimpan pun layu bunganya sudah tak segar untuk esok.".Akhirnya terjawab juga persoalannya itu." Tapi noona jangan risau ,noona bayar untuk 2 kuntum sahaja yang lain anggap sebagai hadiah daripada saya." kata budak lelaki itu sambil mengeyetkan sebelah matanya.Mereka berlalu ke kaunter untuk membayar.

Jihyo mengintai tanda nama pada baju budak lelaki itu ,' KIM JONG IN'. Pasti budak ni anak tuan kedai fikirnya dalam hati.Walaupun baru sekolah menengah Jongin mempunyai rupa yang agak kacak dan seksi dengan kulitnya yang agak gelap.Dia tersenyum dalam hatinya mengutuk-ngutuk diri sendiri kerana berfikiran begitu teradap seorang budak sekolah." Kamsahamnida.Datang lagi ".baki duitnya dipulangkan.

Jihyo berjalan keluar dari kedai itu sambil mendakap jambangan bunga kedadanya sambil mencium bau dari bunga itu.Tapi tiada bau yang dapat dihidunya kerana itu bunga ros.

Ketika asyik dia menumpukan perhatian kepada telefon bimbit ditangan sehingga tidak diperhatikan keadaan disekeliling dia dirempuh oleh seseorang dari sebelah kiri.Terduduk dia diatas lantai jalan yang kotor itu.Orang ramai yang berada disitu tidak mengendahkannya.Bunga yang dibawanya juga ditimpa nasib yang sama tetapi lagi bernasib malang apa bila dipijak oleh beberapa pelajar yang berlari disitu.Dia cuba menjerit supaya mereka tidak memijak bunga-bunga itu tapi suaranya tidak terkeluar.

Kelihatan seekor kucing berwarna kelabu asap mengelilinginya dan akhirnya memanjat keatas paha Jihyo." Jijiii Jiji sini la balik sini cepat " Jihyo terdengar seseoarang seperti menjerit tetapi suaranya terlalu perlahan bagaikan berbisik kepada Jihyo."Jijiii Jiji " Jihyo melirik kearah sepasang kaki yang menyorok disebalik tiang lampu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JKSkim
[ MIANEI ] on hiatus! I'LL UPDATE SOON!

Comments

You must be logged in to comment
shuishui #1
Chapter 4: what next please update..
jjoy764
#2
<3........................................
hotarunza #3
Chapter 2: i like this story... please update soon :D