Bab 6

Remember You

"Hye Sung, cepat sikit! Kita dah lambat ni!" laung Encik Bae yang berdiri di muka pintu. 
"Iya, kejap!"

Kedengaran suara isterinya menyahut daripada tingkat dua banglo mewah itu.

Encik Bae menggelengkan kepalanya. Dia perlu menghantar isterinya untuk mesyuarat dan terus menjemput anak gadis mereka di lapangan terbang. Tapi sekarang ni, isterinya belum selesai bersiap pun lagi. Pening Encik Bae dibuatnya. Aku ke dia yang nak mesyuarat ni?

Encik Bae masuk ke dalam kereta untuk menunggu isterinya. Pemandunya mengambil cuti sakit jadi terpaksalah dia menjadi pemandu untuk hari itu. Mujurlah hari itu ialah hari minggu dan dia pula tidak sibuk dengan urusan sekolah.

Puan Bae tergesa-gesa turun dan terus masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja masuk, dia terus membuka bedak kompaknya. Encik Bae memerhatikan isterinya.

"Tak siap lagi ke make up dekat atas tadi?" soalnya.

"Dah. Cuma nak touch up aje sikit ni," jawab si isteri.

"Tak faham saya dengan orang perempuan ni. Bersiap bukan main lama. Tapi, last-last keluar, tak siap juga," bebel Encik Bae.

"Abang jangan nak membebel. Kita dah lambat ni. Cepat start enjin," ujar Puan Bae. Dia menyimpan kembali bedaknya.

"Kalau kita lambat pun salah awaklah. Nanti saya juga yang nak kena hadap rajuk si Irene tu bila kita lambat sampai. Awak tu bukannya tahu nak pujuk dia."

"Abang tu manjakan dia sangat. Memang jadi macam tulah. Lagipun dia anak awak kan?" Puan Bae menjawab.

"Hai Puan Bae Hye Sung. Anak saya pun, anak awak jugak," Encik Bae seolah-olah memerli isterinya.

"Tapi dia manja dengan awak," Puan Bae tidak mahu kalah dengan suaminya. Dia memandang ke luar tingkap.

Encik Bae tidak menghiraukan isterinya. Malas dia hendak bertekak dengan isterinya itu. Memang tidak akan menang. Lebih baik dia diam sahaja.

IRENE melihat jam pada telefon bimbitnya. Dia berdecit kerana berasa kesal dengan ayahnya. Sudah setengah jam dia menunggu di lapangan terbang itu, tetapi ayahnya tetap tak muncul-muncul. Telefon pun tidak diangkat. Telefon ibunya pula tidak aktif. Ke mana mereka berdua pergi?

Irene bangun dan bercadang hendak mengisi perutnya dahulu. Ada McDonald berhampiran tempat dia menunggu. Baru sahaja dia hendak melangkah, dia ternampak ayahnya berjalan ke arahnya dengan tergesa-gesa. Irene duduk kembali dengan geram dan menghadap ke tempat lain.

Encik Bae terus memeluk anaknya daripada belakang. "Maaf, ayah lambat."

Irene cuba melepaskan pelukan ayahnya. Hatinya masih panas dengan apa yang berlaku.

"Irene," Encik Bae cuba menarik tangan Irene supaya menghadapnya tetapi anaknya itu mengeraskan badannya.

Akhirnya dia mengalah. "Okey, ayah minta maaf. Ayah tahu ayah salah. So, boleh tak Irene maafkan ayah?"

Irene memandang ayahnya yang sudah melutut di hadapannya itu. Perlahan-lahan senyuman terbit di bibirnya. Encik Bae berasa lega melihat anaknya itu tersenyum."Yelah."

"Jom, balik. Hari ni ayah jadi pemandu kamu," ujar Encik Bae sambil menarik bagasi Irene.

Irene yang berjalan di hadapan ayahnya itu cepat-cepat berhenti. Nasib baik Encik Bae sempat membrek. Kalau tak dia pasti jatuh tergolek di tengah-tengah lapangan terbang itu.

"Kejap, kejap. Ayah jadi pemandu? Mana driver kita? Kenapa dia biar ayah yang drive?" ujar Irene dengan wajah yang bengang.

"Dong Il cuti sakit. Dia tak sihat. Lagipun, hari ni kan hari Sabtu. Ayah tak kerja. Tak salah kan seorang pengetua sekolah tinggi jadi pemandu untuk anak dara cantik kesayangannya ini?" Encik Bae mengusik Irene. Dia mencuit pipi Irene membuatkan gadis itu tersipu malu.

Encik Bae berjalan meninggalkan Irene. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan ayahnya. Mereka berjalan beriringan keluar dari lapangan terbang itu.

SE Hun turun ke ruang tamu semasa Suho sedang menonton televisyen. Dia masuk ke dapur dan mengisi air ke dalam botol air minumannya. Selepas memasukkan botol air ke dalam begnya, Se Hun keluar ke ruang tamu.

"Nak ke mana, Se Hun?" tanya Suho semasa Se Hun melintas di belakangnya.

"Keluar," jawab Se Hun sepatah.

"Ke mana?" tanya Suho lagi namun kali ini tiada jawapan. Dia menoleh ke belakang dan melihat Se Hun sudah tiada. Suho melepaskan satu keluhan. Dia kembali menumpukan perhatian kepada televisyen.

Se Hun memandu keretanya dengan jiwa yang tenang. Kereta lamanya musnah dalam kemalangan tempoh hari jadi ibunya membelikan kereta baru dengan model dan warna yang sama kepadanya.

Minggu hadapan dia akan 'kembali' bekerja, walaupun itu adalah kali pertama baginya. Entah bagaimana orang-orang di dalam syarikat itu. Dia risau jika dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan menimbulkan masalah pula nanti.

Dalam pada itu, ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Sesuatu yang sangat mengganggunya membuatkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan cuba mengambil angin di luar.

Dia berada di dalam bilik pakaian semasa dia terdengar suara seseorang sedang bercakap. Apabila dia menghampiri pintu dan melekapkan telinganya pada pintu, barulah dia cam suara itu milik ibunya. Dia membuka sedikit pintu dan mengintai dari celah daun pintu.

"Hari Isnin dia mula bekerja balik. Mulai hari itu juga, saya nak awak perhatikan dia."

Dengan siapa ibunya bercakap?

"Ya. Waktu kerja. Saya nak awak laporkan kepada saya setiap gerak gerinya. Jangan sampai ada masalah timbul nanti."

Se Hun masih tertanya-tanya dengan siapa ibunya bercakap dan siapa orang yang dimaksudkan oleh ibunya.

"Buat kerja dengan elok. Jangan sampai Se Hun tahu yang awak ekori dia."

Se Hun terpana. Dia menutup pintu dan bersandar pada pintu itu.

Aku?

Dadanya berdegup laju. Dia cuba menafikan apa yang dia baru dengar tetapi hakikatnya memang dirinya yang disebut oleh ibunya.

Kenapa ibu upah orang untuk ekori aku? Kenapa aku? Siapa aku sebenarnya?

"IRENE, bila kamu nak cari kerja baru? Dah seminggu kamu balik," tanya Puan Bae semasa mereka sekeluarga sedang makan malam.

Irene yang sedang asyik mengopek udang galah itu tiba-tiba berhenti dan memandang ibu tirinya itu.

"Nanti-nantilah. Saya nak rehat dulu untuk seminggu dua," jawab Irene.

"Mama tak fahamlah dengan kamu ni. Elok-elok kerja dekat Jepun tu yang kamu tiba-tiba berhenti dan balik ke Korea ni kenapa?"

"Bosan."

Sepatah jawapan itu cukup membuatkan Encik Bae dan isterinya terkejut.

"Bosan?"

Irene mengangguk sambil memasukkan isi udang ke dalam mulutnya.

"Kamu kerja bukannya kerja biasa, Irene. Ketua Pemasaran syarikat pengeluar kereta di sana. Gaji kamu bukannya sedikit. Lagipun, dulu kamu yang beria nak kerja dekat sana. Sampai bergaduh dengan ayah kamu semata-mata nak minta keizinan kami berdua. Sekarang kamu cakap bosan?" Panjang lebar ibu tirinya membebel namun Irene membalasnya dengan satu anggukan.

Puan Bae sudah tidak tahu hendak cakap apa dengan anak tirinya itu. Degil dan susah nak diramal. Lebih.dia diam sahaja. Biarlah suaminya yang uruskan nanti.

"Dahlah. Jangan bergaduh di meja makan ni," Encik Bae bersuara. Akhirnya suasana menjadi senyap dan mereka bertiga menghabiskan makanan masing-masing.

Keesokan harinya, Irene berjalan-jalan di bandar kerana bosan terperap di rumah. Dia berhenti minum di sebuah kafe. Kebetulan dia ternampak satu iklan mencari pekerja baru jadi dia mencuba nasib di situ. Nasibnya baik dan dia diterima bekerja di situ menjadi pelayan.

SUHO bertemu dengan rakan lamanya dari.China iaitu Zhang Yixing. Mereka berkenalan semasa dia menghadiri satu festival di Beijing beberapa tahun yang lalu.

Mereka bersetuju untuk makan tengah hari bersama di tempat yang selalu Suho pergi untuk makan tengah hari.

"Dekat mana aku nak cari model ni? Dah banyak orang aku jumpa tapi tak memuaskan hati aku," Yixing mendengus.

Dia perlukan model untuk koleksi musim panasnya yang baru tetapi semua model yang dia temui tidak menepati ciri-ciri yang dia mahukan.

"Pesanan?" Seorang gadis menghampiri mereka.

"Macam biasa," ujar Suho tanpa memandang pelayan itu, memikirkan ia orang yang sama yang sering mengambil pesanannya. Tetapi apabila menyedari yang gadis itu masih tidak berganjak, Suho mengangkat kepalanya.

"Irene?"

Yixing memandang gadis yang dipanggil 'Irene' oleh Suho itu. Dia terpegun. Gadis itu sangat cantik. Dia rasa dia sudah menemui gadis yang sesuai untuk memperagakan bajunya itu.

Yixing sempat menyiku perlahan lengan Suho dan berbisik.

"Aku rasa aku dah jumpa orang yang sesuai."

"Kau buat apa kat sini?" tanya Suho kepada Irene. Dia masih terkejut yang dia melihat Irene di situ. Padahal dia tahu yang gadis itu menetap di Jepun selepas mereka sama-sama graduasi dahulu. Entah bila gadis itu pulang ke Korea.

"Kau nampak aku buat apa sekarang ni?" soal Irene kembali.

"Bukan ke kau... Kejap aku nak tanya sesuatu. Duduk kejap," Tiba-tiba Suho menarik tangan Irene dan menyuruhnya duduk tetapi dia menolak.

"Suho, aku tengah kerja ni. Bos aku akan pecat aku kalau dia tengok aku berborak dekat sini. Aku baru aje dapat kerja ni," Irene cuba untuk menyelamatkan dirinya.

"Bos kau tu kawan aku. Aku boleh buat dia pecat kau kalau kau tak duduk," balas Suho. Irene cepat-cepat duduk di hadapan mereka berdua.

"Awak free tak esok?" tanya Yixing. Irene menggelengkan kepalanya.

"Saya kena kerja esok."

Suho mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

"Hei Jongdae. Kau kisah tak kalau aku pinjam salah seorang pekerja kau esok?," Irene terkejut kerana Suho menghubungi bosnya. Dia akan lebih terkejut kalau Jongdae memberinya cuti kerana dia baru sahaja bekerja semalam.

"Nama dia? Irene," ujar Suho sambil memandang Irene.

"Tapi aku tak fikir yang-"

"Ya, Irene."

"Suho, aku tak fikir yang-"

"Okey, terima kasih, bro. Aku berhutang dengan kau."

"Bos aku betul-betul bagi aku cuti ke?" Irene sangat terkejut.

Suho menganggukkan kepalanya. "Cuti bergaji."

"Jadi selepas pukul lima esok, pergi ke K-Snap Company. Saya Zhang Yixing. Kita akan berjumpa di sana," Yixing bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Irene hampir tidak perasan kewujudan lelaki itu. Dia juga terkejut yang dia sebenarnya perlu berurusan dengan Yixing yang pendiam itu, bukannya dengan Suho, rakan lamanya yang sedari tadi tidak henti bercakap itu.

"Syarikat terkenal tu ke? Awak kerja dekat sana?"

"Dia CEO," ujar Suho. Tetapi apa yang mengejutkan mereka ialah Irene ketawa. Dia ketawa terbahak-bahak.

"Kamu berdua ni kelakarlah. Dia ni CEO? Hahahahah," Irene masih ketawa.

"Ya, dia CEO," jawab Suho dengan wajah yang serius. Dia tidak tahu di mana bahagian kelakarnya yang membuatkan gadis itu ketawa tanpa henti.

"CEO ya? Hahahaha. Saya faham. Okey, jumpa dekat sana pukul lima," Irene sempat mencubit pipi Yixing. Dia masih ketawa. Telinga Yixing sudah bertukar merah. Sama ada dia malu ataupun marah, tiada siapa tahu.

"Jadi nak pesan apa ni?"

"Dua iced americano," Yixing membuat pesanan.

"Okey, CEO," Irene berjalan pergi dengan sisa ketawanya.

"Kau yakin ke kau nak kerja dengan perempuan tu?"

"Sangat yakin," jawab Yixing.

"DAH ready?" Suho tersenyum ke arah Se Hun.

"Ya."

Mereka berdua turun daripada kereta dan melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Semua pekerja yang baru datang terkejut  dengan kehadiran Se Hun pada hari itu. Walaupun dia berjalan penuh bergaya dengan memakai sut hitam,tetapi hakikatnya dia sangat gementar. Mujurlah Suho ada bersamanya walaupun dia tidak selesa berada dekat dengan lelaki yang selalu menyakitkan hatinya itu.

"Selamat pagi, Tuan Presiden dan Tuan Naib Presiden," sapa Shin Hye di pertengahan jalan.

Suho menyiku lengan Se Hun dan adiknya cepat-cepat tersenyum kepada wanita yang tidak dikenalinya itu.

"Saya gembira Tuan dah masuk kerja balik," ujar Shin Hye lagi dan kali ini juga Se Hun tidak berkata apa-apa dan masih dengan wajah bingungnya.

"Ah, ya. Terima kasih, Cik Shin Hye," balas Se Hun selepas lengannya disiku oleh Suho.

Mereka berdua berjalan masuk ke dalam lif. Sewaktu keluar dari lif, mereka bertembung dengan Chanyeol yang kebetulan melalui tempat itu.

"Tuan Presiden, selamat pagi," Chanyeol membongkok kepada Suho. Kemudian pandangannya beralih kepada Se Hun. Dia teringatkan kata-kata Suho tempoh hari.

"Selamat pagi, Tuan Naib Presiden. Saya, Park Chanyeol. Akauntan dekat sini."

"Selamat pagi, Park Chanyeol," Se Hun bersalaman dengan Chanyeol.

"Biar saya tunjukkan bilik Tuan," Chanyeol mempersilakan Se Hun untuk berjalan dahulu. Suho masuk ke pejabatnya dan berharap Chanyeol dapat menyelesaikan masalah Se Hun kerana dia tiada masa untuk perkara kecil itu.

Se Hun dibawa oleh Chanyeol masuk ke sebuah bilik mewah yang sangat cantik pada pandangan matanya. Daripada rekaan bilik sehinggalah hiasan kecil seperti pasu bunga yang berada di atas meja kopi.

Chanyeol memerhatikan Se Hun dan memberikan ruang untuk lelaki itu membiasakan diri di pejabat itu. Dia tahu Se Hun perlukan masa untuk memahami kedudukannya di dalam syarikat itu.

Selepas puas memantau bilik itu, dia duduk di mejanya manakala Chanyeol hanya berdiri.

"Jadi, apa saya perlu buat, Park Chanyeol?"

Chanyeol tertawa.

"Panggil saja Chanyeol. Walaupun saya lebih tua daripada Tuan, tapi sekarang ni, Tuan bos."

Se Hun tertawa juga akhirnya.

"Maaflah, saya tak biasa."

"Tak apa, saya faham."

Pada waktu itu, Se Hun baru perasan yang Chanyeol memegang satu fail di tangannya. Chanyeol menghulurkan fail itu kepadanya.

"Ini maklumat yang Tuan perlukan buat masa sekarang," ujar Chanyeol.

"Apa ni?"

Fail di hadapannya dibelek perlahan.

"Esok ada mesyuarat dengan bahagian Pengurusan Artis untuk mengambilan trainee baru," jelas Chanyeol.

"Esok? Mesyuarat?" Mata Se Hun terbuka luas. Jelas yang dia sangat terkejut. Dia baru sahaja mula bekerja pada hari itu, tetapi sudah dimaklumkan yang dia perlu menghadiri mesyuarat. Bagaimana dia hendak menguruskan situasi seperti itu?

Kepalanya digaru. Dia sangat buntu. Dia ada masa kurang daripada dua puluh empat jam untuk memahami tugasnya dan bersedia untuk mesyuarat esok.

"Tak boleh ke kalau saya tak hadir esok? Junmyeon hyung kan ada." Dia mencuba nasib untuk mengelak daripada tanggungjawabnya. Siapa tahu dia dapat melepaskan diri.

Tetapi gelengan daripada Chanyeol membuatkan dia sangat kecewa.

"Presiden dan Naib perlu ada bersama untuk buat keputusan. Tuan tak perlu risau. Tuan Presiden ada bersama esok. Tapi Tuan perlu baca juga laporan tu sebab kalau tak Tuan seorang yang tak tahu apa-apa masa mesyuarat nanti," ujar panjang lebar.

Se Hun mengangguk dengan lemah. Selepas dia memastikan dia tidak perlukan apa-apa lagi, dia menyuruh Chanyeol keluar dan memberikan dia masa untuk mempersiapkan diri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet